011

Kerana Cinta

Keadaan di Taman Jamwon agak lengang pagi itu. Soojung berjalan sambil mencari kelibat seseorang. Seseorang yang boleh dikatakan penting. Dia kemudian menemui lelaki yang dicari sedang duduk bersila di atas jalan tar, menghadap ke arah pemandangan Sungai Han. Kereta lelaki itu dilihat berada berhampiran.

“Dah lama menunggu,? Ejen 044”, Soojung lalu duduk di sebelah lelaki itu.

“Lambat lagi. Kali ni awak pastikan tiada siapa ekori awak?”

“Saya bangun lewat”, Soojung memberi alasan. “Misi saya 80 peratus selesai”, Ejen 411 lalu mengeluarkan cip kamera yang Eunhyuk beri dahulu. Semalam dia sempat mengambil cip kamera tersebut di ruang tamu rumah Sehun. Kemudian Soojung menyerahkan  sebuah penyimpan data kepada Eunhyuk.

“Maklumat tu ada dalam ni, saya jumpa dalam laci bilik bacaan Oh Jae Hwan”

“Bagaimana awak begitu yakin maklumat tu ada dalam ni?”, soal Eunhyuk mendapatkan kepastian.

“Saya cuba cari maklumat tersebut dalam bentuk ‘soft copy’ tapi tak jumpa. Kemudian saya jumpa  beberapa pendrive. Saya buka satu-satu dan hanya pendrive ni yang tidak boleh dibuka”

“Tak boleh dibuka? Apa isi kandungan pendrive yang lain?”

“Pendrive tu mempunyai kata kunci dan hanya boleh diakses buka menggunakan komputer Oh Jae Hwan. Kita perlu godam komputer tersebut baru boleh akses buka pendrive ni”, Soojung melaporkan apa yang dia tahu.  Dia kemudian mengeluarkan satu lagi pendrive. “Dalam ni ada senarai calon  yang akan bertanding untuk jawatan Menteri Pertahanan dan Keselamatan dalam pilihan raya tahun depan”.

Eunhyuk mengambil sambut pendrive yang kedua. Maklumat tersebut mungkin berguna buat ketua mereka.

“Aigoo~ nampaknya awak kena masuk ke dalam rumah Oh Jae Hwan tu lagi lah”, ujar Eunhyuk dalam nada perli sambil mengeluarkan sebatang gula-gula lollipop. Dibuka plastiknya dan disumbat masuk ke dalam mulut sendiri.

“Nampaknya begitu la”, balas Soojung bersahaja.  Lega kerana misinya hampir selesai.

“Hingga kini identiti awak masih kekal rahsia kan?”, soal Eunhyuk. Soojung memandang lelaki yang sedang menikmati manisan itu. Dia tahu ada sesuatu yang Ejen 044 syak dan berasa tidak puas hati.

“Saya akan hubungi awak lepas laporkan pada ketua. Sementara tu, jangan bergerak tanpa arahan dan memandai. Ingat, saya perhatikan awak”, tutur kata Eunhyuk serius.  Kali ni tiada senyuman lagi di bibirnya. Dia kelihatan berbeza dari kali pertama Soojung bertemu dengannya.

Tiba-tiba bunyi telefon berdering menganggu perbincangan mereka. Soojung teragak untuk menjawab panggilan untuknya itu sebaik melihat nama si pemanggil di skrin telefon. Dia memandang Eunhyuk.

“Jawablah panggilan tu”, ujar Ejen 044.

“Hello?”

“Soojung ah, awak di mana?”, kedengaran suara Sehun di talian.

“Saya sekarang di tepi sungai Han”

“Awak buat apa kat sana? Saya nak jumpa awak. malam tadi kenapa awak beredar macam tu je? Tak beritahu saya? Awak tunggu situ dulu, saya nak datang kat awak”

“Tak perlu”, Soojung menghalang. “Saya  dengan seseorang ni. Nanti saya akan jumpa awak”

“Seseorang? Siapa?”, nada Sehun berubah.

