012

Kerana Cinta

Keadaan pagi itu cerah seperti biasa. Suasana di mana rakyat Korea Selatan memulakan rutin harian mereka. Soojung teringat lagi ketika dia mula-mula menjejakkan kaki ke tanah Korea Selatan itu. 10 tahun lepas, di mana Soojung dan kakaknya mendapat misi mereka di Pohang. Masa itu mereka teruja kerana keadaan di Korea Selatan sangat berbeza dari belah utara. Keadaan ekonomi,politik, kewangan, keselamatan malah sosiologi masyarakat juga berbeza. Soojung akui dia sukakan suasana yang berbeza itu. Kadang kala dia cemburukan rakyat Korea Selatan yang asal. Di Korea Utara, nak cari sesuap nasi pun payah. Lelaki dipaksa menjadi tentera dan anak tentera dipaksa menjadi perisik. Mereka hanya boleh berhenti atas arahan pihak atasan. Tindak tanduk mereka diperhatikan. Mereka jadi tentera dalam gelap.

Sedang dia mengimbas semula, teringat akan kisah hidupnya, kereta yang dipandu Soojung sudahpun tiba di Pyeongyang. Bangunan kem tawanan berdiri di hadapannya. Soojung meletakkan kereta dan bergerak masuk ke dalam bangunan yang semakin dimakan tahun itu. Dia mahu berjumpa dengan seseorang.

Piintu bilik dikuak dan kekosongan merenung kembali gadis itu. Di mana pesakit dalam bilik itu? Di mana kakaknya? Di mana mereka pindahkan Jung Sooyeon? Soojung mula cemas dan berlari ke kaunter pesakit di ruang depan.

“Mana Ejen 363?! Mana Jung Sooyeon?!”, Soojung bertanya kasar kepada jururawat yang bertugas di kaunter itu.

“Ejen 363 dah dipindahkan ke tingkat bilik lima”, jawab jururawat itu sebaik lepas memeriksa fail pesakit. Dia membalas jelingan tajam Soojung.

Tanpa banyak bicara, Soojung berlari ke tingkat yang dinyatakan dan mencari bilik yang tertera nama kakaknya. Sebaik sampai di bilik baru Ejen 363 ditempatkan, Soojung melihat kakaknya terbaring di atas katil.

“Unnie!”, Soojung meluru ke arah kakaknya, bimbang jika ada perkara berlaku di luar pengetahuannya.

“Oh! Soojung ah~”, Ejen 363 itu terjaga, sedikit terperanjat dengan lawatan adiknya tapi masih gembira melihat keadaan adiknya itu sihat berdiri. Sooyeon perlahan-lahan bangkit duduk, ketiadaan kedua-dua belah kakinya menyukarkan. Soojung membantu dengan menaikkan sedikit kepala katil.

“Kenapa kamu datang lawat? Bukakkah mereka larang keluar dari kawasan misi?”,soal Sooyeon dalam tutur kata perlahan, cukup tenang.

Soojung melihat keadaan kakaknya. Teryata lebih teruk berbanding sebelumnya. Apa yang mereka lakukan? Mungkin apa yang dikatakan kakaknya tempoh hari itu benar, mereka sedang membunuh EJen 363 itu dalam diam. Mereka sungguh kejam kerana ingin hapuskan seorang perisik yang tidak berguna lagi.

“Soojung ah~”, Sooyeon menhentikan lamunan adiknya.

“Unnie”, Soojung duduk di atas katil Sooyeon, menggenggam erat tangan kakaknya yang semakin lama semakin kurus itu.“Saya dah fikirkan. Saya tak nak jadi perisik lagi. Saya nak berhenti. Misi kali ni ialah misi terakhir. Soojung  nak lari dari sini”

“Baguslah”, Sooyeon membelai pipi adiknya.

“Tapi Unnie? Macam mana?”, soal Soojung bimbang. Dia tidak mahu jadi adik yang pentingkan diri sendiri. Dia mahu membalas jasa kakaknya. Lagipun Soojung perlukan seseorang untuk sentiasa menyokongnya.

