004

Pertempuran Takdir (KC Sequel)
  1. Bab 4

‘Baby saya dah potong rambut”, Kai mengusap lembut kepala Sulli.

Sulli mengangguk perlahan. Matanya sembap menangis tapi kini tangisannya sudah berhenti. Bebanan di dada dirasakan berkurang setelah meluahkan segalanya pada Kai. Sulli menceritakan segalanya kepada Kai, tentang dirinya sebagai Lee Sulli, Lee Donghae, Eunhyuk dan Soojung.

“Dah, jangan menangis lagi”, Kai memujuk Sulli yang masih tersedu dalam esakan. Walaupun sudah dua tahun berlalu, Sulli tidak berubah kecuali dengan gaya rambutnya pendek. Suaranya, sentuhan tangannya, manjanya, semua masih sama di mata Kai. Dia lega kerana akhirnya dapat berjumpa dengan teman wanitanya, memeluk, mendakap dan mencium gadis itu. Keyakinan yang ditanam dalam tempoh dua tahun ini membuahkan hasil.

“Kai”, Sulli memegang erat tangan Kai. Hanya mereka berdua dalam kereta itu manakala Detektif Park Eunji menunggu di tempat lain bersama Jieun. Sengaja Sulli mahu berdua dengan Kai, untuk menceritakan rahsianya yang Jieun sendiri tidak tahu.

“Tentang apa yang saya beritahu, tolong jangan beritahu sesiapa. Tolong rahsiakan”, rayu Sulli bersungguh-sungguh. Dia tahu dia baru sahaja membuat keputusan bahaya dengan menceritakan segalanya yang berlaku kepada Kai. Cerita bagaimana dia hampir dibunuh oleh orang Korea Utara dan Eunhyuk menyelamatkannya dengan membawa ke Daegu. Namun Sulli tidak menyentuh mengenai Sehun. Tidak langsung disebut tentang Sehun. Perkara sebenar yang Sehun masih hidup dan hilang ingatan, Sulli sembunyikan.

“Sayang, saya dah jadi peguam. Saya dan Detektif Park boleh uruskan kes ini. Awak tak perlu menyamar sebagai Lee Sulli lagi. Kita boleh kembali macam dulu. Awak tahu tak, keluarga awak sangat rindukan awak”, pipi Sulli dibelai lembut.

“Tak, jangan buat apa-apa. Ini bukan sahaja melibatkan saya, tapi Eunhyuk dan Donghae juga. Eunhyuk mengambil risiko untuk menyelamatkan saya. Kalau perkara ni diketahui oleh pihak atasan Korea Utara, nyawa kami semua dalam bahaya”, Sulli sedaya upaya menjelaskan. Dia tidak mahu Kai terlibat dalam konflik Korea Utara ini.

“Jangan risau. Saya tahu apa patut saya buat. Saya akan selamatkan…”

“Tidak”, Sulli menggeleng-geleng. “Awak tak tahu betapa bahayanya Korea Utara. Mereka sangat menakutkan”, berair semula mata gadis naif itu.

“Sulli”, Kai menyeka air mata gadis itu.

“Dan satu lagi, jauhkan diri daripada Soojung. Dia tu bahaya. Sangat bahaya. Sebab dia saya terlibat sekali. Awak ingatkan cerita yang saya jumpa pistol di rumahnya? Dia berbahaya. Saya nak pastikan awak selamat”

Kai tersentak. Gambaran Sulli mengenai Soojung lebih ke arah negatif. Jelas Sulli seakan membenci gadis perisik itu. Namun, selama dua tahun ini, Kai menjadi rapat dengan gadis yang Sulli gambarkan bahaya itu. Semua itu salah faham. Kai yakin Sulli sudah salah faham mengenai Soojung. Kai tahu Soojung tidak bersalah sepenuhnya.

“Dia tak tahu pun awak masih hidup. Awak dah salah faham. Dia sangkakan awak dah mati sebab Eunhyuk yang memberitahunya. Soojung tidak berbahaya seperti yang awak sangka”

“Eunhyuk selamatkan saya. Soojung yang menyebabkan saya nyaris jadi mangsa Korea Utara”

“Itu semua salah faham. Masa tu Soojung langsung tidak sedar yang…”

“Bagi saya, dia tetap orang jahat!”

