Pertemuan

MIA (persahabatan Jungkook, Mark, Daehyun, Kyungsoo) *hiatus*

“Kyungsoo, tolong aku!”

“Kyungsoo! Tolong! Tolong! Tolong!”

“Tolong! Kyungsoo! Aku tak reti berenang!”

“Mia!!”

Kyungsoo terjaga mengejut. Nafasnya laju dan kasar. Kyungsoo menelan air liur dan cuba menenangkan diri. Dia memerhati keadaan sekeliling lantas teringat yang dia bermalam di rumah lamanya. Nafasnya beranjur stabil. Kyungsoo mengelap peluh di wajah menggunakan baju tidur di badan. Setelah 12 tahun, mimpi tersebut datang kembali, bayangan tersebut kembali menhantuinya. Bayangan Mia terkapai-kapai menjerit minta tolong. Kyungsoo menarik kakinya rapat dan memeluk lututnya. Merendahkan muka, dia terus menangis.

                    >>>>>>>>>>>>>

Pagi itu merupakan pagi yang biasa dengan cuaca baik. Jungkook membiarkan Mark terus dalam lenanya dan pergi ke pasar untuk membeli bahan makanan. Mak saudaranya tidak tahu akan kedatangan Jungkook dan Mark jadi bahan-bahan masakan yang sedia ada tidak mencukupi. Lalu, Jungkook menawarkan diri untuk menolong beli bahan-bahan tersebut di pasar. Sedang Jungkook leka membelek sayur yang segar dan murah, seseorang datang mencuit bahunya.

“Kook-kook?”

Kook-kook merupakan gelaran yang hanya didengari ketika dia kecil dan hanya seseorang yang rajin memanggilnya sedemikian. Jung Daehyun.

“Eh, betullah kau. Jeon Jungkook”, ujar Daehyun yang kebetulan turut membeli di pasar yang sama.

“Wei Daehyun! Apa kau buat kat kampung?”, Jungkook tidak menduga akan berjumpa Daehyun di situ.

“Aku?”, Daehyun menggosok-gosok belakang lehernya. Tidak tahu apa jawapan yang wajar diberikan. Patutkah dia menjelaskan yang dia akan menghadiri majlis hari lahir orang yang dah mati?

“Saja. Aku balik sebab nak tengok keadaan nenek aku. Kau pula?”

Jungkook tahu Daehyun menipu. Melihat pandangan dan nada suara Daehyun, Jungkook sudah dapat kenal pasti sama ada kejujuran atau pembohongan yang keluar dari mulut cucu Kim Heejun itu. Jungkook sudah arif dengan perangai Daehyun, luaran dan dalaman.

“Kau balik sebab kad undangan tu kan?”, Jungkook berterus terang.

“Oh! Macam mana kau tahu? Kau pun ada dapat kad dari Mia?!”, membulat mata Daehyun, terkejut apabila Jungkook menyebut mengenai kad undangan yang diterimanya tempoh hari.

          >>>>>>>>>>>>

Kyungsoo melihat seorang wanita lewat usia sedang mencangkul tanah di depan rumahnya. Didengari wanita itu mengaduh beberapa kali. Kyungsoo perlahan-lahan datang menghampiri wanita tersebut.

“Nek!”, Kyungsoo memanggilnya.

“Aigoo. Aigoo~ siapa ni?”, Heejun melihat seorang anak muda seusia Daehyun berdiri di depannya.

“Saya, Kyungsoo. Do Kyungsoo”, Kyungsoo menunduk hormat kepada warga emas itu. “Kyungsoo kawan Daehyun”

“Aigoo~ Kyungsoo mata bulat”, Heejun berjaya cam Kyungsoo. “Dah besar dah kamu. Segak dan sihat”, bahu anak muda itu ditepuk beberapa kali.

Kyungsoo tersenyum. Nenek Daehyun memang mempunyai daya ingatan yang kuat. “Nenek tengah buat apa?”,soalnya.

“Nenek tengah cangkul kentang. Kamu datang cari Daehyun ke? Dia dah keluar awal pagi tadi”

“Oh yeke. Takpelah nek. Apa kata saya tolong nenek. Mari sini, biar saya cangkulkan kentang”, Kyungsoo menawarkan diri. Lengan baju yang panjang segera disinsingkan ke paras siku.

