The Rise Of Juingong

Description

 

Zaman pendudukan Jepun di Joseon bermula pada tahun 1910 dan berakhir pada tahun 1945. Penjajahan Jepun terhadap Joseon berakhir apabila Jepun diserahkan kepada Pertubuhan Badan-badan Bersatu (PBB) pada tahun 1945 sebaik sahaja Perang Dunia Kedua berakhir.

 

Sebaik sahaja tentera Jepun meninggalkan Joseon, para pemimpin tempatan cuba untuk memulihkan politik,ekonomi dan sosial tanah air mereka.  Setahun kemudian, penduduk tempatan mula digemparkan dengan berita kematian para pemimpin mereka secara beramai-ramai di dalam satu peristiwa kebakaran yang dirancang. Itu merupakan detik di mana tentera-tentera China yang menyamar sebagai buruh kasar sepanjang zaman penjajahan Jepun mula bangkit untuk mendapatkan tanah Joseon. Mereka dengan mudahnya menakluk Joseon kerana ekonomi dan politik Joseon masih belum stabil.

 

Anak-anak muda Joseon diberi dua pilihan: berkerjasama dengan mereka atau menentang mereka. Jika anak-anak muda tersebut memilih untuk bekerjasama, mereka akan dijamin keselamatan dan diberi kemewahan. Jika sebaliknya, mereka akan terus diseksa sehingga mereka akan merayu untuk dibunuh.

 

Adakah anak-anak muda Joseon akan menggadaikan tanah air demi keselamatan nyawa mereka?

 

 

 

 

Watak-watak:

Byun Baekhyun

tumblr_n6lr5e51dm1tds3wno1_1280.jpg

⇒Anak muda yang tidak mempedulikan keadaan tanah airnya yang sedang ditakluk oleh tentera-tentera China. Dia merupakan seorang yang mudah melenting, berkecil hati dan pendendam. Dia hanya mempercayai sahabat baiknya, Kim Jongdae. 

 

 

Kim Jongdae | Chen

tumblr_n73gqoiIht1tds3wno1_r1_1280.jpg

Anak muda yang bersahabat baik dengan Byun Baekhyun. Dia adalah pelindung Baekhyun dan telah menganggap Baekhyun seperti adik-beradiknya sendiri. Tanpa dia, hidup Baekhyun akan menjadi tidak tentu-hala.

 

 

Kim Jongin | Kai

tumblr_n6jr4mlX9n1tds3wno1_1280.jpg

Anak muda ini menyamar sebagai warga tempatan untuk membalas dendam terhadap seseorang. 

 

 

Park Chanyeol

tumblr_n6n2q2SdBh1tds3wno1_1280.jpg

Dia cuba untuk menggantikan tempat Jongdae di dalam hidup Baekhyun walaupun ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu. Dia ikhlas untuk bersahabat dengan Baekhyun.

 

 

Do Kyungsoo

tumblr_n6j9fzwVN91tds3wno1_1280.jpg

Pencuri terhandal di kalangan sahabat-sahabatnya. Tentera-tentera China telah menjalankan sekatan makanan jadi dialah yang akan membawa pulang makanan yang telah dicuri untuk sahabat-sahabatnya. Dia juga telah menyimpan rahsia terbesar Jongdae daripada pengetahuan semua orang.

 

 

Oh Sehun

tumblr_n6hp2q5H9d1tds3wno1_1280.jpg

Anak muda yang bertegas dalam mempertahankan haknya. Dia selalu sahaja dipukul oleh tentera-tentera China kerana selalu melawan.

 

 

Kim Minseok | Xiumin

tumblr_n6xoahvtZz1tds3wno1_1280.jpg

Anak muda tempatan pertama yang telah mengkhianati sahabat-sahabatnya lalu menyertai tentera-tentera China untuk menyeksa para penduduk. Dia seorang yang mementingkan diri dan tidak menghargai persahabatan.

 

 

Kim Junmyeon

tumblr_n6okueJdms1tds3wno1_1280.jpg

Dia adalah anak kepada ketua kampung yang telah mati dalam suatu kebakaran. Dialah yang mengajak para sahabatnya untuk bangkit dan menentang tentera-tentera China tetapi rancangannya selalu tergendala kerana keengganan Baekhyun untuk bekerjasama.

 

 


Cahaya tiada, hanya irama tembakan berkumandang
Di bawah langit nan hitam, jeritan dan pekikan kedengaran
Tubuh dan kepalaku sedingin ais
Walaupunku kehilangan nafas, aku terus berlari
Ku hulurkn tangan walau tiada sambutan, tidak mengapa
Walauku tidak berhenti, walaupunku terluka
Aku takkan menyerah sehinggaku mati

 

 

Tajuk: The Rise Of Juingong (The Rise Of Heroes)

Watak-watak: Byun Baekhyun, Kim Jongdae, the rest of EXO, TVXQ, Super Junior

Subjek Utama: Persahabatan

Prompt: Beast- Black Paradise

Tarikh mula: 24 Julai 2014

Tarikh tamat: -

Jumlah patah perkataan: -

 

 

Foreword

Author's note: Sesungguhnya wayar otakku telah putus jadi aku telah membuat keputusan untuk buat cerita berdasarkan sejarah. TAPI JANGAN PERCAYA 100%!! Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Berkemungkinan besar aku akan menggunakan sejarah negara kita dalam cerita ni. Idea asal adalah menggunakan abe L dan abe Namu tetapi apakan daya, aku tetiba dapat idea untuk menjadikan orang Cina sebagai penjajah (padahal aku nak tulis cerita Baek sebagai hero. Baekbyun, heroku selamanya~ haha). Kepada mana-mana pembaca yang berbangsa Cina, sila maafkan ceritaku ini. Terimalah fiksyen dengan seadanya. Gempak kan fanart2 tu. Full credit to the owner. 

Btw, aku belum isi borang untuk submit cerita ni sebab rule pertandingan tu: hanya boleh tukar cerita sekali so kalau aku dah siapkan cerita ni baru aku hantar. Cerita ni khas untuk:

 

The+Adventurine.jpg

 

credit: |P R E P O S S E S I N G| Malay Graphic Shop

 

 

angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek