You're The One My Love

Description

  • Pada suatu hari di Running School terdapat seorang pelajar baru yang bernama Kim Jong Kook.  Dia seorang yang sangat pemalu dengan wanita. Dia dimasukkan ke kelas yang mempunyai 7 orang pelajar sahaja iaitu Song Ji Hyo,Kang Gary,Lee Kwang Soo,Yoo Jae Suk,Ji Suk Jin,Yoon Eun Hye dan Bae Suzy. Pada jam 8.30 pagi,Cikgu Go Dong Wan masuk ke kelas bersama Kim Jong Kook. Suzy dan Yoon Eun Hye yang duduk bersebelahan berbisik “Hensemnya dia ni,”kata Yoon Eun Hye. Suzy mengangguk setuju. Cikgu Go Dong Wan menperkenal Kim Jong Kook kepada semua pelajar,”Kelas,hari ni kita ada seorang pelajar baru iaitu Kim Jong Kook,”. Kim Jong Kook senyum kepada semua pelajar kelasnya sambil berkata,”Hai,Saya Kim Jong Kook,”. Mereka juga membalas senyumannya. Namun begitu,Song Ji Hyo yang duduk bersendirian tidak membalas sapaan Kim Jong Kook tetapi hanya memandang tingkap yang kotor itu. Lalu Cikgu Go Dong Wan menyuruh Kim Jong Kook duduk di sebelah Song Ji Hyo yang termenung itu. Selepas Kim Jong Kook melabuhkan punggung,dia menyapa Song Ji Hyo dengan suara yang comel,”Hai saya Kim Jong Kook,Gembira bertemu awak. Nama awak siapa??,”kata Kim Jong Kook.
  • Namun,sapaannya dicelah oleh Kang Gary yang cemburu  melihat dia duduk di sebelah Song Ji Hyo kerana Kang Gary menaruh perasaan pada Song Ji Hyo. ”Nama saya Kang Gary dan nama dia Song Ji Hyo,”kata Kang Gary dengan suara yang agak marah.  Jong Kook hanya membalas dengan senyuman. Lalu Cikgu Go Dong Wan menyuruh mereka membuka buku untuk memulakan pelajaran. Song Ji Hyo kelihatan muram sekali sehingga Lee Kwang Soo yang duduk di hadapannya menegur,”Hei,Song Ji Hyo. Awak kenapa??,”kata Lee Kwang Soo dengan suara yang perlahan. Song Ji Hyo membalas,”Senyaplah. Awak tak tahu apa-apa,”kata Song Ji Hyo dengan marah. Kim Jong Kook yang duduk di sebelahnya hanya memandang dengan perasaan ingin tahu. Lima minit kemudian,loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat. Pelajar kelas  RM  keluar kelas untuk makan di kantin. Lee Kwang Soo ,Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin mengajak Kim Jong Kook rehat bersama. Mereka tidak rehat bersama Kang Gary dan Ha Dong Hoon kerana Kang Gary dan Ha Dong Hoon selalu rehat berdua sahaja disebabkan hubungan mereka dengan Yoo Jae Suk,Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin tidak terlalu rapat. 
  • Kim Jong Kook bersetuju untuk rehat bersama mereka. Sebelum Kim Jong Kook keluar kelas,dia bertanya kepada Song Ji Hyo,”Awak tak rehat ke?Tak lapar?,”kata Kim Jong Kook dengan suara risau akan keadaan Ji Hyo. Ji Hyo membalas,”Tak naklah. Saya malas nak keluar kelas. Awak pergi jelah,”kata Song Ji Hyo. Yoo Jae Suk yang berada di luar kelas memanggil Kim Jong Kook,”Hei,Jong Kook. Cepatlah keluar. Kami dah lapar ni,”kata Yoo Jae Suk menjerit. Akhirnya Kim Jong Kook berjalan keluar dari kelas sambil memandang Song Ji Hyo. Sewaktu rehat,Yoon Eun Hye dan Bae Suzy pergi ke meja tempat Kim Jong Kook bersama kawan-kawannya makan. Yoon Eun Hye duduk di sebelah tempat Kim Jong Kook yang kosong sambil berkata,”Hai,nama saya Yoon Eun Hye. Yang berambut perang ni nama dia Suzy,”kata Yoon Eun Hye dengan suara yang lembut. Suzy hanya senyum ke arah Kim Jong Kook. Namun begitu,Kim Jong Kook tidak menghiraukan mereka kerana Lee Kwang Soo telah mengingatkannya terlebih dahulu tentang mereka yang suka menggoda lelaki yang kacak semasa di dalam kelas.
  • Setelah mereka  makan,Kim Jong Kook menyuruh Lee Kwang Soo,Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin masuk ke kelas dahulu. Dia pergi ke kantin semula untuk membeli sebuku roti. Selepas itu,Kim Jong Kook masuk ke kelas semula lalu memberi Song Ji Hyo roti yang dia beli sambil berkata,”Nah. Makanlah,saya belikan untuk awak,”kata Kim Jong Kook. Song Ji Hyo membalas,” Takpelah. Awak makan jelah,”kata Song Ji Hyo dengan suara yang lemah lembut. Kim Jong Kook membalas,”Tapi saya dah kenyang. Awak ambil jelah. Nanti awak pengsan pula sebab lapar,”kata Kim Jong Kook dengan senyuman. Akhirnya Song Ji Hyo terima dengan senyuman. Yoon Eun Hye dan Bae Suzy memandang dengan perasaan yang cemburu. Kang Gary juga marah melihat Song Ji Hyo menerima roti daripada Kim Jong Kook. Selepas itu,Cikgu Hyung Taek Lim pun masuk ke kelas dengan menyuruh pelajar menukar baju untuk kelas sukan. Setelah habis bersukan,Yoon Eun Hye dan Suzy mengepung Song Ji Hyo lalu berkata,”Hei,berani awak dekat dengan Kim Jong Kook ya??Dia tu kekasih saya,”kata Yoon Eun Hye dengan berani. 
