My New Life

My Guardians Is A Vampire!

Beberapa jam berlalu dan makcik Hyo Jin dan Minji baru hendak pulang ke rumah di mana mereka tinggalkan Layra. Mereka begitu berpuas hati kerana kedua-dua tangan mereka dengan beg yang berisi dengan barang-barang yang mereka inginkan seperti alat solek, handbag, kasut dan berbagai lagi. Hati mereka sangat riang tetapi keriangan mereka hilang apabila masuk ke dalam rumah kerana semua ahli Vamps berada di dalam ruang tamu memandang tepat ke arah mereka! Dengan pemakaian sut, Hongbin dan yang lain-lain nampak seperti peguam dan ahli korporat.

       Sebaik sahaja Hongbin nampak mereka berdua, Dia terus menyapa mereka dengan senyuman manis lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan walaupun hatinya mendidih dengan keadaan Layra tadi. "Puan Im Hyo Jin, Saya Lee Hongbin. Peguam cik Im Layra. Dan ini semua rakan guaman saya yang mengendalikan kes Layra. Selamat berkenalan. ".

       Beg-beg yang digenggam erat makcik Hyo Jin terus terjatuh kerana terperanjat besar! Habislah mereka kali ini! Memang habis! Minji yang mendengarnya turut terperanjat! Segala yang mereka lakukan kepada Layra kali ini akan terbongkar! Dalam keadaan yang ketakutan dan menggeletar ketakutan, Makcik Hyo Jin menyambut tangan Hongbin lalu bersalaman dengannya. "Y...ya..Selamat berkenalan. Err..ada apa ya encik peguam datang ke sini..? Layra elok sahaja di sini.. Tak ada apa yang tak kena..".

       Hongbin yang mendengar kata-kata makcik Hyo Jin mengangguk faham "Itu saya tahu, Layra pasti berada dalam keadaan yang 'baik' bersama puan Hyo Jin dan Minji. Seperti yang makcik tahu, Pihak guaman akan menghantar beberapa orang wakil untuk memantau keadaan Layra dalam masa beberapa bulan. Jadi, Kini giliran kami yang bertugas. Saya tengok, Puan macam baru habis pergi membeli belah? Barang pun nampak macam banyak. Pergi berdua sahaja? Di mana Layra? Dia tak pergi membeli belah sekali? barang-barang yang puan beli nampak macam mahal. Duit siapa yang puan guna? Sebab sejak kebelakangan ni jumlah duit dalam akaun simpanan Layra menurun secara drastik! Duit satu juta boleh dihabiskan dalam masa yang singkat. Dan kebanyakan bill datang dari shopping mall. Puan baru balik dari shopping mall ke??".

       Peluh sejuk mula keluar dari dahi Minji. Dia tahu betapa takut Ommanya sekarang! Makcik Minji pula terketar-ketar menjawab soalan yang diajukan Hongbin! Apa yang dia nak buat kalau mereka minta mahu berjumpa Layra nanti??! " Eh..! Eh...tak! Saya baru balik..! Saya baru balik dari supermarket! Ad..Ada jualan borong..sebab tu saya beli banyak.. beg dia je yang nampak mahal..Saya tak sentuh langsung duit Layra...! Betul..! Lay..Layra tak ikut kami hari ni se..sebab..dia..dia..dia demam! Ini semua barang-barang Layra, Kami yang belikan untuk dia".

       Lagi sekali Hongbin mengangguk perlahan kemudian memandang mak cik Hyo Jin "Oh.. Begitu rupanya..Betul ke Layra sakit? Kalau macam tu~ Boleh kami lihat keadaan dia di bilik sekarang? Kami hanya mahu pergi lihat sahaja kemudian kami akan balik. Kami pasti, Layra berada di dalam biliknya dan sedang tidur nyenyak kan? ".

      Makcik Hyo Jin yang mendengarnya terus membatukan diri seketika! Apa yang harus dia lakukan?? Nak tunjukan Layra yang penuh dengan lebam dengan kesan pukulan?? Atau nak tunjuk bilik gadis itu yang sudah siap 'dihias' dengan cat merah sebentar tadi?? Bilik Layra sedang bersepah sekarang! Dia bukan sahaja akan hilang kesenangan, Tetapi juga berpeluang untuk bercuti di dalam penjara! Bukan setakat dia seorang, Tetapi anaknya juga! Si Minji! kerana mereka berdua bersama-sama bersubahat menganiaya Layra!

       Otak Makcik Hyo Jin ligat memikirkan jalan penyelesaian! Jika dia tidak bertindak sekarang, Dia akan kehilangan segalanya! "Urmmm..Sebenarnya, Layra kena chicken pox sekali, Jadi tak ada sesiapa boleh lawat dia.. Nanti berjangkit pula dengan encik peguam semua..".

       Hongbin ketawa kecil kemudian menggeluarkan sesuatu daripada beg bimbitnya "Nampaknya Puan memang handal berbohong. Untuk pengetahuan puan, Layra sudah tidak ada di dalam rumah ini kerana kami telah pindahkanya ke tempat lain ketika puan dan anak puan berseronok menggunakan wang yang diwariskan kepadanya. Puan boleh menipu kumpulan peguam yang lain tetapi bukannya kumpulan peguam saya".

