009

Kerana Cinta

“Jadi betullah perempuan yang datang semalam tu teman wanita Tuan Muda Sehun?”

“Dah dia cakap macam tu, maknanya betullah”, jawab Namjoo acuh tak acuh. Seolah tidak bersemangat. Topik hangat dalam kalangan pembantu rumah keluarga Oh pada hari tersebut ialah tentang  teman wanita Tuan Muda mereka yang datang semalam. Mereka  mempunyai reaksi yang sama, terkejut  kerana itu kali pertama Tuan Muda membawa seseorang yang istimewa malah makan bersama Puan Park.

“Eh, kau nampak macam tak suka je? Kau jeles eh?”, Bomi memerli. Mereka semua sedar dan tahu yang Namjoo merupakan salah seorang pembantu rumah yang paling rapat dengan Tuan Muda Sehun. Biarpun Namjoo sudahpun mempunyai teman lelaki namun mereka mengesyaki yang Namjoo menyukai Tuan Muda Oh itu.

“Hurm, siapalah kita nak berasa cemburu, kita ni kan pembantu rumah je, tak setaraf dengan Tuan Muda Sehun”, Hwayoung mengeluh. “Kan Namjoo kan?”

“Mana ada aku jeles!”, tutur kata Namjoo sedikit tegas. “ Aku cuma rasa tak sedap hati je”

“Tak sedap hati kenapa pula?”, Bomi dan Hwayoung bertanya serentak.

Namjoo diam. Dia teringatkan perempuan yang datang semalam. Namjoo bukannya rasa cemburu, cuma dia dapat rasakan aura yang lain dari perempuan tersebut. Seolah-olah akan berlaku sesuatu yang buruk disebabkan perempuan itu.

“Tak sedap hati kenapa? Cakaplah Namjoo”, Hwayoung mendesak.

“Entah lah, tapi memang aku rasa lain , macam sesuatu akn berlaku”, balas Namjoo.

“Haish, perasaan kau je tu, kau takut nanti Tuan Muda dah tak nak layan kau bila dia dah ada teman wanita , kau takut tuan muda akan lupakan kau kan”, tutur kata Bomi sedikit menyinggung perasaan Namjoo.

Apa yang dikatakan Bomi itu  tidak benar. Namjoo memberikan jelingan maut kepada rakan sekerja itu. Dia bukan dalam mood untuk bergurau sekarang.

“Errr,, eh dahlah, sambung buat kerja tu, nanti kalau Puan Kang lalu nampak kita berbual, nahas kita dikerjakan”, ujar Hwayoung malas memanjangkan perkara, bimbang jika berlaku pergaduhan pula antara Bomi dan Namjoo.

           >>>

Soojung mengerakkan  alat di tangannya. Mesin berbentuk segi empat petak itu membolehkan Soojung nampak apa yang dirakan oleh cip kamera yang berada dalam rumah Sehun. Cip kamera tersebut bergerak mengikut kawalan Soojung melalui alat yang dipegang itu. Walaupun kali pertama mengendalikan alat tersebut, tangan Soojung mahir seperti pemain kereta mainan kawalan jauh. Malam tadi ketika di rumah Sehun, Soojung sempat meletakkan cip kamera bersaiz kecil seperti seekor lipas itu di bawah sofa di ruang tamu sebelum mereka bergerak ke ruang makan.  Soojung  menggunakan alat tersebut untuk meninjau keadaan rumah Sehun dan mencari bilik bacaan serta jika terdapat sebarang bilik rahsia dalam rumah itu. Soojung perlu tahu di mana bilik bacaan yang mengandungi maklumat yang dikehendaki pihak atasannya itu. Semua harus dijalankan dengan teliti dan Soojung tidak boleh tersilap langkah. Cip kamera dalam rumah Sehun itu digerakkan dengan berhati-hati agar tiada siapa perasan dan boleh menyelinap masuk ke dalam mana-mana bilik dengan mudah.

