003

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 3

Gu Hye Sun.

Mata Soojung tertatap pada sekeping gambar di mana seorang wanita tersenyum menawan. Senyuman yang suatu ketika dulu cukup menenangkan kegelisahan hati Soojung. Gambar tersebut dikepilkan bersama borang maklumat peribadi milik orang di dalam gambar itu. Gu Hye Sun, perempuan yang banyak membantu Soojung untuk berdiri hari ini. Setiap nasihat dan kata-katanya begitu bermakna.

Namun apa yang bermain di fikiran Soojung ialah kenapa dia diberi misi untuk memerhatikan Gu Hye Sun? bekas pengintip itu? Ada sesuatu yang Gu Hye Sun sembunyikan?

Soojung menyimpan kembali maklumat dan gambar tersebut ke dalam fail. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sebelum menolak daun pintu dan keluar dari perut kereta. Sekumtum bunga lily disematkan di tangan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Tolong, Detektif Park. Tolong saya cari teman wanita saya. Dah setahun dia menghilang, kenapa saya masih tiada khabar berita mengenai dia? Saya merayu supaya buka semula kes kehilangan gadis bernama Choi Sulli. Saya pelajar jurusan undang-undang, satu hari nanti saya akan jadi peguam. Saya sanggup buat apa saja asalkan kes tersebut dibuka semula.”

“Maaflah tapi saya sendiri masih pelajar praktikal akademik polis. Bukan bidang kuasa saya untuk buka sebarang kes jenayah”

Kai melemparkan pandangan ke luar tingkap, teringat tatkala pertama kali berjumpa dengan Detektif Park. Mereka berdua masih orang baru ketika itu. Kai yakin dia boleh harapkan detektif yang tangkas itu untuk mencari Sulli. Jauh di dalam sudut hati Kai pula, keyakinannya teguh mengatakan yang Sulli dan Sehun masih hidup.

“Wei, kita nak fokuskan pencarian di mana? Kawasan perumahan? Deretan kedai? Atau kawasan kampung?”, soal Eunji sambil memandu kereta peronda polis yang dibawa dari balai tadi. Sengaja dia malas memandu kereta sendiri, menjimatkan minyak.

“Wei, aku tanya kau ni”, Eunji menampar lengan peguam yang berada di sebelahnya. Menjengkelkan apabila lelaki itu tidak menjawab soalannya tadi.

“Eh, sekejap-sekejap. Perlahankan kereta”

“Ha? Kenapa? Kau nampak dia ke?”

“Berhenti cepat!”

Laju Eunji menekan brek kereta dan dengan pantas Kai meleraikan tali pinggang keselamatan dan meluru keluar.

“Kenapa?”, fikiran Eunji penuh tanda tanya. Dia menoleh belakang lihat Kai berlari ke arah sesuatu dan tidak lama kemudian dia kembali.

“Dataran Su Ae, sekarang!”, Kai segera menutup pintu sebaik masuk dalam perut kereta.

“Dataran Su Ae, kenapa? Kau tengok apa tadi?”, kali ini Eunji menekan pedal minyak. Dia menurutkan sahaja kata-kata Kai walaupun dia tidak pasti kenapa.

“Banner konsert Shinhwa. Konsert tu berlangsung di dataran Su Ae. Shinhwa buat konsert percuma terbuka”, Kai membalas dengan penuh keyakinan.

“Yah, aku ingat apa tadi. Buat aku suspens je. Konsert Shinhwa rupanya. Kau peminat Shinhwa ke?”, sempat Eunji ketawa setelah mengetahui sebab Kai terburu-buru keluar tadi adalah sebab terlepas pandang kain rentang yang mempromosikan konsert artis kegemarannya.

“Bukan aku”, Kai menjeling Eunji disebelahnya. “Tapi Sulli”

“Maksud kau?”, Eunji menegakkan posisinya, kembali pada titik fokus.

“Sulli peminat kumpulan tu, pasti dia pergi konsert Shinhwa tu. Kat situ mungkin kita berpeluang jumpa dia”

“Kau dah gila?!”, suara Eunji sedikit lantang. “ kau ingat peminat Shinhwa tu sedikit? Konsert percuma pula tu, beribu kot orang datang”

“Konsert tu diadakan khas untuk peminat di Daegu. Mungkin ramai tapi Dataran Su Ae tu bukan besar mana. Aku yakin Sulli pergi konsert tu dan aku yakin kita boleh jumpa dia di sana”

Eunji meneguk liur, terdiam dengan keyakinan yang Kai miliki.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Lee Sehun!”