Soojung mengetap bibirnya dan sekali lagi memandang Eunhyuk yang berada di sebelahnya.

“Eunhyuk. Lee Eunhyuk”, jawabnya.

“Nanti bila awak nak jumpa saya, hubungi saya dulu”, suara Sehun seolah merajuk. Talian terus dimatikan tanpa ucapan selamat tinggal atau jaga diri.

Eunhyuk tersenyum. “Ejen 411, saya suruh awak damping dia, dapatkan kepercayaan dia, bukan bercinta dengan Oh Sehun tu”

Soojung tersentak. Apa yang dikatakan Ejen 044 itu betul. Separuh dari misinya ialah mendapatkan kepercayaan Oh Sehun supaya maklumat sulit itu mudah diperolehi

“Saya tahu apa yang saya buat. Ini cara saya. Selepas misi ni siap, saya akan pastikan Sehun lupa akan gadis bernama Jung Soojung”, Soojung cuba menjawab dengan lagak tenang.

“Jangan bermain dengan perasaan. Kita tak tahu apa akan terjadi nanti. Malah budak laki tu anak orang kuat Korea Selatan manakala awak? anak tentera Korea Utara.”

Tiada apa akan berlaku. Dia akan tinggalkan Sehun serta Sulli bila tiba masanya nanti. Dia akan larikan diri seperti mana yang kakaknya suruh. Semua perkara akan berjalan lancar. Soojung memujuk dirinya.

         >>

Pintu bilik pengurus ditutup rapat. Akhirnya Soojung berhenti kerja di Kafeteria itu. Surat berhentinya diterima baik oleh Pengurus Lee Jongsuk. Duit gajinya disimpan dalam poket. Sedang Soojung berjalan ke bilik rehat pekerja untuk menyalin pakaian, Sulli memerhatikan gerak gerinya.

“Seulgi, tolong ‘handle’ kaunter jap”, Sulli menanggalkan apron dan topi kerjanya.

“Awak nak ke mana Sulli? Nanti pengurus nampak, dia marah”, rakan sekerjanya Seulgi cuba menghalang.

“Kejap je, saya ada hal jap. Tolong ‘cover’ saya eh”, Sulli bergerak ke bilik rehat pekerja.

Sulli diam—diam memerhatikan Soojung. Selepas Soojung selesai menukar baju, dia keluar ikut pintu belakang bergerak ke tempat dia meletakkan kereta. Bergerak masuk, Soojung memecut laju.

Sulli berasa aneh. Soojung mempunyai kereta dan apartment yang mewah. Dari mana dia dapat duit begitu banyak? Kerja di kafeteria tidak begitu mendatangkan untung. Sulli dapat beli motorsikal setelah berbulan menyimpan duit gajinya. Tanpa melengah masa, Sulli menahan teksi, mengekori belakang Soojung.

   >>

Eunhyuk memberhentikan kereta di tempat letak kereta berdekatan apartment Soojung. Dia ingin berjumpa dengan ejen tersebut untuk memaklumkan mengenai pendrive yang dia beri pagi tadi. Sebaik ingin melangkah keluar dari perut kereta, Eunhyuk ternampak Ejen 411 yang kebetulan baru sampai.

“Jung Soo….”, dia baru hendak memanggil ejen tersebut namun terhenti apabila melihat kelibat seseorang terhendap-hendap memerhatikan Soojung. Eunhyuk lantas teringat gadis yang melanggarnya tempoh hari. Choi Sulli.

Soojung yang langsung tidak sedar akan kehadiran Eunhyuk mahupun Sulli yang mengekorinya, terus berjalan ke arah lif seperti biasa.

“Apa yang awak tengok?, Eunhyuk mendekati Sulli dari belakang, memeranjatkan teman wanita Kai itu. “Kenapa awak perhatikan Soojung?”,soalnya.