Sooyeon lalu mencapai bantal yang berada di belakangnya lalu digigit pada bahagian tengah. Tindakan itu membuatkan Soojung terkejut. Sooyeon merentap luas kain bantal itu cukup untuk tangannya mencapai masuk. Sooyeon menyeluk masuk mencari sesuatu dalam bantal itu. Satu sampul tebal lalu diserahkan kepada Soojung. Tanpa banyak soal, Soojung menyambut sampul yang disaluti bulu-bulu bantal itu.  Dia pelik, kenapa sampul sedemikan disimpan dalam bantal? Adakah ia sulit?

“Dalam sampul ni, ada alamat dan kunci rumah, kad bank, passport palsu dan tiket kapal terbang khas serta maklumat Hwang Tiffany. Pergi ke alamat perempuan tu dan cari dia berdasarkan gambar yang ada dalam ni. Katakan pada dia, kamu adik Jung Jessica. Dia akan tolong kamu yang selebihnya.”, Sooyeon menjelaskan.

“Jung Jessica? Itukan nama yang akak guna masa menjalankan misi di Australia. Akak nak saya ke sana?”,soal Soojung ingin mengetahui lebih lanjut. Sampul yang berada di tangannya digenggam erat.

“Ya. Jung Jessica nama akak di sana. Tiffany merupakan kawan akak yang tahu identiti akak, akak tak bunuh dia dan akak rahsiakan dari pihak atasan. Dia dah janji untuk tolong akak bila akak ada masalah. Kamu pergi sana dan dia akan tolong kamu menjadi warganegara Australia. Lupakan pasal akak. Akak akan tetap berada di sini”.

Mata Soojung mula berair. Kenapa dirasakan seperti perpisahan akan berlaku? Adakah ini selamat tinggal? Dia terharu kerana kakaknya sanggup berkorban demi dia. Dia tak sangka Sooyeon sanggup menghadapi risiko menyediakan semua itu.

“Unnie, saya sebenarnya ada masalah. Saya sukakan seorang lelaki yang terlibat dalam misi saya kali ni. Apa patut saya lakukan? Saya cintakan dia”, akhirnya Soojung meluahkan perkara sebenar. Dia menceritakan perihal kisah drama cintanya dengan Sehun kepada kakaknya kerana Sooyeon merupakan satu-satunya orang yang Soojung percayai.

“Kamu betul sayangkan Sehun tu? Ceritakan padanya segalanya, supaya dia percaya pada kamu, kemudian, pujuk dia untuk melarikan diri bersama kamu. Kalau betul dia cintakan kamu, dia pasti sanggup bersama kamu”

      >>>

Papan notis pemberitahuan di dinding balai polis Seoul itu ditenung lama. Setiap hari dianggarkan kira-kira 12 orang rakyat Korea Selatan dilaporkan hilang. Selama ni Kai tidak pernah mengambil peduli  apabila berita mengenai orang hilang dilaporkan dan ditayang di media massa, baik di dada akhbar, kaca tv atau iklan di internet. Kai tidak pernah memandang serius akan semua tu. Kini, apabila orang yang dia sayang hilang baru Kai sedar akan perasaan yang pernah mereka alami. Perasaan ayng merayu kepada masyarakat supaya memberi sedikit perhatian dengan tolong mencari.  Baru sekarang Kai faham perasaan tersebut

“Bila kali terahir encik nampak adik encik?”, seorang detektif lelaki muda duduk berhadapan Choi Siwon dan Choi Minho,menulis laporan mereka.

“Pagi semalam, sebelum dia keluar pergi kerja. Kami sekelurga sarapan bersama”, jawab anak sulung keluarga Choi itu. Dilihat polis muda di depannya itu mencatat sesuatu pada buku nota kecil miliknya. Dia jeling lihat tanda nama pada kad polis yang diletakkan atas meja tersebut. Detektif Ok Taecyeon.

“Dia keluar kerja dan tidak pulang lepas tu? Apa pekerjaanya dan bila waktu dia habis kerja? Encik dah tanya rakan sekerjanya? Mungkin dia ada pergi ke tempat lain tanpa memaklumkan ahli keluarganya”, tenang tutur kata Detektif Ok itu. Dia tahu keluarga mangsa pasti berasa resah dan dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya dah tanya rakan sekerjanya. Mereka katakan kali terakhir dia dilihat sebelum  rehat makan tengah hari. Dia keluar senyap-senyap tanpa mendapat kebenaran pengurusnya.”, Kai menjelaskan, teringat pernyataan Seulgi semalam.