Sedang alat tersebut digerakkan ke tingkat kedua di mana deretan bilik berada, tiba-tiba sepasang kaki berhenti betul-betul di hadapan cip tersebut. Selangkah ke depan, cip itu mungkin akan dipijak.  Soojung segera mengawal dengan mengundurkan cip tersebut sedikit ke belakang. Setelah mengundur, melalui kamera yang tersedia, Soojung menge’zoom’ lihat seorang lelaki tidak berbaju di depan alat itu. Dari gayanya Soojung tahu lelaki itu ialah Oh Sehun.

“Saya nak guna jersey tu, nanti letak dalam bilik saya”

“Baiklah Tuan Muda, maaf kerana saya terlupa”

Soojung mendengar perbualan Sehun dengan salah seorang pembantu rumahnya. Tiba-tiba Soojung teringat akan ciuman mereka malam tadi. Kenapa dia balas ciuman itu? Adakah dia mula sukakan Sehun? Soojung keliru. Soojung kemudian melihat terdapat kesan sesuatu pada bahagian belakang  pinggang Sehun.

Dia kemudian melirik jam yang tergantung di dinding

“, aku dah lambat nak pergi kerja”,

                >>

“Boleh saya duduk sebelah awak?”, Soojung meminta kebenaran.

“Duduklah”, Sulli menarik kerusi, memberi ruang pada rakan sekerja itu. Masa rehat hanya berbaki 10 minit lagi tapi Soojung masih tidak menjamah sebarang makanan. Gadis itu lewat datang kerja hari ni. Sulli tertanya-tanya, apakah yang membuatkan dia lewat?

“Soojung ah~”, Sulli memulakan perbualan sedang gadis itu menggigit makan burgernya. “Awak pernah pegang pistol?”

“Pistol?”, Soojung menjilat  sisa mayonis di tepi bibirnya. “Kenapa tiba-tiba tanya pasal pistol?”

“Hahaha”, Sulli ketawa kekok. “Semalam saya tengok movie pasal cite spy kat TV. Saya terpengaruh dengan hero cite tu. Lagipon saya tengok tangan awak macam kuat dan selalu pegang pistol je”, Sulli cuba sedaya upaya membuatkan suasana kelihatan semula jadi.

“Ouh, cite tu rupanya. Saya pon ada tengok dulu dengan Sehun kat pawagam”, balas Soojung. Sekejap saja burger tadi lenyap dimakan.

“Dengan Sehun?”, Sulli teringat kertas yang mengandungi maklumat Sehun yang dia temui di rumah Soojung. “Awak selalu ke keluar dengan Sehun?”

Soojung menyedut minum air minumannya sambil mengangguk.

“Awak betul-betul suka kat Sehun kan?”

“Ya. Kan saya dah cakap kat awak. Saya sukakan Oh Sehun. Dia kan ‘handsome’”

“Yup. Betul tu. Bila kita suka kat seseorang, kita akan siasat pasal dia kan, segalanya pasal dia kita nak tahu kan! Pasal berat dia, tinggi dia, jenis darah, keluarga, sekolah lama-lama dia dulu..kan?!”

Soojung mula perasan akan sikap aneh Sulli. Sepanjang mereka berdua menjaga di kaunter tadi, Soojung dapat rasakan yang Sulli kerap menjeling pandangnya.

“Sulli, awak kenapa?”

“Hah? Kenapa? Saya ok lah. Jangan risau, saya masa jatuh cinta kat Kai dulu pon saya siasat pasal dia. Semua pasal Kai saya ambil tahu”

“Sulli, awak nampak lain. Awak ada masalah?”

Sulli cuba berlagak biasa. “Mana ada masalah. Saya baik-baik saja”, senyuman Sulli nampak sangat kekok.

