002

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 2

“Soojung! Wei, kau akan ke luar negara!”

“Betul?! Aku akan ke Australia kan?”, membulat mata Soojung terkejut mendengar berita tersebut. Kot makmal yang tersarung di badan segera ditanggalkan dan Soojung berlari keluar dari makmal kimia tersebut. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Gembira dan teruja untuk ke Australia. Di sana juga tempat kakaknya menjalankan misi. Soojung ingin berjumpa kakaknya, dia terlalu rindukan Jung Sooyeon.

“Jung Soojung?”

Seseorang memberhentikan langkah gadis itu lantas dia menoleh. Dilihat seorang perempuan yang sederhana tinggi, berpakaian ala wanita korporat membalas pandangan Soojung.

“Awak Jung Soojung kan?”, perempuan itu bertanya.

Jung Soojung diam tidak menjawab, cuba mengali dalam fikirannya tentang identiti perempuan itu. Keterujaannya sebentar tadi padam sendiri umpama lilin yang ditiup apinya.

“Awak nampak matang dari usia awak, patutlah pihak atasan pilih awak untuk misi kali ni”, perlahan-lahan perempuan itu mendekati Soojung.

Misi? Pihak atasan? Berkerut dahi Soojung cuba menganalis setiap perkataan yang keluar daripada mulut perempuan itu.

“Ejen 365”, Gu Hye Sun menghulurkan tangan. “Saya akan jadi ketua awak untuk misi terbaru awak di Manhattan”

“Manhattan?”

>>>>>>>>>>>> 

“Soojung?”

“Ejen 411?”

“Ha?”, Soojung tersedar dari lamunan, nasi dalam mangkuk masih tidak terluak.

“Bila panggil Ejen 411 baru awak sedar, nampaknya awak lebih peka dan biasa guna kod nama tu berbanding nama Soojung sendiri”, Kai mencubit isi ikan lalu diletakkan ke dalam mangkuk kepunyaan Soojung. “Makanlah banyak sikit, Sehun tak suka perempuan kurus”

“Jangan panggil saya Ejen 411 lagi”, Soojung mengeluh. Digaulkan nasi dengan isi ikan dalam mangkuknya. Dia tidak tahu kemana seleranya menghilang. “Macam mana kalau orang lain dengar? Kita berdua dalam bahaya nanti”

“Kalau orang lain dengar pun, mereka bukan tahu tu kod nama yang tentera atau  perisik dari Korea Utara gunakan”, sengaja Kai memerli gadis di hadapannya.

“Kai~”, Soojung mula rasa tercabar. Sakit hati kerana tahu Kai sengaja berbuat demikian. “Saya cerita pasal identiti saya pada awak, mengenai misi saya, keluarga saya dan keadaan saya sebagai perisik dua tahun lepas bukan untuk awak memerli saya, bukan supaya awak boleh dedahkan rahsia saya!.”, Soojung menhentak penyepit makanannya di atas meja. “ tapi sebab saya percayakan awak. Sebab awak… awak…”, nafas Soojung laju menahan marah tetapi lelaki di hadapannya kelihatan tenang.

Kai diam menunggu Soojung menghabiskan ayatnya. Teringat dua tahun lepas bagaimana gadis itu teresak-esak menceritakan segalanya tentang dia dan bagaimana Sulli serta Sehun boleh terlibat dalam misinya.

“Sebab awak kawan Sehun”, Soojung tertunduk, menitiskan air mata ke riba sendiri. Tiada esakan didengari. Makan malam mereka berdua senyap dan hiba.

“Jadi, percaya cakap saya. Kita akan jumpa Sulli dan Sehun semula”, Kai mencapai tangan Soojung, memberi harapan dalam memujuk gadis itu. Memang tidak dinafikan, dalam hati Kai, ada secebis perasaan benci kepada gadis itu, benci kerana dia yang bertanggungjawab menyebabkan Kai kehilangan dua orang yang berharga dalam hidupnya. Namun kesucian dan dan kenaifan Soojung kadangkala menyebabkan Kai terpaksa menyimpan dan menolak tepi perasaan benci tersebut. Dia sedar dia tidak boleh menyalahkan Soojung sepenuhnya. Orang yang berada dalam target Kai ialah seorang lelaki yang mengarahkan Soojung, lelaki yang Soojung ceritakan telah membunuh Sulli, lelaki yang turut sama menjadi perisik Korea Utara. Lee Eunhyuk.

“Macam mana awak boleh begitu yakin?”, Soojung mendongak, dibiarkan air mata berjurai membasahi pipi.

