Make Them Smile!!!

My Guardians Is A Vampire!

" Tuan puteri berehat la secukupnya. Kami pergi dulu ". Hongbin dan ahli-ahi Vamps memberi tunduk hormat kepada Layra dan berlalu pergi meninggalkan dirinya di hadapan bilik barunya. Layra yang masih lagi belum hilang malu hanya mengangguk perlahan. Benda yang Hongbin kata tadi masih lagi bermain dalam fikirannya. Betul ke semua tu? Haihh.. entah lah. Layra memberi tunduk hormat kepada mereka semula lalu biarkan mereka berlalu pergi. Layra mengeluh perlahan. Layra pusing menghadap pintu bilik barunya. Lalu mengumam perlahan " Tak boleh ke kalau diaorang senyum sikit..? Macam robot.. ". Perlahan tombol pintu itu dipulas lalu Layra pun masuk ke dalam bilik barunya.

       Layra terpegun! itulah bilik dia dirawat oleh mereka dulu. Cuma kali ini perabot dan juga hiasan telah ditukar. Begitu juga dengan warna dinding! " Wow.. Boleh tahan~ ".

       Layra letak bagasi nya ke bawah lalu mula berjalan sekeliling bilik itu. Bilik itu amat bersih! Sedang leka dia berjalan, matanya tertumpu kepada satu gambar besar di dinding biliknya. Itu gambar ibu dan bapanya! Dan di dakapan ibunya ialah Layra yang masih bayi. Air mata Layra laju menuruni pipi. " Omma.. Appa.. ".

      Dengan perlahan Layra menghampiri gambar besar yg tergantung itu. Wajah ibu dan ayahnya jelas kelihatan gembira di dalam gambar itu. Gambar itu menunjukkan ibu Layra merangkul Layra sambil bermain dengan tangan kecilnya. Layra ingatkan yang gambar dia bersama keluarganya sudah tidak ada. Sedang dia leka merenung gambar dia dan ibu bapanya, Tiba-tiba dia terdengar pintu biliknya diketuk " Tuk tuk tuk.. ".

       Layra dengan segera mengesat air matanya lalu bergerak menuju ke pintu bilik. Layra memulas tombol perlahan kemudian menjulurkan kepalanya sedikit. Dia nampak salah seorang jejaka berambut merah sedang berdiri tegap di hadapan pintu biliknya. Orang itu ialah N. Wajahnya nampak tegang sekali. Layra teru membuka pintu biliknya. " Ya? Ada apa-apa yang boleh saya tolong..? ".

       Tanpa berkata apa-apa, N terus sahaja meluru masuk ke dalam bilik Layra. Layra yang berasa pelik hanya mengekori N daripada belakang. Layra menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu bertanya " Ada apa ya? Awak suma perlu bantuan dengan apa-apa ke? Kalau awak nak saya tolong dengan hal-hal mengemas rumah ni memang boleh! Saya memang pakar dalam memasak~ membersih~ mencuci-! ".

       Layra yang leka bercakap sendirian akhirnya berhenti apabila N tiba-tiba sahaja membuka bajunya di hadapan Layra! Layra terkejut besar " Ehhh...! Apa awak buat ni...! ".

       N meletakan bajunya ke tepi lalu memberi Layra cemeti! Layra teru gugup sambil memandang N. "Apa benda pulak ni?! ".

       Tanpa berkata apa-apa, N terus menghadapkan belakang badannya terhadap Layra lalu berkata " Sila hukum saya tuan puteri ".

       Layra mula berasa janggal " Awak nak saya hukum awak?? kenapa pulak?! Aigoooo dah dah! pakai balik baju tu! Ni cemeti ni nak buat apa pulak ni??? Awak nak saya pukul awak ke? Eh dengar sini, Saya ni tak akan pukul sesiapa pun tau walaupun saya puteri kepada galaksi-! ".

