part 9
Jadikan Saya Sebagai AlasanWajah ceria Kim Taeyeon masih tersemat di kotak memori Baekhyun. Dia melihat setiap helaian album gambar lama itu. Enam tahun. 6 tahun dia hidup tanpa Taeyeon di sisinya. Dia sangka dia tak mampu hidup jika tiada Taeyeon sebagai sokongan dan dorongan tapi kini dia masih bernafas dengan setiap saat dia merindui isterinya. Dia rindukan Kim Taeyeon.
“Papa”, Hana menjengah di muka pintu bilik ayahnya, Baekhyun segera menyeka air matanya.
“Kenapa tak tidur lagi?”, soal Baekhyun, dia langsung tidak menoleh melihat anaknya.
“Papa marah Hana ke?”, anak kecil itu memeluk sayu anak patung teddy bearnya yang hampir sama besar dengan dirinya.
Diam. Tiada jawapan dari Baekhyun. Dia tidak mahu bercakap dengan anak perempuannya.
“Hana minta maaf”,ujar anak kecil itu. “Hana tak sangka yang Hana buat papa teringatkan Mama..Hana tak sengaja.. Hana cuma nak tunjukkan kat papa Cik Taeng sebab dia layan Hana dengan baik kat tadika. Dia selalu teman Hana main. Hana pun baru tahu yang nama dia sama dengan mama Hana. Tadi pun masa ….
“Hana!”, Baekhyun meninggikan suara memeranjatkan anak kecil itu.
“Jangan cakap pasal dia lagi,pergi masuk tidur”, ujar Baekhyun lalu mematikan suis lampu di sebelah katilnya. Dibiarkan Hana berseorangan di depan pintu bilik gelap.
Air mata mengalir perlahan di pipi anak kecil itu, tanpa sebarang bunyi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
“Ssshhhut”
“Awak dah giler?! Hari ni Cikgu Muscle bertugas, kalau dia tahu, mampus kite berdua”,ujar Baekhyun keresahan. Dia tidak menyukai idea Taeyeon mengajaknya ponteng sekolah,terutama pada hari ni.
“Ssshut”,Taeyeon meletakkan jari telunjuk di bibirnya sebagai isyarat supaya Baekhyun berhenti bercakap. “Bising betul mamad ni”, bisik hati kecil Taeyeon.
Baekhyun menggeleng kepala tanda protes. Dia risau Cikgu Kim Jongkook akan menangkap mereka berdua nanti, nescaya teruk hukuman yang dikenakan. Baekhyun enggan membayangkan.
“Saya lompat dulu, lepas tu awak campak beg saya dan awak, kemudian baru awak lompat sekali”, gadis cilik itu merancang strategi. Terhendap-hendap mereka berjalan ke arah pagar belakang sekolah.
“Macam mana kalau kita kantoi?”,soal teman lelakinya yang resah.
“Janganlah kantoikan!” tegas Taeyeon.
Taeyeon kemudian cuba memanjat pagar konkrit itu. Walaupun pagar itu lebih tinggi dari dirinya tapi Taeyeon gigih mengatasinya. Dia melompat ke bahagian luar pagar. Baekhyun pula memerhatikan keadaan sekeliling sedang teman wanitanya memanjat. Dia berharap cikgu Kim Jongkook itu berada di kantin pada saat itu.
“Baekhyun ah~ campak beg cepat”, ujar Taeyeon dari sebe
Comments