008

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 8

“Oppa”, terganggu fokus Sehun mengikat tali kasut apabila mendengar seseorang memanggilnya.

“Jieun ah”, Sehun memandang gadis yang memakai dress berwarna oren cair paras lutut di hadapannya.

“Oppa, mana Sulli?”, Jieun bertanya.

“Eh, dia bukan dah keluar pergi kerja? Kau tak jumpa dia?”, Sehun menyambung ikat tali kasutnya.

“Tak. Gerai tak buka hari ni. Saya baru nak ajak dia keluar”

“Keluar pergi mana?”, Sehun berdiri dan menhentak kakinya ke lantai. Kasut yang dipakai terasa ketat. Dia tidak pasti kakinya yang membesar atau kasut itu yang mengecil.

“Saya nak pergi audition minggu depan, jadi saya nak ajak Sulli teman saya beli baju baru di Seoul”, bersahaja Jieun membalas, tangannya disarungkan dalam poket jaket.

“Seoul? Kenapa tak beli di bandar Daegu? Kau tahu kan yang Sulli dilarang pergi ke Seoul”

“Ala, kali ni je. Sekali je”, nada Jieun merayu. “Kat Daegu tak banyak pilihan. Lepas beli baju, saya janji akan bawa Sulli balik”

“Tak boleh”, tegas Sehun sambil menyarung jaketnya.

“Oppa~”, Jieun mula merengek manja tapi sayangnya tidak dipedulikan oleh Sehun. Anak muda itu terus berjalan meninggalkan Jieun. Gadis itu mencebik memandang belakang badan Sehun yang terus berlalu menghiraukannya.

“Sekejap”, Sehun memberhentikan langkahnya dan menoleh ke arah Jieun di belakang. “Apa kata aku temankan kau”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Motor saya!”, Sulli berlari ke arah sebuah skuter berwarna merah jambu. Skuter kesayangannya yang sering menemani Sulli ke tempat kerja dahulu.

“Siapa yang jaganya masa saya tiada?”, tangan Sulli meraba sentuh kenderaan dua roda itu. Seolah dapat berjumpa kawan lama, Sulli berasa gembira. Walaupun sekadar skuter, kenderaan itu banyak memudahkan Sulli bergerak.

“Abang awak, Choi Minho guna buat beberapa bulan. Mereka sayang nak buang sebab percaya awak akan kembali nanti”

“Dah lama saya tak bawa motor. Rasanya saya dah lupa”, komen Sulli jujur.

“Awak boleh ambil kalau awak nak. Pandailah saya cover dengan abang awak nanti”

“Tak boleh”, Sulli menggeleng. “Sehun mesti pelik kalau saya bawa motor ni ke Daegu. Eunhyuk dan Donghae pun pasti akan cari tahu pasal motor ni”

“Oh ye. Tentang Sehun. Saya akan buat dia ingat semula”

“Kai~”, Sulli mengalihkan tumpuan kepada Kai. Lelaki itu berwajah serius dan Sulli tahu Kai memang tekad. “Kenapa awak terlalu bersungguh?”

“Sehun kawan saya. Saya nak dia ingat semula. Kemudian, dia akan tolong saya selesaikan masalah awak. Kita semua akan kembali macam dulu, saya boleh keluarkan awak berdua dari permainan hidup ni. Awak tak perlu menyamar sebagai adik Donghae lagi. Awak boleh kembali sebagai Choi Sulli”

“Awak ingat mudah? Dah dua tahun berlalu dan tiada tanda perubahan pada Sehun. Dia tetap tak ingat.”

“Itu sebab dua tahun ni dia tinggal di Daegu. Keadaan dia berbeza dengan kehidupan dia yang sebenar. Sehun yang sebenar hidup mewah, bergaya, tiada abang mahupun adik perempuan.”

Sulli merenung lelaki yang bersungguh itu. Walaupun Sulli tak yakin, tapi hati kecilnya juga berharap apa yang Kai lakukan akan berhasil. Buat seketika, Sulli terdiam, mendoakan teman lelakinya berjaya.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Mari, aku tahu kat mana kau boleh beli baju yang sesuai dan cantik untuk kau pakai nanti”, laju Sehun menarik tangan kecil di belakangnya. Jieun hanya mengikut tanpa banyak bicara. Langkahnya stabil mengekori abang kepada kawannya itu.