  • Song Ji Hyo membalas,”Bila masa awak dan Kim Jong Kook jadi pasangan?Dia pun pelajar baru kan?,”kata Song Ji Hyo dengan perasaan yang membuak-buak. Suzy mencelah di antara perbualan mereka,”Dia kenal dengan Kim Jong Kook di twitter,”kata Suzy. ”Twitter??Bukan awak tak tahu menggunakan computer ke,Eun Hye?Bagaimana awak nak buka twitter?Apalah.Kesiannya,”kata Song Ji Hyo. Yoon Eun Hye mengetuk kepala Suzy lalu menyerang Song Ji Hyo dengan menarik rambutnya. Song Ji Hyo juga membalas perkara yang sama. Kesemua pelajar sekolah yang lalu di situ melihat sambil ketawa dengan kelakuan mereka.Suzy hanya melihat pergaduhan tersebut tanpa meleraikannya. Tiba-tiba Kim Jong Kook yang lalu di kawasan itu berlari meleraikan pergaduhan mereka. ”Apa yang kamu berdua buat ni?Tak malu ke semua pelajar lihat,”kata Kim Jong Kook. Song Ji Hyo yang tercungap-cungap membalas dengan berkata,”Bukan saya yang mulakan dulu.Eun Hye yang menarik rambut saya dahulu,”. ”Baik kamu pergi sebelum pengetua datang ,”kata Kim Jong Kook kepada Yoon Eun Hye.  Yoon Eun Hye dan Bae Suzy pergi dengan muka yang sombong.  Lalu Kim Jong Kook berkata kepada Song Ji Hyo,”Awak ok ke?Tak tercedera kan?,”kata Kim Jong Kook dengan perasaan khuatir.  Song Ji Hyo membalas,”Saya tak apa-apa. Dahlah saya nak pergi ke tandas dulu.Nak bersihkan diri,”kata Song Ji Hyo.  Lalu dia pun pergi. Kang Gary melihat kejadian tersebut dengan perasaan marah. Dia tidak berpuas hati dengan Kim Jong Kook.
  • Sewaktu pulang sekolah,Kang Gary dan Ha Dong Hoon berjumpa dengan Kim Jong Kook. ”Hei Kim Jong Kook,kenape awak selalu jadi penyelamat Ji Hyo?Awak suka pada dia ke?,”kata Kang Gary dengan sombong. ”Tak delah. Mane ade. Saya cuma tolong kawan je. Salah ke??,”kata Kim Jong Kook. Kang Gary membalas,”Saya suka pada dia,jadi saya tak nak awak rapat pada dia lagi,faham??,”.  Kim Jong Kook tidak membalas tapi hanya memandang dengan muka yang hairan. Kang Gary yang marah terus menyerang Kim Jong Kook dengan menumbuknya. Kim Jong Kook ingin membalas tetapi Lee Kwang Soo,Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin yang berada dekat dengan kawasan tersebut segera menghalang dia daripada menumbuk Kang Gary.  ”Sabarlah,korang ni jangan bergaduh boleh tak?Kim Jong Kook,sabar,”kata Ji Suk Jin kepada Jong Kook dan Gary.  Akhirnya Kang Gary dan Haha pergi dengan perasaan marah.  
  • Sepuluh minit kemudian Yoo Jae Suk,Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya Kim Jong Kook sahaja yang belum pulang.   Tiba tiba,hujan turun dengan lebat. Dia segera membuka payung yang dibawanya. Tetapi dia ternampak Song Ji Hyo duduk bersendirian dalam hujan.  Lalu dia pun berlari ke arah Song Ji Hyo.  ”Ji Hyo,hujanlah. Awak tak balik lagi ke?,”kata Kim Jong Kook sambil berkongsi payung dengan Song Ji Hyo.  Song Ji Hyo membalas,”Saya balik jalan kaki.Dahlah saya balik dulu,”kata Song Ji Hyo lalu berjalan dalam hujan.  Namun Kim Jong Kook memegang lengan Song Ji Hyo sambil berkata,”biar saya yang hantar awak. Jom pergi ke kereta saya,”kata Kim Jong Kook sambil memimpin tangan Song Ji Hyo ke keretanya. Selepas itu,Kim Jong Kook membuka pintu kereta untuk Song Ji Hyo. Setelah masuk dalam kereta,Song Ji Hyo berkata kepada Kim Jong Kook,”Jong Kook,terima kasih sebab hantar saya balik,”kata Song Ji Hyo dengan perlahan.  Kim Jong Kook membalas,”Kenapa awak balik jalan kaki?Kenapa tak suruh ayah atau ibu awak ambil awak dari sekolah?,”kata Kim Jong Kook.  Song Ji Hyo hanya mendiam.  Kim Jong Kook melihat tangan Song Ji Hyo menggigil.  Lalu dia mengambil baju sejuk yang selalu ditinggalkan di keretanya lalu menyelimutkan Song ji Hyo.