       Minji yang berdiri belakang Ommanya kini sudah resah! Rahsia mereka telah pun terbongkar! Hongbin menghulurkan dokumen-dokumen itu kepada makcik Hyo Jin yang sedang tergamam kerana terperanjat lalu Ken menghulurkan pen kepada Hongbin. " Puan tolong tanda tangan surat penyerahan penjagaan Layra ni. Mulai daripada sekarang, Layra tidak lagi berada di bawah jagaan puan sebaliknya dia akan dijaga oleh kami. Puan telah menggunakan duit di dalam akaunnya secara paksaan, sebagai bukti, Badan Layra penuh dengan kesan pukulan. Bukan setakat tu saya rasa puan juga menjadikan Layra seperti pembantu rumah di sini. Puan harus meninggalkan rumah ini dalam masa 24 jam mulai daripada sekarang dan puan tidak dibenarkan menunjukkan diri di hadapan Layra lagi ataupun puan akan berakhir di dalam penjara".

       Anak mata Makcik Hyo Jin laju membaca isi kandungan dokumen itu sambil mendengar kata-kata Hongbin. Ahli-ahli Vamps yang tadinya duduk bersantai kini bangun kerana tahu tugas mereka di situ telah pun selesai. "Puan sepatutnya rasa bersyukur kerana tidak dimasukan ke dalam penjara. Ini semua kerana Layra tidak mahu Puan dihukum. Puan patut berterima kasih ke atas sifat belas kasihan Layra. Oh ya! Semua yang menjadi milik puan sekarang akan dirampas kerana itu semuanya menggunakan duit di dalam akaun Layra. Jadi puan tak perlulah nak bersusah payah hendak mengemas atau apapun. Kalau hendak diikutkan, Puan keluar dari rumah ini sekarang pun boleh".

Air mata Makcik Hyo Jin mula bergenang. Ke mana dia dan anaknya harus pergi sekarang?? Mereka tidak mempunyai sudara mara yang duduk di kawasan berhampiran dan mereka juga tidak berduit! Di mana hendak mereka tidur?? Macamana mereka hendak makan?? Adakah ini bermakna mereka harus mula bekerja?? Tetapi mereka tidak mahir dalam apa-apa pekerjaan pun! Macamana pula dengan duit yuran persekolahan Minji?? Dia belum habis sekolah lagi!

       Air mata makcik Hyo Jin berguguran kemudian mula meminta belas kasihan daripada Hongbin dan yang lain-lain. Minji yang hanya berdiri daripada belakang Ommanya dari tadi kini turut meminta maaf daripada Hongbin. "Encik peguam tolong maafkan saya! Tolong jangan halau saya daripada rumah ni! Saya dah tak ada apa-apa lagi! Saya juga perlu bayar yuran persekolahan anak saya! Kami akan kelaparan dan kami tak punyai tempat tidur!".

       Hongbin dan yang lain-lain tersenyum sinis "Sepatutnya puan fikir semua itu sebelum menganiaya Layra. Puan hanya perlu hidup bersama dan saling menyayangi. Susah sangat ke? Bahagikan kerja sama rata dan berbelanja bersama! Kami bukannya tidak benarkan puan sentuh duit Layra tetapi cukup untuk digunakan untuk kegunaan sahaja ataupun bayar bil perubatan. Jika tangungjawab menjaga Layra sangat susah untuk puan, Biar kami yang menjadi penjaga barunya. Maaf, kami tidak boleh bantu apa-apa. Ini semua arahan pihak atasan. Tanda tangan dokumen itu dan kami akan kembali esok untuk mengambilnya. Dan jika kami dapat puan masih tidak keluar daripada rumah ini menjelang 24 jam, Kami akan ambil tindakan keras dengan menghalau puan dan anak puan secara kasar",

       Dengan berakhirnya 'ucapan' Hongbin itu, Mereka keluar dari rumah itu meninggalkan Makcik Hyo Jin dan Minji yang terpinga-pinga. Airmata mereka turun laju lalu mereka menangis teresak esak. Tidak ada apa yang mereka boleh lakukan sekarang. Keputusan telah pun dilakukan dan mereka harus keluar daripada rumah itu menjelang pagi esok. Hongbin dan ahli-ahlinya berasa sangat puas dengan apa yang mereka lakukan tadi. Kalau bukan kerana tuan puteri mereka, Sudah lama darah mereka kering dihisap!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Done with chapter 7~ Chapter 8 will coming right up ^^ thanks to my readers and keep on reading jusaeyeoo~ *throw love*

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 7: misterinya~~ Andwae!!!! seram sejuk sye bce part yg last tu.. Siapakah??? adakah ni bermakna Werewolf ada sekali dlm rmh tu?
arizlufias
#2
Chapter 7: I willl waiting u update..
arizlufias
#3
Chapter 6: I love it...
arizlufias
#4
Chapter 5: Update lagy...
Nurul_dayat #5
Chapter 5: best :D nnti update lgi tau :)
Kaira97
#6
Still in process with chapter one.. my line is and i feel sleepy., will update more tomorrow.. night everyone..!