part 14

Jadikan Saya Sebagai Alasan
Please Subscribe to read the full chapter

Baekhyun berlari. Bergegas pulang. Dia risau jika ada apa-apa terjadi pada isterinya. Laju dia menanggalkan kasut sebaik sampai di rumah. Dia melihat di ruang tamu. Tiada. Di dapur. Tiada. Di beranda. Tiada. Lalu dia ke bilik air.

“woi, masuk tak ketuk pintu”, Taeyeon yang berada dalam bilik air, terkejut.

“awak tak apa-apa?”,Baekhyun bertanya sambil dia meletakkan tangannya di atas dahi Taeyeon, disentuh rasa suhu badannya. Normal.

“saya tak apa-apa”, Taeyeon mengalihkan tangan laki tu.

“betul? Boram hantar mesej,dia kata dia dengar awak muntah-muntah, bunyi macam teruk”

“muntah tu biasa ah di awal kandungan, saya rasa loya tekak je..saya ok”

“betul? Muntah biasa je? Tak demam?”

Taeyeon mengeluh kecil. “Byun Baekhyun.. saya tak apa-apa,,,dah sekarang pergi sambung study group awak tu, ulangkaji subjek sains, awak tu dah la lemah bab locomotion and support. Minta tunjuk ajar si Namjoo tu”

“ye la.. tapi kalo awak perlukan apa-apa, beritahu saya”

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

“ha! Buka pon”, Baekhyun  memberhentikan kereta di depan sebuah kedai makan.

“restoran sup tulang”, taeyeon membaca papan tanda nama yang terbentang luas di depan kedai itu.

Mereka berdua masuk ke dalam. Tidak ramai pelanggan waktu itu memandang jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Baekhyun menarik kerusi memberi ruang untuk isterinya. “duduklah”

“terima kasih”, ujar taeyeon menyelesakan diri. Mereka berdua duduk di meja bahagian tengah. Taeyeon memandang sekeliling. Terdapat seorang pelajar lelaki masih lagi beruniform sekolah duduk di meja sudut hujung restoran itu, sedang mengulang kaji. Buku dan nota kertas ditulis pelbagai warna bersepah atas meja.

“ahjumma! Sup tulang dua mangkuk”

“satu je!”, taeyeon mencelah.

“satu je? Saya mkn banyak tau”, dahi Baekhyun berkerut.

“ye, takpe, saya makan sikit”,ujar Taeyeon tersenyum.

Baekhyun mengangguk. Dituruti saje kemahuan isterinya. Diletakkan tangan di atas meja  dan menyilangkan antara jari-jarinya sebelum memulakan perbualan.

“awak ok? Tadi dalam telefon, awak nangis cakap awak mimpi buruk…mimpi apa?

Taeyeon tidak menjawab. Anak matanye tetap pada pelajar yang dilihat tadi, tidak menyedari soalan lelaki yang berada di depannya itu.

“Kim Taeyeon~”, Baekhyun memegang tangan perempuan itu.

“ha? Awak cakap apa tadi?”, sentuhan tangan Baekhyun yang sejuk menyedarkan Taeyeon.

Baekhyun melihat pelajar itu, apa yang begitu menarik perhatian Taeyeon?

“rasanya pelajar tu sedang sibuk membuat nota. Mungkin peperiksaan pertengahan tahun tak lama lagi”, Baekhyun teringat dia juga pernah berada dalam situasi yang sama. Tidur lewat, belajar hingga pagi, semuanya dilakukan bertungkus lumus untuk mengejar gred yang bagus. Dia ingin dapatkan pencapaian yang cemerlang agar dapat kerja yang lumayan supaya dia dapat menampung Taeyeon yang sedang mengandung ketika itu.

“uniform yang pelajar tu pakai”, Taeyeon menyuarakan apa yang menarik perhatiannya.

“uniform? Oh~ Itu pakaian seragam sekolah menengah Tinggi Anyang. Sekolah kita dulu”, Baekhyun menjawab persoalan Taeyeon.

“sekolah kita dulu?” soal Taeyeon. Seingatnya kakaknya memberitahu yang dia dulu bersekolah di Seoul.

“ye, sekolah kita dulu. Tempat kita belajar dan kenal satu sama lain”, jawab Baekhyun lantas teringat kenangan pahit manis di sekolah menengah. Zaman persekolahan sememangnya saat terindah dalam hidup.

Taeyeon sedikit keliru. Jawapan Baekhyun berbeza dengan jawapan Taehee.

“baekhyun…. Saya berumur 25 tahun, Hana enam tahun, jadi… adakah saya mengandungkan Hana semasa saya…… 19 tahun?, Taeyeon cuba menggali  cerita lamanya. Dia tidak mahu terus bingung. Biarpun dia hilang ingatan, seseorang perlu mengingatkan dia semula.

Baekhyun tidak pasti bagaimana nak menjawab. Dia rasa bersalah atas apa yang berlaku  pada Taeyeon.

“emmm… ya. Masa awak mengandungkan Hana, umur awak baru 19 tahun. Kita terlanjur dan awak terpaksa berhenti sekolah”

“kita terlanjur?”, Taeyeon tidak menyangka.

“maafkan saya.. malam tu saya jadi ‘serigala’ dan tak mampu kawal diri.. saya minta maaf”

Kenapa dengan mudah dia menyerahkan maruah daranya pada Baekhyun?  Kenapa Baekhyun yang menjadi pilihannya? Adakah dia rela tatkala Baekhyun cuba menyentuhnya?Adakah dulu dia seorang gadis yang liar? Tapi Taeehee memberitahu yang dia adalah gadis yang sopan. Taeyeon bingung.

“takpe.. bukan salah awak sorang.. saya terlibat sama”, keluh Taeyeon

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
8/8 sye edit semula, semua ksalhn tatabhasa n ejaan yg ade,, hee,,

Comments

You must be logged in to comment
baekyeon12 #1
Chapter 21: omo~so daebakkk!! best la..nanti unnie buat la lagi...
sabrinaadawiyah #2
Chapter 21: Chapter 20: Baru hbes baca.. Author-nim!! Igeon fanfic jeongmal daebak!! Buat la lgi!!! ^_^
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahh cite dia ni
ren16zaizen
#4
Chapter 21: Yeay, dah abih baca!!!
Rasa macam baca novel pendek pun ada..heheh
Best arr cite ni.. *thumb up*
Teruskan usaha anda. Fighting!
love_baekhyun95 #5
Chapter 16: Omg! Bez giler! Saya mmg ship sgt BaekYeon ^^ due2 bias sye, hehehe, Baekhyun my hubby, kekeke, ur ff mmg daebak la!! Saya baca dlm sehari je, hehehe, buat la lgi ff baekyeon please ^_^ bez sgt, love ur ff, hihihi
MonsterZ #6
Chapter 21: best fanfics niey ... (Y)
allya_safia #7
Chapter 21: Woah~~~
This story is really-ii DAEBAK
Neomu neomu daebak!
Best gile cite ni
Saye x tau nk komen ap lgi tapi ff ni srs ckp best!
Baekyeon~~!!
Keep calm
And
Support
Baekyeon
♡♡♡
choco_chim
#8
Chapter 21: best lah ff ni author-nim..!
daebak!baru first time writing dah boleh ff yang gile gila mantap nie?
btw..gud luck for your other fics..jiayou!~ //wink//
k_nana #9
*I meant first-time writing BaekYeon fic