“Kalau ada apa-apa, beritahu saya. Saya sudi mendengar luahan awak sebagai seorang kawan. Saya akan tolong apa yang termampu”

            >>

Hari ni disebabkan dia terlewat pergi kerja, Soojung terpaksa kerja lebih masa. Dia pulang sedikit lewat dari kebiasaan. Gadis itu mengeluh kecil. Mungkin kerja di kafe bukan gayanya. Soojung bercadang untuk berhenti kerja di kafeteria tersebut memandangkan dia sudahpun dapat mendekati Oh Sehun. Pekerjaannya di kafe tersebut hanyalah propaganda untuk menarik perhatian Sehun. Dia tidak ingin bekerja setidaknya sehingga misi kali ni lengkap. Mungkin untuk misi akan datang ada pekerjaan baru menantinya. Soojung mengagak.

“Lewat balik”, Sehun menyapanya.

Soojung agak terkejut mendapati Sehun berdiri di depan pintu rumahnya. Dia tidak jangkakan kedatangan lelaki itu,setidaknya pada malam sebegini.

“Apa awak buat kat sini? Kenapa tak cakap nak datang?”, soal Soojung sambil menekan password di pintu tersebut. Sejujurnya dia bukan dalam mood untuk terima sebarang tetamu. Dia malas melayan kerenah Sehun.

Sebaik pintu dibuka, Sehun menurut Soojung ke dalam rumah.

“Duduklah dulu, saya buatkan awak air”, ujar Soojung selepas meletakkan beg tangan di atas sofa. Tiba-tiba dia teringat akan alat kawalan cip kamera yang berada atas katilnya. Bagaimana kalau Sehun terjumpa alat tersebut. Bahaya! Soojung lalu bergegas lari masuk ke bilik, menimbulkan kehairanan lelaki tersebut.

“Kenapa?”, soal Sehun sebaik Soojung keluar dari bilik.

“Ha? Ahh~ takda apa-apa, saya cuma pergi cas telefon. Bateri telefon saya lemah, tu yang saya berlari dapatkan pengecas.”, Soojung berbohong.

Sehun tersenyum. Dia rasakan perangai Soojung itu comel. “Saya ingat ada apa tadi, tiba-tiba je berlari masuk bilik”, lelaki itu mengusik rambut Soojung.

Soojung cuba senyum, memastikan Sehun tidak mengesyaki apa-apa. “Awak nak minum apa? Biar saya buatkan”.

“Tak payah lah, awak nampak penat. Apa kata kalau saya yang buat air untuk awak?”

“Eh, tak mengapa. Awak tetamu, tak perlu buat kerja. Awak nak makan apa? Tiada lauk yang tinggal, hanya ada beberapa paket ramen”, balas Soojung membelek kabinet dapur.

Sehun menahan gadis itu. “Soojung ah~, saya datang bukan sebagai tetamu tapi sebagai teman lelaki awak”.

     >>

Nun keuge tteo geogi chungdol jikjeon pokjureul meomchwo
Byeonhwaui mokgyeokjaga doeneun geoya
Mireodaedeon geochin kaeteopilleo geu ape modu
Chimmol hal ttae

Kyeojyeosseo red light seonmyeonghan red light
Seuseuro kyeojyeo geugeoseun red light

 

Keadaan di sekeliling mula sunyi sebaik malam mula meningkat tua. Bandar yang dikatakan tidak pernah tidur itu juga ada masa rehatnya. Radio dipasang sebagai peneman. Lee Eunhyuk berada dalam kereta yang diparking di luar bangunan apartmen Ejen 411.  Dia memerhatikan setiap gerak geri ejen tersebut. Di tangan Ejen 044 itu, ada sekeping gambar. Gambar seorang gadis tersenyum comel.