“Baguslah. Mujur ada kamu. Nenek pon dah penat ni. Nak harapkan Daehyun tolong, dia dah cabut lari awal pagi lagi.”, Heejun menyerahkan cangkul kepada anak muda yang kuat tenaganya.

“Daehyun macam mana nek? Dah lama tak dengar khabar pasal dia”

Heejun berehat duduk di tepi, mengelap sisa kotoran tanah pada kasut but kerja yang dipakai. “Aigoo. Daehyun sampai sekarang, masih tiada kerja tetap. Nenek risaukan cucu nenek tu. Bila nenek mati nanti, siapa nak tolong tengok-tengokkan dia. Itu yang nenek suruh dia belajar hidup berdikari kat bandar tu. Nenek ni hidup tak lama dah”, Heejun mengeluh.

“Nenek janganlah cakap macam tu. Tentu sedih kalau Daehyun dengar. Lagipun saya tengok nenek masih kuat, sihat dan cantik”, Kyungsoo cuba menceriakan wanita tua itu.

“Kamu kerja apa sekarang ni? Dengar kata kamu dah kahwin? Betulkah?”

“Ya nek”, Kyungsoo mengangguk. Tangannya memulakan tugas mencangkul tanah dengan berhati-hati dan menggali keluar beberapa biji kentang dari perut tanah. “Saya kerja sebagai seorang peguam. Saya dah berkahwin tiga tahun lepas dan mempunyai seorang anak perempuan”, jawabnya.

“Kan bagus kalau Daehyun juga seperti kamu. Sudah mepunyai kerja yang tetap malah kamu sudah bekeluarga. Daehyun tu dulu malas belajar. Lepas kamu semua tinggalkan dia seorang diri, dia langung tak mahu ke sekolah. Dia kata dia kesunyian.”

Kyungsoo terdiam sejenak mengimbas masa lalu. Betulkah Daehyun kesunyian? Terbit rasa bersalah dalam dirinya.

“Daebak! Kentang yang nenek tanam ni besar! Boleh saya ambil sedikit?”, Kyungsoo mengubah topik dan fokus nenek Daehyun.

“Ambillah cu, ada banyak ni. Lagipun tak larat nenek dan Daehyun nak makan semua.”

             >>>>

“Aku ingat aku seorang je yang dapat kad tu”

“Pffft, kau ingat kau seorang je ke kawan Mia”, balas Jungkook sambil membimbit beberapa beg plastik yang penuh berisi barang-barang dapur.

“Betul juga tu. Kau rasa siapa lagi dapat?”

“Aku tak tahu tapi aku pasti kita berempat mesti dapat”

“Kita berempat?”

“Kau, aku, Mark dan Kyungsoo”

“Mark dan Kyungsoo pun dapat? Tapi Mark di luar negara kan? Kyungsoo pula, tadi aku lalu depan rumah dia dan tak nampak kelibat kereta dia pun. Rasanya dia tiada di kampung ni”, balas Daehyun. Dia dan Jungkook berjalan kaki ke rumah mak saudara Jungkook.

“Kau lalu depan rumah Kyungsoo? Betul dia tiada? Hurm, Mark sekarang ni ada kat rumah mak cik aku. Semalam aku dengan dia balik seiring”

“Yeke?! Mark dah balik?!”, Daehyun terkejut.

“Ya. Jangan nak terkejut sangat. Kejap lagi aku bawa kau jumpa dia”

“Oh ye Kook-kook. Pasal majlis tu, kau nak pergi ke? Nak sambut hari lahir orang yang dah mati ke? Mia kan dah mati 12 tahun lepas. So macam mana?”

“Wei, tak payah panggil aku kook-kook lagi. Geli pula aku dengar, umur aku dah 24 bukan 10 11 12 lagi”

Daehyun ketawa kecil sebelum membalas, “Sorry, aku dah biasa. Kook-Kook! Kook-Kook!”, dia mengusik Jungkook.

    >>>>>>

“Maaflah, nasi goreng ni dah tak berapa panas, mak cik masak pagi tadi”, Mak saudara Jungkook menhidangkan sarapan buat Mark yang baru bangun tidur. Dia terlajak tidur kerana kepenatan.

