part 12
Jadikan Saya Sebagai AlasanBaekhyun mendongak memandang rumah banglo yang terbina luas dan besar itu. Dia berasa kecil.
“baekhyun ah~”, Taeyeon memujuk teman lelakinya “marilah jumpa mama dan kakak saya”
Beberapa minit kemudian, Baekhyun mendapati dirinya duduk melutut di hadapan mama dan kakak teman wanitanya. Ruang tamu yang besar dihiasi dengan konsep inggeris moden. Kelihatan potret gambar Taeyeon dan keluarganya yang tesergam indah di dinding ruang itu, di mana Taeyeon, kakak, dan ibunya senyum memandang kamera. Baekhyun takut. Dia tidak mahu menghancurkan kebahagiaan dan keselesaan yang Taeyeon miliki sekarang. Dia tidak rasa mampu membelikan semua barang mewah yang dimiliki gadis itu.
“tolonglah mama, bagilah restu dan kebenaran untuk kami berkahwin”, rayu Taeyeon melutut di hadapan ibunya. Wanita berhati batu itu sedikit pun tidak senyum. Bajunya mewah, barang kemas yang dipakainya juga berat, rambutnya didandan kemas, dan bibirnya dicalit gincu merah. Baekhyun mula membandingkan wanita itu dengan ibunya jauh berbeza dengan ibunya yang hanya memakai baju biasa, jarang berdandan apatah lagi memliki barang kemas.
“tapi kenapa lelaki ini?! Dia tak layak untuk kamu,! Kenapa kamu serahkan maruah kamu kepada budak hingusan ni?!”,dalih Puan Kim. Jelas dia tidak sukakan pilihan hati anak bongsunya itu.
Taehee yang duduk bersebelahan ibunya juga berpendapat yang sama. Dia memandang Baekhyun tepat. Dengan baju uniform yang tidak berjenama, stoking yang lusuh, dan penampilan yang tidak kemas jelas menunjukkan yang Baekhyun bukan dari golongan seperti mereka. Baekhyun merasa tidak sedap hati ditenung oleh kakak teman wanitanya. Dia tahu dia pasti mendapat markah rendah jika dinilai dari segi penampilan dan kedudukan. Ibu bapanya hanya bekerja sebagai peniaga sayur di pasar minggu.
“Baekhyun cintakan saya! Baekhyun dah janji untuk bertanggungjawab dan menjaga saya dan anak kami,saya percayakan dia... tolong lah mama~”
Taehee memegang bahu Taeyeon,cuba meyakinkan adiknya. “cinta tak bawa ke mana, dia tak layak untuk kamu, apa dia nak bagi kamu makan nanti? Sayur?”, Taehee menggeleng-geleng tidak inginkan perkara yang buruk berlaku kepada adik kesayanganya.
Mengalir air mata Baekhyun. Jelas dia dihina.
“Baekhyun akan belajar, smentara saya menjaga anak kami, Baekhyun akan dapat kerja yang baik dan dia pasti boleh menampung kehidupan kami semua”, jelas Taeyeon. Tetap dengan pendiriannya.
Dilihat Baekhyun hanya mendiamkan diri , tertunduk, tidak berani mengangkat kepala dan tidak bersuara. Dia tahu dia tidak layak untuk Taeyeon tapi jauh di dalam hatinya dia sangat mencintai gadis itu.
“Baekhyun ah~ cakap lah sesuatu, cakap pada mama saya janji-janji awak”
“baekhyun ah~” Taeyeon mengoncang badan baekhyun. Dia harap teman lelakinya itu mampu menyakinkan keluarganya. Dia tahu Baekhyun sedikit takut tapi dia mahu Baekhyun tampak berani di depan mama dan kakaknya.
“sa…saya akan bertanggungjawab… sa saya akan jaga Taeyeon dan anak kami… sebaiknya”, suara Baekhyun ketar dan perlahan.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
P
Comments