“Choi Sulli”, nama itu meniti di bibir Ejen 044. Maklumat penuh mengenai gadis itu berjaya diperolehinya. Dia teringat kejadian ketika gadis itu melanggarnya tempoh hari. Dia berfikir kenapa gadis itu berada di tempat tersebut dan kenapa gadis itu kelihatan takut? Adakah Choi Sulli tahu perkara yang tidak sepatutnya dia tahu? Eunhyuk berasa tidak sedap hati. Gambar itu digenggam kuat sehingga renyuk.

Sedang pengacara radio sedang bercakap, Eunhyuk menjeling ke arah tingkap apartmen Ejen 411. Kenapa Sehun yang dilihat masuk ke dalam bangunan itu masih tidak keluar? Takkan dia tidur di rumah ejen tersebut?

                >>

Sehun mengangkat periuk ramyun yang panas dan perlahan-lahan diletakkan di atas meja yang sudah beralas.  Dia harap Soojung sukakan ramyun yang dia masak itu. Sejujurnya bidang masakan ialah kelemahan Sehun. Dia hanya reti masak ramyun kosong. Itupon Kai yang ajarnya ketika mereka berkhemah masa sekolah menengah tinggi dulu. Sehun membesar dalam keadaan di mana segala yang dia ingin makan akan disediakan tukang masaknya yang tersendiri, tambahan pula ibunya juga seorang chef. Jadi dia tidak pernah terfikir  untuk belajar memasak.

Sementara itu, Soojung baru selesai mandi. Gadis itu keluar dari bilik dengan hanya memakai seluar pendek paras lutut dan baju tee labuh. Rambutnya juga masih lembap basah.

“Awak masak?”, soalnya sambil mendekati Sehun yang menunggu di meja makan.

“Yup. Ramyun biasa je”, balas Sehun. Dia dapat menghidu bau sabun yang Soojung guna apabila gadis itu mendekatinya.

Mereka duduk bersebelahan di meja makan, mencuba rasa ramyun  yang Sehun masak. Soojung melihat ramyun yang Sehun masak,sekadar ramyun biasa yang tidak diisi telur atau sayur atau lauk sampingan. Soojung laju menyuap mee tersebut ke dalam mulut.

“Macam mana? Ok tak?”, Sehun bertanya. Separuh risau jika masakannya dikritik hebat.

Soojung hanya mengangguk. Biarpun kurang sedap, tapi cukup untuk mengalas perut gadis itu. Sedang badannya sejuk baru lepas mandi, mee tersebut sedikit sebanyak dapat menhangatkan.

Selepas tengok Soojung makan berpuas hati barulah Sehun mencedok ke dalam mangkuknya, merasa masakannya sendiri.

Secara tiba-tiba, Soojung bertindak berani dengan menyelak baju lelaki yang duduk di sebelahnya itu. Hampir tersedak Sehun terkejut.

“Hey… apa awak buat ni?”, Sehun menahan, berasa segan apabila seorang gadis menyelak bajunya.

“Sekejap je”, balas Soojung, menepis tangan Sehun yang menahan. Dia melihat kesan parut di rusuk kanan badan Sehun.  “Awak pernah menjalani pembedahan ke?”

“Ouh~, itu parut lama. Yup. Pembedahan buah pinggang.”, jelas Sehun.

“Mesti sakitkan”

“Saya tak ingat la pula, ketika tu umur saya enam tahun”, balas Sehun. “Dahlah, jangan tengok, ia hodoh”, ujarnya menutup kesan parut itu dan membetulkan bajunya.

Soojung kembali duduk tegak, menghadap mangkuk ramyun yang sudah kosong.

“Oh ya, Soojung ah~, awak belajar bidang perubatan ke?”, tiba-tiba Sehun menyoal. Dia teringat lagi kejadian semasa di Taman Rehat Dosan dulu. Dia masih kagumi Soojung kerana berjaya menyelamatkan mangsa lemas tersebut.

“Perubatan? Maksud awak?”