“Takpe mak cik, ni pun dah cukup. Terima kasih. Hmmm, mana yang lain eh? Jungkook?”, soal Mark apabila mendapati hanya dia dan mak saudara Jungkook yang berada dalam rumah.

“Pak cik dah keluar kerja, Jiyeon dan Jieun pula ke sekolah. Jungkook pergi ke pasar, dia tolong belikan barang-barang dapur. Kejap lagi baliklah tu”

Mark mengangguk puas hati “Mak cik makanlah sekali, segan pula saya makan seorang ni”, Mark berasa janggal duduk makan di depan wanita lewat 30-an itu. Wanita itu dilihat mempunyai senyuman yang manis seperti Jungkook dan adik beradiknya. Mark mengagak mungkin itu sesuatu yang diwarisi keluarga mereka.

“Tak mengapa, mak cik dah sarapan pagi tadi”, balas wanita bernama Kim Seunghee itu. “Kamu anak keluarga orang kaya tu bukan? Rumah banglo hujung jalan tu rumah keluarga kamu kan?”, mak saudara Jungkook terus bertanya apa yang dimusykilkan.

Anak keluarga orang kaya. Sesuatu yang lazim didengari oleh Mark. Memang keluarganya yang paling kaya di kampung tersebut tetapi sayangnya mama dan papanya tidak bersosial serta bertegur ramah dengan orang kampung yang lain menyebabkan mereka digelar keluarga orang kaya. Mark tidak menganggap itu satu hinaan tapi jika itu yang memudahkan orang mengenalinya, Mark membiasa kan diri digelar Anak Keluarga Orang Kaya.

“Ya. Saya”, jawab Mark sambil menyuap makan sarapannya.

“Ah~ betullah kamu. Kenapa tak tinggal di rumah banglo kamu tu? Mak cik tengok rumah tu dah lama terbiar. Mama papa kamu dah tak nak balik menetap di kampung ni? Sayang rumah besar sebegitu ditinggalkan”

“Mama papa saya memang nak jual rumah tu tapi saya larang. Walaupun saya lahir di luar negara, saya membesar di rumah itu dari kecil lagi, jadi saya sayang nak jual segala kenangan saya dalam rumah tu. Tapi saya takut pula kalau nak tinggal sendirian”

“Ouh~ habis tu, kamu tak suruh orang jagakan sementara? Sekurangnya tiadalah semak samun macam sekarang ni. Dah lama sangat kamu tinggalkan. Kalau macam rumah Keluarga Kang, mereka upah penjaga rumah”

Kata-kata mak saudara Jungkook menarik perhatian Mark. Adakah keluarga Kang yang dimaksudkan adalah Keluarga Mia? Kang Mia?

“Lepas anak perempuan mereka mati, mereka langsung tak pulang ke kampung ni dah. Mereka upah orang supaya tengokkan dan jaga kebersihan rumah tu luar dan dalam jadi takdelah rumah tu nampak terbiar”, jelas Kim Seunghee lagi.

“Mark!!”, satu jeritan mengganggu perbualan mereka berdua.

“Tu mesti Jungkook dah balik dari pasar”, Seunghee bangkit bangun.

         >>>>>

“Waaa, ni kereta Mark ke?”, Daehyun teruja melihat sebiji kereta mewah di depan rumah mak saudara Jungkook.

“Kereta Mark lah tu, entah dia dah bangun tidur ke belum”, Jungkook meluru ke arah pintu utama. “Mark!!”, dia jerit panggil.

             >>>>>

“Yow, man, Whats Up bro!”, Mark menyapa Daehyun. Mereka saling melagakan buku lima masing-masing.

“Aku ingat Jungkook bergurau bila dia cakap kau ada kat sini. Aku tak sangka. Ingatkan kau dah lupa kerajaan ni”

Mark menyekeh kepala Daehyun. “Aigoo~ kau langsung tak berubah. Suka sangat perli aku. Aku balik ni pun sebab dapat kad undangan. Eh, kau ada dapat kad undangan yang pelik tak?”