“Oppa pernah datang sini?”, Jieun bertanya dek kepantasan Sehun berjalan, seolah sudah arif dengan jalan sekitar kawasan tersebut. Deretan kedai lama bercampur moden memenuhi anak mata Jieun. Barisan kenderaan di jalan raya dan kawanan manusia pelbagai ragam, semua serba baru buat gadis yang bersuara merdu itu. Ini kali pertama dirinya datang ke tempat itu. Kebiasaannya dia akan membeli-belah di bandar Daegu sahaja.

Sehun tidak menjawab soalan gadis itu dan terus berjalan, menarik tangan Jieun. Sekali sekala, Sehun menjeling ke belakang memastikan tangan yang dipegang adalah milik Jieun.

“Saya kerja di kedai butik sana”,

Sehun tersenyum apabila berdiri di kedai yang dimaksudkan perempuan tempoh hari.

“Selamat datang. Boleh saya ban..”, Soojung tidak mampu menghabiskan ayatnya sebaik melihat kelibat lelaki yang baru masuk ke dalam kedai tempat kerjanya.

“Annyeong!”, ceria Sehun menyapa, tersengih menampakkan giginya. “Saya bawa kawan saya. Dia nak cari baju untuk hadiri ujibakat. Boleh tolong dia pilihkan baju yang sesuai?”

Bahu Jieun ditepuk beberapa kali oleh tangan kasar lelaki itu dan dia hanya mampu tersenyum kekok di hadapan pekerja butik itu. Jieun menjeling ke arah Sehun beberapa kali sebelum akhirnya mengerti yang dirinya dipergunakan. Padanlah Sehun datang ke Seoul menemaninya.

“Hmm, ujibakat ye. Awak kena pilih baju yang ‘match’ dengan genre lagu yang awak bawa. Awak nak nyanyi lagu apa? Pop? Dance? Ballad?”

Jieun memandang pekerja yang bersifat mesra pelanggan itu. Gadis itu lebih tinggi dari Jieun malah wajahnya juga cerah mulus. Jieun tidak dapat menyalahkan Sehun andai Sehun sukakan gadis cantik itu. Tinggi, cantik malah mempunyai bentuk badan impian lelaki, Jieun berasa kerdil di hadapan Soojung.

“Eh, kau nak nyanyi lagu apa nanti? Dia boleh tolong kau pilih baju”, Sehun menyiku lengan Jieun yang mengambil masa untuk menjawab soalan Soojung tadi.

“Hah, saya nak nyanyi lagu Cho Kyuhyun ‘At Gwanghamun’. Lagu tu lagu balada sweet tempo”

“Ok. Mari, saya tunjukkan baju yang mungkin cik berkenan”, Soojung mempersilakan gadis yang datang bersama Sehun tadi.

>>>>>>>>>>>>> 

Penhawa dingin dalam ruang pejabat itu dimatikan. Tingkap dibuka luas membenarkan angin masuk. Sepuntung rokok dikemam di hujung bibir. Mun Taeshil mengalihkan pandangannya pada pokok-pokok yang keperangan kering.

“Oh Sehun, di mana kau”, pemetik api dinyalakan dan dicucuh ke hujung punting rokok.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Oppa bawa saya ke sini sebab nak jumpa dia kan?”, soal Jieun kepada Sehun semasa berjalan ke perhentian bas berdekatan. Beg-beg kertas yang berisi pakaian baru digenggam erat. Scarf yang dipakai di leher mula longgar ikatannya.

Sehun membiarkan gadis itu mengangkat barangnya sendiri manakala dirinya berlenggang. Mengeluarkan pemetik api, Sehun menyalakan rokok yang dikepit di bibir.

“Dia teman wanita baru oppa?”, sekali lagi Jieun bertanya. Kali ini dia tidak lagi berjalan di belakang Sehun tapi seiring di sebelahnya.

