013

Pertempuran Takdir (KC Sequel)

 

  1. Bab 13

“Hahahaha”, Soojung ketawa kuat.

Kelakar mendengar cerita Gu Hye Sun mengenai peragut yang cuba meragut beg wanita buta itu.

Gu Hye Sun turut ketawa. “Dia tak tahu yang unnie ni bekas tentera. Kesian pula dengan peragut tadi”

“Haha, lepas unnie tendang dia, apa dia buat?”

“Lari mungkin sebab lepas tu unnie dengar orang mula berkerumun”, tersenyum Gu Hye Sun menceritakan.

“Lain kali unnie kena berhati-hati. Saya risau kalau ada apa-apa berlaku. Saya dah anggap unnie macam kakak saya sendiri”, Soojung mengesat air di hujung mata kerana ketawa tadi.

“Jangan risau. Misi kamu macam mana? Pihak atasan tak desak kamu supaya cepat?”, Hye Sun memegang mesra tangan Soojung.

“Pihak atasan ada beberapa kali marah saya, tapi saya tetap akan tunggu sampai unnie serahkan sendiri maklumat tu. Saya tak akan paksa unnie”

“Maklumat tu. Unnie takkan sesekali serahkan pada kamu mahupun pihak atasan. Maklumat tersebut dicuri dari fail sulit Perdana Menteri Korea Selatan di Blue House. Kalau maklumat tersebut jatuh ke tangan pihak tak bertanggungjawab, peperangan mungkin akan berlaku. Permusuhan ketat antara Korea Utara dan Selatan mungkin akan kembali hebat dan semestinya ramai rakyat tidak bersalah akan menjadi mangsa. Kedua-dua rakyat Korea Utara dan Korea Selatan”

Perang? Rakyat jadi mangsa? Soojung memandang wajah tenang milik bekas Ejen 365 itu. Adakah maklumat tersebut begitu penting sehingga boleh menyebabkan peperangan.

“Maaf Soojung tapi Unnie tak akan serahkan maklumat tu”

Soojung mengetap bibir. Apa patut dia lakukan?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Surat khabar dilekatkan menutup lubang-lubang tingkap yang pecah akibat serangan mengejut semalam. Bukan sahaja tingkap, tapi seluruh rumah itu hampir musnah. Setelah penat menyapu dan membersihkan serpihan kaca, Sulli merehatkan diri di atas sofa. Sofa tersebut juga mempunyai beberapa lubang bolosan peluru.

“Soojung ah~”

“Mama~”

Sulli menjeling lihat Sehun yang terbaring di atas katil dalam biliknya. Sejak serangan malam tadi, Sehun jatuh sakit. Badannya panas dan hanya mampu terbaring atas katil. Sulli bergerak ke dapur, mengambil semangkuk air bersih dan sehelai tuala kecil.

“Soojung”

Sulli merapati lelaki yang terbaring di atas katil itu. Tuala dibasahkan, diperah dan diletakkan kemas atas dahi Sehun yang bahang. Mata Sehun masih tertutup rapat tapi mulutnya kerap meracau menyebut nama Soojung dan adakala memanggil mamanya. Sulli menyentuh rasa leher lelaki itu yang masih panas.

“Soojung ah”

“Mama, tolong Sehun”

Sulli mengambil tuala lain dan mengelap peluh di sekitar leher Sehun.

“Aigoo~, kenapa kau ingatkan perempuan tu? Disebabkan dia, kita alami semua ni”

Sulli juga memeriksa telapak tangan Sehun yang terluka semalam. Mujur luka itu tidak dalam, tidak berdarah semula dan sudah dibalut kemas.

“Sulli”, perlahan-lahan Sehun membuka mata.

“Ya, aku di sini”, perlahan Sulli yang berada di sebelah Sehun menjawab.

Sehun merenung wajah gadis itu lama. Gadis yang bernama Choi Sulli dan merupakan teman wanita kepada kawan baiknya, Kai.

 “Andai satu hari nanti, bila kau dah ingat semula, aku harap kau sudi maafkan aku”

“Kenapa? Sakit kepala?”, soal Sulli sambil mengusap rambut Sehun yang tebal.

Sehun tidak menjawab, hanya menggeleng. Tangan Sulli diramas pegang lembut.

“Terima kasih sebab jaga aku”

“Sehun, kenapa ni?”, Sulli rasa aneh dengan sentuhan dan renungan Sehun.

“Aku..”, suara Sehun sedikit serak, “.. nak kau betul-betul jadi adik aku. Aku nak kau anggap aku sebagai abang kau…”

“…sampai bila-bila pun”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Ejen 750 dan 751.