  • Song Ji Hyo memandangnya lalu berkata,”Terima kasih sekali lagi sebab awak banyak membantu saya hari ini,”kata Song Ji Hyo dengan jujur.  Dia menyambung,”Sebenarnya saya ada masalah keluarga.Ibu saya sakit dan keluarga kami ada hutang yang banyak.  Jadi saya terpaksa bekerja part-time petang dan malam.Sebab tulah saya balik jalan kaki,”kata Song Ji Hyo. ”Oh yeke??kesiannya nasib keluarga awak,”kata Kim Jong Kook kesian.  “Dan ayah saya pula seorang pemabuk,”kata Song Ji Hyo. Tiba-tiba dia menitiskan air mata.  Kim Jong Kook terkejut melihat dia menangis lalu memberhentikan kereta di tepi jalan.  ”Ji Hyo,awak tak apa-apa?,”kata Kim Jong Kook.  Song Ji Hyo membalas,”Tak.  Saya sedih.  Ayah selalu ambil duit hasil saya bekerja untuk membeli arak. Disebabkan itulah saya terpaksa bekerja part-time dua kali,”kata Song Ji Hyo sambil menangis teresak-esak.  Kim Jong Kook memeluk Song Ji Hyo untuk menenangkan dia lalu berkata,”Menangislah sepuas hati awak,marahlah sepuas hati awak.  Saya akan dengar semuanya.  Kalau awak nak pukul,pukul je saya.  Saya akan selalu di sisi awak,”kata Kim Jong Kook untuk menenangkan Song Ji Hyo.  Tiba-tiba dalam jantung Song Ji Hyo berdegup kencang.  Tetapi dia tidak sampai hati untuk menolak pelukan Kim Jong Kook kerana dia terlalu baik.Song Ji Hyo menangis teresak-esak sehingga hujan berhenti.  Begitu juga lamanya pelukan antara Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Song Ji Hyo tertidur di dalam pelukan Kim Jong Kook.  
  • Akhirnya Kim Jong Kook mengejutkan Song Ji hyo,”Ji Hyo!Ji Hyo!Bangunlah.  Hujan dah berhenti.  Saya nak hantar awak balik rumah tapi saya tak tahu rumah awak dekat mana,”kata Kim Jong Kook dengan lemah lembut.  Song Ji Hyo terjaga lalu terkejut kerana dia berada di pelukan Kim Jong Kook.  ”Maafkan saya sebab tertidur,”kata Song Ji Hyo dengan perasaan bersalah.  Lalu dia melihat jam tangannya.  Dia terkejut.  ”Alamak!Dah pukul 2.  Saya dah lambat nak pergi kerja ni,”kata Song Ji Hyo.  Kim Jong Kook membalas,”hah??yeke??maaflah saye tak tahu rumah awak sebab tulah sya kejutkan awak,”kata Kim Jong Kook.  ”Takpelah.  Yang penting saya dah terjaga,”kata Song Ji Hyo panik.  ”Oklah,kalau macam tu biar saya hantar awak balik  ke rumah.  Rumah awak dekat mana??,”kata Kim Jong Kook.  
  • Setelah Kim Jong Kook menghantar Song Ji Hyo,ayah Song Ji Hyo terus menarik rambut Song Ji Hyo sambil berkata,”Kau ni pergi mana?Bos kau telefon aku tadi kata kau tak pergi kerja,”kata ayah Song Ji Hyo.  ”Sakitlah ayah.  Tapi tadi kan hujan.  Macam mana saya nak pergi kerja??,”kata Song Ji Hyo sambil menahan kesakitan.  ”Hujan ke tak ke yang penting kau kena kerja. Kalau tak siapa nak bagi aku duit.  Siapa lelaki tu?Siap ada kereta lagi?Kekasih kau ke?,”kata ayah Song Ji Hyo.  Lalu dia menolak Song Ji Hyo ke tanah.  Kim Jong Kook terkejut dan berlari ke arah Song Ji Hyo.  ”Ji Hyo awak okey ke tak??,”kata Kim Jong Kook sambil memegang kedua-dua lengan Song Ji Hyo.  ”Hei,kau ni siapa? kau ni kekasih atau kawan anak aku ? Kalau kau kekasih dia,baik kau bagi aku duit kalau kau tak nak aku pukul dia,”kata ayah Song Ji Hyo.  ”Ayah!Cukup!,”Song Ji Hyo berkata kepada ayahnya.  Lalu dia berkata kepada Kim Jong Kook pula,”Jangan bagi dia duit tu.  Dia akan tetap pukul saya juga lepas kerja nanti,”kata Song Ji Hyo sambil menangis. Kim Jong Kook berasa kasihan. ”Baiklah,saya akan beri duit untuk pak cik setiap hari tetapi pak cik kena lepaskan anak pak cik pergi dari rumah ni,”kata Kim Jong Kook dengan berani. Song Ji Hyo terkejut mendengar kata-kata Kim Jong Kook itu.  “Kim Jong Kook,apa awak buat ni?,”kata Song Ji Hyo sambil berusaha bangun dari tempat dia ditolak oleh ayahnya.  Lalu ayahnya berkata,”Okey. Aku akan lepaskan dia tapi kau kena kotakan janji kau tu dulu,”kata ayah Song Ji Hyo. Lalu ayahnya masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil baju-baju milik Song Ji Hyo.  Lima minit kemudian,dia keluar dengan sebuah beg yang besar lalu berkata,”Nah,ambil beg kau! Jangan balik lagi kat rumah ni selagi kau tak kaya,faham?,”kata ayah Song Ji Hyo. ”Ayah!Ayah nak  halau saya semata-mata sebab duit? Baiklah.  Saya akan keluar dari rumah ni dan saya takkan balik walaupun saya dah kaya,”kata Song Ji Hyo dengan perasaan yang marah bercampur dengan kesedihan.  