Sehun segera berlari ke arah seorang lelaki yang memanggil namanya. Lelaki yang merupakan kawan sekerja Sehun, berkomplot dalam industri pengedaran dadah. Kim Myung Soo.

“Macam mana? Lama aku tak dengar cerita pasal kau”, mereka berdua saling melagakan bahu. Myungsoo tampak semakin pucat dan tanpa perlu bertanya Sehun sudah tahu sebabnya. Dadah. Biarpun Myungsoo banyak kali menafikan penglibatannya dalam mengambil dadah tapi Sehun tahu tahap Myungsoo. Faktor itu juga mengapa Myungsoo kurang dipercayai dalam kumpulan Kucing Hitam untuk mengedarkan dadah. Lelaki itu sering mencuri dadah untuk ketagihan diri sendiri.

“Aku macam biasa, edar ‘barang’ di kawasan sama. Kau macam mana di Seoul? Aku dengar penguasaan polis makin hebat”

“Ah! Jahanam-jahanam tu semua selalu ganggu ‘business’ aku. Ada satu hari tu, mujur aku dapat boloskan diri. Boleh pula buat penguasaan di kelab malam ‘area’ aku”, bersungguh Myungsoo menceritakan kepayahannya menjadi pengedar dadah di kawasan bandar utama. Sehun nyata berbeza dengan dirinya. Myungsoo tidak tahu bagaimana Sehun dapat menahan diri daripada merasai nikmat bahan yang mengkhayalkan itu. Biarpun Sehun bekerja sebagai pengedar dadah, dia tidak pernah obsess dengan bahan tersebut.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Langit cerah dengan awan yang bercorak gumpalan gula kapas. Orang lain mungkin berseronok dengan ahli keluarga mereka tatkala ini manakala Soojung berada di tanah perkuburan Kaesong, menziarahi kubur kakaknya. Biarpun tidak sampai dua tahun kematian Jung Sooyeon, Soojung merasakan sangat sepi.

“Apa kau buat kat sini?’,soal Soojung. Aneh melihat kelibat lelaki yang berada di hadapan kubur kakaknya.

Eunhyuk lantas menoleh sebaik ditegur oleh Soojung. Senyuman diberikan sebalik jawapan. Soojung menggenggam buku lima, menahan geram dan sakit hati melihat senyuman itu. Senyuman yang sama dilemparkan ketika Eunyuk menyambut kedatangan Soojung di lapangan terbang, senyuman yang sama yang Soojung sangkakan lelaki yang menguntumkan senyuman itu boleh dipercayai. Soojung silap. Gadis itu mengetap gigi tatkala teringatkan kesilapannya.

“Kau tak layak datang sini”. Perkuburan di Kaesong itu senyap dan tenang. Berbeza dengan perasaan dendam yang bergelora dalam hati Soojung. Lelaki yang dibencinya berada di depan mata. Kalau pistol ada bersamanya, dia tidak akan teragak untuk tarik picu pistol ke arah lelaki itu. Lelaki yang dianggap pembunuh Sehun dan Sulli.

“Kenapa pula aku tak layak? Aku cuma nak ziarah kubur kawan lama”, balas Eunhyuk. Sempat dia menjeling pandang keadaan kaki Ejen 411 itu. Sedikit lega kerana luka lama akibat ditembak itu sudah pulih dan Soojung kelihatan sihat. Hatinya tertanya-tanya adakah misi Ejen 411 sepanjang dua tahun ini berjalan lancar.

“Kakak aku tak berkawan dengan orang yang kejam macam kau. Disebabkan orang macam kau, dia mati. Dia dibunuh dalam diam! Mereka beri dia racun!”

“Kenapa nak kaitkan aku? Orang atasan yang….”

“Kau dengan pihak atasan sama je!”, lantang suara Soojung mencelah.

“Kau masih tidak berubah. Perisik bodoh yang tak tahu apa-apa”, komen Eunhyuk ke atas diri Soojung.