Kod nama lelaki asing yang menyerang rumah Donghae di Daegu malam tadi. Mereka berdua dihantar oleh pihak atasan dan merupakan perisik baru yang masih dalam latihan.

Eunhyuk menggenggam kuat stereng kereta dan menekan laju pedal minyak. Dia tahu dirinya dalam target tapi serangan malam tadi merupakan amaran buat Ejen 044 itu. Eunhyuk terus memandu laju sehingga papan tanda ‘Pyeongyang’ kelihatan.

>>>>>>>>>>>>> 

“Shhhuuut, sikit je sikit je lagi”,

“Dah siap. Dah siap, bertahanlah Sehun shhi”,

 “Kan saya suruh awak tunggu saya. Tak kira apa pun berlaku, awak mesti tunggu saya sebab saya pasti akan kembali. Saya bercadang nak kembali setelah semuanya selesai. Sebaik misi saya tamat, saya ingin kembali pada awak. Saya dah rancangkan semuanya tapi awak… kenapa awak cari saya malam tu?”

“Sehun, dah tak demam? Badan panas lagi?”, Sulli datang dengan semangkuk bubur di tangan.

Sehun bangkit duduk di atas katilnya. Kepalanya masih terasa berat tapi digagahkan diri untuk bangun. Berlagak sihat.

“Aku dah sihat”, Sehun memandang tapak tangannya yang dibalut kain. Terasa pedih.

“Betul?”, Sulli meletakkan mangkuk yang berisi bubur nasi di tepi dan merasa sentuh dahi Sehun. Panasnya sudah berkurang. Sulli menarik nafas lega. “Aku ada buat bubur, makanlah”

“Kau dah makan? Donghae mana? Mayat dua orang malam tadi macam mana?”, soal Sehun sambil menyuap rasa bubur yang dimasak oleh Sulli itu. Terketar tangannya memegang sudu.

“Pasal semalam Eunhyuk dah uruskan. Donghae pula dah pergi kerja macam biasa. Kau tak perlu risau apa-apa”, balas Sulli lalu memberi pandangan tajam pada Sehun. “Kau dah ingat semula?”

“Ingat semula? Ingat apa?”, Sehun pura-pura naif tidak faham.

“Ingat pasal diri kau yang sebenar. Sejak malam tadi kau demam dan meracau. Kepala kau sakit kan? Sebab tu aku tanya, mana tahu yang kau dah ingat semula memori kau yang hilang tu”, jelas Sulli tertunduk memandang lantai.

“Kalau aku demam adakah aku akan ingat semula? Aku tak ingat apa-apa pun. Aku cuma rasa sakit kepala je dan tak larat”. Sehun berbohong. Anak lelaki bekas setiausaha negara itu tidak bersedia untuk meluahkan kepada Sulli akan hakikat yang dia sudah ingat semuanya. Semuanya. Tambah pula, dia ingin terus dilayan sebagai abang oleh Sulli.

Sulli menarik nafas lega. Separuh hatinya berharap yang Sehun tidak akan ingat semula. Pasti kekok untuk mereka berpura-pura menjadi adik beradik sekiranya Sehun sudah kembali kepada dirinya yang lama Oh Sehun.

“Aku tanya ni, kau dah makan belum?”

Sulli menggeleng balas. Pandangannya masih tertetap ke lantai kosong.

“Pergi makan. Jangan lupa, kau tu mengandung. Kau kena makan supaya anak Kai tu dapat khasiat yang cukup”

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Kai memeriksa telefon bimbit buat kian kalinya hari ini. Setelah mematikan enjin kereta, gadjet segi empat sebesar tapak tangan itu diperiksa lagi. Peti masuk pesanan, panggilan terlepas, tiada tanda-tanda khabar berita dari Sulli. Apa agaknya gadis itu sedang lakukan? Adakah dia sibuk hari ini sehingga tiada masa untuk menelefon peguam itu? Malah mesej-mesej yang Kai hantar dari pagi tadi juga tidak dibalas. Kai mula resah.

Telefon disimpan semula dalam poket seluar dan peguam muda itu mengorak langkah keluar dari perut kereta. Bendera Korea Selatan berkibar indah di hadapan bangunan putih yang tersergam kemas terpantul di cahaya anak mata Kai. Lelaki itu kemudian mengatur langkah masuk ke dalam bangunan itu.

“Selamat datang. Ada apa-apa yang encik perlukan? Ada buat temu janji?”, seorang wanita di sebalik kaunter mengukirkan senyuman menyambut Kai.

“Saya Peguam Kim Jong In, dari mahkamah rendah Seoul”, Kai lalu mengeluarkan kad namanya. “Saya datang untuk bertanya urusan mangsa yang lari dari Korea Utara. Dengan siapa saya boleh dapatkan maklumat lanjut dan nasihat sepatutnya?”