“Dia cantik kan? Tapi ingat, jangan beritahu pada Sulli atau Donghae. Anggaplah kau beli baju semua ni di bandar Daegu dan hari ni kau tak pernah datang ke Seoul”, balas Sehun dalam menhembuskan asap rokoknya.

“Tapi saya tak janji”

“Haish, mana boleh”, Sehun berhenti lantas Jieun turut sama berhenti. Orang awam yang lalu lalang tidak memperdulikan pasangan itu. “Rahsia tetap rahsia. Ini antara kau dan aku je”, sedikit tegas nada Sehun memberitahu Jieun.

“Ok, tapi apa saya dapat? Takkan saya nak diam je”, Jieun mengangkat kening, mengugut lelaki yang tinggi itu.

“Yah”, Sehun membalas dengan riak wajah yang sama. “Hal tu nanti kita bincang. Sekarang ni baik kau balik sebelum bas berlepas. Balik ke Daegu dan diam”

Sempat Jieun ketawa sebelum bertanya. “Oppa tak nak balik sekali?”

“Tak. Kau balik dulu. Aku ada hal sikit”

“Ceh, nak tunggu perempuan tadi lah tu”, Jieun menjeling lalu menjelir lidah mengejek.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Keadaan rumah yang sunyi menandakan tiada siapa di dalam. Eunhyuk mengagak yang mungkin Sehun, Sulli dan Donghae sudah keluar. Eunhyuk berlagak biasa, berjalan ke bilik Sulli.

Keadaan bersih dan kemas di dalam bilik Sulli merenung Eunhyuk sebelum lelaki itu berjalan menghampiri sebuah almari pakaian. Sebuah cermin yang tertekap di dinding almari dipusingkan dan kelihatan beberapa pucuk pistol tersusun rapi. Eunhyuk mencapai sepucuk pistol lalu disorokkan masuk ke dalam stoking kaki sebelum memusing kembali cermin itu ke tempat asal. Pantulan wajahnya ditemui dalam cermin.

“Pihak atasan dah mula merancang untuk hapuskan kau. Ejen 044, kau dalam bahaya, kes kau dicurigai. Kalau aku jadi kau, aku tak berani datang sini”

Eunhyuk hanya mampu tersenyum. “Kau boleh buat. Bertahan, Lee Eunhyuk”, bisik dirinya sendiri.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Setelah waktu kerjanya tamat, Soojung menutup kedai seperti biasa. Di mana pun dia berada, Soojung belajar untuk berdikari dan bijak menyelesakan diri dalam apa jua keadaan. Pekerja kilang, pelajar sekolah, doktor, pekerja kafe malah pekerja di kedai butik pakaian. Semua itu pekerjaan palsu yang Soojung lakukan dalam proses menyempurnakan misinya. Soojung memandang ke arah kedai pajak gadai di hadapan butik tersebut.

Menghulurkan tangan ke depan, Soojung dapat rasakan beberapa titisan halus air. Langit gelap dan tidak menunjukkan kehadiran bintang. Mencapai payung, Soojung menyeberangi jalan.

Adakah Gu Hye Sun ada di dalam? Apa agaknya maklumat rahsia yang bekas perisik itu sembunyikan? Apakah pilihan yang patut Soojung pilih? Bagaimana Soojung ingin melengkapkan misinya tanpa mengorbankan sesiapa terutama wanita yang dihormatinya seperti Gu Hye Sun? apa Soojung akan lakukan?

Sebaik tangan Soojung mencapai daun pintu besi kedai pajak gadai lama itu, kedengaran suara seseorang memanggilnya.

“Soojung shi”

Soojung menoleh dan terkejut melihat Sehun berlari dalam hujan ke arahnya.

“Sehun shi?”

“Apa awak buat kat sini? Dah habis kerja?”, Sehun berlari ke arah Soojung yang berada di kaki lima di depan sebuah kedai lama. “Kedai pajak gadai?”, Sehun mendongak membaca papan tanda nama di depan pintu besi.

“Saya saja datang sini. Nak tengok kalau kedai lama ni ada pemilik tak. Apa pula awak buat kat sini? Habis awak basah”, soal Soojung sambil mengelap air hujan di bahu baju lelaki itu. Niatnya awal tadi untuk berjumpa Gu Hye Sun termati.

