Taeyeon & Heechul

Takkan Terpisah

Keadaan pagi di ibu kota Korea itu sibuk seperti biasa. Rakyatnya ke hulur ke hilir dengan tujuan dan hajat tertentu. Setiap orang ada destinasi masing-masing. Kenderaan mul memenuhi lebuh raya. Ada yang merungut, ada yang bersemangat, ada yang aktif dan juga ada yang pasif. Salah seorang mereka yang berasa pasif pada pagi itu ialah Kim Taeyeon. Dia berjalan ke arah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang, mengharapkan salah satu kenderaan akan melanggarnya terus ke syurga. Taeyeon mahu jasad dan rohnya berpisah. Dia enggan tinggal di tempat yang bernama dunia ini lagi. Kakinya melangkah perlahan tidak seiring dengan tayar kenderaan yang berputar laju. Beberapa orang melihat Taeyeon tapi tiada yang menegurnya. Tiada siapa yang tergerak hati untuk menghalang gadis itu.

“Taeyeon!!”,lengan gadis itu disambar laju oleh seseorang. Tepat sebelum sebuah kereta melanggarnya. Hon amaran diberikan oleh pemandu. Mereka berdua menjadi tumpuan seketika.

“Tolonglah Kim Taeyeon, berhenti buat macam ni!”, lelaki itu memarahi atas tindakan bodohnya. Lelaki itu bernafas laju seperti baru lepas berlari.

Taeyeon diam tidak membalas,memeluk erat lelaki itu. Dirasakan sedikit pening. Sekali lagi lelaki itu menyelamatkan dia, menggagalkan cubaan bunuh dirinya. Lelaki tersebut  tiada pilihan selain memujuk lembut gadis itu, mengusap lembut belakangnya.

“Taeyeon ah~ Jangan buat macam ni lagi. Berhenti lah”, ujarnya perlahan. Air mata mengalir di pipi gadis itu. Dia menangis,mengeluarkan sebak di dada. Tidak mempedulikan mata-mata yang melihat mereka. Lelaki itu membiarkan Taeyeon menangis, melepaskan kesedihan dialami. Masyarakat sekeliling  hanya memandang mereka seolah lelaki tersebut adalah punca Taeyeon menangis. Namum Kim Heechul tidak membalas renungan mereka, dia terus memujuk adiknya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Dia cuba bunuh diri lagi?”,soal  Dr.Jung Yonghwa bimbang.

Kim Heechul mengangguk lemah. Mereka berdua memandang Kim Taeyeon yang sedang nyenyak tidur setelah diberikan sedatif. Sementara itu Jururawat Seohyun menukar balutan luka di pergelangan tangan gadis itu. Luka yang diperolehi akibat torehan oleh pisau tumpul. Ketika Taeyeon cuba mengelar tangannya sendiri beberapa hari lepas.

“Dia berjalan ke arah jalan raya yang sibuk. Mungkin dia nak mati dilanggar. Mujur saya sempat berlari menarik dia ke tepi jalan”, jelas Kim Heechul. Dia cuba berlagak tenang sedangkan dalam hatinya dipenuhi kerisauan terhadap satu-satunya adik perempuanya itu.

“Saya rasa cik Taeyeon perlukan rawatan psikoterapi”, komen doktor muda itu. Dia kasihan dan bimbang akan nasib pesakitnya itu.

“Adik saya tak gila, Doktor Jung Yonghwa”, Heechul memberikan jelingan tajam. Dia tidak suka gaya doktor itu bercakap.

“Ini bukan kali kedua atau ketiga adik awak cuba bunuh diri, tengok ni!”, Jung Yonghwa mengangkat tangan pesakitnya yang sedang tidur itu, menunjukkan luka-luka di pergelangan tangannya. “kalau sekali lagi di menoreh tangannya dan terkena pada urat nadi, dia akan terus mati”, nada doktor  itu serius.

“Saya tahu. Adik saya cuma ada masalah. Dia tak gila”, tegas Kim Heechul, tidak mahu mengalah.

“Masalah itu yang akan membuatkan dia mengalami tekanan perasaan nanti dan akan jadi gila juga”, doktor itu membalas.

Jururawat Seohyun mengeluh melihat pertelagahan antara Encik Kim dan Dr.Jung.

“Apa yang Dr.Jung katakan itu betul. Saya rasa Encik Kim patut lakukan sesuatu untuk menghentikan cik Kim Taeyeon dari terus mencederakan dirinya”, Seohyun bersuara.