  • Kim Jong Kook mengeluarkan beg dompetnya lalu melemparkan wang yang banyak kepada ayah Song Ji Hyo.  Ibu Song Ji Hyo terus keluar dari rumah apabila mendengar bunyi orang menjerit.  Song Ji Hyo terus berlari kepada ibunya dengan sedih sambil berkata,”Saya akan bawa ibu pergi dari tempat ini bila waktunya tepat.  Saya harap ibu boleh bertahan.  Saya minta maaf kalau saya ada buat kesilapan yang besar kepada ibu,”kata Song Ji Hyo sambil memeluk ibunya.  Ibunya yang terkejut mendengar apa yang dikatakan anaknya terus menangis sambil berkata,”Kau nak keluar dari rumah ni? Kau nak duduk mana anakku? Ibu risau.Ibu takkan apa-apa kat rumah ni. Ibu sentiasa maafkan kau.  Ibu doakan kau hidup bahagia di luar sana.  Maafkan ibu sebab tak dapat beri yang terbaik untuk kau,”kata ibu Song Ji Hyo.  ”Jangan cakap macam tu, ibu.  Ibu dah beri yang terbaik untuk saya,”kata Song Ji Hyo lalu melangkah pergi dari rumahnya.  Dia pun mengambil begnya lau pergi dari situ.  Sewaktu dia berjalan,Kim Jong Kook memegang tangannya dan membawa begnya.  ”Kim Jong Kook,”kata Song Ji Hyo yang terkejut dengan kelakuan Kim Jong Kook.  
  • Akhirnya Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo meninggalkan kawasan tersebut.  ”Maafkan saya sebab buat macam itu.  Saya cuma tak nak awak dipukul ayah awak,”kata Kim Jong Kook sambil mengeluarkan telefon bimbit.  ”Tak pe.Saya memang dah bercadang untuk keluar dari rumah itu.  Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk bawa dia pergi dari rumah itu,”kata Song Ji Hyo dengan yakin.  Akhirnya Kim Jong Kook mengeluarkan telefonnya lalu menelefon seseorang,”Hello,ayah! Datang ke kafe kite sekarang. Saya ada seseuatu nak dibincangkan. Ok bye ayah,”kata Kim Jong Kook yang menelefon ayahnya.Akhirnya Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo sampai di kafe  milik ayah Kim Jong Kook iaitu Running Kafe.  Mereka masuk ke dalam kafe dan melihat ayah Kim Jong Kook sedang duduk menunggu mereka. ”Kita nak buat apa kat sini,Jong Kook? Jom pergi ke tempat lainlah,”kata Song Ji Hyo yang malu melihat ramai orang di dalam kafe. Kim Jong Kook membalas,”Takpelah,ni kafe ayah saya. Jangan malu-malu.Jom,”kata Kim Jong Kook dengan yakin. ”Hah,sampai pun.Lambat balik sekolah Jong Kook,”kata ayahnya sambil menggelengkan kepala. 
  • Lalu mereka pun duduk. ”Hai pakcik,”kata Song Ji Hyo yang malu melihat ayah Kim Jong Kook. Ayah Kim Jong Kook hanya mengangguk sambil tersenyum melihat Song Ji Hyo yang malu itu. ”Ayah!Ni kawan Jong Kook. Namanya Song Ji Hyo. Kesian dia,ayah.Dia dah  kena halau dengan ayahnya.  Ayah dia suruh dia beri duit hari-hari untuk beli arak.  Sekarang ni dia tak de tempat tinggal,”kata Kim Jong Kook menceritakan keadaan yang terjadi kepada Song Ji Hyo.  ”Betul ke ni? Teruknya ayah kamu. Habis tu macam mana? Kamu duduk mana sekarang ni?,”kata ayah Kim Jong Kook.  Tiba-tiba Kim Jong Kook membisik kepada ayahnya,”Macam mana kalau dia tinggal dengan kita?Dia boleh tidur dekat bilik tetamu.  Tolonglah ayah.Kesiankanlah dia,”kata Kim Jong Kook dengan comel.  ”Bilik tetamu?Tapi dia okey ke tinggal dekat rumah kita?,”kata ayah Kim Jong Kook sambil membisik pula kepada Kim Jong Kook.  Kim Jong Kook membalas dengan membisik,”Ayah tanyalah dia,”kata Kim Jong Kook.Lalu ayah Kim Jong Kook berkata kepada Song Ji Hyo,”Kamu tak kisah ke tinggal di rumah kami?  Rumah kami ada banyak bilik kosong jadi tak jadi masalah rasanya,”.Ayah Kim Jong Kook tersenyum. Song Ji Hyo terkejut lalu memandang Kim Jong Kook lalu tersenyum.  ”Terima Kasih pakcik.  Pak cik terlalu baik dengan saya.Saya akan balas budi pak cik nanti,”kata Song Ji Hyo sambil senyum kegembiraan. ”Sama-sama.  Mesti kamu berdua lapar,jom ayah belanja makan kat kafe ni,”kata ayah Kim Jong Kook.  ”A’ah.  Saya dah lapar sangat ni,”kata Kim Jong Kook.
  • Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo duduk di kafe sehingga malam.  ”Jomlah balik rumah.Penatlah duduk kat sini je,”kata Kim Jong Kook yang kepenatan.  ”hah?okey,”kata Song Ji Hyo yang terjaga dari lamunan.  Apabila mereka tiba di rumah Kim Jong Kook,Song Ji Hyo tersenyum melihat rumah Kim Jong Kook yang cantik itu. Kim Jong Kook hanya tersenyum melihat Song Ji Hyo tersenyum.  Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Dia terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.  Namun begitu,Song Ji Hyo datang dan memegang bahunya lalu berkata,”Cantik betullah rumah awak ni.  Untung awak dapat duduk kat rumah ni,kan?,”kata Song Ji Hyo sambil tersenyum. Kim Jong Kook menjadi tidak keruan.  Dia segera beredar dari situ.  ”Kenapa dengan aku ni??Aku suka kat Ji Hyo ke?Aku tak boleh suka kat Ji Hyo. Aku dengan dia cuma kawan,”kata Kim Jong Kook. Tetapi Song Ji Hyo telah mendengar semua yang dia cakap. Kim Jong Kook sangat terkejut melihat Song Ji Hyo di depannya.  Song Ji Hyo terus berlari ke beranda rumah.  Kim Jong Kook mengejarnya lalu berkata,”Song Ji Hyo,awak dengar ke apa yang saya kata ?,”.  Dia tertanya-tanya.  Song Ji Hyo membalas,”Maafkan saya. Saya curi-curi dengar tadi. Saya terkejut awak tiba-tiba lari.  Saya masuk bilik dulu,”kata Song Ji Hyo lalu terus berlari masuk ke biliknya. Kim Jong Kook malu. Keesokannya,di sekolah Kang Gary terus mengganggu Song Ji Hyo.  ”Hai sayangku Ji Hyo ,”kata Kang Gary.  Yoon Eun Hye terdengar apa yang Kang Gary katakan itu.  ”Korang dah bercinta ke??Tak beritahu pada kitorang pun,”kata Yoon Eun Hye sehingga satu kelas mendengar kata-katanya itu. Yoo Jae Suk mencelah,”Eh,takkanlah! Ji Hyo tak suka pada Kang Garylah,”.  Song Ji Hyo hanya berdiam diri tetapi Kim Jong Kook berkata,”Dia dengan Kang Gary tak bercintalah. Dia kekasih aku,”kata Kim Jong Kook dengan yakin. Song Ji Hyo terkejut.  Yoon Eun Hye dan Bae Suzy pandang satu sama lain dan menjerit,”Tidddaaaaakk..!,”kata mereka serentak. Lee Kwang Soo,Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin hanya tersenyum. Kang Gary cemburu melihat mereka.  
  • Loceng berbunyi menunjukkan waktu balik.  Semasa turun dari tangga,Bae Suzy menolak Song Ji Hyo supaya jatuh tetapi Kim Jong Kook yang berada di hadapan Song Ji Hyo menyambut dia dengan gembira.  ”Ok tak??Lain kali hati-hati sikit waktu jalan,”kata Kim Jong Kook kepada Song Ji Hyo.  Song Ji Hyo membalas,”Saya okeylah.  Dahlah saya jalan dulu,”kata Song Ji Hyo sambil menahan malu.  Kim Jong Kook hanya tersenyum. Petang itu,Song Ji Hyo berjalan di bandar seorang diri. Sewaktu dia melintas terdapat sebuah kereta yang dipandu oleh pemandu yang mabuk yang ingin melanggarnya. Namun seorang lelaki berjaya menyelamatkannya daripada dilanggar.  ”Aaahh!Sakitnya,”kata Song Ji Hyo kesakitan. Lelaki itu berkata,”awak tak apa-apa? Lutut awak luka ni. Jom saya hantar ke hospital,”kata lelaki itu kepada Song Ji Hyo. Song Ji Hyo membalas,”Saya tak apa-apalah. Biar saya telefon kawan saya jelah,”kata Song Ji Hyo.  Kebetulan di situ Kim Jong Kook sedang berjalan lalu ternampak mereka berdua. Dia pun  berlari ke arah Song Ji Hyo apabila melihat lutut Song Ji Hyo yang luka. ”Ji Hyo,awak tak apa-apa ke??,”kata Kim Jong Kook.  ”Kaki saya lukalah.Tolong bawa saya pergi hospital,”kata Song ji Hyo. Kim Jong Kook berasa hairan melihat seorang lelaki berdiri sebelah Song Ji Hyo.  ”Awak ni siapa ya?,”kata Kim Jong Kook kepada lelaki tersebut. ”Saya hanya tolong dia daripada kena langgar je.Saya tak buat apa-apa pun,”kata lelaki tersebut. Kim Jong Kook berterima kasih kepada lelaki itu dan terus membawa Song Ji Hyo ke hospital. 
  • Keesokannya,di sekolah Cikgu Go Dong Wan masuk ke kelas awal bersama seorang budak lelaki.  ”Hah??Ni  bukan budak semalam yang tolong awak ke Ji Hyo??,”kata Kim Jong Kook kepada Song Ji Hyo. ”Kelas! Diam semua.  Kita ada murid baru yang bernama Song Joong Ki,”kata Cikgu Go Dong Wan. ”Nama saya Song Joong Ki. Kamu semua boleh panggil saya Joong Ki,”kata Song Joong Ki. Dia ternampak Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook lalu tersenyum kepada mereka.  ”Joong Ki,awak boleh duduk di belakang Kim Jong Kook ye,”kata Cikgu Go Dong Wan.  Song Joong Ki pergi ke sana sambil tersenyum kepada mereka. Sewaktu balik,Song Joong Ki berlari ke arah Song Ji Hyo lalu berkata,”Song Ji Hyo,awak nak balik dengan saya tak?,”kata Song Joong Ki.  Namun begitu,Kim Jong Kook membalas,”Dia balik dengan aku sebab dia tinggal di rumah aku,”kata Kim Jong Kook dengan perasaan yang membuak-buak.  ”Apa?Ini tak boleh berlaku!!,”kata Yoon Eun Hye. Lee Kwang Soo,Kang Gary,Ha Dong Hoon,Yoo Jae Suk,Bae Suzy dan Ji Suk Jin terkejut dengan pengakuan Kim Jong Kook itu. 