“Saya tunggu awak dari tadi. Saya terlepas bas balik ke Daegu”, Sehun meninggikan sedikit suara dek bunyi hujan yang kuat menimpa bumbung kedai lama itu. Menipu. Dia sebenarnya sengaja enggan balik menaiki bas supaya dapat menhabiskan masa bersama Soojung. “Saya tak kenal sesiapa di Seoul ni, jadi saya tak tahu nak pergi mana”

“Saya boleh hantarkan awak balik ke Daegu”, Soojung membalas ikhlas dengan senyuman. Dia tidak kisah jika dapat menemani Sehun malam ini. “Tapi awak dah basah ni. Apa kata kita pergi rumah saya dulu, ambil kereta dan sementara tu saya boleh buatkan sesuatu untuk diminum”

Sehun melonjak gembira dalam hatinya.

>>>>>>>>>>>>>>> 

Hujan terus mencurah dengan lebat menyebabkan teksi bergerak perlahan. Begitu juga kenderaan lain. Air hujan yang jernih seolah membawa kekaburan. Hujan lebat datang bersama dengan guruh dan petir.

Setelah Soojung membayar tambang teksi, gadis itu mengajak Sehun ke apartmennya. Mulanya dia berfikir, adakah wajar untuk mengajak Sehun masuk ke rumahnya kerana dalam dua tahun ini, tiada lagi lelaki yang masuk dalam rumahnya kecuali Kai. Malah, hanya Kai, Eunhyuk, Oh Sehun dan Sulli yang pernah singgah di rumahnya.

“Rumah saya di tingkat 14”, Soojung memaklumkan sambil berjalan masuk ke dalam bangunan.

“Saya tunggu awak”,

“Mari masuk, saya akan buatkan sesuatu untuk hangatkan awak”,

Sehun dapat rasakan sesuatu. Déjà vu. Dengan rintik hujan yang menhentam bumi kuat, Sehun terfikir, adakah dia pernah datang ke sini? Ke bangunan tersebut? Menunggu seseorang dalam hujan? Riak Sehun kosong, perasaan terujanya tadi lenyap.

Selang beberapa minit, mereka berdua tiba di depan pintu apartmen milik Soojung. Baju Sehun masih basah, begitu juga kaki seluar dan kasut yang dipakai. Rambutnya yang disikat kemas pagi tadi basah dan menutupi separuh dahinya.

“Soojung shi”

“Hurm?”

“Tak mengapa ke? Saya datang rumah awak?”

“Tak mengapa”, balas Soojung dan beep! Bunyi pintu terbuka apabila Soojung selesai menekan kata kunci di pintu. “Masuklah”

Sehun membuka kasut dan melangkah masuk. Setapak demi setapak. Perasaannya berdebar-debar. Suasana ‘plain’ apartmen Soojung merenungnya kembali dan Sehun rasa tidak sedap hati. Dia tidak pernah mengalami begitu dan dia juga tidak pasti kenapa perasaan itu muncul. Bunyi hujan di luar tidak lagi kedengaran kuat dari dalam rumah itu. Beberapa titisan air menitik dari baju Sehun yang basah.

“Saya akan cari baju untuk awak tukar”

“Awak duduk dulu. Saya ambilkan tuala”, Soojung bergegas masuk dalam bilik meninggalkan Sehun bersendirian di ruang tamu. Sehun memerhatikan keadaan sekeliling, memandang sofa yang disusun di hadapan sebuah televisyen. Dia kemudian ke arah dapur yang kelihatan kemas tidak terusik. Sehun berjalan mengekori laluan Soojung ke bilik gadis itu.

“Soojung shi”, Sehun berdiri di depan bilik gadis itu.

“Tipu! Awak bangun sekarang, keluar dari bilik saya!”

 “Ya. Maaf, bilik saya bersepah sikit”, Soojung segan apabila Sehun berada di hadapan biliknya. Naluri gadisnya seperti gadis normal yang lain juga, menjaga imej sebagai gadis pembersih di depan mana-mana lelaki. “Nah, tuala”, Soojung menyerahkan dua helai tuala lembut untuk membantu Sehun mengeringkan rambut dan baju yang basah.