Kim Heechul tidak memberi reaksi. Rambutnya yang sedikit panjang disingsingkan ke belakang telinga. Matanya memandang Taeyeon sayu. Dia yakin Taeyeon tidak apa-apa. Apa yang diperlukan gadis itu ialah masa.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Taeyeon perlahan-lahan membuka matanya, mengamati keadaan sekeliling. Dinding yang dicat hijau muda,sebuah almari di hujung sudut dan aroma lavender menyelubunginya. Taeyeon cam biliknya sendiri.

Dia bangkit bangun dan secara tidak sengaja, dia melihat pantulan dirinya di cermin berdiri yang terdapat dalam bilik itu. Matanya sembap, lingkaran gelap menebal di bawah matanya, bibirnya juga merekah kering, rambutnya sedikit kusut dan wajahnya pusat lesi. Namun bukan itu semua yang menyebabkan Taeyeon rasa sedih melihat pantulan dirinya. Dia menyentuh perutnya yang mula menonjol. Ada satu nyawa yang sedang membesar dalamnya. Air mata mengalir laju tanpa dipinta.

“Dah bangun?”, abangnya datang dengan membawa semangkuk bubur. “Makan ni”

“Abang”, suara Taeyeon sedikit serak. “Kenapa abang selamatkan saya?”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Kenapa abang nak sibuk hal saya?!”

“Sebab aku ni abang kau!”, Heechul memegang kuat lengan adiknya.

“Tak payah nak ambil berat terhadap saya! Saya dah besar, dah boleh jaga diri sendiri!”, Taeyeon menenking balas, cuba melepaskan genggangam  abangnya.

“Yah!!”,suara Kim Heechul meninggi. Dia lantang bersuara menegur perangai adik perempuannya itu.

“Lelaki itu hanya mengambil kesempatan terhadap kau! Jangan terpedaya dengan pujian dia. Kau ingat dia ikhlas puji kau? Kau ingat dia nak sangat kat kau? Dia cuma nak maruah kau! maruah perempuan kau”, mulut Heechul mengeluarkan kata-kata pedas yang menyinggung perasaan Taeyeon.

“Abang jangan melampau. Dia bukan jenis orang macam tu! Jangan sampai satu hari nanti saya tak mengaku yang saya adik abang”, jelas Taeyeon . Tangannya laju menampar pipi abangnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Abang patut biar saya mati, dah tiada guna saya hidup  lagi. Saya hanya jadi bebanan abang”, luah Kim Taeyeon. Dia rasa sangat menyesal dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Dia sepatutnya mendengar nasihat abangnya namun sebaliknya dia melawan dan kini akhirnya abangnya masih sudi berpihak padanya.

“Sebab aku tak nak hidup seorang diri”, Heechul merapati adiknya. Kim Taeyeon yang ceria, suka ketawa besar dan sentiasa tersenyum itu sudah pun tenggelam oleh masalah yang dialami.

“Kamu tahu kan yang abang dah tiada siapa-siapa lagi dalam hidup ni kecuali kamu. Mak dan ayah dah pergi, teman wanita takda, kawan-kawan pula hanya datang sementara. Abang hanya ada seorang adik yang sama darah dengan abang”, Heechul tersenyum, cuba menceriakan Taeyeon.

“Tapi saya…”, Taeyeon mengusap perutnya. Semenjak mengetahui yang dirinya hamil, hidup Taeyeon mula bercelaru. “… saya takut”. Taeyeon pernah terfikir untuk gugurkan kandungannya namun sebaik melihat degupan jantung nyawa dalam perutnya itu, Taeyeon tidak sampai hati. Dia takut dihantui dan rasa bersalah sepanjang hidupnya jika membunuh janinnya sendiri. Lelaki yang menghamilkan pula enggan bertanggungjawab dan telah memalukan Taeyeon. Dan kini Taeyeon takut berhadapan dengan masyarakat, dia putus hubungan dengan kawannya dan tidak lagi ke kuliah. Dia tekad untuk bunuh diri.

“Taeyeon, kamu tidak boleh putus asa dengan mudah. Kamu kena teruskan hidup”,perlahan tutur kata abangnya.