>>>>>>>>>>>>>> 

Sehun berjalan kaki, pulang ke rumah. Langkahnya perlahan dan wajahnya kosong. Setiap kata-kata Mun Taeshil diputarkan semula. Dia mula rasa bingung. Kenapa dia dan Sulli dilarang ke Seoul? Dia bukannya budak kecil yang akan sesat di bandar. Dia dan Sulli, masing-masing sudah besar dan boleh jaga diri. Kenapa Sulli dan Donghae mahupun Eunhyuk tiada menceritakan mengenai masa silamnya, malah gambar-gambar ketika mereka kecil pun tiada. Apa yang berlaku sehingga dirinya boleh kemalangan lantas hilang ingatan? Kenapa Sulli seolah ada merahsiakan sesuatu?

Sehun memicit kepalanya. Pening memikirkan.

>>>>>>>>>>>>>> 

Soojung berjalan mundar-mandir seperti seorang ibu keresahan yang kehilangan anak. Kelihatan orang awam berjalan di kaki lima menggunakan payung, melindungi diri daripada terik panas matahari. Soojung terus menunggu di luar kedai. Di sebelah kirinya terdapat sebuah kedai pajak gadai. Kelihatan lama dan tidak dikunjungi ramai. Keadaannya kusam dan malap. Mungkin orang tidak berani nak datang ke kedai tersebut.

“Permohonan awak diterima. Esok awak boleh mula kerja”, seorang wanita dalam lewat 30-an memberitahunya.

“Terima kasih”, ujar Soojung memberi tunduk hormat.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Lemah langkah Sulli menapak ke bilik. Peristiwa siang tadi masih tergambar jelas. Sulli masih lagi tidak dapat mempercayai akan hakikat yang hari ini dia berjumpa dengan Kai. Mimpi?

“Sulli, lambat kau balik? Pergi mana?”, Sehun yang berehat di ruang tamu menegur.

Sulli menoleh pandang ke arah lelaki itu. Kalau Sehun tidak hilang ingatan, pasti sekarang Sulli sudah teruja untuk menceritakan pertemuannya dengan Kai tadi. Andai Sehun tak hilang ingatan juga, Sulli pasti menceritakan perihal Sehun kepada Kai. Tapi Sulli tak mampu. Entak kenapa lidahnya kelu untuk memberitahu Kai mengenai Sehun. Apa nanti reaksi Kai apabila dapat tahu kawan baiknya masih hidup tapi hilang ingatan.

“Sulli, aku tanya ni, kau pergi mana tadi?”, Sehun mengulang soalannya tapi kali ni dalam nada menjengkelkan.

“Aku pergi jumpa teman lelaki aku”, balas Sulli bersahaja seraya menuju ke biliknya.

“Teman lelaki? Sulli adik aku ada teman lelaki?”

>>>>>>>>>>>>>> 

Soojung baru selesai makan malam apabila Kai sampai. Setiap harinya sudah dibiasakan dengan kehadiran Kai. Dia tidak mahu mengulang cakap perkara yang sama. Walaupun dilarang, peguam muda itu masih datang lagi. Akhirnya Soojung mengalah.

“Awak dah makan? Nak saya perhangatkan makanan untuk awak?’, soal Soojung usai selesai membasuh pinggan mangkuk di dapur. Dia berjalan mendekati Kai di ruang tamu.

“Tak, tak perlu. Saya dah makan sebelum datang tadi”, balas Kai. Pandangannya berfokus pada sesuatu di atas kabinet hiasan bersebelahan televisyen. “Soojung, awak ada keluar ke mana-mana ke hari ini?”, soalnya pula.

Soojung melirik lihat hujung pandangan lelaki itu yang tertumpu pada dua pucuk pistol yang diletakkan di atas kabinet. Dia terlupa untuk menyimpannya semula. “Saya ke Kaesong, ziarah kubur kakak saya”, jawab Soojung lalu segera menyimpan senjata tersebut di dalam bilik.

“Sambil bawa pistol? Ke kubur?”,soal Kai lagi apabila Soojung keluar dari bilik.

Gadis itu mengeluh kecil sebelum mengambil tempat, melabuhkan punggung di atas sofa. “Saya ke unit kawalan, pihak atasan panggil”

“Misi baru?”, soal Kai.

Soojung mengangguk balas lantas teringatkan misi barunya. “Misinya nampak mudah tapi…”

“Tapi apa?”

“Saya diarahkan untuk mengintip dan memerhatikan seorang bekas perisik Korea Utara ni. Dia pernah jadi ketua melatih saya sebelum saya dihantar ke Manhattan. Bagi saya, dia seorang yang baik dan lain daripada perisik Korea Utara yang selebihnya. Dia lembut dan tidak kejam. Saya tak faham, kenapa saya diarahkan untuk mengintip dia. Apa yang dia dah buat?”

