part 2

Jadikan Saya Sebagai Alasan
Please Subscribe to read the full chapter

Bam. Baekhyun melentangkan dirinya di atas katil. Ditenungnya ke atas siling putih yang kosong. Sedikit keluhan kecil kedengaran di hujung bibirnya. Buku teks Ekonomi dan Pengajian Perniagaan dicampak ke tepi. Dia teringatkan kawannya Suho dan Yoseob. Mesti mereka berdua sedang belajar dalam kumpulan bersama rakan-rakan yang lain. Hati kecil Baekhyun menjerit ingin ikut serta bersama mereka. Belajar dalam suasana yang gembira dan tidak tertekan. Namun dia tidak sampai hati meninggalkan Taeyeon keseorangan di rumah  tambahan pula dalam keadaannya berbadan dua.  Kakak Taeyeon, Kim Taehee sedang bekerja, begitu juga ibunya Puan  Soomi. Taeyeon membesar dalam keluarga yang berada. Meskipun kehilangan ayah sejak kecil, Taeyeon jarang menghadapi masalah dalam hidup. Apa sahaja kemahuannya akan dituruti oleh ibu dan kakaknya. Taeyeon merupakan orang kesayangan keluarganya.

“Anak mama jangan jadi seperti papa tau, malas nak study”

Baekhyun memaling ke  arah pintu , melihat kelibat Taeyeon muncul bersama segelas jus oren di tangan. Perutnya sudah kelihatan dan makin membesar, seolah-olah diletakkan sebiji belon dalam bajunya.

“Nah air” Taeyeon menghulurkan.

“Terima kasih”, sambutnya

“Dah give-up?”,Taeyeon bertanya, mendekati suaminya yang terbaring atas katil.

Jus tidak diminum dan diletakkan di tepi. Tidak menjawab soalan Taeyeon, Baekhyun cuba mengusap perut isterinya yang kini hamil 7 bulan.

“Ouch!”, Taeyeon menjerit kecil

Terkejut. Baekhyun bingkas bangun duduk dan mengamati isterinya . “Kenapa? Sakit?”, soalnya bimbang.

“Hehe.. Gurau je. Tak rasa apa-apa pon” Taeyeon ketawa kecil melihat reaksi suaminya itu

“Haish” Baekhyun mengeram.

“Suka sangat kenakan saya~” , dia mencubit manja pipi gebu isterinya

“Hey!” Taeyeon menbentak. “Tak baik cubit orang mengandung tau, sakit anak dalam kandungan ni” mukanya masam.

“Eleh” Baekhyun membuat muka, tidak mempercayai onahan Taeyeon.

“Kalau dapat anak nanti, awak nak namakan apa?”, Baekhyun mengubah topik, kembali ke posisi baringnya semula.

Dilihatnya Taeyeon berfikir sejenak kemudian berkata “ kalau anak lelaki ,Hyunjoo dan kalau anak perempuan pulak, Hana”,Taeyeon tersenyum. “ Byun hyunjoo atau Byun Hana”

“Amboi, tak tanya pendapat saya pon”, Baekhyun mencebik, dia tidak setuju dengan isterinya.

Taeyeon merapati suaminya dan baring di sebelah. Dilihatnya Baekhyun dari pandangan sisi. Baekhyun mungkin bukan pelajar paling kacak atau paling pandai di sekolah mereka tapi cukup ramai pelajar perempuan menyukainya. Taeyeon kadang kala teruja kerana dapat menjadi isterinya dan apatah lagi sekarang mengandungkan anaknya.

“Kalau macam tu, awak nak beri nama apa?”, soal Taeyeon, pandangannya masih terhadap Baekhyun.

“Kalau saya, anak perempuan nak namakan dia Byun Hana dan kalau anak lelaki pula saya nak namakan Byun Hyunjoo.”, Baekhyun ketawa kecil. “Sedapkan nama tu”

“Haish awak ni.. main-main pulak, tiru jawapan saya”

“Tapi kan kalau ada anak nanti, saya nak muka dia ikut macam awak dan sifatnya ikut saya, baru la boleh ngam, serasi, boleh kongsi minat yang sama.”

“Kenapa pulak? Kenapa pulak harus sama sifat dengan awak?”

“ Ye lah, saya ni kan muka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
8/8 sye edit semula, semua ksalhn tatabhasa n ejaan yg ade,, hee,,

Comments

You must be logged in to comment
baekyeon12 #1
Chapter 21: omo~so daebakkk!! best la..nanti unnie buat la lagi...
sabrinaadawiyah #2
Chapter 21: Chapter 20: Baru hbes baca.. Author-nim!! Igeon fanfic jeongmal daebak!! Buat la lgi!!! ^_^
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahh cite dia ni
ren16zaizen
#4
Chapter 21: Yeay, dah abih baca!!!
Rasa macam baca novel pendek pun ada..heheh
Best arr cite ni.. *thumb up*
Teruskan usaha anda. Fighting!
love_baekhyun95 #5
Chapter 16: Omg! Bez giler! Saya mmg ship sgt BaekYeon ^^ due2 bias sye, hehehe, Baekhyun my hubby, kekeke, ur ff mmg daebak la!! Saya baca dlm sehari je, hehehe, buat la lgi ff baekyeon please ^_^ bez sgt, love ur ff, hihihi
MonsterZ #6
Chapter 21: best fanfics niey ... (Y)
allya_safia #7
Chapter 21: Woah~~~
This story is really-ii DAEBAK
Neomu neomu daebak!
Best gile cite ni
Saye x tau nk komen ap lgi tapi ff ni srs ckp best!
Baekyeon~~!!
Keep calm
And
Support
Baekyeon
♡♡♡
choco_chim
#8
Chapter 21: best lah ff ni author-nim..!
daebak!baru first time writing dah boleh ff yang gile gila mantap nie?
btw..gud luck for your other fics..jiayou!~ //wink//
k_nana #9
*I meant first-time writing BaekYeon fic