Wajah Sehun penuh tanda tanya. Dalam fikirannya dia terbayang dan terdengar suara Soojung dan dirnya sendiri.

“Saya tunggu awak”,

 “Mari masuk, saya akan buatkan sesuatu untuk hangatkan awak”,

“Saya akan cari baju untuk awak tukar”

“Jangan tinggalkan saya”,

Kenapa semua dirasakan seperti biasa nampak padahal Sehun yakin, itu pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah gadis itu. Sehun rasakan dia pernah baring di atas katil Soojung, pernah ke dapur Soojung, pernah berehat di ruang tamu Soojung.

“Aku pernah datang sini ke? Kenapa aku rasa pelik semacam? Kenapa rasa macam dah biasa datang sini?’, Sehun bermonolog dengan dirinya.

“Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena?’, Soojung membaca wajah Sehun. Lelaki itu seolah ingin bertanyakan sesuatu tetapi tidak diluahkan. Namun Soojung terlalu naif untuk perasan.

“Nak saya buatkan air? Kopi atau teh? Saya akan buatkan awak coklat panas”, ujar Soojung setelah Sehun mengatakan yang dia okay, cuma kagumi melihat apartmen Soojung.

“Awak kerja butik je, tapi mampu beli apartmen besar macam ni. Mesti awak anak orang kaya kan”, Sehun menenangkan diri dan berlagak biasa. Dirinya yakin perasaan tadi akan hilang semulajadi nanti.

“Taklah. Saya sewa je apartmen ni”, jawab Soojung di dapur.

Sehun menyelesakan diri di atas sofa sambil mengelap rambutnya menggunakan tuala yang diberikan. Matanya melirik ke arah buku-buku yang tersusun rapi di rak.

“Itu buku kakak saya, dia pelajar universiti perubatan di Manhattan. Nanti saya akan kirim buku-buku tersebut padanya”

“Awak cakap apa?”, soal Sehun tiba-tiba. Entah dari mana dia mendengar suara Soojung memberitahu tentang buku-buku yang ditenung itu.

“Ha? Cakap apa?”, Soojung leka menyediakan minuman di dapur.

“Tiada apa-apa”, Sehun menggeleng-geleng. Sekali lagi perasaan itu datang menyerang Sehun. Perasaan samar-samar itu seolah menyeksa Sehun untuk berfikir.

“Air awak. Coklat panas”, Soojung menghampiri Sehun di ruang tamu dengan dua cawan air. Dihulurkan satu pada lelaki itu.

“Soojung shi”, Sehun melirik pandang gadis itu tatkala menghirup minuman yang disediakan. Kehangatan minuman tersebut sedikit sebanyak menghilangkan kedinginan malam tapi tidak menghilangkan keresahan Sehun.

“Hmm? Kenapa? Tak sedap?”

“Baju saya basah. Awak ada baju yang mungkin boleh saya salin? Sweater ke?”, Sehun menyuarakan ketidakselesaannya. Air masih menitik di hujung bajunya.

“Sekejap. Saya pergi cari”, Soojung sekali lagi masuk ke bilik, menggeledah almari pakaian, mencari baju atau sweater yang sesuai dipakai oleh Sehun.

Sehun menanggalkan bajunya yang basah dan disangkutkan di ampaian di balkoni hujung ruang tamu. Sejuk dirasakan apabila angin menyerbu badannya yang terdedah. Sehun menunggu di depan pintu bilik Soojung.

“Ni sweaternya. Harap awak muat”, Soojung menyerahkan baju sweater tebal miliknya.

Sehun pantas menyarung baju tersebut.

Anak mata Soojung tiba-tiba terpandang akan badan Sehun yang terdedah. “Bahu awak”

“Bahu saya?”, Sehun menyelak sedikit leher bajunya, memperlihatkan parut merah yang diperoleh dua tahun lalu. “Parut ni? Ia kesan kemalangan lama. Kemalangan yang menyebabkan saya hilang ingatan”. Bajunya diperbetulkan semula.