“Kejap, apa maksud awak bekas? Bekas perisik? Dia bukan lagi perisik Korea Utara?”

“Yup. Dia berhenti dalam empat tahun yang lepas. Dia kemalangan dan buta”

“Jadi dia boleh berhenti kalau pihak atasan rasa dia tak berguna lagi?”

“Tengok keadaan juga. Kalau seseorang itu bawa bebanan, pihak atasan akan bunuh terus tapi tak semua bekas perisik dapat hidup. Mereka semua akan dibunuh”

“Jadi, kalau awak berhenti jadi perisik tanpa sebab yang kukuh, awak akan dibunuh?”

“Semestinya. Nyawa saya dalam jawatan saya, kod nama saya”

“Kalau pihak atasan suruh awak bunuh bekas perisik tu? Apa awak akan buat?”

Soojung diam memandang mata Kai. Dia tahu Kai ada jawapannya tapi kenapa masih perlu bertanya.

“Bagi saya, dia tetap orang jahat!”

“Saya cuba tak nak bunuh sesiapa lagi. Saya dah janji dengan kakak saya”, Ejen 411 itu cuba untuk senyum, untuk tampak kuat di hadapan lelaki bernama Kim Jong In itu.

“Saya percayakan awak. Awak boleh lakukan. Awak boleh jadi berbeza dari mana-mana perisik Korea Utara yang lain. Saya percaya awak bukan orang jahat”, Kai mencapai dan menggenggam erat tangan gadis itu.

Keadaan pagi di Seoul tidak banyak berbeza dari bandar Daegu. Jalan raya sentiasa sibuk dan semua orang kelihatan sibuk. Sehun rasa kerdil di sebalik bangunan pencakar langit yang meninggi dan orang-orang bandar Seoul. Masing-masing leka dengan telefon pintar yang terlekat di tangan. Fesyen yang pelbagai mendedahkan kulit remaja, golongan pelbagai usia saling bertembung.

Melirik kepada alamat yang disalin atas nota kecil, Sehun menguatkan semangat. Dia tahu apa yang dilakukan ini adalah satu kesalahan tapi jiwa kecilnya degil untuk melanggar peraturan.

“Abang kau tak mahu orang Seoul terjumpa kau? Abang kau takut kalau kau ingat apa-apa pasal Seoul?”

Apa yang ada di Seoul yang berbahaya kepada dirinya? Apa? Atau siapa?

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Angin bertiup lembut, kaki Namjoo perlahan melangkah. Sekali sekala dia mendepakan tangan merasai angin. Musim luruh akan tiba tak lama lagi. Musim cinta.

“Oppa!”, Namjoo memanggil sebaik tiba di depan pintu sebuah rumah. Tidak kecil dan tidak besar. Rumah separuh tradisional itu didiami oleh tiga orang lelaki dan seorang gadis.

“”Oppa!”,sekali lagi Namjoo jerit memanggil.

“Kau nak apa? Dia tiada di rumah”, seorang gadis menjenguk di muka pintu. Rambutnya pendek dan dia kelihatan seperti tomboy. Namun matanya bulat cantik dan kulinya cerah mulus. Namjoo masih lagi mencari titik persamaan gadis itu dengan Sehun tapi masih buntu. Betulkah mereka berdua adik beradik?

“Sehun oppa pergi mana?”

“Aku tak tahu. Dia keluar awal pagi”

Namjoo dan Sulli saling bertentang mata. Seolah ada sesuatu yang ingin ditanya oleh mereka berdua tapi persoalan itu dibekukan.

“Tiada apalah”, Namjoo mengukirkan senyuman. “Saya balik dulu”

“Namjoo shhi”, Sulli menahan sebaik sebelum Namjoo beredar.

“Sehun. Dia bukan seperti apa yang kau sangka. Dia Lee Sehun. Aku nasihatkan kau, baik kau jauhi dia. Kalau tak..”

“Kalau tak?”

“Kau sendiri akan terluka”

Namjoo terdiam dan angin yang meniup perlahan tadi dirasakan mencucuk ke dalam badannya. Ke dalam jantungnya.