“Awak kenal Soojung? Saya ingat nak pergi ke rumahnya”, Sulli cuba menenangkan diri.

“Soojung? Tentulah saya kenal. Saya abangnya”

“Saya hanya ada seorang kakak, tiada abang”

Dahi Sulli berkerut, dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia dapat mengesan aura yang pelik pada lelaki yang berada di depannya itu.

“Tipu”, ujar Sulli yakin, menhantar pandangan maut pada Eunhyuk. “Soojung cakap dia tiada abang”

Eunhyuk membalas pandangan Sulli. Dia dapat mengagak yang Sulli seorang gadis yang berbahaya.

“Awak perisik bukan? Awak dan Soojung satu pakatan? Soojung ialah seorang perisik kan?”, Sulli menyuarakan apa yang berada dalam fikirannya.

Eunhyuk sebaliknya tidak panik. “Waaa, awak cepat tangkap ya. Pandai awak meneka”, dia mengusap kepala Sulli.

“Saya tak tahu apa yang awak semua nak tapi saya tahu perkara tu libatkan Sehun, kawan saya. Saya takkan biarkan perkara ni dan saya akan maklumkan kepada pihak berkuasa. Siapa kamu? Perisik dari Manhattan? Atau Korea Utara?”, Sulli menepis tangan Eunhyuk, memberi amaran.

Eunhyuk hanya tersenyum. Ini bukan kali pertama dia berdepan situasi sedemikian. Ejen 044 itu sudah mempunyai banyak pengalaman dan dia tahu cara untuk uruskan kes seperti Sulli.

“Saya takkan biarkan kamu tembak Sehun. Saya tahu siapa Soojung dan saya takkan berdiam diri. Saya akan pastikan pihak…..”, Sulli automatik berhenti bercakap. Dirasakan sesuatu menyucuk pada bahagian abdomennya. Dia menunduk pandang, melihat sepucuk pistol diacukan kepadanya.

“Awak nak buat apa? Panggil polis?”, Eunhyuk ketawa. “Haish, saya tak suka berbincang sambil berdiri, apa kita masuk dalam kereta saya, berbincang pasal Soojung, Sehun dan awak”, Ejen 044 itu menarik Sulli ke arah keretanya dan menolak Sulli masuk secara paksa.

     >>>

Soojung berdiri di depan  cermin. Melihat pantulan diri sendiri. Cuba mencari perkataan perisik atau takdir yang mungkin tertulis di mana-mana bahagian wajahnya dan dia gagal menjumpainya. Adakah takdirnya akan menjadi perisik sampai dia bersara? Adakah akan tiba masanya dia boleh hidup sebagai Jung Soojung dan jadi normal seperti gadis sebayanya yang lain?

 “Hentikan semua tu, berhenti jadi perisik, berhenti bunuh orang yang tidak bersalah, larikan diri apabila tiba masa yang sesuai”

“Jangan beri saya harapan palsu. Kalau awak tak suka saya, jangan layan saya dengan terlalu baik, saya takut saya tak dapat lupakan awak”

“Jangan bermain dengan perasaan. Kita tak tahu apa akan terjadi nanti. Malah budak laki tu anak orang kuat Korea Selatan manakala awak? anak tentera Korea Utara.”

Celaru. Fikirannya kusut. Sehun, kakaknya Sooyeon dan Ejen 044 Lee Eunhyuk.  Mereka membuatkan Soojung berasa tertekan. Dia mahu berbuat seperti apa yang kakaknya suruh, dia ingin lari dari takdir yang kejam ni. Dia ingin larikan diri sebaik misi ni selesai. Namun Sehun? Separuh dirinya ingin tinggal di sisi Sehun, ingin terus dibelai oleh lelaki itu. Manakala Eunhyuk pulak terus mendesak dengan misi dan memberi amaran,yang kadang membuatkan Soojung takut dan risau. Soojung membuka laci di tepi katil dan melihat dua pucuk pistol yang berada dalamnya.