“Ya. Memang aku bodoh. Aku tak tahu apa-apa sampai kau perbodohkan aku. Kau bunuh orang yang aku sayang. Sehun! Dan Sulii”

“Mereka ‘mati’ disebabkan kau! Kau tak professional uruskan misi kau. Kau libatkan orang lain dalam misi kau. Kau sendiri bahayakan nyawa mereka. Kau tak pandai kawal perasaan!”

Air mata Soojung turun berjurai-jurai tatkala teringatkan Sehun dan Sulli. Matanya merah memandang Eunhyuk dengan penuh dendam.

“Aku tak bunuh Sehun dan Sulli. Kau yang bunuh!”

>>>>>>>>>>>>>> 

“Kita nak cari dalam ramai-ramai ni?”, ternganga mulut Eunji memikirkan rancangan Kai. Orang ramai dilihat sedang seronok melayan konsert Shinhwa yang percuma itu. Bahkan untuk mencari tempat letak kereta pun susah. Eunji tidak dapat menganggarkan kehadiran peminat kumpulan legenda itu. Seribu? Dua ribu? Eunji menggaru kepala.

“Kau cari di bahagian belakang, aku cari di bahagian tengah”, Kai mengarahkan. Eunji lantas berlari ke kawasan kawanan peminat Shinhwa yang leka dengan persembahan di atas pentas. Alunan muzik kuat dan kelihatan ahli kumpulan lelaki terkenal itu membuat persembahan. Kai yakin Sulli pasti akan datang ke konsert sebegini. Kai dapat rasakan Sulli ada berdekatan.

“Dia ni gila ke apa?”, rungut Eunji sambil melihat foto gambar Sulli yang diberi oleh Kai dua tahun lepas. “Mana aku nak cari Sulli dalam ramai-ramai ni?”

“Sulli! Sulli! Sulli!’, Kai menyempitkan diri dalam kawanan peminat yang ghairah dengan persembahan di atas pentas. Mencari dan terus mencari.

“Maaf, awak Choi Sulli? Ada nampak perempuan dalam gambar ni? Choi Sulli? Kenal atau ada nampak Choi Sulli?”, Eunji juga memulakan pencarian dari belakang. Cuba mencari perempuan yang berambut panjang lurus. Teman wanita Kai.

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Wuuuuuuhoooooooo! Shinhwa Oppa Jjang!”, jerit kedua-dua Sulli dan Jieun. Peluang dapat hadir ke konsert artis kegemaran mereka adalah peluang keemasan. Sulli dan Jieun masing-masing teruja dan menjerit memberikan sorakan.

“Hyeseung Oppa! Kahwini saya!”, jerit Jieun sambil membuat lambang ‘saranghae’ di atas kepala.

“Woi!”, Sulli menampar lengan Jieun sambil ketawa. “Kau jangan nak buat malu aku”

“Sulli!”

“Eric Oppa sungguh comel!”, jerit Jieun lagi. Teruja dapat melihat persembahan Shinhwa depan mata.

“Sulli!”

Dalam kesesakan peminat yang ramai terlompat-lompat, menjerit-jerit teruja dapat melihat persembahan Shinhwa, Sulli tiba-tiba bertukar diam.

“Kenapa ni?”, Jieun bertanya, aneh tiba-tiba Sulli diam tidak bersuara. “Kau sakit perut ke?”

“Sulli!”

“Aku dengar macam ada orang panggil nama aku”, balas Sulli. Riak wajahnya kosong.

“Hah? Panggil nama kau? Perasaan kau je”

“Aku nak balik. Jom kita balik”, Sulli menarik lengan Jieun, mengheret gadis itu keluar dari kerumunan peminat yang lain.

“Ya-ya. Aku tak nak balik lagi. Tunggulah dulu sampai konsert ni habis. Aku nak tengok Shinhwa”, Jieun cuba menarik Sulii kembali semula ke tempat asal mereka.

“Sulli!”

Sulli yakin, dia dengar ada orang menjerit memanggil namanya. Sulli mengetatkan topi dan menyarung ‘hoodie’ bajunya untuk menutup wajahnya. Hatinya mula berbolak balik. Dia tidak sukakan perasaan ini. Tangannya menggenggam erat tangan Jieun sambil menolak orang lain untuk membuat laluan keluar.

>>>>>>>>>> 

“Sulli!”

“Sulli!”