>>>>>>>>>>> 

“Pastikan baju disusun mengikut saiz. Ingat, bagi apa saja pelanggan minta. Andai dia tanya apa pendapat kita, baru awak rekomenkan saiz apa yang sesuai, mengikut bentuk badan dia. Ingat, sesetengah pelanggan sensitif tentang saiz ukuran badan. Puji mereka dulu baru kaitkan dengan baju yang sesuai. Bagi mereka…..”

Soojung hanya mengangguk balas setiap apa yang pengurus butik itu bebelkan. Fikirannya melayang. Dalam mindanya, persoalan bertalu-talu muncul mengenai misi barunya. Ada seketika Soojung melirik pandang kedai pajak gadai yang terletak berhadapan di seberang jalan dengan kedai butik itu.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Apa awak buat kat sini?’, Sulli terkejut mendapati Kai berada di depan rumahnnya.

“Datang nak jumpa awak. Saya rindu ‘baby’ saya”, suara Kai berubah manja. Langsung tidak kelihatan seperti seorang peguam.

“Macam mana kalau Eunhyuk nampak awak? Awak dah gila! Saya dah beri amaran bukan?”, Sulli khuatir jika Eunhyuk atau Donghae mahupun Sehun terserempak dengan Kai di depan rumah itu.  Gadis itu bimbang jika Kai terlibat sama.

“Saya tak kisah”, Kai masih mampu mengukirkan senyuman. “Sekarang ni, saya nak awak ikut saya”

“Ke mana?”,soal Sulli, terasa tangannya dicapai lembut.

“Ke rumah saya”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kelihatan dua tiga orang lelaki membersih dan mencuci lantai. Kerusi-kerusi disusun ke tempat asalnya. Kawasan ruang tengah lengang dan kosong. Lampu-lampu yang giat berputar aktif malam tadi dipadamkan. Botol-botol arak yang sudah kosong, dibuangkan. Suasana sunyi, berbeza dengan keadaan malamnya.

Sehun dapat rasakan dirinya ditenung beberapa mata. Dia tidak peduli dan terus mengatur langkah dalam bar tersebut, mencari pelanggannya.

“Nam Taehyun?”, Sehun memanggil lelaki yang dari tadi merenungnya. Gayanya kelihatan seperti ketua di bar tersebut. Senyuman sinis yang sombong, dengan sut kelabu dan tshirt dalaman bercorak jalur membuatkan Sehun sedikit tidak menyukainya. Sepuntung rokok masih berasap di hujung mulutnya.

“Kau anak buah Mun Taeshil? Ada bawa barang aku?”, ujarnya sedang asap keluar dari hujung bibirnya.

“Serahkan duit dulu baru aku bagi barang yang kau nak”, Sehun merancang. Seperti biasa, Sehun sudah arif dalam hal pengedaran dadah.

“Kau dalam kawasan aku. Berani kau minta macam tu”, renungan Nam Taehyun tajam. “Hahahaha”, lalu dia ketawa besar.

Sehun tidak pasti kenapa lelaki itu ketawa. Apa yang mencuit hatinya? Ketawa lelaki bernama Nam Taehyun itu berhenti tiba-tiba lalu sepucuk pistol dikeluarkan. Diacukan tepat ke muka Sehun. Anak muda dari Daegu itu terdiam dan pucat riak wajahnya serta merta, terkejut. Perasaannya berdebar-debar.

“Aku gurau je”, Nam Taehyun tersenyum berjaya mengusik anak buah Mun Taeshil itu. Dia menurunkan pistolnya. Isyarat mata diberikan kepada seorang lagi lelaki di sebelahnya. Lelaki yang disebelah Nam Taehyun itu, segak kemas memakai sut hitam, bergerak menghampiri Sehun dengan sebuah beg galas penuh berisi duit. Sebagai tukar ganti, Sehun menyerahkan patung ‘teddybear’ yang dalamnya diisi dengan dadah.

“Mun Taeshil kata ini kali pertama kau datang ke Seoul”, lelaki itu tersenyum sambil memeriksa patung yang diserahkan Sehun tadi. “Selamat datang ke Seoul”

“Aku tak nampak apa yang indahnya di Seoul ni”, komen Sehun jujur.

“Kau sepatutnya datang waktu malam. Perempuan-perempuan Seoul selalu datang berkumpul kat bar ni hampir setiap malam.”, Nam Taehyun sempat mengenyit mata.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Ini gambar semasa saya ‘graduate’. Awal tahun lepas”, Kai menceritakan perihal setiap gambar di dalam album miliknya.