“Dia pernah ke rumah awak bukan? Awak pasti dia tidak terlibat? Awak tahu kan yang identiti perisik kita harus kekal rahsia”

Sulli. Soojung juga enggan Sulli terlibat sama dalam hal ni. Soojung rasa Sulli seorang kawan yang baik dan membuatkan Soojung rasa dihargai.

       >>>

“Lee Eunhyuk!”

Sehun membaling buah dart pada papan dart dengan kasar, melepaskan geram. Pagi tadi, dia menelefon Soojung dan mendapati teman wanitanya itu sedang bersama dengan lelaki lain. Lelaki yang bernama Lee Eunhyuk. Sehun rasa tidak sedap hati. Dia tidak sukakan aura pelik ketika nama Eunhyuk disebut Soojung. Dia dapat rasa lelaki itu akan menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku pada Soojung.

Telefon Sehun bergetar. Satu pesanan diterima dari teman wanitanya.

‘saya cadang nak masak sup, datanglah rumah saya. Awak kata nak jumpa saya

        >>>>

Kai termenung menghadap ke luar tingkap,langsung tidak dapat memberi fokus pada projek kerja kursusnya. Petang itu hanya Kai tinggal dalam rumah sewanya. Rakan serumahnya yang lain keluar ke luar bandar. Kebiasaannya Sehun akan datang menemaninya tapi hari  ni Sehun langsung tidak menghubunginya. Sebaik kelas tamat, Sehun terus beredar tanpa sempat Kai menegur. Malah hari ni latihan bola keranjang dibatalkan jadi Kai tidak berkesempatan berjumpa Sehun. Agaknya apa yang Sehun lakukan sekarang?

Kai lantas teringat kata-kata Sulli semalam yang mengesyaki  Soojung mungkin seorang perisik yang mana targetnya ialah Sehun. Kai mula berfikir. Kenapa Sehun? Sehun hanya pelajar universiti Seoul yang biasa. Malah kos yang dipilih juga dipilih oleh ratusan orang, kos undang-undang. Apakah yang dimiliki Sehun? Hartanya? Kai akui rakannya itu merupakan kalangan orang berada tapi ramai lagi manusia atau rakyat Korea yang kaya raya. Kenapa Soojung boleh memiliki pistol serta maklumat mengenai Sehun dan ayahnya?

Ayahnya? Kai lalu teringat akan fakta yang ayah Sehun ialah orang yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Korea Selatan dan merupakan orang yang paling rapat dengan Presiden. Kai lantas mencapai telefon pintarnya, mendail nombor Sulli. Namun dijawab oleh operator berulang kali.

“Baby, mana awak? jawablah”

            >>>

Soojung berjalan mundar mandir dalam biliknya sendiri. Dia memikirkan idea tentang bagaimana untuk meneruskan rancangannya. Dia harus buka akses pendrive tersebut. Tapi bagaimana? Pendrive tersebut hanya boleh dibuka  menggunakan komputer yang terdapat di bilik bacaan Oh Jae Hwan.  Tapi macam mana kalau ia palsu? Bagaimana kalau maklumat sudah dihapuskan? Adakah misinya akan gagal? Soojung harus segera. Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum tempoh misi ini akan berakhir. Soojung bercelaru. Dia menyumpah kerana mendapat misi yang susah. Dia takut gagal. Dulu dia pernah gagal ketika melakukan misi di Busan  tapi dia bernasib baik tidak dibunuh kerana dilindungi oleh Ejen 363. Adakah dejavu akan berulang?

Bunyi  loceng pintu menhentikan segala kecelaruan. Soojung kembali kosong. Dia bergegas mendapatkan seseorang di muka pintu. Seseorang yang sudah ditunggu dari tadi.

“Sehun shhi”, Soojung meluru memeluk lelaki itu sebaik pintu dibuka.