“Ye la, saya tengok  awak ada banyak buku berkaitan ilmu perubatan”, Sehun menjelaskan. Sebentar tadi ketika menunggu air dalam periuk mendidih, dia meninjau sekitar ruang rumah teman wanitanya itu. Buku-buku yang disusun di rak kebanyakkan berkaitan dengan kedoktoran.

“Ouh, buku-buku tu ye”, Soojung menoleh pandang rak buku di ruang tamu yang bersebelahan dapur itu.  Buku itu semua digunakan ketika dia belajar sebelum menjadi doktor palsu di Manhattan. Biarpun hanya doktor palsu, dia tetap perlu mempunyai asas pengetahuan ilmu perubatan. Mujur ketika di zaman persekolahan Soojung meceburi bidang sains tulen. Oleh itu dia dipilih untuk menjalankan misi tersebut di Manhattan.

“Itu buku kakak saya, dia pelajar universiti perubatan di Manhattan. Nanti saya akan kirim buku-buku tersebut padanya”, onah Soojung, tidak berani memandang mata Sehun.

“Ouh, akak awak yang dalam gambar tu kan?”

“Kenapa asyik cakap pasal saya je?”, Soojung berasa tidak selesa untuk terus berbohong kepada Sehun. Bukan kerana Soojung tidak pernah berbohong tapi dia tidak sampai hati untuk menyembunyikan kebenaran dan meluahkan kebohongan kepada lelaki naïf itu.

“Habis tu nak cakap pasal apa? Pasal saya?”, Sehun mencapai tisu dan mengelap kesan kuah ramyun yang dimakan tadi di sekitar bibirnya.

“Hmm, apa kata awak cerita pasal keluarga awak”, Soojung mengubah topik, cuba memancing Sehun. “Awak rapat dengan ayah awak?”

           >>>

Sulli mengetuk pintu beberapa kali sebelum menolak buka pintu bilik kakaknya itu. Dilihat anak kedua Keluarga Choi itu terbaring  di atas katil. Terdapat krim putih yang meliputi wajahnya dan hirisan timun pada matanya.

“Nak apa?”, soal Sooyoung, sebaik mendengar pintu biliknya dikuak.

“Takde papa lah”, balas Sulli hampa. Dia tahu kakaknya tidak suka diganggu ketika dia sedang buat rawatan muka.  Sulli bergerak pula ke bilik abang sulungnya.

“Oppa, busy ke?”, soalnya melihat anak sulung keluarga Choi itu sedang menaip sesuatu pada komputer riba.

“Ha? Kenapa? Oppa tengah siapkan projek kerja ni”, jawab Choi Siwon sedang matanya tidak beralih fokus.

“Ok, takpe lah, sambunglah kerja oppa, selamat malam”, ujar Sulli menutup semula pintu.

Nampaknya dia tiada pilihan lain. Hanya tinggal seorang yang boleh diharap untuk diminta pendapat. Sulli memandang seorang lelaki tinggi yang sedang ketawa berdekah-dekah menonton rancangan kartun di ruang tamu. Sulli menghampiri dan mematikan rancangan tersebut.

“Yah!”, lelaki itu terkejut siaran yang ditontonya dimatikan. Skrin televisyen bertukar gelap. “Kenapa kau tutup?!”

“Oppa, cuba pandang saya ni”, Sulli cuba menarik perhatian anak ketiga keluarga Choi itu, Choi Minho abangnya.

“Haish, tiap-tiap hari aku tengok kau, dah bosan, tepi sikit”, ujar Minho, menolak Sulli yang menghalang pandangannya pada televisyen.

“Yah!”, Sulli membalas. Memang kebiasaan mereka berdua meninggikan suara antara satu sama lain. Minho dan Sulli kerap bergaduh dan berbaik.

“Ok. Pandanglah saya ni, saya nak tanya pendapat Oppa ni”, Sulli tetap tegas berdiri di depan televisyen, menghalang abangnya daripada membuka semula siaran tadi.