“Saya tak tahu”, Kai mengesat air mata ejen 411 itu. “Tapi saya yakin, Sulli ada di mana-mana, masih menunggu saya”

Soojung terdiam saat merasakan kehangatan sentuhan tangan lelaki itu. Dua tahun lepas, entah dari mana datang keberanian untuk menceritakan segalanya pada Kai. Soojung tak faham kenapa separuh dirinya begitu kuat mempercayai kai walhal hubungan mereka berdua tidaklah rapat mana sebelum ini. Dari saat itu, Kai seolah mengantikan tempat mendiang kakaknya, semua rahsia dan misi Soojung, akan diketahui oleh Kai.

>>>>>>>>>>>>>> 

“Doktor? Saya perlu menyamar sebagai doktor?”

Gu Hye Sun mengangguk lalu menghirup kopi suam yang berada di atas meja.

“Tapi kenapa saya?”, Soojung seolah-olah kecewa, tawar hati.

“Saya pun tak tahu, mungkin sebab awak pelajar jurusan perubatan dan awak merupakan pelajar terbaik dalam kelas”

“Bukan saya seorang yang terbaik. Ramai lagi”, jelas gadis 19 tahun itu tidak berpuas hati.

“Mungkin sebab awak yang paling fasih berbahasa Inggeris. Jung Soojung, awak tak boleh pertikaikan keputusan pihak atasan”, tenang tutur kata Gu Hye Sun. Gadis di hadapannya seolah mencerminkan imej remajanya. Hye Sun hanya mampu tersenyum apabila merindui zaman remajanya.

“Saya…” Soojung hanya mampu tertunduk. Orang lain yang berada di kafe tersebut dihiraukan. Jus oren yang berada di hadapannya juga tidak terusik. Dia tidak mahu dihantar ke Manhattan. Soojung tak dapat bayangkan betapa jauhnya dia akan terpisah dengan kakaknya di Australia.

“Kenapa Manhanttan? Kenapa tidak Australia?”, Soojung memberanikan diri bertanya.

“Kenapa awak nak ke Australia pula?”

“Sebab saya nak jumpa kakak saya”, Soojung mengenggam erat kain skirtnya. Tidak mampu memandang wajah wanita yang bertanya itu. “Kakak saya ada misi di Australia. Saya rindukan dia”

“Well, kita akan tengok prestasi awak dulu. Kalau bagus, baru saya akan pertimbangkan untuk bagi awak melawat kakak awak di Australia.”

“Betulke?”, Soojung kembali teruja.

“Saya akan jadi ketua awak dalam latihan sebelum ke Manhattan. Kalau awak cemerlang dalam latihan ni, mungkin kita akan singgah ke Australia sebelum ke Manhattan”, setiap apa yang Gu Hye Sun tuturkan menyuntik kembali semangat Soojung. Gembira apabila membayangkan yang dia akan berjumpa Sooyeon tak lama lagi.

“Tapi ingat, ini atas saya, bukan pihak atasan…”, Gu Hye Sun membisik perlahan. “jadi rahsiakan daripada sesiapa. Ini antara kita berdua”

Laju Soojung mengangguk. Tersenyum semula. “Terima kasih”

“Habiskan air jus tu dulu, malam ni kita mulakan latihan”

“Baik Kapten Gu!”, Soojung memberi tabik hormat membuatkan Hye Sun ketawa.

“Dah-dah. Jumpa awak malam nanti di tapak kawalan blok 5”, wanita itu bangkit bangun dari tempat duduknya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.

Begitu juga Soojung. Gembira kerana mendapat ketua latihan yang masih ada bibit keperimanusiaan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Makanan yang dimakan di rumah Soojung tadi masih belum terhadam sepenuhnya. Kai baring melentangkan diri atas sofa maroon yang dibeli oleh kedua ibubapanya. Bukan sahaja sofa, malah semua perabut dalam rumah tersebut dibeli oleh ibubapanya. Kai tiada masa untuk keluar membelek dan membeli perabut rumah. Dulunya masanya habis ditumpukan dalam pembelajaran undang-undang sebelum menjadi peguam dan sekarang masanya sibuk mencari jawapan yang pada persoalan yang menghantui hidupnya. Mana hilangnya Sulli?

Deringan telefon bimbit mematikan niat Kai untuk melelapkan mata. Tanpa sempat melihat nama si pemanggil, Kai menjawab panggilan tersebut.

“Hello?’