Sehun sedikit terperanjat tetapi masih menyambut pelukan gadis itu. “Kenapa ni?”, Sehun memegang, mendongakkan dagu Soojung sambil membetulkan anak rambut yang menutupi mata gadis itu. Dilihat mata gadis itu berkaca dengan air, adakah dia menangis?

Soojung hanya menggeleng sebagai respond dan terus merehatkan kepalanya pada dada Sehun, mendengar setiap degupan jantungnya, menhidu bau lembut aroma minyak wangi yang dipakai, merasai kelembutan fabrik baju yang tersarung di badan Sehun. Mereka kekal begitu lama beberapa minit sebelum Soojung menarik Sehun masuk ke dalam rumah.

“Kenapa awak lambat?”, soal Soojung sambil merehatkan diri di sofa, memasamkan muka. Entah kenapa dia rasa sedikit geram dan marah apabila Sehun datang lambat. Sudah jam 5:00 petang baru kelibat Sehun muncul.

“Maaf, saya ada kelas tengah hari tadi. Kelas baru je habis.”, balas Sehun mengambil tempat di sebelah Soojung. Riak di wajahnya serius. Dia juga geram dan marah kerana Soojung berlalu pergi dari rumahnya semalam tanpa memaklumkan apa-apa, malah gadis itu pergi berjumpa dengan lelaki bernama Lee Eunhyuk pagi tadi. Sehun akui dia cemburu dan dia nak Soojung tahu yang dia cemburu.

“Kenapa ni? Awak macam marahkan saya je?”, Soojung mengesyaki sesuatu berdasarkan riak wajah teman lelakinya.

Sehun hanya diam tidak membalas. Langsung tidak memandang wajah Soojung, memprotes dalam senyap.

“Sehun sshi? Kenapa ni?”, soal Soojung sekali lagi dan sekali lagi diendahkan oleh Sehun.

“Fine! Awak tak nak cakap!”, Soojung meletup dari dalam. Dia cuba bangkit bangun dari sofa sebelum Sehun menarik tangannya, kembali duduk. Sehun memegang pipinya dan menyerang bibir gadis itu. Soojung dapat rasakan Sehun yang ganas di sebalik ciuman itu. Soojung membalas ciuman itu perlahan-lahan, cuba mengajar Sehun apa itu ciuman sebenar. Kemudian lelaki itu mengalah, mengikut rentak teman wanitanya. Setiap gerakan bibir Sehun menciumnya membuatkan gadis Korea Utara itu menggigil dari dalam. Jantung mereka berdegup seiring.

     >>

“Dia dah berhenti kerja?!”

“Yup, pengurus Lee baru je maklumkan tadi. Dia mengagihkan tugas baru. Saya kena jaga kaunter dengan Sulli”, balas Seulgi, salah seorang pekerja di kafe tempat sama Soojung dan Sulli kerja.

“Habis tu, kenapa Sulli ekori dia?”, soal Kai lagi. Setelah beberapa kali gagal menhubungi teman wanitanya, Kai memutuskan untuk pergi ke tempat kerja Sulli. Malangnya gadis yang dicari itu tiada di kafeteria itu. Kai berasa bimbang. Sulli seolah hilang. Tiada pesanan juga ditinggalkan.

“Saya tak tahu. Sulli keluar ikut pintu belakang senyap-senyap, mengekori Soojung”, Seulgi memberitahu apa yang dia lihat.

Kai berasa hampa. Semua perkara seolah berlaku melawan kehendaknya. Dia yakin pasti ada sesuatu. Sesuatu yang Kai sendiri masih tidak dapat fahami.

   >>>

“Haish, kenapa susah nak kupas ni”, Sehun merungut. Sekali sekala dia mengetuk pisau pada papan potong, menunjukkan protesnya pada sayur tersebut. Nampaknya memasak bukanlah salah satu kepakaran anak muda itu. Dia menghadapi kesukaran mengupas kulit kentang seperti yang diarahkan Soojung. Sehun lantas berfikir bagaimana mamanya boleh menyukai bidang masakan? Sehun tidak faham bagaimana seseorng sanggup menghabiskan masa di dapur memasak. Sehun suka makan, tapi masak? Dia tolak jauh.