Kad nama Kai tadi disambut. “Kalau untuk sebarang pertanyaan, saya boleh aturkan pertemuan encik dengan pegawai kami yang bertugas. Tunggu sebentar ya”

>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Langkah Eunhyuk berat. Di sebalik pintu, dia dapat mendengar ketuanya dan salah seorang perisik Korea Utara berbincang.

“Kenapa ketua tak maklumkan pada saya mengenai serangan malam tadi?”

“Kau tak perlu tahu..”

“Ketua tak percayakan saya? Ejen 044 dan tiga budak tu berada bawah misi saya. Kenapa ketua hantar dua perisik yang masih dalam latihan untuk menyerang mereka!”

“Serangan itu adalah sekadar sebagai amaran. Ejen 044 ialah seorang perisik profesioanal. Kita masih perlukan dia untuk misi-misi utama akan datang. Aku mahu dia datang serah diri dan dengan cara itu, hukumannya ringan. Dia masih dan tetap Ejen 044”

Eunhyuk diam mendengar. Nafasnya perlahan. Sekali sekala dia menjeling lihat sekiranya ada perisik lain yang melalui lorong itu.

“Kalau Ejen 044 tidak akan dihapuskan, macam mana dengan tiga orang saksi yang dia lindungi tu?”

“Mereka tetap akan dihapuskan. Itu aku serahkan pada kau. Pastikan kali ni semuanya berjalan lancar. Aku tak mahu lagi mana-mana rakyat Korea Selatan terlibat dalam misi kita. Mereka menyusahkan!”

Mun Taeshil diam dan hujung anak matanya dapat menangkap imej seseorang di luar pintu, mencuri dengar.

“Kita tunggu seminggu. Kalau dalam masa seminggu ni Ejen 044 tak datang serah diri minta maaf, dan mahu membelot dari kita, aku nak kau hapuskan mereka semua masa tu”

“Baik ketua!”

Eunhyuk menunduk dan mula berfikir. Apa patut dia lakukan? Serah diri atau belot?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Tolong beri saya masa”, Soojung menunduk di hadapan ketuanya. Rambutnya yang panjang menutupi wajahnya. Soojung tidak berani mengangkat muka, lama dia menunduk menunggu kata balas dari ketuanya.

“Tolong beri saya masa. Kapten Gu bukan seorang yang mudah. Dia sangat teliti dalam menyimpan maklumat”

“Dia bukan lagi Kapten Gu! Dia hanya seorang wanita buta biasa. Aku nak kau curi maklumat tu!”

“Kalau maklumat tersebut jatuh ke tangan pihak tak bertanggungjawab, peperangan mungkin akan berlaku”

Soojung menegakkan posisi diri, mengangkat muka, memandang ketuanya yang memalingkan badan. “Maklumat tu mungkin berbahaya dan boleh membawa kepada peperangan”

“Aku tak kisah pasal peperangan! Yang penting kau dapatkan maklumat tu dan serahkan pada pihak atasan Korea Utara”

Soojung mengeluh dalam diam lalu meminta diri. Sebaik pintu bilik ketuanya ditutup rapat, Soojung melihat seseorang berjalan keluar di lorong. Ejen 044.

“Ejen 044”, Soojung memanggil tapi diendahkan. Soojung memandang dari jauh, kelihatan wajah Eunhyuk penuh kerisauan dan juga keletihan. Soojung ingin bertanyakan mengenai Sulli dan Sehun, apakah niat sebenar Eunhyuk menyelamatkan mereka berdua?

“Dengar sini, awak dikaburi oleh perasaan benci. Hanya kerana Eunhyuk perisik Korea Utara tak semestinya dia kejam. Awak pun ejen perisik Korea Utara, adakah awak ingin menyatakan yang diri awak kejam? Kalau awak, sanggupkah awak pergunakan rakyat Korea Selatan macam Sehun dan Sulli untuk niat jahat?”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sulli mencedok nasi ke dalam mangkuk dan dihulurkan kepada Donghae. Lelaki yang baru pulang kerja itu menyambut huluran Sulli. Keadaan dapur agak tidak menyelesakan dan banyak barang pecah akibat serangan malam tadi. Mereka ditinggalkan dengan pilihan kosong selain menerima seadanya. Perut yang lapar harus diisi.

“Sehun macam mana? Demamnya dah kebah?”

“Tengah hari tadi badan dia dah kurang panas. Mungkin dia dah semakin baik”, balas Sulli sambil menarik kerusi untuk duduk. Makanan yang dimasak tidak seberapa tapi cukup untuk makan alas perut. Sulli sedar yang dia harus makan supaya kandungannya sihat.