Soojung diam berfikir. Merasakan seperti pernah lihat tanda parut itu. Kesan jahitan yang terdapat pada parut tersebut seperti sama dengan jahitan luka yang pernah Soojung lakukan ke atas seseorang. Soojung memerhatikan lelaki yang berehat di sofa ruang tamunya itu. Suaranya, wajahnya, dan tanda parut. Adakah Lee Sehun ialah Oh Sehun?

“Soojung shi, awak pelajar university ke? Pelajar perubatan?’, soal Sehun sambil merehatkan diri di atas sofa. Minuman coklat panas yang tersedia di atas meja, diambilnya minum tanpa dipelawa.

“Tak mungkin”, Soojung menggeleng-geleng. Menafikan apa yang dia mula bayangkan. Tak mungkin Oh Sehun masih hidup. Tak mungkin

“Apa yang tak mungkin?”, Sehun bertanya, memandang Soojung yang masih tercegat berdiri.

“Tiada apa-apa. Awak tanya apa tadi?”, Soojung kembali seperti biasa. Menghampiri Sehun, gadis itu melabuhkkan punggung di sebelah Sehun.

“Saya tanya, awak pelajar perubatan ke? Ada banyak buku pasal perubatan. Semua tajuk dalam bahasa Inggeris pula tu. Awak mesti pelajar cemerlang kan?”, Sehun menunjuk ke arah buku-buku yang dia perasan tadi.

Anehnya kerana Sehun bertanya soalan yang sama pernah Oh Sehun tanya dulu. Soojung melirik pandang buku-buku tersebut. Buku-buku yang digunakan semasa di Manhattan.

“Itu semua buku kakak saya”, sekali lagi Soojung menipu.

Sehun yang naif hanya mengangguk. “Itu kakak awak? Dia di mana sekarang? Tak tinggal serumah dengan awak?”,soal Sehun lagi lantas terpandang potret dua orang gadis di dinding.

“Yup, itu gambar kakak saya”, Soojung melirik pandang potret yang sama. Gambar dirinya dan Jung Sooyeon tersenyum memandang kamera. “Dia dah mati”

“Maaf”, spontan reaksi Sehun mendengar. “Saya tak bermaksud nak buat awak sedih”

Sehun menyandarkan belakang badannya pada sofa yang lembut. Minuman coklat panas tadi kini tinggal separuh cawan. Hujan masih tidak berhenti dan Sehun bimbang jika tidak dapat pulang ke Daegu malam ni. Dia menjeling bajunya yang tergantung di ampaian. Sehun mengeluh kecil.

“Oh ye Soojung. Boleh saya ambil nombor telefon awak. Boleh saya call kalau rindu”, Sehun bergerak-gerak, meraba telefon bimbit di poket seluar. Telefon yang dibeli oleh Eunhyuk dua tahun lepas itu lalu dikeluarkan.

“Boleh, saya pun”, Soojung pula mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya yang diletakkan berhampiran.

“Saya pun apa? Kalau awak call saya, maknanya awak rindu saya la kan?’, Sehun mengusik sambil menukarkan telefon masing-masing. Laju jari Sehun mendail simpan nombornya sendiri ke dalam aplikasi kenalan telefon bimbit Soojung.

Soojung hanya tertunduk malu. “Ramainya kenalan wanita awak”, komennya apabila melihat senarai kenalan yang tersedia dalam telefon bimbit Sehun.

“Bekas teman wanita saya. Malas nak padam”, balas Sehun selamba.

Soojung memasamkan muka. Dia tahu dia tiada kaitan dengan hal hubungan Lee Sehun itu tapi entah kenapa perasaannya seperti tidak sukakan fakta itu. Cemburu mungkin. Diletakkan telefon bimbit milik Sehun itu di atas meja setelah selesai menyimpan nombornya.

“Awak dah ada teman wanita?”, Soojung bertanya sambil menoleh pandang lelaki yang bersandar di sofa itu. Baju sweater milik Soojung yang dipakai muat di badan. Sesaat kemudian, Soojung mengutuk dirinya dalam hati. Kenapa begitu bodoh bertanya soalan sedemikian?