“Kai, kau kat mana?” aku nak rumah kau sekarang”

“Buat apa? Aku tiada mood nak layan kau sekarang ni”, balas Kai separuh mengantuk. Matanya semakin kuyu.

“Aku datang sekarang”

“Haish, aku cakap aku malas nak layan kau. Malam-malam macam ni pulak kau nak….”

Panggilan dimatikan dan belum sempat Kai merungut menyampah dengan si pemanggil tadi, loceng pintu rumahnya ditekan seseorang di luar. Dengan perasaan malas, Kai gagahkan diri bangkit bangun mencapai pintu.

‘Cepatnya kau sampai?! Kau pakai pintu Doraemon ke apa?!”, terkejut Kai sebaik mendapati Eunji berada di hadapan pintu. Mengantuknya hilang seketika.

“Aku memang dah sampai masa aku call kau tadi”, balas Eunji selamba membuka kasut memasuki rumah lelaki bujang itu.

“Aku mengantuk la. Boleh tak kau datang lain kali.”, ujar Kai lemah seraya menutup semula pintu.

“Aku confirm mengantuk kau akan hilang lepas dengar berita aku ni”, Eunji menyelesakan diri di atas sofa milik Kai dan menghidupkan komputer ribanya.

Kai menjeling perempuan yang berpakaian kasual itu. Park Eunji, detektif polis yang bekerja di balai Polis Han di Seoul. Empat tahun lebih tua dari Kai namun mereka tidak menggunakan panggilan hormat lagi. Kai pertama kali berjumpanya semasa kes kehilangan Choi Sulli disahkan tutup dan tiada penyiasatan lanjut akan dibuat. Ketika itu Kai merayu pada Eunji yang merupakan pegawai polis baru untuk menyiasat kes Sulli. Semenjak itu, Kai dan Eunji saling berhubung dalam terus mencari dan mengumpul maklumat mengenai Sulli.

“Apa bendanya?”, Kai mengalah dan menuruti kehendak perempuan itu. Dilihat melalui skrin komputer riba milik Eunji. Sebuah titik merah menyala di atas hamparan peta kasar.

“Titik apa ni?’, soal Kai tidak memahami apa yang Eunji cuba tunjukkan.

“Aku dah dapat kesan teledon bimbit tu”, Eunji bersemangat memberitahu. Petang tadi, dia sangat terkejut apabila telefon bimbit yang dijejaki selama dua tahun akhirnya aktif dan dapat dikesan oleh komputer miliknya.

“Maksud kau, telefon Sulli?”, Kai mula tertarik dan fokus pada skrin komputer tersebut. “Daegu? Sulli di Daegu?”

“Betul tu. Daegu. Petang tadi telefon bimbit tu aktif dalam sekitar lima minit dan aku dapat kesan kedudukan titik aktif tu di Daegu.”

“Tahun lepas, kau dapat kesan di Daegu juga kan? Masa tu hari lahir aku”

“Betul tu. Tapi tahun lepas, aku tak yakin. Kali ni, dia aktif di kawasan yang sama. Aku ada bandingkan tarikh dan masa pengaktifannya. Berbeza, tahun lepas telefon tersebut aktif dalam masa sejam dan hari tu ialah hari lahir kau. Tahun ni pula telefon tu hanya aktif buat beberapa minit petang tadi. Maknanya pengaktifan tersebut bukanlah automatik tapi ada orang yang menghidup dan mematikan telefon tersebut dengan sengaja. Kalau betul tekaan aku, Sulli masih pegang telefon tu dan mungkin dia berada di Daegu sekarang.”

Kai terdiam. Fikirannya kosong. Tidak tahu reaksi apa yang patut diberi.

“Eunji ah~, esok kau free? Aku nak ajak kau ke Daegu”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Satu kucupan lembut singgah di pipi kanan anak muda itu.

“Selamat menyambut hari yang ke 100”

Satu kucupan pula singgah di bibir, sedikit lama dari kucupan di pipi tadi.

“Dah 100 hari? Maknanya kita dah dating lebih tiga bulan?”

“Yup’, Namjoo mengangguk. “Dah 100 hari sayang”

“Tak sangka kau dapat bertahan dengan aku selama 100 hari”, Sehun tersenyum sinis.

“Kenapa pula?”, soal Namjoo, merapati dan duduk di atas riba Sehun.

“Sebab dalam dua tahun ni, setiap perempuan yang aku dating, jadi girlfriend aku, semua tak tahan dengan perangai aku. Tak sampai sebulan, mereka akan lari dari aku, minta aku berubah, tapi kau ni lain”, Sehun mencuit hidung perempuan itu.