       Layra terus kehilangan kata-kata apabila pandangannya beralik ke belakang badan N! Belakang badan jejaka itu penuh dengan kesan parut yang dalam! " Ap-! Apa dah jadi dengan badan awak ni?! ".

       N yang tak menunjukkan sebarang reaksi hanya melutut sambil memalingkan badannya kepada Layra " Itu semua adalah parut yang patik dapat ketika berperang. Ianya perkara biasa. Parut tu akan hilang lepas beberapa puluh tahun nanti. Tuan puteri sila lah hukum patik. Kerana saya telah berlaku biadap ketika menjumpai tuan puteri buat kali pertama ".

       Layra yang mendengar kata-kata N mula bersimpati dan sedih. Layra mengeluh perlahan lalu berjalan ke hadapan N dan duduk bersila di hadapan jejaka itu. Cemeti yang N beri dibuang jauh-jauh. Layra mengutip baju N lalu memulangkan semula kepada jejaka itu " Awak pakai baju awak ni sekarang ".

       N yang tidak tahu hukuman apa yang bakal dia terima hanya mengangguk perlahan lalu memakai semula baju yang diberi oleh Layra seperti yang dia diperintahkan. Sebaik sahaja N selesai memakai baju, Layra mengarahkannya supaya dia duduk bersila di hadapan Layra. " Awak duduk bersila sekarang ".

       Kini, Layra merenung jejaka itu serius. N pula yang berasa janggal. Wajahnya berubah agak kemerahan " Jadi.. Apa hukuman patik tuan puteri..? ".

       Layra terus sahaja membuat muka serius. Setelah beberapa minit, Akhirnya dia bersuara " Awak senyum sekarang. ".

       N yang pelik dengan kata-kata tuan puterinya terus bertanya sekali lagi " Nae? Apa tuan puteri cakap tadi? ".

       Layra teruskan lagi merenung " Saya suruh awak senyum. S.E.K.A.R.A.N.G ".

       N menggarukan kepalanya yang tidak gatal kemudian senyum sedikit " Macam ni tuan puteri? ".

       Layra yang masih belum berpuas hati terus menggelengkan kepalanya " Tak. Sikit sangat~ Lebar lagi~  ".

       N berasa pelik. Hukuman apa sebenarnya ni? N menurut perintah Layra kemudian senyum dengan lebih lebar. " Macam ni ke tuan puteri? ".

       Layra mengeluh perlahan sambil terus merenung N " Nampak macam kena paksa lah pulak.. Cuba gelak ".

       N yang mendengar kata-kata Layra terus terkejut " Gelak? Ta-tapi.. Saya dah lama tak gelak.. Kami di sini dilarang untuk gelak sama sekali-!".

       Sebelum N habis berkata-kata, Layra terus menyerang N lalu menggeletek jejaka itu sampai lah dia jatuh terbaring di atas lantai! " Tu-! Tuan puteri! Jangan...! ".

       N terus ketawa sekuat hati! Layra mula ketawa melihat reaksi N! Daripada pinggang, sampai lah ke ketiak! Layra terus sahaja geletek sampai lah N kehabisan nafas! "Tu-! Tuan puteri...! hahahaha tolong-! hahahaha berhenti..! ".

       Layra boleh nampak air mata N keluar sedikit kerana ketawa terlalu kuat. Apabila Layra puas hati barulah dia berhenti menggeletek. Layra tersenyum puas melihat N ketawa. Boleh pun senyum! Ingatkan diaorang ni vampire jenis robot! N yang sudah tenang daripada ketawa terus duduk semula. Kini dia bercakap bererta dengan senyuman! " Patik dah lama betul tak ketawa...! Terima kasih tuan puteri ".