“Awak ni pula siapa?”, Taecyeon mendongak pandang Kai sebelum beralih pada dua lelaki di depannya. “Kami akan mulakan percarian di kawasan tempat kerjanya dulu. Memandangakan gadis bernama Choi Sulli ni hilang sejak semalam jadi rasanya dia tak keluar dari kawasan Seoul lagi”

“Dia ni teman lelaki adik saya. Sulli kerja di Kafe Paradise di jalan Apgujeong. Saya merayu pada detektif, tolong cari adik saya sampai jumpa”, Minho kelihatan terdesak. Biarpun dia dan Sulli selalu bergaduh tapi tetap ikatan adik beradik mereka kuat. Dia sayangkan Sulli dan bimbang jika sebarang perkara buruk berlaku terhadap satu-satunya adiknya itu.

       >>

Perjalanan pulang ke Seoul tidak selaju seperti perjalanan ke Pyeongyang tadi. Hatinya berat meninggalkan kakaknya di sana tapi dia tiada pilihan lain. Dia tidak boleh mensia-siakan perngorbanan kakaknya. Sampul berwarna coklat yang diterima tadi disimpan kemas dalam beg. Tiada siapa boleh tahu mengenai sampul itu, terutamanya Ejen 044.

Bunyi telefon berdering mematikan kesunyian perjalanan Soojung. Dia menjeling lihat nama si pemanggil yang tertera pada skrin. Lee Eunhyuk. Soojung berasa malas hendak menjawab tersebut, yakin bahawa ia hanyalah panggilan gesaan supaya misi dipercepatkan. Soojung muak dengan perkataan misi dan ejen. Namun Soojung tinggal hanya dengan satu pilihan. Dia tidak boleh terlalu mengikut perasaan. Mencapai  cari wayar ‘earphone’dalam begnya tapi tidak ditemui. Lantas Soojung memberhentikan kereta di tepi jalan. Soojung tidak suka bercakap melalui telefon ketika memandu, bimbang fokusnya terganggu.

“Ejen 044, misi kamu harus dipercepatkan sebelum Oh Jae Hwan pulang ke Seoul”, kedengaran suara Eunhyuk memberi arahan, seperti sangkaan Soojung.

“Copied that”, balas Soojung, malas bercakap mengenai misi tersebut. Godam komputer bukan satu kerja mudah dan kadang kala ia mengambil masa. Jadi misi ni ditakrifkan sebagai misi yang sukar. Ada juga masa Soojung menyumpah Oh Jae Hwan kerana menyimpan maklumat tersebut dalam bentuk data, menyukarkan Soojung.

“Awak pergi mana? Pyeongyang? Kenapa tak maklumkan terlebih dahulu?”

“Kenapa? Adakah saya perlu beritahu padahal awak dah sedia maklum hal tersebut”, Soojung menyindir. Jelas tak menyukai cara Ejen 044 mengawalnya. Sehingga kini dia masih buntu tentang kenapa pihak atasan melantik Ejen 044 itu untuk mengawalnya. Adakah betul pihak atasan sudah tidak mempercayainya?

“Jangan buat perkara di luar batasan. Ingat identiti kita perlu dirahsiakan”

“Saya tahu. Bye”, Soojung bertindak berani dengan mematikan talian. Dia kemudian menhentak tangannya pada stereng kereta sebelum sekali lagi telefonnya berdering.

“Nak apa lagi?!”, Soojung menjawab, disangkakan Ejen 044 yang menelefonya. Nadanya keras.

“Nak apa? Awak kat mana?”, soal Sehun di hujung talian, sedikit terperanjat ditenking Soojung. Apa yang membuatkan gadis itu marah? Sehun mengagak yang mungkin dia  telefon pada masa yang salah.