Kai mencari pelbagai arah, menerpa mana-mana gadis yang kelihatan seperti Sulli

“Choi Sulli, di mana awak?”, hatinya mula runsing tapi dia tetap terus mencari. Kelibat seseorang dilihat membolos keluar dari kawanan peminat. Dengan topi dan ‘hoodie’yang tebal, Kai rasa curiga dan tanpa melengah masa, Kai mengekori kelibat tersebut.

“Choi Sulli!”, jeritnya.

>>>>>>>>>>>> 

Ruang pejabat sederhana besar itu terasa panas. Sehun tidak tahu dari mana datangnya rasa panas itu, dari dalam dirinya atau keadaan sekeliling yang panas. Baju ‘singlet’ yang dipakai terasa ingin dicabut buang. Namun Sehun menahan diri, menyelesakan diri di atas sofa yang tersedia.

“Lee Sehun, kau dah datang”, seseorang masuk melalui pintu utama, tersenyum melihat Sehun. Sehun segera bangkit bangun dan memberi tunduk hormat.

“Duduk-duduk”, lelaki itu mengarahkan. Dia juga mengambil tempat di sofa, berhadapan dengan Sehun.

“Panas kan? Aku benci musim panas”, lelaki itu menuang air ke dalam gelas, diletakkan kiub ais dan dihulurkan segelas kepada Sehun dan segelas untuk dirinya. “Tahu kenapa?”

“Kenapa?”, Sehun melayan sahaja lelaki itu, mencapai gelas minuman dan meneguk habis. Terasa lega bila sejuk air menyinggah di tekak.

“Sebab masa musim panas, dadah aku kurang laku. Tapi kalau musim sejuk, orang guna dadah sebagai pemanas badan”, jelas lelaki itu tersenyum, menampakkan parut di tepi bibirnya. Gayanya ringkas, berseluar denim dan bertshirt V-neck. Terdapat beberapa parut kecil di bahagian mukanya.

“Boss mesti ada apa-apa kalau panggil saya”, Sehun terus ke topik utama. Tentang tujuan dia datang ke bandar Daegu untuk berjumpa dengan lelaki yang berada di hadapannya itu. Ketua Sehun atau namanya yang digeruni oleh masyarakat Daegu, Mun Tae Shil. Ketua pengedar dadah dan ketua kongsi gelap Kumpulan Kucing Hitam. Pengaruh dan pengikutnya besar termasuklah Sehun.

“Oh ye, aku sebenarnya berbangga dengan kerja keras kau kat di Daegu. Jadi aku jumpa kau ni sebab aku nak pindahkan kau ke area Seoul”

“Seoul?”, berkerut dahi  Sehun bertanya.

“Jangan risau, kau masih lagi ‘under’ aku tapi aku nak bagi kau kerja special sikit. Aku nak kau uruskan pengedaran terus ke kelab malam pelangggan aku. Kalau kau boleh kawal area Daegu, aku yakin kerja ni pasti mudah buat kau”

“Tapi saya tak boleh ke Seoul. Itu kawasan larangan saya.”

“Kenapa?”, nada Mun Taeshil sedikit tinggi.

Kenapa? Sehun berfikir. Kenapa selama ni Donghae melarang dia dan Sulli daripada ke Seoul. Kenapa tak boleh ke Seoul?

“Saya tak pasti, tapi abang saya melarang saya ke Seoul. Ia kawasan larangan buat keluarga kami. Abang dan adik saya pun tidak boleh ke Seoul”

“Hahahaha”, Mun Taeshil ketawa besar. “Kenapa pelik sangat peraturan keluarga kau?”

“Saya pasti ia ada kaitan dengan keluarga saya, mungkin…”

“Mungkin apa? Abang kau tak mahu orang Seoul terjumpa kau? Abang kau takut kalau kau ingat apa-apa pasal Seoul?”, ujar Mun Taeshil perlahan rapat pada Sehun. Dia membulatkan mata.

“Saya tak tahu. Tapi apa kaitan saya dengan Seoul? Saya lahir dan dibesarkan di Daegu. Saya pasti abang saya ada sebab tersendiri”

“Mana kau tahu?”, Mun Taeshil kembali ke posisi asalnya. Menyilang kaki di depan Sehun, dia seperti cuba mengolah sesuatu pada anak muda itu. “Kau kata kau hilang ingatan kan? Kau tak fikir ke apa akan jadi kalau kau ke Seoul? Apa yang abang kau cuba rahsiakan? Kau tak tanya dia?’