“Sekarang? Tentulah ada”, jawapan Sehun mengecewakan Soojung. “Tipulah kalau lelaki handsome macam saya ni tiada teman wanita”, lalu Sehun ketawa kecil.

“Mesti teman wanita awak pun cantik”, komen Soojung separuh perasaan. Namun, apa yang dia pasti, Lee Sehun bukan Oh Sehun. Oh Sehun seorang yang setia dan bukan bersifat ‘player’ seperti Lee Sehun yang berada di sebelahnya sekarang. Parut tadi mungkin sekadar kebetulan sama.

“Tapi saya tak sayangkan dia. Nanti saya jumpa dia dan putuskan hubungan. Dia yang sayangkan saya lebih, tapi saya tak”, ujar Sehun teringat akan Namjoo. Gadis yang ceria, sopan, baik dan Sehun akui, dia gembira bersama gadis itu. Cuma dia tak alami perasaan yang Namjoo rasa. Dia tidak boleh membalas perasaan Namjoo.

“Kenapa pula?”, spontan Soojung bertanya.

“Sebab saya tak cintakan dia. Sepanjang saya bercouple dengan perempuan. Saya tak pernah alami perasaan teruja dan berdebar. Saya tak rasa apa-apa bila bersama mereka. Saya tak rasa…”, Sehun menegakkan posisi badan, menetapkan pandangan pada wajah gadis yang bekerja di butik baju di sebelahnya itu. “…. apa yang saya rasa bila bersama awak”

Wajah Soojung langsung berubah merah. Suara Sehun yang perlahan menhantar satu perasaan pada dirinya. Kenapa perasaan ini berulang? Kenapa sekarang? Perasaan yang sama satu masa dulu ketika Oh Sehun memeluknya dari belakang. Soojung memberanikan diri, mengangkat muka membalas renungan lelaki yang mirip Oh Sehun itu. Adakah Soojung mula jatuh hati?

“Tak, Soojung. Dia bukan Oh Sehun. Bukan Oh Sehun”, terkebil-kebil mata Soojung berkelip, kalah pada permainan perasaan sendiri. Dia tidak dapat membuang bayangan Oh Sehun dari fikirannya.

“Kenapa ni?”, soal Sehun menghentikan monolog Soojung.

“Ha?”, lantas gadis itu terperanjat kecil. Merah di wajahnya masih belum pudar. “Air awak dah sejuk. Saya akan buat satu lagi yang suam”, segera Soojung bangkit bangun. Tidak tahan berada dalam situasi begitu.

“Soojung ah~”, Sehun menahan, menarik lengan gadis yang sudah berdiri itu. Soojung jatuh terduduk ke tempat asalnya tadi tapi lebih rapat dengan Sehun.

Hujan mula berhenti mencurah. Masa terus berdetik dan detikan jam dapat didengari. Suasana senyap. Kedua-dua Sehun dan Soojung dapat mendengar degupan kencang jantung masing-masing.

“Maaf”, Soojung bersuara. “Saya bukan perempuan yang awak boleh tarik masuk dalam hidup awak sesuka hati”

Jari Sehun yang mengunci lengan Soojung dileraikan lalu gadis itu bangkit berdiri sekali lagi. Cawan Sehun di atas meja dicapai.

Sehun tertunduk dan tersenyum tawar. Sedikit terkilan dengan ayat yang keluar dari mulut Soojung tadi. “Boleh saya tanya sesuatu?”, nada Sehun rendah.

Soojung berhenti, tercegat, mendengar apa yang Sehun katakan. Memejam rapat matanya, Soojung akui, suara itu sangat mirip dengan suara Oh Sehun. “Apa dia?”, Soojung menoleh pandang lelaki itu.

“Awak suka saya?”

Soojung rasa hendak meletup dari dalam. Dua tahun, dia berasa kehilangan, serba salah dan terus merindui lelaki yang disukainya. Oh Sehun. Ya, Soojung masih sayangkan Oh Sehun sehinggalah lelaki yang berada di depan matanya ini bertanyakan soalan itu.

“Kalau awak tak suka saya, jangan layan saya. Jangan beri saya harapan. Sebab apa yang saya rasa terhadap awak sekarang ni lain. Saya sukakan awak”, ujar Sehun tatkala Soojung diam tidak membalas.