Sebaik mendengar suara berbeza daripada panggilan pertama, Soojung melihat di nama di skrin telefonnya. Oh Sehun. Soojung mengetap bibir. “Sorry, saya ingat tadi pengurus kafe yang telefon. Dia marah saya datang lewat kerja hari ni. Saya ada di tepi jalan raya, baru lepas pergi rumah kawan”

Pengurus kafe? Sehun kehairanan lantas teringatkan yang Kai memberitahunya semalam yang Soojung dah berhenti kerja. Kafe mana yang Soojung maksudkan ni? Adakah Kai menipu?

“Ouh. Macam tu ke. Saya cuma nak tanya kalau awak ada nampak Sulli? Ada dia hubungi awak?”, Sehun terus bertanya, dia juga bimbang kerana Sulli masih belum ditemui.

“Sulli? Tak. Saya jumpa dia kali terakhir di kafe semalam. Bukankah sekarang waktu berkerja, Sulli patutnya berada di kafe kan?, Soojung aneh tiba-tiba Sulli disebut.

“Tak. Dia dah hilang sejak semalam. Keluarga dia pun dah cari dia merata. Sulli langsng tidak dapat dihubungi dan tak pulang rumah malam tadi”

Jantung Soojung berdegup kencang. Choi Sulli hilang? Takkan boleh hilang begitu saja? Pasti ada sesuatu berlaku. Soojung yakin. Dia berasa tidak enak.

“Bagaimana dengan Kai? Sehun sshi, saya akan hubungi awak kalau ada apa-apa berita mengenai Sulli, saya terpaksa letak telefon, tak boleh lama, saya di tepi jalan raya ni”

“Kai mestilah risau. Ok lah, jaga diri. Bye”

“Bye”, lalu Soojung mendail nombor lain sebaik panggilan dengan Sehun ditamatkan.

“Hello? Saya nak jumpa awak sekarang!”

        >>

Soojung memberhentikan kereta di hadapan sebuah bangunan terbengkalai. Dilihat kereta Ejen 044 sudahpun berada di situ. Soojung berjalan masuk ke dalam bangunan usang itu. Dinding-dinding bangunan masih banyak yang lopong kerana tidak lengkap binaannya, rumput dan lalang tumbuh menebal di sekeliling dan di celah batu bata. Terdapat juga beg simen, dan pasir yang semakin dimakan hari. Soojung terus berjalan menhampiri Ejen 044 yang sedang berdiri menunggu. Sepuntung rokok di bibir lelaki itu dan kelihatan asap rokok berkepul di sekitar.

“Ada apa nak jumpa?”, soal Eunhyuk selamba.

“Mana dia? Mana Choi Sulli?”, Soojung bertanya terus. Dia yakin kehilangan Sulli seperti yang dimaklumkan oleh Sehun tadi pasti ada kaitan dengan Ejen 044. Soojung mengesyaki yang Eunhyuk menyiasat mengenai Sulli sejak mereka bercakap mengenainya tempoh hari.

Eunhyuk tersenyum sinis. Rokok yang disedut itu lalu dicampak ke tanah dan dipijak kasar.

“Cakap mana dia?! Aku tahu kau punca dia hilang!”, Soojung hilang sabar, dia rasa menyampah melihat senyuman Eunhyuk yang seolah memerli itu. Dia menggenggam kolar baju lelaki itu kasar. “Mana Choi Sulli?!”, tengking Jung Soojung.

“Dia dah mati”, ujar Eunhyuk, membalas pandangan mata Soojung, membuktikan yang dia  sedikit pun tidak gentar pada gadis itu.

Soojung terdiam. Matanya merah berair. Dia perlahan-lahan melepaskan genggaman baju Eunhyuk. Mati? Rakan sekerjanya itu sudah mati? Soojung sentap, sedih dan terkejut. Terbayangkan senyuman Sulli ketika mereka mula berjumpa dulu, ketika mereka membuat kek bersama, ketika mereka keluar makan bersama dan kini gadis itu sudah mati. Sulli menjadi mangsa kali ni.