“Dia masih tidur? Dia dah makan belum?”, Donghae mencapai kayu penyepit makanan dan menyuap nasi ke dalam mulut.

“Dia ada makan bubur sikit tadi. Nak saya kejutkan dia?”

“Tak perlu. Biar aku tengok keadaan dia”, Donghae bangkit berdiri dan bergerak ke bilik Sehun.

“Sulli”

“Hmm, kenapa? Sehun tak nak makan?”

“Mana Sehun?”

>>>>>>>>>>>>>>> 

“Oppa nampak tidak sihat. Kenapa tak pakai baju tebal? Kan cuaca sejuk sekarang ni”, Namjoo berkata sambil memandang beberapa dedaun kering gugur ke tanah.

Sehun tersenyum. Rasa kekok apabila Namjoo memanggilnya dengan panggilan ‘oppa’ memandangkan Sehun sudah terbiasa dengan gelaran ‘tuan muda’ dari mulut dan suara Namjoo.

“Namjoo shi, kenapa kau berhenti kerja?”

Namjoo terpandang akan kesan balutan di tangan Sehun tapi dia tidak berani tanya apa yang berlaku sehingga lelaki itu tercedera. Adakah lelaki itu bergaduh dengan samseng jalanan lagi?

“Kenapa tiba-tiba tanya pasal tu?”

“Sebab aku nak tahu”, balas Sehun bersahaja. Dingin musim luruh itu terasa segar. Kepala Sehun rasa sedikit ringan setelah keluar menghirup udara segar di luar rumah.

“Saya rasa hal tu tiada kaitan dengan oppa. Lagipun dah setahun berlalu lepas saya berhenti kerja.”

Sehun memandang gadis itu dari atas ke bawah. Biarpun dua tahun berlalu, Namjoo tetap kelihatan sama dan tidak berubah.

“Aku nak tahu keadaan mereka. Mama, papa, Seohyun nuna”, ujar Sehun lalu menarik nafas dalam sambil menyeluk tangan ke dalam poket jaket.

Mama? Papa? Seohyun nuna? Namjoo terperanjat mendengar perkataan itu dari mulut lelaki di sebelahnya. Buat seketika, Namjoo rasakan degupan jantungnya laju.

“Tuan… muda?”, dengan tidak yakin, akhinya perkataan itu disebut oleh Namjoo setelah dua tahun.

“Ya saya”, sepet mata Sehun tersenyum menjawab.

>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Langkah Soojung terasa berat dan lambat memijak setiap anak tangga. Soojung seperti dapat rasakan ada perkara buruk berlaku dalam rumah kedai lama itu. Tangan Soojung bersedia dengan sepucuk pistol.

“Unnie”, Soojung memanggil sambil menolak buka pintu yang sudah sedikit terbuka, jelas tidak berkunci. Perasaan risau menyerbu Ejen 411. Selalunya pintu itu dikunci rapat kerana Gu Hye Sun tinggal bersendirian.

“Unnie”, Soojung melangkah masuk dengan perlahan. Bimbang juga jika ada orang lain dalam rumah itu. Bukan perompak yang ditakuti tapi Soojung khuatir jika pihak atasan menghantar ejen perisik lain untuk mencuri maklumat yang disimpan oleh bekas perisik Gu itu.

“Un.. nie”, pistol di tangan jatuh ke lantai. Soojung tergamam.

“Kapten Gu!!!!”, jerit Soojung terkejut melihat apa yang berada di depan mata. Mayat Gu Hye Sun yang tergantung di bawah kipas. Bekas Ejen 365 itu menggantung diri. Soojung terduduk jatuh melutut. Laju air matanya mengalir sedih dan kesal.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
wey.. dh habis... :D

Comments

You must be logged in to comment
atikahbp #1
Chapter 17: woah! bestnyaa ending dia T^T akhirnya diaorang together pun huhu T^T
freakandheart #2
Chapter 17: Kau ingat dia mesin buat anak ka? Haha
Finally dah tamat!!! *lap air mata
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 17: pergghhhh.. ayat last tu xleh blah.. xD wkwk
ParkMyeonSeok #4
Chapter 16: I can't believe it..what happen to donghae and eunhyuk...so sad :'(...and to sehun too...what happen to soojung..???wow daebak!!
ParkMyeonSeok #5
Chapter 15: Ksiannya mereka semua tambah2 si sehun dengan kai...palli2 update...so excited
Nj_Angel #6
Chapter 15: Woah..makin best.
Jihyun-Sehun #7
Chapter 13: Alaa.. update la. Tengah best baca to be continued pulak.
hanah2212
#8
Chapter 12: Omaigaddddd. So tenseeeeeeeeeeee.