Sehun diam berfikir. Menjeling lihat kesan parut di bahu kanannya. Seingatnya Sulli beritahu yang Sehun hilang ingatan akibat kemalangan kereta. Anehnya hanya bahu kanannya yang cedera teruk.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Pinggan-pinggan yang baru dibasuh itu dilap dengan cermat. Sudah menjadi kebiasaan Namjoo untuk memastikan semuanya bersih sebelum dia meninggalkan kawasan dapur.  Adakalanya Namjoo rindu untuk kembali bekerja di rumah Keluarga Oh tapi dalam rumah itu hanya akan mengingatkan Namjoo kepada tuan mudanya. Setiap kali itu akan membuatkan Namjoo bersedih. Gelak tawa dan jeritan Sehun seolah-olah terngiang-ngiang dalam ruang dinding rumah itu. Oleh kerana tidak tahan, Namjoo membuat keputusan untuk berhenti kerja.

“Namjoo, boleh ambilkan air untuk mak cik?”, seorang wanita separuh usia mendekati Namjoo, duduk berehat di meja makan.

“Hari ni panas kan?”, Namjoo tersenyum melihat mak saudaranya mengipas-ngipas baju tanda kepanasan. Dihulurkan segelas air putih kosong.

“Ah~ betul tu. Tapi tak lama lagi musim panas akan berakhir”,  ujar mak saudara Namjoo.

Namjoo mengambil tempat di sebelah mak saudaranya. Lepas berhenti kerja, Namjoo tidak tahu ke mana arah tuju yang patut dia pergi sehinggalah mak saudaranya itu mengajak Namjoo tinggal bersama, di Daegu.

“Lepas musim panas ni, datang musim luruh pula”

“Kenapa? Kamu nampak macam tak sabar nak sambut musim luruh”, mak saudara Namjoo menjeling gadis itu.

“Tentulah. Saya tak sabar. Musim luruh kan musim cinta. Autumn in my heart”, balas Namjoo teruja. Tersenyum lebar.

“Kamu dengan budah selekeh tu lagi ke?”, soal wanita yang sudah berkahwin tapi tidak dikurniakan cahaya mata itu. Nadanya serius.

“Dia bukan budak selekeh”, Namjoo mempertahankan teman lelakinya. Budak lelaki yang dimaksudkan selekeh oleh mak saudaranya ialah teman lelakinya, Lee Sehun.

“Selekeh je mak cik tengok. Asyik-asyik pakai baju sama. Entah apa kerja dia buat. Mak cik tak faham, kenapa kau boleh suka dengan dia. Bukan ada masa depan”, mak cik Namjoo menjuih mulut, menyampah bila teringatkan Lee Sehun.

“Dia ‘handsome’ dan ada daya tarikan tersendiri. Dia lelaki paling kacak kat Daegu ni”, balas Namjoo ceria. Merah wajahnya membayangkan lelaki tersebut.

“Sebab muka dia macam bekas majikan kamu kan?”

Senyuman Namjoo terus pudar. Wajahnya kelam. “Apa mak cik cakap ni? Sehun lain dari tuan muda. Lain sangat”

“Kamu boleh tipu mak cik tapi kamu tak boleh tipu diri sendiri. Namjoo, mak cik tahu. Dulu, kamu ada cerita mengenai tuan muda kamu tu. Kamu suka budak lelaki tu sebab wajahnya sama dengan tuan muda kamu. Kamu paksa diri kamu untuk membayangkan lelaki tu sebagai…”

“Tak!”, Namjoo bertegas. “Lee Sehun ialah Lee Sehun. Tuan muda Oh dah mati”

Namjoo terus bangkit meninggalkan makciknya di dapur. Enggan terus mendengar apa-apa berkaitan Lee Sehun dan Oh Sehun.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kita larikan diri dari sesuatu? Atau seseorang?”, Jieun bertanya kerana rasa aneh dengan sikap tiba-tiba Sulli itu. Sedikit sakit apabila Sulli menggenggam tangannya kuat. Akhirnya Sulli dan Jieun berjaya keluar dari kerumunan peminat, mereka berdua bergegas ke tempat perhentin bas.

“Kita nak balik rumah terus?”, soal Jieun lagi. Sulli diam tidak menjawab.