“Kenapa?! Kenapa kau bunuh dia?!”, Soojung menhentak-hentak tangannya pada dada Eunhyuk, memberontak, tidak puas hati. “Kenapa harus Sulli jadi mangsa? Dia tak bersalah! Dia tiada kaitan dalam misi kita”

Eunhyuk mencapai tangan Ejen 411 itu, menggenggam kuat dan kasar. “Tak tahu kau cakap! Siapa cakap yang dia tiada kaitan! Dia tahu identiti kau! dia tahu kau perisik dan kaitan Oh Sehun dalam misi kau! Mana tahap professional yang kau cakap hah!”, Eunhyuk mengetuk jari telunjuk pada dahi Soojung.

“Tak mungkin!”, Soojung cuba menafikan, meronta sakit minta genggaman Eunhyuk dilepaskan.

Ejen 044 kemudian menggenggam rambut Soojung, menarik kasar ke belakang “, Eh, kau dengar sini, budak tu tahu kau seorang ejen rahsia dan target kau ialah Oh Jae Hwan. Aku kan dah beri amaran, jalankan misi ni senyap-senyap, jangan bagi orang luar terlibat!”

Soojung jatuh terduduk di atas debu tanah sebaik Eunhyuk melepaskan rambutnya. Air mata terus mengalir laju. Soojung menyalahkan diri sendiri. Tak sangka dia begitu bodoh sehingga Sulli boleh menjadi mangsa. Dia gagal melindungi kawannya itu. Sebak, sedih, sakit, semua dirasakan Soojung saat itu.

Eunhyuk turun mencangkung, sama rendah dengan Ejen 411 yang terduduk di lantai tanah. Mendongakkan kepala Ejen 411 itu, Eunhyuk berkata, “ Malam ni kita masuk rumah Oh Jae Hwan. Maklumat tu kena ambil hari ni juga. Awak masuk ikut pintu depan macam biasa dan saya ikut pintu belakang”

Kemudian Soojung ditinggalkan keseorangan di tempat terbiar itu. Gadis itu terus menangis sekuat hati.

      >>

Lee Jong Suk membawa dulang yang berisi tiga minuman dan dua keping  waffle dengan berhati-hati, bergerak ke meja di mana Sehun dan Kai menunggu. Kelihatan tegang rupa dua orang pelanggan tetap Kafe Paradise itu.

“Aigoo~, senyumlah sikit”, ujar Jongsuk sebaik tiba di meja, mengambil tempat di sebelah Kai. Dia mengagihkan minuman dan waffle yang dibeli tadi. “Minumlah, aku belanja”

Keadaan di kafe sibuk seperi biasa. Golongan remaja kebanyakan memenuhi setiap sudut kafeteria tersebut. Hari ni, disebabkan ketiadaan Sulli dan Soojung, Jongsuk sebagai pengurus telah mengubah suai kedudukan para pekerja. Seulgi dan Seungyeon dipertanggungjawabkan menjaga kaunter.

“Tadi polis ada datang sini, jumpa aku”, Jongsuk memulakan. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran Kai dan Sehun. “Haish, teman wanita kau memang buat masalah kali ni”, Jongsuk menjeling ke arah Kai. Satu keluhan kecil didengari sebelum Kai menyumbat masuk sebahagian waffle ke dalam mulutnya.

“Apa hyung cakap kat polis?”, soal Sehun.

“Aku cakap apa yang aku tahu je la, yang Sulli kali terakhir datang kerja hari itu. Oh ya, mereka ada periksa kamera keselamatan dan dapati Sulli keluar ekori Soojung senyap-senyap. Soojung tu girlfriend kau kan? Maknanya dia orang terakhir jumpa Sulli kan?”

Sehun diam tidak membalas, memandang Kai yang duduk di hadapannya. Kata-kata Kai malam tadi diputar semula dalam kotak fikiran anak lelaki Oh Jae Hwan itu. Tapi dia masih tidak faham. Apa kaitan kehilangan Sulli dengan Soojung? Sehun tetap enggan mempercayai yang Soojung ialah seorang ejen rahsia. Semuanya seperti tidak logik di akal. Malah kadang Sehun tertanya, adakah ini semua satu rancangan gurauan perangkap yang  Kai dan Sulli rancang bersama? Ada kamera tersembunyi?