Kim Heechul. Orang lain sering memperlekehkan dia kerana mempunyai seorang abang yang ‘cantik’,lembut dan tidak kuat sebagaimana lelaki lain. Namun, bagi Kim Taeyeon, dia berbangga kerana mempunyai ‘hero’ seperti abangnya. Semenjak ibu bapanya meninggal, Heechul yang menjadi pelindung dan penjaganya, menjadi malaikat dalam senyap yang sentiasa menyokong Taeyeon. Tatkala Taeyeon terlepas bas ke sekolah, Heechul sanggup berbasikal menghantarnya, tatkala Taeyeon terlupa membawa payung ketika hujan, Heechul akan datang menjemputnya, tatkala Taeyeon mempunyai banyak kerja sekolah, Heechul akan berpura-pura bermain game untuk menemani adiknya hingga ke lewat malam. Dia sentiasa ada ketika waktu Taeyeon memerlukannya.

“abang! Ada anjing garang tidur depan pintu!”

“abang! Tolong kejut saya awal ye esok”

“Ya Kim Heechul, buatkanlah sup daging untuk adik awak ni”

“Heenim shi, jangan lupa datang majlis tamat sekolah saya esok”

“Abang! Tolong bawakan bekal saya, saya tertinggal di atas meja”

Mereka sering bergaduh, bergurau dan mengadu masalah masing-masing. Kim Heechul bukanlah dewa yang tidak pernah buat silap. Adakalanya dia memarahi, menyakiti hati, memukul, dan memalukan adiknya tapi tetap Kim Taeyeon menyayangi abangnya.

“Taeyeon ah~ kadang kala abang tertanya, kamu sayangkan abang tak?”

“kenapa cakap macam tu?”

“dah tu, kenapa mudah sangat kamu nak tinggalkan abang. Kalau kamu bunuh diri, nanti siapa nak jaga abang?”

Taeyeon tunduk, tidak membalas. Dia memandang bubur yang dibawa oleh Heechul tadi, semakin menyejuk.“Abang patut teruskan hidup abang. Hidup saya dah tak berguna, saya hamilkan anak lelaki yang tidak bertanggungjawab. Hidup saya dah musnah”

“abang tak suka kamu cakap macam tu”, Heechul mengesat air mata di pipi adiknya. “adik abang, Kim Taeyeon bukan seorang yang mudah patah semangat,lemah dan takut. Adik abang seorang yang kental, aktif dan berani”

“tapi saya dah tak suci seperti mana kawan-kawan saya, macam mana saya nak mengadap mereka? Macam mana saya nak jaga anak dalam kandungan ni? Jalan terbaik ialah bunuh diri, supaya saya dan anak ni tak perlu hadapi kesusahan”.

“Kamu lupa kamu ada abang? Ni Kim Heechul lah. Abang akan tolong kamu jaga anak kamu, abang akan sentiasa sokong kamu dari belakang supaya kamu tidak tersungkur dalam hidup lagi. Semua orang layak diberi peluang kedua Taeyeon ah”,kata-kata Kim Heechul membuatkan  gadis itu sentak, menghadam setiap maksud ayat yang diucapkan.

“hidup ni ibarat putaran roda. Buat masa ni, kamu berada di bawah dan abang akan tolong kamu, bila abang berada di bawah nanti, abang perlukan kamu untuk tolong abang. Jadi tolong jangan tinggalkan abang”, Heechul menasihati adiknya, merayu agar gadis itu tidak mengambil sebarang tindakan bodoh lagi.

Taeyeon perlahan-lahan memeluk Heechul, “terima kasih abang”


*sebarang typo adalah sangat tidak disengajakan. 

-Aina

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
25/7 ..finally.. post it.. fighting to myself!

Comments

You must be logged in to comment
harryniel
#1
Chapter 1: saya suka cerita nii, daebak
LeeYeonRin
#2
Sebak bila Heechul selalu ada dengan Taeyeon. Lebih2 lagi bila gadis itu ada kerja sekolah, Heechul berpura-pura main game semata-mata nk teman Taeyeon sampai habis kerja sekolah. Haissshh! Sedih!!!
Hundotlove
#3
Chapter 1: Uwaa Heechul!!!How i wish i had a brother like him. Lelaki manalah yang buat Taeyeon mengandung lepastu blah bergitu sahaja, sangat kejam.

Kesian jugak hidup taeyeon ni dia terdesak untuk membunuh diri kerana malu dan menbebankan abang dia. Hey i see YongSeo cp there haha. ^^ Good luck author nim!!!!
NLessme #4
Chapter 1: Simple tapi penuh makna :)

story ni ada mesej tersendiri dan tahniah sbb awk dpt create story yg bermakna ni ^_^