“Yah! Bukan macam tu caranya. Rosaklah kentang tu”, Soojung menegur sebaik melihat kentang yang dikupas oleh Sehun semakin mengecil. “Sayanglah kentang ni,jangan kupas kulit ni tebal sangat, nanti membazir buang isi kentang ni”

“Sayang?!”, mata Sehun membulat, merampas kentang dari tangan Soojung. “Awak sayang kentang ni?!”.

“Awak ni dah kenapa?”, Soojung merampas balik sayur tersebut dan menunjukkan cara yang betul mengupas kulit kentang.

“Soojung, awak pilih, saya atau kentang ni”, Sehun mencebik, memasamkan muka. Dia fikir perkataan sayang adalah emas untuk Soojung luahkan tapi tadi dengan mudah gadis itu memanggil kentang itu sayang. “Awak tak pernah panggil saya sayang pun”, Sehun menjuihkan bibir, merajuk.

“Sehun sshi, kentang ni untuk dimakan, awak manusia. Lain”, balas Soojung terus mengupas kulit kentang tersebut, berpura-pura tidak perasan muka merajuk Sehun. Dia sangat gembira dapat mengenali Sehun. Siapa sangka lelaki yang kacak, bakal penguam yang nampak kuat ni rupanya seorang yang kuat cemburu, malah dengan sebiji kentang.

“Tak kira! Pilih! Saya atau kentang ni”, Sehun berdegil. Apron masih tersarung dan sup sedang mendidih.

“Baiklah, saya pilih awak”, Soojung mengalah. Dia segera potong  basuh sayur tersebut lalu dimasukkan dalam periuk. Dia berusaha menyembunyikan senyumannya. Perlahan-lahan Soojung mengacau sup yang sedang mendidih atas api itu.

Sehun gembira, setidaknya dia tidak kalah pada sebiji kentang. Dia memeluk Soojung dari belakang, merehatkan dagunya pada bahu gadis tersebut. Aroma lembut rambut Soojung menyinggah di hidungnya.  Sehun memegang tangan Soojung, turut mengacau sup itu bersama.

“Siaplah kau kentang, nanti aku makan kau sampai habis”.

           >>

Sehun memberhentikan kereta  bersebelahan kereta milik kawannya. Dia melihat Kai sedang berdiri menunggu di luar kereta. Suasana di tepi jalan itu sedikit sunyi berbanding ketika hari siang. Gerai kuih ikan yang berada berdekatan juga sudah ditutup. Bangunan rumah di sekitar juga sudah gelap, menandakan yang penghuni dalamnya sudah tidur.

“Kenapa nak jumpa aku tengah malam ni?”, soal Sehun sebaik keluar dari perut kereta, menhampiri Kai. Kereta dibiarkan tidak berkunci.

“Sehun ah, aku nak tanya kau pasal Sulli, ada nampak dia? Ada dia hubungi kau?”, rakannya itu membalas dengan soalan.

“Sulli?, Sehun diam sejenak, mengimbas ingat hari siangnya sebelum menjawab, “Takdelah pula, kenapa? Sulli buat hal ke?”

Sehun tidaklah begitu rapat dengan Sulli, hanya sekadar kawan baik teman lelaki gadis itu. Sulli dikenali dengan sifat yang ceria dan murah dengan senyuman. Sulli sememangnya seorang gadis yang comel dan Sehun tidak boleh menafikan fakta itu. Namun kadang kala Sulli juga nakal dan suka mengusik orang, malah Sehun juga sering dikenakan. Gurauan manja. Sehun suka apabila gadis bergurau manja dengannya.  Kadang kala Sehun berharap Soojung juga seperti Sulli,Sehun juga mahu Soojung bergurau manja dengannya sama seperti mana Sulli lakukan pada Kai.