“Soojung ada cakap apa-apa kat kau?”, Kai akhirnya bersuara, bertanya.

“Aku dah telefon dia pagi tadi. Dia pun terkejut dengar berita pasal Sulli hilang. Aku rasa Soojung tak tahu apa-apa. Lagipon Sulli ekori dia senyap-senyap, jadi mungkin Soojung tak sedar yang dia diekori seseorang”, Sehun cuba sebaik mungkin untuk melindungi nama baik teman wanitanya.

“So, sekarang ni kita tunggu maklumat lanjut dari polis je la. Aku pun dah letakkan papan notis kat depan kafe pasal Sulli”, ujar Jongsuk menghabiskan minumannya. Pagi tadi dia sudahpun menampal notis pemberitahuan mengenai kehilangan pekerjanya itu di depan pintu supaya mudah orang lalu lalang masuk perasan dan mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.

“Aku pun dah edar gambar Sulli pada syarikat akhbar dan tempah satu ruangan khas pengiklanan. Harap ada masyarakat di luar sana yang boleh bantu. Sulli takkan apa-apa”

“Terima kasih hyung dan Sehun ah. Maafkan aku malam tadi”

Jongsuk memandang aneh dua sahabat itu dan baru perasan akan aura pelik antara Kai dan Sehun. “Korang bergaduh eh?”, soalnya.

“Aku pun minta maaf tapi tolong jangan kutuk Soojung yang bukan-bukan.”, sebenarnya Sehun tidak salahkan Kai sepenuhnya. Dia faham akan perasaan Kai yang resah dan berkecamuk apabila Sulli hilang dari pandangan. Sehun juga pasti akan jadi begitu jika perkara yang sama berlaku pada Soojung.

Kai menunduk mengalah. Biarpun Sehun tidak mempercayainya Kai tetap dengan keputusannya. Soojung ialah perisik dan Kai yakin akan perkara tersebut biarpun bukti tiada di depan mata.

     >>>

Soojung berasa letih menangis. Matanya mula membengkak. Dia masih tidak dapat menerima hakikat yang kini Sulli sudah mati. Bagaimana dia ingin berdepan dengan Kai nanti?

Minggu lepas, Soojung bertekad ingin selesaikan misi ni dengan lancar. Dia tidak mahu sesiapa menjadi mangsa lagi. Tambahan pula Soojung dah berjanji dengan kakaknya. Rancangan sebenar Soojung ialah menamatkan misi ni dengan segera, memberitahu pada Sehun perkara sebenar dan memujuk lelaki itu supaya ke Australia bersamanya. Soojung mahu Sehun menemaninya. Dia dah fikir masak-masak dan tidak sanggup berpisah dengan lelaki itu. Dia cintakan Oh Sehun. Hatinya sudah terpaut dengan belaian dan kasih sayang lelaki Korea Selatan itu.

Lee Eunhyuk. Buat masa ni musuh utamanya adalah Ejen 044 itu. Personalitinya yang kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum itu menipu Jung Soojung pada mulanya. Gadis itu tidak menyangka Eunhyuk ialah lelaki yang penuh tipu muslihat, sama sahaja dengan perisik yang lain. Sebaik misinya selesai, Soojung akan lepas dari cengkaman dan kawalan Ejen 044 itu. Saat itu akan digunakan sebaik mungkin untuk melarikan diri. Soojung akan pastikan tiada siapa mampu menghalangnya.

Soojung meletakkan kereta di tempat biasa. Sebaik dia keluar dari perut kereta, seseorang mencuit  bahunya. Soojung menoleh lihat dua orang lelaki seperti sedang menunggunya.

“Kami dari balas polis Seoul”, salah seorang dari lelaki itu menunjukkan kad keahlian polisnya. Soojung tidak sempat membaca nama yang tertera apabila kad tersebut disimpan semula dalam poket.

“Maafkan kami. Awak cik Jung Soojung? Kami ingin bertanya mengenai kes kehilangan seorang gadis bernama Choi Sulli”


*good news: sye cuba update stiap hari sbb sye takut tk sempat je.. sye suka part ni sbb ade my cutie Jongsuk.. :D
*Sulli?? T______T sorry ..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^