Knowing You

My Guardians Is A Vampire!

Hongbin dan ahli-ahli nya sedang memandang Layra sekarang. Mereka ada di dalam rumah Agam Vamps. Layra menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rasa janggal. ' Diaorang ni robot ke apa?! Tak bergerak-gerak dari tadi! '. Gumam Layra sendirian. Layra yang ingin hilangkan rasa janggal terus membuka topik perbualan. Dia rasa agak tak selesa sebenarnya kerana 6 orang lelaki dewasa sedang merenung tepat ke arah nya. 

       Layra menggaru garu kepalanya yang tidak gatal " Err.. Jadi.. Awak semua ke penjaga baru saya..? ".

       Ahli-ahli Vamps tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya hanya merenung Layra. Hanya Hongbin sahaja yang bercakap " Ya, Kami penjaga baru tuan puteri. ".

       Layra mencebik sedikit lalu mengumam di dalam hati ' Apsal dia ni sorang je yang bercakap...! Apa yang lain-lain bisu kehh? ".

       Hongbin yang berkebolehan membaca fikiran orang terus berkata " Hanya saya yang dibenarkan bercakap kerana saya ketua mereka. Kami tak sepatutnya bercakap dengan tuan puteri. Tidak. Mereka tidak bisu. ".

       Layra terkejut! Macamana jejaka yang di hadapannya itu boleh tahu apa yang Layra cakap?! Wajah Layra berubah kemerahan sedikit kerana malu " Saya rasa, saya tak cakap apa-apa pun tadi ".

       Hongbin memandang Layra " Tuan puteri tak perlu cakap apa-apa untuk saya tahu. Saya boleh membaca fikiran orang. ".

Itu dia! Itu dia yang bermain fikiran Layra! Baru dia sedar segala perkara pelik yang berlaku kepadanya! Dari mula sampai ke akhir! segala mengenai 6 jejaka di hadapannya ini! Mereka semuanya pelik! Siapa sebenaranya mereka ni? Dariapada malam dia pergi membeli tteobeoki sampai sekarang! Mereka berenam ini tak seperti manusia biasa. Yang penting sekali, Tahu kah mereka semua mengenai Layra? Mengenai kebolehan yang dia miliki sejak daripada kecil? Agaknya, mereka semua akan lari ke kalau mereka tahu siapa Layra yang sebenarnya?? Layra sedang yang dia tidak seperti remaja biasa. Jadi dia pelu berhati-hati menyimpan rahsianya! Jangan sampai ada orang lain yang tahu! Atau keadaan akan jadi kecoh.

       Layra memandang Hongbin seketika " Ouh.. yeke..? Okay.. Urmm.. lagi satu.. Saya ni.. bukannya tuan puteri. Nama saya Im Layra. I.M L.A.Y.R.A. Kenapa awak asyik panggil saya tuan puteri? Saya bukannya keturunan diraja. ".

       Hongbin menggeleng perlahan " Tidak. Tuan puteri sudah salah. Tuan puteri memang keturunan diraja. Omma tuan puteri, Iaitu Permaisuri Lydia, Merupakan permaisuri bagi kerajaan Vampire. Manakala Appa tuan puteri pula, Raja Lionell merupakan Raja bagi kerajaan Werewolf. Tuan puteri merupakan aset terpenting bagi kedua-dua belah kerajaan. Kerana Tuan puteri berketurunan Pure blood. ".

        Layra tak berkelip mendengar kenyataan daripada Hongbin " Sa.. Saya..? Saya apa??!! ".

       Hongbin mengangguk " Oleh itu, tuan puteri boleh rasa selesa dengan kami. Kerana kami merupakan bangsa Vampire ".

        Layra agak termanggu. Sejujurnya sekarang ni adakah dia bermimpi??? Ibu dan bapanya merupakan permaisuri dan raja Vampire dan Werewolf??? Betul ke nih??! Layra tahu yang ibu dan bapanya itu vampire dan werewolf. Tapi! Permaisuri dan Raja??? Sampai begitu tinggi kedudukan mereka! Patutkan Hongbin dan lain-lain asyik memanggilnya tuan puteri! Segalanya masuk akal sekarang! 

        Layra yang masih rasa curiga dengan kenyataan Hongbin terus memandang jejaka itu. Dia benar-benar tak percaya! " Cheogi... Awak semua ni.. Tengah buat penggembaraan ke?? Ini secret camera ehh?? Haha kelakar betul~ Tahniah lah awak berjaya kenakan saya~ ".

        Layra terus bangun dari tempat duduk nya lalu ketawa sambil menepuk tangannya " Okay~ Okay~ Awak semua boleh keluar sekarang~ Encik PD~ Camera man~ ".

       Kali ini ahli-ahli Vamps pula yang berasa pelik memandang tuan puteri mereka. Apa pula yang tak kena dengan tuan puteri nih?? Leo, Hyuk, Ken, Ravi, N dan Hongbin memandang Layra yang ketawa mengelilingi bilik ruang tamu yang mereka duduk itu.

       Ketika Hongbin leka memandang Layra, Ken berbisik kepada Ravi " Betul ke dia ni tuan puteri..? ".

       Hongbin yang mendengar perbualan mereka terus menoleh kepada mereka berdua! Cepat-cepat Ken dan Ravi memandang depan semula! Layra yang penat menunggu kemunculan ' PD dan juga staff staff pengembaraan ' untuk keluar telah pun penat. Lalu dia memandang Hongbin semula " Err... Ini bukannya shooting kan.. ? ".

       Hongbin mengeleng perlahan. " Bukan tuan puteri. Ini bukannya shooting. ".

       Layra terus berasa malu dengan serta merta! Layra menyelitkan rambutnya ke tenga perlahan lalu dengan pantas kembali duduk semula ke kerusi " Ehem... Awak semua buat-buat tak nampak je apa yang saya buat tadi ya.. ? ".

       Hongbin yang masih dalam keadaa mood ' pelik ' hanya mengangguk perlahan. " Baiklah tuan puteri "

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Done with chapter 7~ Chapter 8 will coming right up ^^ thanks to my readers and keep on reading jusaeyeoo~ *throw love*

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 7: misterinya~~ Andwae!!!! seram sejuk sye bce part yg last tu.. Siapakah??? adakah ni bermakna Werewolf ada sekali dlm rmh tu?
arizlufias
#2
Chapter 7: I willl waiting u update..
arizlufias
#3
Chapter 6: I love it...
arizlufias
#4
Chapter 5: Update lagy...
Nurul_dayat #5
Chapter 5: best :D nnti update lgi tau :)
Kaira97
#6
Still in process with chapter one.. my line is and i feel sleepy., will update more tomorrow.. night everyone..!