“Haish kau ni”, Minho kembali duduk di sofa, mengalah, malas bertelagah dengan adiknya itu. “Nak tanya pendapat apa?”, soalnya.

Sulli lega akhirnya abangnya itu mengalah. Kalau tidak mahu berjam mereka bercakaran nanti. Dia mengambil tempat di sofa bersebelahan Minho.

“Macam mana kalau gadis macam saya, memiliki pistol?”, Sulli bertanya, mengenai apa yang menganggu fikirannya semenjak dia pergi ke rumah Soojung kelmarin.

Minho sedikit pelik dengan pertanyaan adiknya, lantas dia pula bertanya, “Kau nak buat apa dengan pistol?”

“Kan?!”, Sulli lega kerana Minho sekepala dengannya. “Itulah persoalannya. Apa yang dia buat dengan pistol tu?!”

“Kau ni dah kenapa? Siapa pula ada pistol ni?”, Minho tertarik untuk mengetahui kisah selanjutnya. Tidak pernah-pernah adiknya itu bertanya soalan sedemikian.

“Kawan saya”, jawab Sulli tapi masih tidak mendedahkan mengenai Soojung. “Dia sebaya dengan saya, tubuh badan dia pon macam saya, dan dia kerja kat Kafe tempat saya kerja”.

“Dia polis ke? Atau mungkin dia ada lesen memiliki senjata api?”

“Polis? Tak mungkinlah , dia terlalu muda untuk jadi seorang detektif. Dia nak buat apa pulak kalau ada lesen tu? Pelik kan?”

“Hmmm”, Minho berfikir sejenak. Betul apa yang dikatakan Sulli, agak tidak logik untuk seorang gadis macam adiknya itu memiliki senjata api seperti pistol. “Mungkin dia nak pertahankan diri. Takut kena rompak ke?”

Rompak? Mungkin juga kerana Soojung tinggal bersendirian di apartmennya. Sulli teringat perasaan seram sejuk tatkala dia berada sendirian dalam rumah tersebut.

“Eh, entah-entah pistol mainan je kot”, Minho bersuara.

“Tak! Pistol betul! Saya pegang sendiri. Berat siap ada peluru lagi”, tegas Sulli. Dia yakin benar pistol yang dipegang hari tu ialah pistol betul. “Lagipon saya ada jumpa maklumat penuh mengenai seseorang”.

“Maklumat penuh mengenai seseorang? Stalker ke?”

“Ya. Maklumat full siap ada gambar. Maklumat dari latar belakang diri,keluarga,dan  pendidikan”.

“Haish, asal pelik semacam kawan kau ni?, Minho rasa meremang bulu romanya. “Entah-entah kan, dia memerhatikan ‘seseorang’ tu dan bila tiba masa dia akan ‘bang’ orang tu”, ujar Minho sambil melakukan gaya seorang penembak bersiri yang sering dilihat dalam filem.

Sulli tersentak. Tembak?!! Tak mungkin! Tak mungkin lah Soojung akan tembak Sehun?! Takkan Soojung sanggup buat macam tu? Tapi Soojung cakap yang dia sukakan Sehun dan kini Sehun ialah teman lelakinya. Takkan Soojung nak tembak teman lelakinya sendiri? Sulli berasa takut, enggan membayangkan perkara yang buruk.

“Aku rasa kawan kau tu…. “, Minho merapati  Sulli dan berbisik ,”…..seorang perisik”


*sebarang typo sangat tidak disengajakan..mata dh mngantuk giler ni.. tp still update untuk subbie tersayang...hehe

*oh, lupe plak  nak inform yang part 007 dimana Eunhyuk cite pasal donghae adalh penting taw. my baby hae main peranan dlm cite ni jgak. spoilers ending ade pada poster. yup..cite ni dh nak hbes.. sye buat drama korea, bukan sinetron..tak pyh byk2..hehe..selamat membaca my lovely subbie.. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^