“Sebab saya seorang je betul-betul cintakan awak”, Namjoo merapati wajah Sehun, cuba untuk mencium bibir lelaki itu sebelum ditolak.

“Ah~ perempuan semua sama je. Kau pernah cakap dengan aku yang muka aku sama macam seseorang yang pernah kau suka kn? Jadi kau suka kat aku sebab wajah aku je kan?.”

Namjoo bangkit berdiri. Sehun selalu ungkit perkara yang sama. Ya, wajahnya sama dengan Oh Sehun yang pernah Namjoo cintai dalam diam-diam tapi perangai mereka langsung tak serupa.

“Kan saya dah cakap dengan awak, lelaki tu dah mati. Kenapa? Awak cemburu ke?”, Namjoo mengusik lelaki yang masih duduk di bawah pokok itu.

Badannya sentiasa berbau rokok, bajunya lusuh, percakapanya kasar dan Namjoo tidak menyukai semua itu. Empat bulan yang lepas, ketika Namjoo berpindah ke rumah mak saudaranya di Daegu, Namjoo bertemu dengan seorang lelaki yang sangat mirip dengan Oh Sehun. Bekas tuan muda Namjoo. Namjoo akui hatinya sebak dan saat itu dia sedar yang perasaannya selama ini terhadap Oh Sehun ialah melebihi perasaan sayang seorang pekerja kepada majikannya. Apabila dia berjumpa dengan Lee Sehun, Namjoo takut akan hakikat dia terlepas peluangnya untuk mehargai cintanya, maka, Namjoo menjadikan Lee Sehun miliknya dan takkan sesekali melepaskan lelaki itu. Wajah dan suara Lee Sehun sangat menyerupai tuan muda Oh Sehun sehinggakan Namjoo banyak kali terfikir, adakah mereka orang yang sama. Namun Namjoo mengingatkan dirinya bahawa perkara itu mustahil kerana Oh Sehun sudah mati dalam kemalangan.

“Aku? Cemburu?”, Sehun bangkit bangun dan mendekati gadis yang sendiri mengaku sebagai teman wanitanya itu.

“Kalau bukan cemburu, apa lagi? Awak tak suka saya kaitkan awak dengan lelaki lain”, Namjoo berpaut manja pada leher lelaki itu.

“Aku cuma tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain. Aku ialah aku. Lee Sehun”, ujar Sehun lalu mencium bibir gadis itu.

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kau nak pergi mana?”, soal Donghae sebaik melihat Eunhyuk mencapai topi dan kasut.

“Budak-budak ni dah keluar? Ada kau tanya mereka pergi mana?’

Donghae sedikit geram soalannya tidak dijawab. Sebelum Eunhyuk mencapai daun pintu, Donghae menahan. “Aku tanya, kau nak pergi mana?” soalannya diulang.

“Aku nak lawat seseorang”, Eunhyuk menjawab.

“Siapa?”

“Kubur Jung Sooyeon”

“Kakak Ejen 411?”

Eunhyuk mengangguk perlahan.

“Macam mana kalau kau terserempak dengan dia?”

Eunhyuk mengalihkan tangan Donghae dari tombol pintu. “Janganlah minta supaya aku terserempak dengan dia”

Donghae memandang keadaan sekeliling , lalu berkata dalam nada yang perlahan, “Dia tak tahu kan yang Sehun dan Sulli masih hidup kat sini?”

“Ya, dia tak tahu dan tidak akan tahu. Hanya dengan cara tu, baru kedudukan Sehun dan Sulli akan selamat kat sini. Kalau Soojung tahu, dia akan bertindak bodoh dan nyawa mereka akan diancam bahaya sebaik pihak atasan tahu. Bukan sahaja mereka berdua, tapi kita juga turut terlibat. Terutamanya aku”

“Gaya kau cakap, macam ada yang tak kena je. Semua ok kan? Kau tiada buat silap lagi kan dalam misi kau?”

Wajah Donghae bertukar risau. Dalam enam tahun dia hidup bersembunyi, dia sentiasa berwaspada. Dia juga sentiasa berterima kasih pada Eunhyuk kerana tidak membunuhnya enam tahun yang lepas, pengorbanan Eunhyuk mengkhianati pihak atasan akan sentiaa dihargai dan Donghae sentiasa mencari peluang untuk membalas jasa kawan baiknya itu.

“Aku rasa tak sedap hati. Macam sesuatu akan berlaku. Sesuatu yang melawan takdir”

(2122P/P)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.