Sulli sempat mengerling keadaan sekeliling apartmen milik Kim Jong In itu. Mewah, ringkas dan kemas. Susunan perabut dan hiasan dalaman yang sangat bersesuaian dengan personaliti Kai yang tenang.

“Macam mana kerja awak sebagai peguam? Mesti awak gembira sebab awak dapat capai cita-cita awak. Firma guaman awak pula macam mana?”

“Em-Em”, Kai menggeleng. “Saya baru lagi bermula sebagai peguam jadi hasrat untuk memiliki firman guaman sendiri tu masih jauh untuk dicapai. Saya gembira dapat kejar cita-cita saya tapi sayangnya, orang yang sama-sama berimpian dan menanam janji untuk menjadi peguam sudah tiada.”

Sulli tahu dan faham perasaan Kai. Orang yang dimaksudkan ialah Sehun, kawan baiknya Oh Sehun. Sulli menggigit bibir, menelan kenyataan yang Sehun masih hidup. Dia tidak sampai hati untuk memberitahu Kai yang sepanjang dua tahun ini Sehun langsung tidak ingatkan Kai kerana Sehun mempunyai masalah hilang ingatan.

“Sulli~”, Kai menutup album gambar yang berada di tangan Sulli. “Boleh saya tanya sesuatu?”

Gadis di hadapan Kai tidak memberi tindak balas, tertunduk memandang kulit album gambar yang masih dipegangnya.

“Eunhyuk selamatkan awak seorang? Hanya awak?”

Sulli menegakkan kepala, memandang Kai dengan perasaan resah. “Apa maksud awak?”

“Sehun. Saya tahu dia tak mati lagi. Soojung cerita pada saya yang mayat ditemui terbakar dua tahun lepas bukan mayat Sehun. Eunhyuk dapat arahan untuk hapuskan dia”

“Jadi? Kenapa awak tanya saya? Saya tak tahu apa-apa pasal Sehun”, balas Sulli gelisah. Dia tidak pandai berbohong di depan teman lelakinya.

“Jadi, kalau Eunhyuk boleh selamatkan awak, maknanya dia mesti ada selamatkan Sehun juga kan? Tak mungkin dia selamatkan awak dan Donghae saja kan? Ada dia cerita apa-apa mengenai Sehun pada awak? Ada awak bertanya? Mungkin….”

“Tiada”, Sulli memotong. “Saya tak tahu apa-apa pasal Sehun”

Kai tahu Sulli berbohong dan dia juga dapat rasakan Sulli ada rahsiakan sesuatu darinya. Jauh dalam sudut hatinya, Kai ingin tahu lebih lanjut. Sebagaimana dia berjaya bertemu Sulli, Kai ingin mencari kawannya Sehun. Namun melihat keadaan Sulli, Kai dapat memahami gadis itu. Pasti ada alasan kenapa Sulli enggan beritahu kepada Kai.

“Ok. Saya faham”, Kai membelai pipi gadis itu. Terdapat beberapa kesan calar kecil dia sebalik anak rambut Sulli. Kai mula rasa kasihan akan nasib Sulli. “Malam ni awak tidur sini ye”

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sehun diam, berdiri tegak, menunggu bas. Seoul tidaklah berbahaya seperti yang Donghae dan Sulli gambarkan. Teka-teki yang diberikan Mun Taeshil masih kekal sebagai satu persoalan yang membebankan Sehun. Kenapa Donghae melarangnya ke Seoul? Kini dirinya sudah menjejak kaki di tanah Seoul, tiada apa yang teruk berlaku.

Mata Sehun melirik setiap bas yang berhenti, memastikan agar apabila bas yang betul berhenti, dia tidak akan ketinggalan. Dia sudahpun meminta pertolongan kawannya Kim Myungsoo tentang jadual masa perjalanan bas yang berulang antara Daegu-Seoul. Sehun mahu segera pulang ke Daegu. Enggan diketahui oleh Donghae atau Eunhyuk.

“Sehun shi”, satu suara menegur.

Sehun menoleh  ke arah suara tersebut. Seorang perempuan muda, berambut panjang lurus, kurus dan tinggi, memandangnya.

“Sehun”, suara perempuan itu entah kenapa Sehun rasakan istimewa. Bunyi bising di sekeliling perhentian bas itu seolah-olah mati dan Sehun dapat mendengar suara perempuan itu jelas.

“Siapa awak?’,soalnya memandang tepat mata perempuan itu. Matanya berair seakan mahu menangis. Siapa dia?

(2521 P/P)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.