“Sulli hilang. Dah puas aku cari merata. Kakak dan abang dia pon tak jumpa dia. Kami dah cuba hubungi dia tapi gagal dikesan”. Jelas kelihatan cemas di riak wajah Kai. Dia betul-betul risau akan keadaan Sulli yang hilang tanpa berita.

“Hilang?!”, Sehun terperanjat. “Betul- betul hilang? Macam mana boleh hilang?”

“Cuba kau tanya Soojung, mungkin dia ada jumpa Sulli dan tahu apa-apa berkaitan kehilangan Sulli ni”

“Tak. Soojung tak jumpa Sulli rasanya. Lagipon aku baru balik dari tempat dia. Soojung tak cakap apa-apa pasal Sulli pun.”

“Kau yakin? Budak kat kafe cakap dia nampak Sulli ekori Soojung lepas dia berhenti kerja.”

“Soojung berhenti kerja? Kenapa Sulli ekori dia?”, beberapa persoalan mula muncul di benak fikiran Oh Sehun.

“Kau tak tahu  yang teman wanita kau tu dah berhenti kerja? Mungkin ada banyak perkara lagi kau tak tahu”, tutur kata Kai seolah cuba mendedahkan sesuatu tapi dalam nada sindiran.

Sehun mula mencurigai sesuatu. Seolah ada yang kawan baiknya itu rahsiakan. Sesuatu yang mungkin berkaitan dengan dirinya sendiri. Sehun berasa tidak sedap hati. Segala perasaan gembira  ketika dia makan malam di rumah teman wanitanya tadi kini berganti tukar dengan perasaan risau dan bimbang. Adakah perkara buruk akan berlaku.

 “Apa maksud kau?”

“Kau tak tahu yang Soojung berhenti kerja, jadi kau pun mungkin tak tahu yang Soojung tu perisik”

“Perisik? Soojung perisik?”,soal Sehun kehairanan. Perkataan perisik ialah perkataan yang jarang digunakan dalam kamus hidupnya. Sehun betul –betul tidak faham apa yang Kai cuba sampaikan.

“Yah, Kim Jong In, apa kau merepek ni?”

“Aku dan Sulli syak teman wanita kau tu ialah seorang ejen rahsia. Perisik. Sulli ada nampak pistol masa berada di rumah Soojung dan aku yakin Soojung telah menangkap Sulli kerana risau rahsianya akan terbongkar. Soojung hanya gunakan kau Sehun sebab ayah kau orang yang rapat dengan Tuan Presiden”, Kai akhirnya meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Perkara yang masih lagi tidak ketahui kebenarannya tapi Kai yakin teorinya benar.

Sehun ketawa kecil. “Apa kau merepek pasal perisik tiba-tiba nak libatkan ayah aku pulak ni? Soojung ada pistol? Aku pernah masuk rumah dia beberapa kali, tak de nampak pistol pon. Kau jangan nak menuduh sebarangan. Jangan nak burukkan Soojung depan aku”, Sehun bertukar serius.

“Kau tak percaya aku? Sulli sendiri cakap dia nampak Soojung simpan dua pucuk pistol dan maklumat penuh pasal kau dan ayah kau. Sulli yakin yang Soojung targetkan kau. Mungkin dia akan bunuh kau bila tiba masanya nanti. Lagipon Sulli kali terakhir dilihat ialah masa dia ekori Soojung. Aku yakin yang Soojung tangkap Sulli. Tolong percaya cakap aku, Sehun ah. Aku tak rasa perempuan yang konon dari Manhattan tu baik. Kau tak pelik ke yang dia kerja di kafeteria biasa tapi mampu miliki kereta dan apartmen mewah? Sehun ah, tolonglah sedar”