       Layra ketawa perlahan " Sama-sama~ Mulai dari sekarang~ saya nak dengan rumah ni penuh dengan gelak ketawa dan gurau senda. Saya tak nak senyap sunyi macam tak ada pemilik~ Lagi satu, Siapa punya syarat kat rumah ni tak boleh nak senyum atau ketawa? Saya tuan puteri dekat sini kan? So rumah ni saya punya dan syarat-syarat kat rumah ni saya yang atur. Dan pasal cemeti tu, Sila bakar. Saya tak nak tengok cemeti tu lagi. Awak semua bukannya binatang nak dipukul dengan cemeti. Bahkan binatang pun tak patut dipukul dengan cemeti. Bagi saya itu kejam. Akhir sekali sila berhenti panggil saya tuan puteri atau cakap dengan bahasa istana~ Ini dah tahun berapa awak masih lagi guna 'patik'. Saya tak suka. Awak boleh panggil saya Layra~ atau Lay~ Macam satu family~ Lagipun awak nampak lagi tua dari saya~ Saya patut panggil awak oppa~ ".

       Dengan perlahan, Air mata N mengalir menuruni pipi ketika mendengar kata-kata Layra. Dia rasa disayangi. Dan ayat terakhir Layra yang paling menyentuh jiwanya ' Macam satu family '. N mengesat air matanya lalu memandang Layra " Tapi tuan puteri. Ini semua tak betul.. Saya dan lain lain hanya lah penjaga-! ".

       Dengan cepat Layra menekap muka N dengan bantal "Shhhhh saya tak mau dengar semua tu~ Saya yang berkuasa sekarang~ Jadi~ Apa nama awak~? ". 

       N agak kagum dengan personaliti tuan puterinya. Akhirnya dia mengalah lalu tersenyum " Nama saya Cha Hak Yeon.. Tapi tuan puteri-! Maksud saya.. Layra boleh panggil saya N ".

       Layra terenyum manis " Hurm~ N ya? Baiklah~ Sekarang Encik N~ Boleh tak awak tolong panggikan seorang demi seorang kawan-kawan awak untuk masuk bilik saya~? Saya ada 'hukuman' nak bagi diaorang~ ".

       N ketawa kecil " Baiklah Layra. Saya akan buat. Terima kasih kerana buatkan saya ketawa semula~ ".

       Sesudah N berkata begitu, Dia terus bangun lalu berlari keluar daripada bilik Layra. Dia pergi bejumpa dengan semua ahli Vamps dengan muka serius dan seolah sedang menahan kesakitan. N memandang ke arah Ravi kemudian berkata " Tuan puteri nak jumpa kau sensorang. Dia tengah marah dan nak bagi hukuman ".

       Ravi mula gugup! Dia agak terketar ketika menuju ke tingkat atas. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik Layra, Dia terus mengetuk bilik tuan puterinya " Tuan puteri..? ". Ravi pun masuk ke dalam bilik Layra setelah mendapat kebenaran. " Tuan puteri hendak menghukum patik ke-! ".

       Belum sempat Ravi menghabiskan ayat, Dia terus jatuh lalu terbaring kerana digeletek! Gelak ketawa Ravi didengari oleh semua ahli Vamps! Mereka yang berada di bawah terus memandang N! " Hukuman apa yang kau dapat dari tuan puteri tadi??? ".

       N hanya tersenyum manis lalu ketawa kecil " Hukuman yang paling seronok pernah aku alami.. ".

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Done with chapter 7~ Chapter 8 will coming right up ^^ thanks to my readers and keep on reading jusaeyeoo~ *throw love*

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 7: misterinya~~ Andwae!!!! seram sejuk sye bce part yg last tu.. Siapakah??? adakah ni bermakna Werewolf ada sekali dlm rmh tu?
arizlufias
#2
Chapter 7: I willl waiting u update..
arizlufias
#3
Chapter 6: I love it...
arizlufias
#4
Chapter 5: Update lagy...
Nurul_dayat #5
Chapter 5: best :D nnti update lgi tau :)
Kaira97
#6
Still in process with chapter one.. my line is and i feel sleepy., will update more tomorrow.. night everyone..!