  • Kim Jong Kook terus memimpin tangan Song Ji Hyo dan pulang. Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo singgah ke Running kafe. Semasa Kim Jong Kook memarkir kereta,Song Ji Hyo sudah menunggu dia di hadapan kafe. Tetapi semasa Kim Jong Kook melintas jalan raya,dia dilanggar oleh sebuah kereta dan dia telah jatuh di tempat kejadian. Song Ji Hyo yang melihat kejadian tersebut di depan mata terkejut lalu berlari ke arah Kim Jong Kook dengan segera.   Kim Jong Kook batuk sambil berkata,”Song Ji Hyo,saya sayang awak. Kalau saya dah tak ada di dunia ni, tolong sampaikan pesanan kepada ibu dan ayah saya bahawa saya sayang mereka dan saya minta maaf jika saya banyak buat kesalahan pada mereka,”kata Kim Jong Kook sebelum tidak sedarkan diri.  ”Tolong! Kim Jong Kook,Kim Jong Kook! Tolong! Bangun. Awak kata nak ada di sisi saya sepanjang masa. Kenapa awak tak bangun?,”kata Song Ji Hyo sambil menangis teresak-esak.   Akhirnya Song Joong Ki yang menunggang motosikal berhenti dan melihat tempat kejadian. Dia terkejut melihat Kim Jong Kook terbaring di jalan raya. ”Song Ji Hyo,kita kena bawa dia ke hospital ni.  Biar saya telefon ambulans,”kata Song Joong Ki.  Song Ji Hyo hanya menangis tanpa menghiraukan kata-kata Song Joong Ki.
  • Di hospital, semua ahli keluarga Kim Jong Kook sedang menunggu doktor memeriksa Kim Jong Kook. Setengah minit kemudian, doktor keluar dari bilik ICU dan memberitahu bahawa,”Anak awak tercedera di kepala dan dia koma.Kini dia cuma ada 20% sahaja peluang untuk hidup,”kata doktor yang risau akan keadaan Kim Jong Kook.  Ibu Kim Jong Kook menangis dan Song Ji Hyo cuba menenangkannya dengan memberitahu bahawa Kim jong Kook akan sedar dari koma.  ”Makcik,jangan risau. Kim Jong Kook akan bangun dari koma.  Dia ada kata kepada saya yang dia sayang mak cik dan pak cik.  Dia juga kata yang dia minta maaf kalau dia ada malakukan kesalahan pada mak cik dan pak cik,”kata Song Ji Hyo kepada ibu dan ayah Kim jong Kook.  Lalu ibu Kim Jong Kook memeluk Song Ji Hyo sambil berkata,”Kamu memang budak yang baik. Disebabkan itulah Kim Jong Kook suka pada kamu,”kata ibu Kim Jong Kook.  Song Ji Hyo sangat terkejut dengan kenyataan ibu Kim Jong Kook. ”Macam mana mak cik tahu tentang hal ni?,”kata Song Ji Hyo dengan hairan. ”Ji Hyo,saya pun dengar apa yang Jong Kook cakap malam itu,”kata ibu Kim Jong Kook sambil tersenyum. Song Ji Hyo terus menangis dalam pelukan ibu Kim Jong Kook. 
  • Dua bulan kemudian,sewaktu ibu dan ayah Kim Jong Kook bekerja Song Ji Hyo menjaga Kim Jong Kook dengan penuh kasih sayang. Tiba-tiba dia melihat Kim Jong Kook terjaga. ”Kim Jong Kook,awak dah bangun! Terima Kasih sebab bangun,Jong Kook. Biar saya panggil doktor,”kata Song Ji Hyo sambil menangis. Kim Jong Kook mengangkat tangannya mengesat air mata Ji Hyo yang mengalir.  ”Song Ji Hyo,saya sayang awak. Saya akan sentiasa berada di sisi awak,”kata Kim Jong Kook.  Song Ji Hyo membalas,”Saya pun sayang awak. Saya sengaja sembunyikan perasaan ni dari dulu lagi. Saya pun akan sentiasa di sisi awak. Buktinya sekarang. Saya setia menjaga awak sampai awak bangun dari koma,”kata Song Ji Hyo sambil memeluk Kim Jong Kook. Kim jong Kook pun bangun dari tempat tidurnya lalu mencium dahi Song Ji Hyo. Semua keluarga Kim Jong Kook masuk ke dalam bilik sambil bertepuk tangan. Sebenarnya mereka sudah tahu tentang Kim Jong Kook yang sudah sedar dari koma kerana seorang jururawat ternampak Kim Jong Kook bercakap dengan Song Ji hyo.  Song ji Hyo berasa sangat gembira.Bukan ibu bapanya sahaja,rakan-rakan mereka juga datang ke sana dengan perasaan yang gembira. Hanya Kang Gary,Yoon Eun Hye dan Bae Suzy sahaja yang tidak datang kerana mereka cemburu melihat Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.
  • Umur Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook sudah meningkat kepada 32 tahun.  Song Ji Hyo yang sudah bercinta dengan Kim Jong Kook mengadakan perjumpaan bersama rakan-rakannya di sekolah pada jam 8 malam.  Kim Jong Kook menelefon semua rakannya untuk bertemu di Running Kafe.  Setelah jam 8 malam,kesemua rakan-rakan mereka kecuali Yoon Eun Hye dan Suzy sudah sampai di kafe itu.  Mereka bersalam-salaman dengan semua rakan mereka.  Lee Kwang Soo membawa seorang wanita yang sangat cantik iaitu Yuri. ”Ni teman wanita saya.  Namanya Kwon Yuri.  Saya jumpa dia di kafe tempat saya bekerja,”kata Lee Kwang Soo sambil tersenyum gembira.  Song Ji Hyo begitu juga Kim Jong Kook dan rakannya yang lain hanya tersenyum kepada Kwon Yuri. 5 minit kemudian, dua orang wanita yang memakai baju pejabat melambai tangan ke arah mereka semua. Mereka semua pelik melihat wanita-wanita yang cantik itu.”Itu Yoon Eun Hye dan Bae Suzy kan?,”kata Song Ji Hyo terkejut. Rupanya tekaan Song Ji Hyo betul.