“Ada! Sebab tu aku balik kampung juga. Esok kan majlisnya? Kau nak pergi ke?”, Daehyun kelihatan sangat gembira. Hari ni dia dapat bertemu dengan kawan baiknya yang sudah lama tak berjumpa. Terasa segala resah dan beban di jiwa hilang lenyap.

“Kita pergi tengok dulu sama ada majlis itu palsu atau betul”, balas Mark tersenyum. Ditinggalkan makanan di atas meja manakala Jungkook ke dapur mengemas barang yang dibeli tadi bersama mak saudaranya.

“Woah, Mark, kau langsung tak berubah!”, Daehyun memeluk kawannya itu. Dirasakan sebak tapi ditelan tahan air matanya sebagai ego lelaki.

Mark membalas pelukan sahabatnya itu. Pelukan yang amat bermakna, Mark rasa seperti kembali ke pangkuan keluarga yang sebenar, seperti seorang abang yang sudah lama berpisah dengan adiknya.

           >>>>>>

“Banyak kentang kamu dapat. Beli di pasar ke?”

“Tak”, jawab Kyungsoo membasuh kentang-kentang yang dia dapat ketika di rumah Daehyun tadi. Kotoran tanah dan debu dibersihkan di pili air yang terletak di luar rumah. Kaki seluarnya basah terkena percikan air yang mengalir. Setelah selesai dibasuh, kentang-kentang tersebut diletakkan ke dalam bakul.

“Saya ambil di rumah nenek Daehyun. Banyak kentang dia tanam jadi saya ambil sedikit sebagai upah tolong dia gali tadi”, jelas Kyungsoo seraya menyerahkan bakul yang penuh berisi kentang tersebut kepada ibunya.

“Kamu jumpa Daehyun ke?”,soal ibunya lagi.

Kyungsoo menggeleng lalu menjawab, “dia tiada di rumah masa saya datang tadi.”

            >>>>>>>>>

Sup yang berada di atas dapur sedang masak mendidih. Heejun leka dengan kerja di dapur sehingga tidak perasan bila Daehyun datang mendekatinya.

“Nenek masak apa?”, soal Daehyun memeranjatkan wanita lewat usia itu.

“Aigoo~, terkejut nenek!”, Heejun hampir melatah. “Bila kamu balik? Dari mana? Lewat kamu balik!”, balas nenek Daehyun spontan.

Daehyun tersenyum melihat telatah neneknya. Dia lalu mengambil tempat di meja makan. Nasi sudahpun tersedia, cuma tinggal tunggu lauk masak.

“Saya jumpa Jungkook tadi. Makan tengah hari kat rumah dia sekali dengan Mark”

Heejun menhidangkan kentang yang masak direbus berserta kimchi yang sudah diperam dengan pes lada. Api sup di dapur segera dimatikan. Dia perlahan-lahan menuang sup tersebut ke dalam mangkuk. Bau masakan neneknya membuatkan selera Daehyun bangkit sepenuhnya, lantas dicapai sudu untuk merasa.

“Pagi tadi kawan kamu, Kyungsoo ada datang. Masa tu kamu dah keluar. Dia tunggu kamu sampai petang tapi kamu lambat sangat jadi dia balik dulu”, ujar Heejun mengambil tempat di meja makan berhadapan cucunya.

“Kyungsoo? Kyungsoo si mata bulat? Datang sini?”, Daehyun bercakap dengan nasi penuh dalam mulutnya.

“Kamu ni, makan tu elok-elok sikit!”, tegur neneknya tegas. “Ya, Kyungsoo kawan kamu masa kecil-kecil dulu”

“Saya bukan apa. Saya nak cepat ni, nak bersiap nak keluar”, Daehyun menyatakan alasannya.

“Keluar? Dengan siapa?”

“Kawan”, jawab Daehyun tersenyum.

          >>>>>>

“……………….. kemalangan yang meragut enam nyawa tersebut disyaki berlaku akibat kecuaian pemandu……”

“Tengok tu Kyungsoo, kamu bawa kereta bukan? Kena berhati-hati. Kalau tak, mungkin boleh berlaku kemalangan”, komen Do Haeseul yang sedang menonton berita yang disiarkan di kaca Tv.

“Appa, kemalangan boleh berlaku bukan disebabkan pemandu sahaja. Di mana-mana pun boleh berlaku kemalangan. Kita tak boleh ramal masa depan”, balas Kyungsoo bersahaja.