“Apa kau cakap ni? Aku tak faham. Soojung teman wanita. Aku tahu dia tak berbohong. Dia pasti ada sebab macam mana dia boleh ada kereta dan apartment tu.”, Sehun mengetap bibir. Tidak dapat mempercayai kata-kata Kai. Kawan baiknya itu kelihatan seperti seorang yang asing buat seketika. Tidak mungkin gadis seperti Soojung ialah serang ejen rahsia. Tidak masuk dek akal. “Kau ada bukti ke yang Soojung tu perisik? Hah? Soojung tangkap Sulli? Soojung bersama aku tadi, bila pula dia boleh tangkap Sulli?!”

“Kau tak tahu apa yang Sulli tahu! Aku yakin! Sekarang ni aku risau sangat dengan Sulli. Dia hilang!”

“Aku tak risau?! Aku juga risau kalau ada apa-apa berlaku pada Sulli tapi tak perlulah kau nak menuduh Soojung!”

Mereka saling menengking antara satu sama, memecahkan kesunyian kawasan kejiranan tersebut. Masing-masing menahan buku lima mereka.

Kai meraup mukanya. “Sehun, aku panggil kau bukan nak ajak gaduh”

“Dah? Dah habis cakap? Aku nak balik”, Sehun kembali pada keretanya, beredar meninggalkan Kai keseorangan di tepi jalan itu.

“ARGH!!”, Kai melepaskan geram menendang tayar keretanya sendiri.


*rasa down giler sbb poster asal crita ni hilang..lenyap? ergh..trpakse request baru.. see..new poster up! 
*kepada Amerul, andai awak dh baca sampai tahap ni, please, jgn gelakkan saya.. 
*Uh Oh, agaknya apa akan jdi pada Sulli? be prepare.. and rasa tulis part Sekai bgaduh tu. n part Ki** tu.. malu nye!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
13/8.. sikit je lagi..

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 16: Anyeong saya baru habis baca fanfiction ni sriously banyak betol feels saya dpt T.T
inaequanimous
#2
Chapter 2: New readers here huhu sestal shipper here \○/
Emmy_Kpopers
#3
Chapter 16: huwaa.. TT^TT dah habis... sob sob..
Anyway, congrats and thanks sesangat2 kpd author-nim krne buat citer camni. Best kut,, romance-action,, dlm malay lg tuh! wkwk xD
#Alamak_Dah_Tersuka_Sestal_Lah_Pulak !! xP
Eum.. Author-nim~ Sequel juseyong~ *puppy eyes*
ChanBaekLu #4
Chapter 16: Ain-ie eonnie!! Fighting!!!!bestlah cerita eonnie ni!!sambunglah cerita ni~~*puppy eyes* buat Kerana Cinta 2 please??~~^^
mieyhyun
#5
Chapter 16: wah kak ain daebaklah... saya teringat bila kak ain post kat blog macam mana nak buat ending cerita... tp saya tak sangka pulak kak ain buat ending macam ni.. *mental breakdown kejap*.. kak ain, saya betul2 speechless sekarang ni... mula2 saya pun bengang dengan Eunhyuk, ingatkan dia tu jahat sesangat.. tp rupa2nya dia cheonsa... saya mati2lah ingat Sehun dah mati.. baru nak nangis.. tp bila dia terpisah dengan Soojung lepas tu hilang ingatan, makin sedih pula rasanya... kesian Soojung, mesti dia fikir Sehun betul2 dah tak de..
apapun kak ain, ending cerita memang bestlah.. dan tak cliche... saya harap kak ain boleh buat cerita yang best macam ni lagi.. :) fighting kak ain!!
nanamail #6
Chapter 16: Tahniah author-nim btw nk sequel boleh ? Daebak lah citerrr ni !
Song_Raein #7
Chapter 16: tahniah author-nim! Sbb dah complete cte ni.. Ohoho.. Nk sequel boleh? Hehe
galaxy_here
#8
Chapter 15: sequel please ^^