  • Yoon Eun Hye dan Bae Suzylah wanita yang berpakaian pejabat itu. ”Sorry. Lambat pulak kitorang. Yelah,kitorang dah kerja pejabat sekarang dan sekarang ni kitorang baru balik kerja,”kata Bae Suzy. Tiba-tiba Yoon Eun Hye mencelah,”Hai Song Ji Hyo! Hai Kim Jong Kook!,”kata Yoon Eun Hye tersenyum. Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook terkejut dengan apa yang dikatakan Yoon Eun Hye itu.”Kitorang dah berubahlah! Kitorang bukan budak yang suka goda lelaki kacak lagi,”kata Bae Suzy. Kesemua mereka tersenyum dengan perubahan Yoon Eun Hye dan Bae Suzy itu. Song Ji Hyo membalas,”Baguslah tu. Akhirnya korang berubah juga. Lega aku,”kata Song Ji Hyo dengan wajah yang gembira akan perubahan rakannya itu. Akhirnya mereka semua duduk makan sambil bersembang tentang kerjaya masing-masing. Sedang mereka bersembang sakan,tiba-tiba seorang lelaki yang kacak berdiri di hadapan meja mereka. Kim Jong Kook yang perasan akan hal tersebut terkejut. ”Sayang,biler awak nak habis borak ngan kawan awak ni? Saya dah penat menunggu ni,”kata lelaki tersebut. Mereka semua memandangnya dengan wajah yang pelik. Rupa-rupanya itu kekasih Suzy. ”Hah?Sorrylah sayang kalau lama tunggu. Tapi banyak lagi saya nak cerita dengan diorang ni. Kalau ye pun awak perkenalkanlah diri dulu,”kata Suzy yang terkejut akan kehadiran teman lelakinya di dalam restoran itu. ”A’ahlah. Sorry korang. Hai nama saya Lee Seung Gi. Saye kekasih Bae Suzy,”katanya dengan lemah lembut. Mereka semua memandang Suzy dengan pandangan yang tajam.Yoon Eun Hye berkata,”Hurmm.Sejak bila awak ada kekasih ni,Suzy?,”kata Yoon Eun Hye tertanya-tanya. Suzy menjawab,”Hihihi,sorrylah tak bagitau korang. Baru je dua bulan,”kata Suzy malu. Mereka semua membalas dengan senyuman sahaja. ”Duduklah dulu Seung Gi,”kata Kim Jong Kook. Lee Seung Gi pun melabuhkan punggungnya di sebelah Bae Suzy. 
  • Suasana restoran itu semakin meriah dengan kedatangan Lee Seung Gi. Tiba-tiba Kim Jong Kook memegang tangan Song Ji Hyo lalu mengajaknya bangun lalu berkata kepada semua,”Errmm. Kitorang nak bagitau sesuatu,”kata Kim Jong Kook sambil tersenyum. Mereka semua terkejut dan tertanya-tanya.Song Ji Hyo menyambung,”Kami akan bertunang bulan depan,”kata Song Ji Hyo gembira. Mereka semua terkejut dan gembira untuk Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo. ”Baguslah tu,”kata Yoo Jae Suk. Setelah dua jam mereka duduk berborak di restoran itu,tiba-tiba Kang Gary mendapat panggilan daripada teman wanitanya. Nama Lee Yeon Hee terpampang di kaca telefonnya. Kang Gary terus mengangkat panggilan tersebut,”Yeon Hee! Kenapa ni? Awak tak apa-apa kan?,”kata Kang Gary yang risau akan keadaan teman wanitanya. ”Oppa! Neomu appayeo,”kata Yeon Hee. Talian di telefon terus tertutup. Kang Gary yang risau terus beredar dari restoran tanpa memberitahu apa-apa kepada rakannya. Kim Jong Kook yang terkejut terus mengikuti Kang Gary. 
  • Semua rakan-rakannya risau akan keadaan Kang Gary. Beberapa jam kemudian,Kim Jong Kook menelefon Song Ji Hyo,”Ji Hyo-yah,saya dengan Gary sekarang dekat Hospital HanKook. Kitorang tengok teman wanita Gary yang kemalangan,”kata Kim Jong Kook. Song Ji Hyo membalas,”Yeke? Kitorang datang sanalah. Dia tak apa-apa ke sekarang?,”kata Song Ji Hyo risau. ”Doktor kata dia kena dibedah cepat sebab keadaan dia dah kritikal. Kang Gary tengah telefon ibu bapa dia,”kata Kim Jong Kook.     Song Ji Hyo membalas lagi,”Bedah? Teruknya. Kitorang datang sekarang. Bye,”kata Song Ji Hyo. Song Ji Hyo memberitahu kepada kawan-kawannya tentang keadaan kekasih Kang Gary itu. Mereka pun segera ke hospital tempat dia dirawat.
  • Setelah sampai di hospital, mereka terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanya tentang keadaan teman wanita Kang Gary. Tetapi mereka tidak tahu namanya. Song Ji Hyo menelefon Kim Jong Kook untuk bertanyakan tentang nama kekasih Kang Gary,”Jong Kook,nama kekasih Gary apa?,”kata Song Ji Hyo cemas. Kim Jong Kook membalas,” namanya Lee Yeon Hee,”kata Kim Jong Kook. Song Ji Hyo terus meletak telefon dan memberitahu kepada wanita yang berada di kaunter pertanyaan itu. Setelah itu,mereka pun terus naik ke tingkat di mana Lee Yeon Hee dirawat. Tiga puluh minit kemudian,keluarga Lee Yeon Hee pun datang ke situ. ”Gary,Yeon Hee tak apa-apa kan?,”kata ibu Lee Yeon Hee. Kang Gary tidak menjawab sebaliknya memeluk ibu Yeon Hee dan berkata,”Mak Cik,Yeon Hee akan baik-baik sahaja. Tapi sebaiknya mak cik pergi bertemu doktor,”kata Kang Gary sedih. Ibu Yeon Hee menangis dalam pelukan Gary. Akhirnya setelah Kang Gary menenangkan ibu Yeon Hee,mereka sama-sama masuk ke dalam bilik doktor. ”Doktor,anak saya tak apa-apa kan?Tolong anak saya,”kata ibunya yang menangis teresak-esak. ”Maafkan saya puan.Anak puan terpaksa dibedah disebabkan keadaannya yang sangat kritikal,”kata doktor yang merasa bersalah. Kang Gary membalas,” Doktor,buatlah apa yang patut. Walaupun dia terpaksa dibedah,”kata Kang Gary yang secara tiba-tiba menitiskan air mata. ”Baiklah.Kami akan lakukan yang terbaik untuk Lee Yeon Hee,”kata doktor itu. 
