008

Kerana Cinta

Soojung membelek diri di depan cermin buat kali terakhir. Sambil di tangannya memegang borang maklumat Oh Jae Hwan.  Dia menjeling ke arah pistol di atas meja. Patutkah dia bawa bersama? Rasanya tidak perlu. Tapi bagaimana kalau berlaku kecemasan? Hati Soojung berbolak-balik.

“rumah saya? Tapi rumah saya tak seronok.. bosan.”

Rasanya rumah Sehun tidak berbahaya. Tiada apa akan berlaku selagi Soojung kekal peka dan jalankan misinya senyap-senyap. Soojung menenangkan diri, menyimpan pistol tersebut ke dalam laci. Berjalan keluar dari bilik, dia memandang gambar potret yang tergantung.

“Hentikan semua tu, berhenti jadi perisik, berhenti bunuh orang yang tidak bersalah, larikan diri apabila tiba masa yang sesuai”

“Jangan risau Unnie, saya akan lengkapkan misi ni sebagai misi terakhir saya. Saya akan pastikan tiada siapa yang terkorban kali ni.”

                     >>>

. “Oh ye, kau nak tau tak, sekarang ni kan, aku dah ada teman wanita”

Namjoo berdiri di tepi tangga, mengintai secara senyap. Betulkah Tuan Muda Sehun akan bawa teman wanitanya malam ni? Dia kemudian melihat Sehun memasuki ruang tamu, berpimpin tangan dengan seorang perempuan. Namjoo tidak tahu bagaimana nak memberi reaksi. Dilihat perempuan itu sangat cantik, apalah dia jika dibandingkan bersama. Namjoo berasa kerdil. Timbul rasa catallena dalam hatinya. Bagaimana perempuan itu boleh menambat hati Tuan Muda Sehun?

          >>>

Soojung melangkah masuk ke dalam banglo besar milik keluarga Oh itu dengan perasaan berdebar-debar. Perasaan yang sama ketika dia mula-mula melangkah masuk ke hospital St Charles di Manhattan tiga tahun yang lepas. Adakah ini petanda baik? Adakah misinya akan berjalan lancar sebagaimana di Manhattan? Sehun menggenggam mesra tangan Soojung, memimpinnya masuk. Kelihatan beberapa orang pembantu rumah memberi tunduk hormat pada pasangan tersebut.

         >>>

Sulli berdiri di depan pintu rumah Soojung. Pintu masih tidak terbuka walau loceng telah ditekan banyak kali. Sulli kehairanan.

“DIa dah tidur ke? Dia takde kat rumah ke?”, Sulli menyoal diri sendiri. Dia melihat jam di tangan, baru 9:30 malam, masih terlalu awal untuk seseorang rasa mengantuk. Sulli kemudian mengapai telefon bimbit dan mendail mesej kepada Soojung.

‘yah, awak kat mana?’

Sulli kebetulan lalu di kawasan berdekatan apartmen Soojung dan membuat keputusan untuk datang melawat Soojung. Malah Sulli juga ada membelikan sesuatu untuk kawannya itu sebagai hadian. Hadiah persahabatan. Dia berasa sedikit tersentuh apabila diberitahu yang hanya dia, dan Sehun yang berkawan rapat dengan gadis dari Manhattan itu.

Sulli memandang papan kekunci pada pintu rumah tersebut.

“Itu kata kunci rumah saya”

“941030”, Sulli menekan digit nombor tersebut dan beep! Pintu terbuka.

                       >>>>>

Hari ini hari lahir kawannya Byun Baekhyun namun malangnya Sehun tak dapat sambut bersama. Dia bersetuju pada Soojung, terlupa akan parti hari lahir tersebut. Serta, Sehun tak mampu katakan tidak pada gadis itu.

“Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa macam kekok sikit”, ujar Sehun , mengosok belakang lehernya. Ini kali pertama dia membawa seorang perempuan ke rumahnya. Bukan tidak pernah perempuan lain datang tapi yang lain tersebut datang atas urusan kerja sekolah atau kerja berkumpulan. Mereka hanya kawan biasa manakala Soojung pula dianggap lebih dari seorang kawan.

Soojung memerhati keadaan sekeliling sambil menghirup air teh bunga suam yang dihidang sebentar tadi. Sebuah potret gambar Keluarga Oh mengambil ruang di dinding. Soojung juga menjeling lihat sekiranya ada sebarang pintu ke mana-mana bilik berhampiran. Ruang tamu itu sahaja besar dari kawasan rumahnya.

“Ayah awak kerja apa?”, soal Soojung berpura-pura tidak tahu.

“Ayah saya?”, Sehun mendongak lihat gambar keluarganya. Dia tersenyum bangga memandang wajah ayahnya. “Dia kerja dalam bidang politik, sebagai Setiausaha kerajaan”

“Mama awak?”

“Mama saya Chef Kulinari”

Tiba-tiba seorang wanita muncul dari depan pintu dengan telefon bimbit terlekap di telinga kirinya.

“Mama!”, Sehun sedikit terkejut, tak sangka mamanya akan pulang awal malam ni. Dia sudah pun memaklumkan pada Soojung yang kedua orang tuanya tiada di rumah malam ni. Ayahnya ke Switzerland manakala mamanya pula keluar berjumpa dengan kawan-kawannya.

“Oh! Puan Min, nanti I call you back later, im already sampai kat rumah. Bye”, Puan Park mematikan talian dan memandang anak terunanya dengan seorang perempuan bersamanya. “ Mama tak tahu pula yang kita ada tetamu malam ni. Sehun ah~?”

“Annyeonghaseyo”, Soojung memberi tunduk hormat. Dia sangka yang Sehun mengatakan yang mama dan ayahnya tiada di rumah. Soojung sedikit cuak.

“Ouh. Ini teman wanita saya, Jung Soojung”, Sehun memperkenalkan tetamu istimewanya itu. Mukanya bertukar merah jambu. Dia berasa malu.

Puan Park tersenyum, lucu melihat riak wajah Sehun yang malu-malu. Dia sudah masak dengan telatah anak lelaki nya itu. Malahan dia lega kerana Sehun jenis yang berterus terang dan bukannya menyorokkan fakta yang dia kini sedang bercinta. 

“Cik Jung, kamu dah makan malam?”, wanita itu menghampiri Soojung. Senyuman tidak lekang dari bibir wanita usia 40-an itu. Dia memegang lembut tangan Soojung. Buat seketika Soojung dapat rasakan aura keibuan wanita itu. Lantas Soojung merindui ibunya sendiri.

“Belum”, Soojung menggeleng perlahan.

“Sehun ah~, mari bawa tetamu istimewa kamu ke  meja makan”

     >>

Seperti yang dijangkakan, rumah Soojung kosong tiada penghuni. Sulli mula tertanya-tanya di mana gadis itu pergi? Sebarang panggilan juga tidak disahut. Disebabkan ini bukan kali pertama Sulli menjejak kaki ke apartmen itu, dia tidak lagi berasa teruja seperti dulu. Melabuhkan punggung di atas sofa, Sulli berfikir patutkah dia menunggu hingga Soojung pulang? Anak mata Sulli melilau sekeliling. Tidakkah Soojung berasa takut tinggal bersendirian? Bagaimana Soojung boleh bertahan duduk dalam rumah itu seorang diri sedang Sulli mula rasa seram sejuk. Dia tidak biasa. Di rumah, keadaan terlalu bising dengan telatah abang dan kakaknya. Sebaliknya pula di rumah Soojung itu. Hanya kesunyian ditemui.

Sulli kemudian tanpa teragak-agak bergerak ke bilik Soojung. Dia mudah masuk kerana bilik tersebut tidak berkunci. Sulli terfikir untuk meninggalkan hadiah yang dia beli tadi di atas katil Soojung agar hadiah itu mudah ditemui. Sulli berasa tidak sedap hati berada di situ lama-lama,dia rasa seolah seseorang merenungnya.  Melangkah masuk, Sulli mencapai suis lampu, menerangkan keadaan bilik itu. Dia perlahan bergerak ke atas katil Soojung.

“Oh Jae Hwan?”, Sulli mengutip kertas yang ditemui berada atas katil Soojung. “Ini kan ayah Sehun?”, kening gadis pekerja Kafe itu berkerut. Kenapa Soojung ada maklumat ayah Sehun? Sulli terus membelek kertas yang kelihatan seperti borang maklumat itu dan menemui  dua keping gambar yang dikepilkan bersama. Gambar Sehun dan sekeping lagi gambar ayahnya Oh Jae Hwan. Borang maklumat Oh Sehun juga ditemui.  Mata Sulli membesar membaca maklumat lengkap Sehun yang ditemui itu.

“Boleh tolong aturkan pertemuan saya dengan lelaki ni?”

“Lelaki ni? Sehun? Kenapa? Awak suka Sehun?”

“Ya. saya suka dia”

 “Saya happy cuma sedikit segan”

Sulli betul-betul keliru. Apa yang Soojung buat dengan maklumat tersebut? Bagaimana dia boleh ada maklumat penuh Sehun dan ayahnya? Dia siasat sebab dia suka Sehun ke? Sulli meletakkan semula kertas tersebut. Dia rasa bercelaru dan tak suka berfikir.  Dia beralih ke arah laci di tepi katil dan dibuka laci pertama. Alangkah terkejutnya gadis perkerja Kafe itu dengan apa yang dilihat. Perlahan-lahan dia cuba menyentuh pegang alat itu. Bagaimana dan kenapa Soojung memiliki pistol?! Adakah ia mainan atau betul? Menggigil tangan Sulli memegang alat tu. Kali pertama dia memegang pistol yang selalu dilihat dalam filem aksi atau drama di televisyen. Dilihat terdapat juga beberapa butir peluru. Sulli rasa tidak sedap hati. Dia meletakkan semula pistol itu. Pelbagai perkara mula bermain di mindanya.

Treeet. Telefonnya bergetar menanda satu mesej baru diterima. Gadis itu terkejut sebelum membuka mesej tersebut.

‘Saya di rumah Sehun’

Pesanan itu dari Soojung. Sulli mula panik. Dia tidak mahu Soojung tahu yang dia ke rumahnya. Sulli beredar keluar setelah memastikan keadaan sama sperti asal, seperti tiada orang pernah masuk.  Dia cemas seperti baru lepas melakukan pembunuhan. Dengan terburu-buru, dia beredar.

Kenapa Soojung memiliki pistol? Kenapa? Maklumat Sehun itu pula? Adakah Soojung seorang detektif polis? FBI? Atau seorang penjenayah? Mungkin Soojung ialah penjenayah yang melarikan diri dari Manhattan?  Sulli rasa keliru memikirkan. Sejujurnya dia berasa sangat menyesal kerana curi masuk ke dalam rumah Soojung. Sekarang dia tahu kebenaran yang menakutkan. Fakta yang Soojung memiliki dua pucuk pistol. Sedang Sulli berjalan laju ke arah tempat dia meletakkan motorsikalnya, dia terlanggar dengan seseorang lelaki.

“Sorry Sorry”, Sulli meminta maaf, acuh tak acuh. Dia tidak mempedulikan lelaki tersebut. Dia berasa takut dalam jiwanya.

       >>

“Ya, Ejen 411 sudah memulakan misinya malam ni”, Eunhyuk melaporkan.

“Bagaimana dengan alat tu?”, satu suara bertanya di dalam talian.

“Saya sudah serahkan pada Ejen 411. Rasanya dia akan guna nanti”, balas Eunhyuk sebelum talian dimatikan.

Dia menggenggam erat telefon pintarnya itu. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Dirasakan Ejen 411 itu tidak akan mampu melengkapkan misi kali ni dengan mudah. Sesuatu mungkin akan berlaku. Eunhyuk tidak mahu kejadian 4 tahun lepas berulang pada ejen tersebut. Dia tidak mahu Soojung juga menyesal sepertinya.

Sedang Eunhyuk berjalan ke apartmen Ejen 411, seseorang melanggarnya secara tidak sengaja.

“Sorry sorry,”, ujar gadis itu tanpa melihat wajah Eunhyuk. Ejen 044 memandang gadis itu aneh. Rasanya itu kawan Soojung. Apa dia buat di sini?

     >>>

“Mari makan, Soojung! Sooyeon!”

Dua orang kanak-kanak perempuan itu berlari ke dapur sebaik dipanggil ibu mereka.

“Jemput makan”, ujar Soojung sebaik duduk di meja makan.

“Yah! Soojung ah~ tunggu lah appa”, kakaknya menegur.

Soojung yang berumur lima tahun itu mencebik sebelum menjawab, “Nae.. arasso.”

Si ibu tersenyum melihat telatah puterinya. Sedang itu, dia mencedok nasi ke mangkuk makanan suaminya.  Tidak banyak makanan disediakan tapi cukup untuk mengalas perut mereka sekeluarga empat orang. Setidaknya Sooyeon dan Soojung tidak pernah mengaduh lapar.

“Kamu tunggu papa ke?”, Jung Eun Shik bersuara. Suaranya kasar dan lantang, segagah badannya. Dia menhampiri meja makan, dan lihat makanan masih tidak bersentuh lagi.

“Haah! Soojung tunggu papa, nak makan sama-sama”, ujar anak bongsu itu ceria.

“Terima kasih Soojung ah~”

Kemudian masing-masing mencapai lauk untuk diisi ke dalam mangkuk nasi. Si ayah mencubit isi ikan lalu diletakkan dalam mangkuk nasi anak sulungnya.

“Makanlah banyak sikit Sooyeon ah~”.

“Terima kasih Appa”

“Soojung pun nak jugak!”, si adik mula merengek manja, mahu dilayan sama seperti kakaknya.

“Aigoo”, Jung Eun Shik mencubit isi ikan dan meletakkan pula dalam mangkuk nasi anak bongsunya sebelum berkata, “ Makanlah banyak sikit Soojung ah, supaya besar nanti kamu jadi tinggi dan cantik”.

Soojung tersenyum puas hati.

“Appanya pon makanlah banyak sikit”, Puan Song Miyoung menambah. Lega gembira seisi keluarganya menikmati makanan yang dia masak itu.

“Miyoung ah”, Eun Shik memanggil isterinya. “ Perlengkapkan barang saya. Esok atau lusa mungkin saya akan bertolak dah”

Isterinya mengangguk sayu. Dia terima keadaan seadanya. Esok atau lusa suaminya akan ke Korea Selatan, menjadi tentera yang berkawal di sempadan.

“Appa nak ke mana?”, anak kecil mereka bertanya.

“Appa nak ke hutan, berburu ‘binatang’”, balas ayahnya, menyembunyikan kebenaran.

“Soojung, nanti kalau Appa dan Omma takde, pastikan kamu dengar cakap kakak kamu”, nasihat Jung Eun Shik.

“Sooyeon tolong jaga adik kamu ye, pastikan kamu tidak berpisah dengan dia”, ibu mereka pula menambah.

Jung Sooyeon terus diam. Seolah tahu perpisahan mungkin akan tejadi nanti. Manakala adiknya masih mentah untuk menyedari keadaan sekeliling.

“Jangan risau, Soojung akan dengar cakap Sooyeon unnie, appa dan omma. Kita semua takkan berpisah sampai Soojung besar nanti”, tutur anak kecil itu, masih mampu mengukir senyuman ceria.

                                              >>

“Jadi kamu tinggal di Manhattan selama tiga tahun bersama kakak kamu? Bagaimana keadaan di sana?”

“Keadaan sana macam biasa je, semua ok. Saya dan kakak saya takde masalah nak adaptasi suasana di sana,”,Soojung hanya mengangguk. Perlahan dia menyuap spaghetti ke mulutnya sambil matanya memerhati keadaan sekeliling. Ruang makan di rumah Keluarga Oh itu besar, dengan meja yang luas dan panjang. Beberapa hiasan di dinding juga dikenal pasti merupakan karya pelukis terkenal. 

“Makanlah banyak sikit. Jangan malu-malu”, ujar Puan Park. Seketika Soojung ternampak bayangan ibunya dalam diri wanita itu. Soojung sangat rindukan masakan ibunya, tapi sehingga kini dia masih tidak tahu di mana wanita yang bernama Song Miyoung itu. Entah hidup atau mati.

“Mama, mama buat Soojung rasa kekok nanti”, Sehun menegur ibunya. Bimbang jika Soojung berasa janggal dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan ibunya.

“Tak mengapa”, Soojung tersenyum. “Lagipon spageti mama awak masak ni sedap”, pujinya.

“Sedap kan? Makanlah banyak sikit. Oh ye, Sehun ah~ , nanti bawalah Soojung datang makan kat restoran mama”

“Mama awak ada restoran?”

“Ya. Mama saya ada buka restoran sendiri”

“Nanti jangan lupa datang tau, boleh makan free”, kelihatan mata Puan Park juga sedikit sepet apabila tersenyum, sama seperti Sehun.

                                                     >>

Sejujurnya Soojung berasa gembira dapat makan malam di rumah Sehun.  Pada mulanya ia hanya lah atas dasar menjalankan misi tapi tanpa di sedari dia sukakan suasana gembira di rumah Sehun. Mama Sehun seorang yang ceria seperti Sehun dan Sehun pula suka mengusik pembantu rumah mereka. Secara tak langsung mengingatkan Soojung tentang apa itu keluarga harmoni yang dah lama Soojung tak merasai, membuatkan gadis itu rindu keluarganya sendiri.

“Terima kasih Sehun”, ucapnya ikhlas. “untuk semuanya”.

“Saya lega tengok awak gembira. Ada masa saya kan bawa awak ke restoran mama saya nanti”,lelaki itu membalas.

“Pasti!”, luah Soojung gembira.

“kalau macam tu, saya naik dulu. Awak boleh balik sekarang. Dah lewat ni”, ujar Soojung. Sehun telah menghantarnya sehingga ke tempat letak kereta bangunan apartmennya.

“Soojung ah~”, Sehun memulakan. Dia menarik rapat gadis itu sebelum mencium bibirnya. Soojung membalas ciuman lembut itu, menghantar perasaan adrenalin ke dalam tubuh Sehun.

“Terima kasih”, ujar Sehun sesaat bibir mereka berpisah.


*jeng jeng jeng.. nmpaknye Sulli dh thu rhsia Soojung.. and sory kalo part ni bosan sikit. sye msih lgi dlm proses memikirkan ending cite ni. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^