“Kyungsoo si mata bulat!”

Kyungsoo tersentak. Kedengaran seperti seseorang memanggilnya. Suara yang didengari seperti suara Daehyun, malah hanya Daehyun yang suka mengejeknya si mata bulat. Kyungsoo menggeleng-geleng cuba menghilangkan halusinasi tersebut.

“Kyungsoo si mata bulat!”

Kyungsoo aneh. Adakah kerana dia terlalu rindukan kawannya itu sehinggakan suara Daehyun boleh terngiang-ngiang?

“Kyungsoo, kawan kamu panggil tu kan”, ibu Kyungsoo menyedarkan lamunan anak lelakinya itu.

“Kyungsoo si mata bulat!”, Daehyun jerit panggil.

“Dia ada ke tidak ni?”, soal Mark

“Ada, tu ada kereta dia”, komen Jungkook pula.

Kyungsoo bergegas ke muka pintu. Dilihat tiga orang kawan baiknya tercegat menunggu di luar. Daehyun, Mark dan Jungkook tersenyum ke arah Kyungsoo.

“Aku tak sangka korang datang!”, Kyungsoo berlagak tenang sedang hatinya melompat keriangan. Apabila melihat wajah-wajah yang sering dilihat masa dulu, Kyungsoo berasa sangat gembira.

            >>>>>>>>>

Jieun mengambil tempat di sebelah kakaknya Jiyeon. Dia memandang sekelililng sebelum bertanya, “Mana abang Jungkook dengan kawan dia tu?”

“Haahlah, mana Jungkook oppa?”, Jiyeon lalu perasan yang Jungkook dan Mark tidak menyertai mereka menonton televisyen bersama.

“Jungkook keluar dengan kawan dia. Tadi ada kawannya nama Daehyun datang. Katanya nak pergi ke rumah kawan mereka yang seorang lagi”, mak saudara Jungkook menjawab persoalan mereka berdua.

“Ouh, jadi mereka berempat berkumpul. Patutlah kali ni Abang Jungkook balik lama. Mungkin mereka nak lawat kubur mendiang kak Mia. Mak cik tahu kat mana kuburnya?”

“Mendiang kak Mia? Siapa tu?” soal Jieun yang pertama kali mendengar nama tersebut.

“Mendiang kak Mia tu dulu kawan baik Abang Jungkook dan Abang Mark. Dia dah mati. Masa tu kamu kecil lagi sebab tu kamu tak kenal dia”, Jiyeon menjawab soalan adiknya.

“Mak cik tak tahu pula kat mana Mia dikebumikan. Keluarga dia rahsiakan. Lagipun kes budak tu kes mati lemas yang pertama kat kampung ni, jadi ia dianggap sial. Keluarga dia malu.”, komen Seunghee. Drama yang disiar di kaca Tv diabaikan sekejap.

“Saya dengar yang mendiang bukan mati lemas tapi sebab ada penyakit. Kononnya Kak Mia jatuh sakit dan mati. Keluarga dia menghebohkan yang mendiang mati lemas”

“Mak cik pun ada dengar khabar angin tu. Namun sampai sekarang masih menjadi tanda tanya. Kalau mati, mana kuburnya? Kalau hidup, mana orangnya?”

Jiyeon mengangguk-angguk. “Eh, Jieun, jangan beritahu sesiapa pasal ni. Jangan sesekali sebut nama Mia depan Abang Jungkook dan Abang Mark. Faham?”

“Kenapa?”, anak kecil itu kehairanan.

“Mia tu kawan baik abang kamu. Tentu dia sedih bila diungkitkan mengenai kawannya yang dah mati”, Seunghee menjelaskan

 


Mia oh Mia..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Chapter 4: Best giler citer ni...Dah habis ehh cuter nie??
LeeYeonRin
#2
Chapter 3: Saya dapat rasakan apabila mereka berempat bertemu semula.
T_T
Update cepat!
Tak sabar!
galaxy_here
#3
Chapter 2: daebak.
saya selalu tnggu unnie update.
hwaiting ya.
mieyhyun
#4
Chapter 1: Update soon =)
ELFlisa #5
cant wait for the update~~~...