  • Akhirnya Yeon Hee pun dibedah. Joong Ki terpaksa ke wad di tingkat lain kerana ibunya juga dirawat di hospital itu. Tujuh jam kemudian,doktor keluar dengan muka yang sedih. Kang Gary dan ibu Yeon Hee begitu juga keluarga Yeon Hee yang lain segera ke arah doktor. ”Adakah Yeon Hee dapat diselamatkan?,”kata Kang Gary. Doktor menjawab,”Maaf,Lee Yeon Hee tak dapat diselamatkan. Kami telah mencuba berbagai cara untuk menyelamatkannya,” kata doctor itu.Kang Gary yang sedih terus melutut di hadapan doktor sambil menangis sekuat hati. Ibu Yeon Hee turut ikut apa yang dilakukan oleh Gary dan memeluknya seperti anak sendiri. Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo terkejut dengan kenyataan doktor tersebut. Mereka semua berasa sangat sedih bagi pihak Kang Gary. Akhirnya mereka pulang dengan hati yang sedih. Selepas itu,hidup Kang Gary terus berubah dari gembira kepada hidup yang sedih.Perkara itu berlanjutan sehingga hari Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo bertunang. 
  • Akhirnya pada hari pertunangan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo,Kang Gary muncul dan mengucapkan tahniah kepada mereka. ”Tahniah untuk korang berdua. Aku harap korang berdua gembira selama-lamanya,”kata Kang Gary dengan senyuman yang tidak berapa ikhlas kerana masih sedih akan kematian kekasihnya. Namun begitu sewaktu majlis berlangsung Kang Gary terlanggar seorang wanita cantik. ”Maafkan saya. Saya tak sengaja terlanggar awak,”kata wanita cantik itu bersalah. Kang Gary terkejut kerana perangai dan kata-katanya sama seperti cara Lee Yeon Hee bercakap. Dia terus berkata,”Awak? Lee Yeon Hee!,”kata Kang Gary membalas. Dia terus memeluk wanita itu dengan sekuat hati. Tiba-tiba jantung wanita cantik itu berdegup kencang. Kang Gary sangat gembira memeluk wanita itu. ”Lee Yeon Hee? Maaf,saya rasa awak dah salah orang. Nama saya Jessica Jung,”kata wanita itu sambil menolak Kang Gary. Kang Gary membalas,”Jessica? Maaflah. Perangai dan kata-kata awak betul-betul sama macam teman wanita saya. Jessica terkejut. Kang Gary menyambung lagi,”Tapi malangnya dia dah meninggal dunia,”kata Kang Gary. ”Oh yeke? Maaflah. Sebab saya awak teringatkan kekasih awak,”kata Jessica bersalah. Kang Gary membalas lagi,”Tak. Bukan salah awak pun dia meninggal dunia,”kata Kang Gary. Akhirnya mereka mula berkenalan antara satu sama lain. 
  • Pada suatu hari,Kim Jong Kook bergaduh dengan Song Ji Hyo. Kim Jong Kook tiba-tiba memulakan pergaduhan dengan Song Ji Hyo,”Song Ji Hyo,kenapa dengan awak ni? Awak tak sayang saya ke?,”kata Kim Jong Kook secara tiba-tiba apabila bertemu Song Ji Hyo di sebuah restoran yang mewah dan sesuai untuk pasangan kekasih. ”Jong Kook,kenapa ni? Mestilah saya sayang awak,”kata Song Ji Hyo terkejut. Kim Jong Kook membalas,”Sayang?Kalau awak sayang saya,awak takkan buat saya macam ni,”kata Kim Jong Kook yang kelihatan marah. ”Buat apa? Saya buat apa,Kim Jong Kook? Kalau macam nilah perangai awak lebih baik kita putus je,”kata Song Ji Hyo lalu terus berlari keluar dari restoran. Kim Jong Kook mengejar lalu memeluk Song Ji Hyo dari belakang sambil berkata,”Kenapa awak nak putus dengan saya? Kita bergaduh untuk kali pertama,awak dah minta putus,"kata Kim Jong Kook. Song Ji Hyo hanya mendiam. Kim Jong Kook memusingkan badan Song Ji Hyo ke arahnya lalu berkata,”Song Ji Hyo,mahukah awak berkahwin dengan saya?,”kata Kim Jong Kook tersenyum.”Yah! Kim Jong Kook?Sampai hati awak buat saya macam ni?,”kata Song Ji Hyo yang tiba-tiba menangis.”Song Ji Hyo,jawab sajalah awak nak ataupun tak,”kata Kim Jong Kook.
  •  Song Ji Hyo terus menampar pipi Kim Jong Kook dengan kuat lalu memeluknya lalu berkata,”Kim Jong Kook,saranghae.Mestilah saya akan terima .Bodoh.Kenapa awak buat lamaran macam ni? Tak romantik langsung,”kata Song Ji Hyo menangis kegembiraan. Kim Jong Kook ketawa lalu terus mencium pipi Song Ji Hyo dan memeluknya. Akhirnya mereka berdua pun berkahwin.Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo sangat bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata yang bernama Kim Jin Sung dan Kim Jin Young(Nama rekaan semata-mata).

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet