006

Kerana Cinta

Rambut anak patung itu disikat berulang kali menggunakan sikat mainan yang bersaiz kecil. Lily. Soojung memberi nama patung itu Lily. Dia sayangkan Lily sebab Lily sentiasa bersamanya. Pintu biliknya dibuka menyebabkan Jung Soojung yang berumur lima tahun ketika itu terkejut. Dia melihat kakaknya yang empat tahun lebih tua darinya berada di muka pintu.

“Unnie!”, anak kecil itu berlari ke arah kakaknya,Jung Sooyeon.

“Soojung ah~”, Sooyeon memeluk adiknya selepas menutup rapat pintu.

“Unnie, cantik kan rambut Lily”, Soojung menunjukkan anak patungnya, mengharapkan pujian dari kakaknya. Kedengaran bunyi tembakan di luar bilik. Soojung terkejut.

“Unnie”, anak kecil itu mula ketakutan. Bunyi dan das tembakan terus didengari. Kedengaran bunyi aneh seolah sedang berlaku peperangan di sebalik pintu tersebut.

“ssshhuuutt”, Sooyeon memujuk adiknya, menekan tutup kedua telinga Soojung agar adiknya tidak terus mendengar bunyi kekecohan yang sedang berlaku dalam rumahnya. Dia masuk ke dalam bilik adiknya atas arahan ibunya, untuk melindugi Soojung. Sejujurnya dia juga takut, tapi sebagai seorang kakak, apa pon berlaku, dia akan melindungi adiknya dahulu.

Bam! Seseorang menendang buka pintu secara mengejut. Senapang di tangannya menggerunkan dua beradik itu. Soojung dan Sooyeon menggigil ketakutan. Anak patung Lily terlepas dari tangan Soojung, dia menggenggam erat kakaknya, bersembunyi di belakang Jung Sooyeon.

“Woi budak”, lelaki itu bersuara, mengacukan senapang pada adik beradik itu. “kalau nak selamat, baik korang duduk diam-diam dan dengar cakap aku. Jangan melawan!”

Sooyeon mengintai menjeling ke luar melalui pintu yang terbuka, melihat sendiri ibunya diikat dan di heret keluar dari rumah.

“Ibu!”, Sooyeon menjerit panggil ibunya.

“Diamlah!”,lelaki itu menenkingnya. Soojung berasa sangat takut. Dia lihat baju yang dipakai oleh lelaki itu sama dengan baju uniform kerja ayahnya. Kemudian, seorang lagi lelaki hadir bersama. Dia menghampiri Sooyeon dan  menarik tangan budak perempuan berumur 9 tahun itu.

“Unnie!”,Soojung menjerit, tidak mahu berpisah dengan kakaknya. Dia tidak melepaskan genggaman tangannya.

“Soojung ah”, Sooyeon juga enggan berpisah dengan adiknya. Seorang lagi lelaki tadi pula memegang erat Soojung, menahan tangan anak kecil itu dari mencapai kepada kakaknya.

“Unniie!!”, dia menjerit, meronta, menendang-nendang kakinya, memberontak dalam genggaman lelaki asing itu.

Bang! Satu tembakan ke udara dilepaskan, mendiamkan kedua beradik itu.

“Unnie”, Soojung menangis.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Unnie, unnie, unnie”

Air mata mengalir keluar di hujung tepi matanya. Soojung terjaga sepenuhnya. Perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah keluarga. Kakak, ibu dan ayahnya. Dia rindukan mereka. Peristiwa ketika dia berumur lima tahun itu masih terpahat dalam ingatannya. Dia terpisah dengan ibu dan kakaknya. Dia dan Sooyeon dipaksa menjadi perisik. Nyawa keluarganya bergantung kepada lulus gagal yang misi yang diterima. Soojung membesar dan hidup dalam ancaman.

Tapi gadis itu cekal. Dia berjaya sampai sekarang. Soojung bangkit dari katilnya, mencapai telefon pintar. Satu pesanan dari Sehun. Soojung enggan membacanya. Dia mematikan alat itu agar Sehun mahupun Ejen 044 tidak dapat menghubunginya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Sulli bergegas ke pintu belakang Kafe, jelas kelihatan marah di riak wajahnya.

“Sehun, sejak bila awak suka datang melalui pintu belakang? Awak nak apa? Saya tengah bekerja ni”

“Sorry Sulli ah. Saya cuma nak tanya awak, mana Soojung? Saya cuba hubungi dia tapi tak dapat”

“Saya tak tahu”, Sulli menggeleng. “Dia tak datang kerja hari ni”,balasnya. Ketidakhadiran rakan sekerjanya itu menyebabkan Sulli sedikit sibuk di kaunter.

“Tak mungkin dia dah balik ke Manhattan kan?”, soal Sehun bimbang.

“Tak mungkin lah”, Sulli tak percaya. “Awak dah pergi rumah dia?”

“Rumah dia? Saya tak tahu alamat rumah dia”

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Soojung menapak perlahan di sepanjang lorong itu. Dia kemudian berhenti di depan sebuah pintu. Dia membaca tulisan bahasa korea yang ditampal di depan pintu.

“Jung Sooyeon”

Dia mencapai daun pintu dan menolak buka perlahan. Seorang perempuan berkerusi roda dilihat sedang menikmati cahaya matahari yang menyinggah ke bilik kosong itu. Rambutnya sedikit serabai kerana dibiarkan tidak disikat. Bibirnya merekah pucat, matanya sembap dan mukanya pucat lesu.

“Unnie”, Soojung memanggilnya. Perempuan itu lalu memusingkan kerusi rodanya dan tersenyum memandang adiknya.

“Unnie”, Soojung meluru dan memeluk kakaknya, Jung Sooyeon. “Saya rindukan kakak”.

“Akak pun rindukan kamu juga”, Sooyeon mencium ubun-ubun kepala adiknya. Sungguh mereka rindu antara satu sama lain. Kali terakhir mereka berjumpa ialah tiga tahun lepas, sebelum Soojung ke Manhattan. Mereka berdua dipaksa menjadi perisik Korea Utara bersama-sama.

“Macam mana keadaan akak?”, Soojung bertanya, dia lihat kakaknya bertambah pucat dari kali terakhir mereka berjumpa. Dia berasa bimbang dengan keadaan kakaknya itu.

“Akak macam biasa..”, Sooyeon melemparkan senyuman, berlagak sihat di depan adiknya. “Kamu? Masih buat kerja zalim tu? Membunuh nyawa orang tidak bersalah?”

“Unnie”, Soojung sedikit tersinggung dengan kata-kata kakaknya.

“Soojung ah~”, Sooyeon memegang erat tangan gadis di depannya itu, yang empat tahun muda darinya. “Hentikan semua tu, berhenti jadi perisik, berhenti bunuh orang yang tidak bersalah, larikan diri apabila tiba masa yang sesuai”

Soojung tertunduk. Dia mula merasa sebak. Kakaknya sering mengatakan perkara yang sama, menyuruh dia melarikan diri dari misi mengarut yang diarahkan kerajaan Korea Utara. “Tak, saya tak boleh buat macam tu. Saya tak sanggup, saya takut mereka akan apa-apakan kakak”.

Genggaman tangan Sooyeon dieratkan. Soojung berasa sakit tangannya ditekan. “ Lupakan akak”, Sooyeon bertegas. Matanya mula berair dan kelihatan merah. “Lupakan kakak! Selamatkan diri kamu! Lari diri jauh dari dunia kejam ni!” Sooyeon mendesak.

“Akak dah lupa?!”, suara Soojung sedikit meninggi.  “Dulu kita pernah buat macam tu, saya dan kakak, kita tekad melarikan diri dari jadi perisik yang kejam ni. Tapi apa kita dapat?! Mereka kejar dan tangkap kita semula.! Mereka seksa kita! Mereka potong kaki kakak depan mata saya!!”

Soojung jatuh melutut di depan kakaknya yang kini kudung kedua-dua belah kaki. Air matanya mengalir laju tatkala dia mengimbas memori pahitnya. Semua penderitaan. Dirasakan sesak dan sebak di dada yang tidak tertahan.

“Selama ni, akak menjadi sumber kekuatan saya. Saya juga menderita bila terpaksa mengacu tembak orang yang saya tak kenal, orang yang tidak bersalah tapi saya kekal tabah bila ingat yang saya harus buat semua ni demi keluarga saya. Mereka sorokkan ibu kita, mereka bunuh ayah kita! Kita dipisahkan dan dipaksa menjadi ejen perisik. Kakak ingat saya suka semua tu?! Saya tiada siapa lagi kecuali kakak, takkan saya sanggup nak tinggalkan kakak”.

Air mata Jung Sooyeon turut gugur bersama. Dia tahu adiknya itu banyak menderita. Dia rasa sangat tidak berguna kerana tidak mampu menjaga dan melindungi darah dagingnya sendiri. Peristiwa tujuh tahun mula bangkit, ketika itu, Sooyeon dan Soojung senyap-senyap lari dari kem tawanan tentera Korea Utara tapi mereka menemui kegagalan. Kaki Sooyeon dipotong dan Soojung dipaksa terus menjadi perisik. Sooyeon menggenggam erat buku limanya. Kini di hanya seperti mayat hidup yang menjadi beban adiknya.

“Soojung ah. Dengar cakap kakak. Bila ada kesempatan , kamu harus melarikan diri, sembunyi, cari seseorang yang mampu melindungi kamu”. Adiknya menggeleng laju, sebak menangis. “Cari seorang lelaki yang akan mencintai kamu dan mampu menjaga kamu. Akak nak kamu hidup normal seperti gadis lain”.