“Choi Sulli!”, Kai berjaya mengejar mereka sehingga ke perhentian bas. Termengah-mengah nafasnya namun Kai cuba menstabilkan diri.

“Choi Sulli”, dia memanggil lagi. Sulli segera berpaling menyorokkan muka agar Kai tidak dapat melihat wajahnya. Anak matanya resah, berdebar-debar dan dia menggigit bibirnya dengan kuat.

“Choi Sulli? Siapa Choi Sulli? Dia?”, Jieun masih tidak dapat merungkai apa yang sedang berlaku. Kenapa Sulli berlari seolah-olah dikejar? Siapa lelaki yang mengejar mereka? dan siapa Choi Sulli? “Dia bukan Choi Sulli. Dia kawan saya, Lee Sulli”

“Ya. Saya Lee Sulli, kenapa encik panggil saya Choi Sulli”, gadis yang mengetatkan topinya itu akhirnya bersuara. Dia memberanikan diri, menoleh dan bersemuka dengan lelaki itu. Lelaki yang sangat dirindui, Kai.

“Choi Sulli”, Kai tergamam, tak sangka gadis yang dicari-cari selama ini akhirnya berada di depan mata, berdiri hanya lima langkah dari dirinya.

“Maaf, saya rasa encik salah orang. Saya bukan Choi Sulli”, terketar-ketar Sulli membalas. Dia rasa sangat kekok untuk berbohong kepada lelaki itu.

“Sulli ah~”, air mata Kai mula berair.

“Sulli, kau kenal dia?”, Jieun aneh melihat Kai. Sudahlah datang tiba-tiba dan sekarang buat drama depan dia. Apa dia mahu?

Sulli pantas menggeleng. “Aku rasa dia ni salah orang. Dia mungkin ingat aku ni Choi Sulli”

“Siapa pula Choi Sulli?”

Sulli tunduk dan menggeleng. “Aku tak tahu”, jawabnya lemah.

“Teman wanita saya, Choi Sulli”, Kai cuba tersenyum, menyeka air mata yang tumpah. Setidaknya dia gembira kerana dapat lihat Sulli depan mata dan tahu yang gadis itu masih hidup selamat.

“Tapi dia bukan Choi Sulli”, Jieun cuba membetulkan walau dia sendiri keliru apa yang Kai mahukan.

“Maafkan saya”, Kai menunduk, meminta maaf pada kedua-dua Jieun dan Sulli. “Saya sangkakan awak teman wanita saya sebab wajah awak sama dengannya. Tapi ternyata saya silap. Kalau betul awak teman wanita saya, tentu sekarang ni awak dah berlari peluk saya. Teman wanita saya, kami dah dua tahun tidak berjumpa. Saya terlalu rindukan dia jadi saya bertukar tak tentu arah bila nampak mana-mana perempuan yang hampir serupa dengan teman wanita saya. Maafkan saya”, jelas Kai panjang lebar sambil memandang tepat anak mata Sulli.

Sulli menahan diri daripada menangis. Mendengar kata-kata Kai membuatkan dadanya rasa sebak. Teman lelaki nya sendiri berada di depan mata tapi dia tak boleh berbuat apa-apa. Kalau diikutkan hati, dia ingin berlari mendakap Kai, memberitahu betapa dia rindukan lelaki itu. Ya. Dia rindukan dakapan mesra Kai. Namun sekarang, keadaan tidak mengizinkan.

“Cerita awak agak sedih, tapi lain kali awak patut berhati-hati agar tidak tersilap orang lagi”, komen Jieun yang lurus, tidak mengetahui perkara sebenar.

“Ya. Saya akan lebih berhati-hati. Kadang-kala saya terlalu rindukan dia sampai tak boleh kawal perasaan. Maafkan saya cik Lee Sulli”

Air mata mengalir laju tanpa dapat ditahan.

“ARRRRRRRRRRGHHHHHHHHH!”, raung Sulli sambil memukul dan menhentak dadanya sendiri. Berharap semua sebak di dada boleh lenyap. Sulli rasa sangat sedih dengan takdir yang menimpa dirinya. Sulli tunduk duduk dan terus menangis di hadapan lelaki yang dicintai.

Kai dan Jieun tergamam. Kai tahu dan faham perasaan gadis itu. Dibiarkan Sulli terus menangis sebelum dia memeluk dan memujuk gadis yang disayangi itu.

(2957 P/P)

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.