part 19

Jadikan Saya Sebagai Alasan
Please Subscribe to read the full chapter

Kim Taehee memegang erat foto gambar adiknya. Foto gambar lain pula disusun rapi kabinet hiasan bilik itu. Konsep inggeris lama jelas disukai oleh Puan Kim memandangkan biliknya dihiasi menggunakan barang antik British. Gambar kedua-dua anak perempuannya juga memenuhi ruang.

“Mama, macam mana ni? Kita tak boleh biarkan Taeyeon dengan anak peniaga sayur tu. Taeyeon pasti hidup tak bahagia”, Taehee meluahkan kebimbangan di hati.

“ya. Kita perlu lakukan sesuatu”, ulas Puan Kim sambil bermain dengan cincin permata di jarinya. Otaknya ligat mencari idea.

“Tapi macam mana? Taeyeon dah berkahwin dengan si Baekhyun tu. Dia ingin terus duduk di rumah mereka”

“biarkan Taeyeon tinggal bersama suaminya. Mama tak nak budak lelaki tu tinggal di rumah Mama ni”

“habis tu? Nak biarkan saja Taeyeon tinggal di rumah buruk tu? Mama nak mengalah?”

“Jangan risau Taehee”,Puan Kim memujuk anak sulungnya itu. “Mama ada rancangan mama tersendiri, buat masa ni, mama nak kamu siapkan satu dokumen palsu”

“dokumen palsu? Nak buat apa?”

Senyuman sinis terukir di bibir Mama Kim Taeyeon. “rancangan Mama la”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“nombor yang anda dail tidak…..”

Taeyeon rasa ingin menyumpah. Kenapa Baekhyun tak angkat panggilan telefon? Dia ke mana? Taeyeon cuba mendail nombor suaminya sekali lagi, namun telefon Baekhyun dimatikan. Di mana Baekhyun saat Taeyeon memerlukannya?

Taeyeon memegang perutnya. Dia berasa sangat sakit. Dia mungkin akan melahirkan anaknya bila-bila masa saja. Taeyeon mengerang kesakitan. Dia perlukan Baekhyun saat ni tapi lelaki itu belum pulang dari sekolah. Ibu bapa mertuanya juga belum pulang dari pasar manakala kakak iparnya Boram keluar ke bandar. Taeyeon rasa sakit yang teramat.

Dia mendail memanggil nombor Baekhyun beberapa kali dan operator yang sama juga menjawab setiap kali.

“aaahhhkkk!!”, Taeyeon menjerit kesakitan. Peluh membasahi badannya. Dia tiada pilihan lain. Taeyeon mendail nombor lain.

“hello? Akak! Tolong Taeyeon!”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“Baekhyun!”,seorang pelajar perempuan memanggil Baekhyun.

 

“nah~”, Yuna menyerah beg kertas yang berisi pakaian kepada Baekhyun. “hadiah untuk awak dan Taeyeon”

“apa ni?”, Baekhyun ingin tahu.

“set baju bayi”,ujar Yuna tersenyum. “harap nanti bayi yang dilahirkan sihat dan comel macam Taeyeon”

“terima kasih Yuna. Taeyeon mesti gembira kalau dapat tahu yang awak beri hadiah ni”

“sampaikan salam rindu saya pada dia”, ujar Yuna menunduk sebelum beredar.

Baekhyun senyum lega. Setidaknya rakan sekelas Taeyeon masih ingatkan dia. Baekhyun melihat jam di tangan. Jam 6:30 petang. Dia kesian Taeyeon menunggu lama di rumah. Baekhyun bergegas pulang.

Setibanya di depan rumah, Baekhyun lihat Boram di depan pintu. Dari gaya pemakaian perempuan itu, Baekhyun tahu kakaknya itu baru pulang dari bandar.

“kamu pergi mana?”,soal Boram sebaik Baekhyun sampai. Celak di matanya sedikit comot tanda dia baru lepas menangis.

“akak jangan sibuk hal saya, tadi saya ada kelas petang”, jawab Baekhyun acuh tak acuh.

“kenapa akak call kamu tak angkat? Akak risau sangat”, Boram bertanya , menahan tangan adik lelakinya.

“Phone saya mati”, jawab Baekhyun sambil menepis tangan Boram. “tak payah nak risaukan saya! Risaukan pasal diri sendiri tu dulu”

“Taeyeon”

Baekhyun menoleh sebaik nama itu disebut kakaknya. “kenapa dengan isteri saya?”

“dia tinggalkan memo, rasanya dia dah berada di hospital sekarang ni, mungkin dah sampai masa dia nak bersalin”,ujar Boram separuh risau sambil menunjukkan memo kecil yang ditemui di ruang tamu ketika dia pulang rumah tadi. Dia rasa menyesal kerana tinggalkan Taeyeon sendirian.

Baekhyun merampas kertas memo itu.

‘saya ke hospital’, dia membacanya.

Baekhyun mengenggam renyuk kertas itu. Dia tahu itu bukan tulisan Taeyeon. Baekhyun segera menyarung kasutnya semula dan menahan teksi.

“encik nak ke mana?”

“Hospital Seoul”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Selepas beberapa jam menahan kesakitan akhirnya suara bayi menghentikan seksaan Taeyeon. Dr.Shim Seungwoo menyambut bayi tersebut. Taeyeon lenjun dibasahi peluh. Kakaknya berada di sisinya.

“Taeyeon..kamu dapat anak perempuan”ujar Taehee, memegang erat tangan a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
8/8 sye edit semula, semua ksalhn tatabhasa n ejaan yg ade,, hee,,

Comments

You must be logged in to comment
baekyeon12 #1
Chapter 21: omo~so daebakkk!! best la..nanti unnie buat la lagi...
sabrinaadawiyah #2
Chapter 21: Chapter 20: Baru hbes baca.. Author-nim!! Igeon fanfic jeongmal daebak!! Buat la lgi!!! ^_^
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahh cite dia ni
ren16zaizen
#4
Chapter 21: Yeay, dah abih baca!!!
Rasa macam baca novel pendek pun ada..heheh
Best arr cite ni.. *thumb up*
Teruskan usaha anda. Fighting!
love_baekhyun95 #5
Chapter 16: Omg! Bez giler! Saya mmg ship sgt BaekYeon ^^ due2 bias sye, hehehe, Baekhyun my hubby, kekeke, ur ff mmg daebak la!! Saya baca dlm sehari je, hehehe, buat la lgi ff baekyeon please ^_^ bez sgt, love ur ff, hihihi
MonsterZ #6
Chapter 21: best fanfics niey ... (Y)
allya_safia #7
Chapter 21: Woah~~~
This story is really-ii DAEBAK
Neomu neomu daebak!
Best gile cite ni
Saye x tau nk komen ap lgi tapi ff ni srs ckp best!
Baekyeon~~!!
Keep calm
And
Support
Baekyeon
♡♡♡
choco_chim
#8
Chapter 21: best lah ff ni author-nim..!
daebak!baru first time writing dah boleh ff yang gile gila mantap nie?
btw..gud luck for your other fics..jiayou!~ //wink//
k_nana #9
*I meant first-time writing BaekYeon fic