Gadis itu lalu menunduk, menghampiri Sehun. Sesaat kemudian, laju tanpa disedari, Sehun rasakan sesuatu hangat menyentuh bibirnya. Sehun diam sebelum membalas ciuman itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Berbeza dengan Seoul, hujan lebat tidak sampai ke daerah Daegu. Angin hanya sekadar meniup lembut menemani langit yang kesunyian tanpa bintang.

Sulli duduk memeluk lutut, berselimut di depan pintu. Mengadap alam semulajadi yang banyak memberikannya ketenangan. Sekeping gambar terus menerus ditatap. Wajah abang dan kakaknya tersenyum sedikit sebanyak dapat mengubat duka rindu Sulli terhadap mereka. Terima kasih kepada Kai, Sulli dapat mengetahui keadaan semasa keluarganya.

“Rindukan mereka?”, satu suara menyapa dari belakang. Sulli tersenyum apabila Donghae mengambil tempat duduk di sebelahnya.

“Oppa tak rindukan keluarga?”

“Eunhyuk lah keluarga aku, kau dan Sehun”, Donghae membalas senyuman Sulli.

“Keluarga sebenar?”

“Aku membesar di rumah anak yatim. Ibu bapa aku buang masa aku masih bayi. Kemudian, bila aku besar, jadi pemain bola sepak, Eunhyuk muncul. Dia jadi kawan baik aku sampai tahap aku anggap dia macam abang. Keluarga aku”

Itu kali pertama Sulli mendengar tentang kisah Donghae. Gadis itu tidak tahu bagaimana nak beri reaksi. Setidaknya dia masih ada keluarga sebenar di luar sana. Choi Siwon, Choi Sooyoung dan Choi Minho. Adik beradik kesayangannya. Senyuman tadi pudar apabila Sulli memandang Donghae simpati.

“Mana Sehun? Dia tak balik lagi?’

>>>>>>>>>>>>>> 

Rambutnya yang basah tadi kini sudah kering. Sweater milik Soojung masih tersarung di badan. Bajunya yang masih lembap pula dipegang erat. Sehun terfikir untuk menyuruh Sulli membasuhnya di rumah nanti. Sehun berjalan kaki pulang ke rumah selepas Soojung menghantarnya sekadar di tepi jalan utama. Mujur tidak hujan di Daegu.

“Mana Sehun? Dia tak balik lagi?”, suara Donghae kedengaran. Sehun dapat melihat bayang-bayang dua orang duduk di depan pintu rumah. Sehun mengagak itu pasti Donghae dan Sulli. Sehun tersenyum gembira, menyangkakan yang dua beradik itu pasti menanti kepulangannya.

“Dia tak balik lagi. Biasalah, dia tak kan balik awal kecuali jika lapar atau kehabisan duit”,Sehun mendengar jelas setiap apa Sulli katakan. Sehun perlahan-lahan melangkah supaya tapaknya tidak berbunyi. Sehun yang nakal mula merancang untuk memeranjatkan dua beradik yang leka berbual itu.

“Oppa, macam mana kalau Sehun dah ingat semula nanti?”

Langkah Sehun tiba-tiba mati.

“Dia takde pilihan lain macam kau”, Sehun mendengar balasan yang Donghae berikan.

“Tapi, macam mana kalau dia buat pilihan lain? Macam mana kalau dia larikan diri dari Daegu pergi ke Seoul? Kalau dia tak nak menyamar sebagai Lee Sehun? Saya bimbang keadaan dia”

Sehun mendengar dan terus mendengar.

“Eunhyuk takkan benarkan perkara macam tu berlaku. Dia akan jadi macam kita, sembunyi dan menyamar. Dia akan terus jadi Lee Sehun, berlakon sebagai abang kau, sebagai adik aku. Dia tak boleh lari dari sini. Identitinya di Seoul sudah mati. Ada kubur bertanda namanya”

Sehun menggenggam erat buku limanya dan air mata mengalir perlahan.


*drumrolls*... jeng jeng jeng. what happen next? stay tuned

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.