“Tak. Andai kata memang takdir saya menjadi perisik seumur hidup, saya terima, saya sanggup demi akak”, berjurai air mata gadis itu.

“Soojung ah~”, Sooyeon menyentuh lembut pipi adiknya, menyeka air matanya. “Akak akan mati bila-bila masa saja, mereka sedang bunuh akak dalam diam”

“Tak~”, Soojung enggan menerima kenyataan. “ Jangan tinggalkan saya keseorangan, tolong bertahan demi saya”.

“Jika ada kesempatan, larikan diri, pedulikan mereka yang mengawal kita. Cari seorang lelaki yang mampu membahagiakan kamu”.

>>>>>>>>>>>>>>>> 

Hujan turun renyai-renyai di bandar Seoul. Sehun sedikit menyesal tidak bawa payung bersama. Sekali sekala dia melirik ke arah jalan, melihat kenderaan yang keluar masuk bangunan perumahan itu. Dia tertanya-tanya di mana gadis itu? Hatinya berbolak-balik.  Entah kenapa dia rasa takut kalau tak dapat berjumpa dengan gadis itu. Malam tadi dia tidak dapat tidur lena. Bukan kerana insomnia, tapi kerana teringatkan ‘date’nya  semalam .

Sebuah teksi berhenti di depannya dan gadis itu keluar dari perut kereta.

“Soojung ah~”, Sehun meluru ke arahnya.

“Sehun? Apa awak buat kat sini?”, soal gadis itu kehairanan. Dilihat kaki seluar dan bahu baju lelaki itu basah ditimpa air hujan, rambutnya juga lembap.

“Saya tunggu awak”, jawabnya jujur. Kelihatan lega di matanya. Gadis yang ditunggu kini berada di depan mata.

“Mari masuk, saya akan buatkan sesuatu untuk hangatkan awak”, Soojung berasa sedikit tidak senang dengan kehadiran lelaki itu. Dia penat dan malas melayan kerenah Sehun.

Sehun senyum sebelum menuruti Soojung dari belakang.

“Awak ke mana? Saya cuba hubungi awak tapi tak dapat. Awak buat saya risau”, luah Sehun ketika mereka dalam lif. Hanya mereka berdua.

“Saya ada hal. Saya keluar terlupa bawa telefon”, balas Soojung bersahaja.

Sehun mengeluh kecil. “Pastikan awak bawa telefon awak lain kali. Awak buat kami risau”

“Kami?”

“Saya dan Sulli”

“Sulli risaukan saya?”

“Mestilah. Awak kan kawan dia, malah  awak tak datang kerja hari ni”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Dia dah sampai di Seoul”

Talian dimatikan. Eunhyuk mencampak telefon bimbitnya ke tempat duduk penumpang di sebelahnya. Dia menggenggam kuat stereng kereta, melihat seorang lelaki mengikuti Soojung ke apartmennya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Nah~”, Soojung menghulurkan secawan kopi dan diletakkan di atas meja depan Sehun. “Saya akan cari baju untuk awak tukar”. Dia kemudian masuk ke dalam bilik.

Sehun menanggalkan pakaiannya yang basah lembap, dilemparkan di atas meja. Dia merasa hirup kopi yang tersedia. Terasa hangat singgah di tekak.

Soojung pula di dalam bilik, membelek almari pakaiannya, mencari baju yang bersaiz besar, setidaknya muat untuk lelaki itu pakai. Tiba-tiba dirasakan sejuk di belakangnya. Terasa kulit yang sejuk menyentuhnya. Sehun datang memeluknya dari belakang, mengunci gadis itu dalam dakapan dan merasai kehangatannya.

“Sehun sshi”, Soojung berpusing mengadap Sehun, menatap wajah lelaki itu.

“Jangan tinggalkan saya”, Sehun bersuara. Perlahan, cukup untuk menhantar perasaannya kepada gadis di depannya itu. Soojung memandang tepat ke dalam anak mata Sehun. Perasaan apakah ini? Tanpa dia sedari, jantungnya berdegup kencang. Dia menggigil dari dalam jiwanya apabila Sehun menyentuh wajahnya, memegang pipinya. Dirasakan sejuk tangan lelaki itu.

“Saya tak tahu kenapa tapi saya dapat rasakan macam awak akan tinggalkan saya. Saya bimbang. Saya tak mahu kehilangan awak. Tolong jangan tinggalkan saya”, suara Sehun perlahan, seolah berbisik tapi masih didengari Soojung.

“Kenapa?”, Soojung bertanya. Langsung tidak menepis tangan Sehun yang masih membelai wajahnya.

“Sebab saya rasa saya suka kat awak… mungkin saya dah jatuh cinta”.


*bila taip rasa dh pnjang dah, bile post , alahai sikitnya.. XD anyway, minggu dpn mybe tk updates sbb minggu raya kan..  :D

Selamat HAri Raya.. maaf zahir batin

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^