My Real Home

My Guardians Is A Vampire!

Layra melangkah masuk ke dalam rumahnya perlahan. Dia berasa agak pelik. Di mana agaknya makcik Hyo dan juga Minji? Suasana di dalam rumah amat senyap! Tak pernah sesenyap itu sebelum ini! Layra berjingkit-jingkit sehingga di hadapan pintu biliknya. ‘ Diaorang pergi shopping kot ‘ gumam Layra di dalam hatinya. Layra yang menyangkakan makciknya pergi membeli belah terus tersenyum lebar! Kerana biasanya apabila makcik Hyo dan juga Minji balik daripada membeli belah pasti dia akan lupa dengan kesalahan Layra dan tak akan menghukumnya. Kadang kala hukuman yang diberikan kepadanya menjadi lebih ringan kerana anginnya telah bertukar baik.

            Tetapi apabila dia masuk ke dalam biliknya, Wajahnya bertukar pucat seperti mayat. Dinding bilik tidurnya telah pun disimbah dengan cat merah serta tertulis beberapa perkataan yang kurang menyenangkan sambil makcik Hyo dan Minji ketawa jahat melihat reaksi Layra. Tidak cukup dengan itu, mereka menayangkan gambar terakhir Layra bersama orang tuanya dibakar dengan mancis di hadapan gadis itu. Bagaikan ingin berhenti degupan jantung Layra dibuatnya. Perlahan-lahan keluar airmata Layra mengalir menuruni pipinya. Gambar terakhir dia bersama ibu dan bapanya sudah tiada. Layra terjatuh melutut melihat gambar itu menjadi abu sedikit demi sedikit.

            Makcik Hyo dan Minji yang puas melihat reaksi Layra terus ketawa “Suka dengan apa yang kau tengok Layra? Berani kau buat anak aku menunggu sepanjang malam ya?! Kau fikir kau siapa?! Dah berani tak balik rumah! Rumah jantan mana kau tidur semalam?!!”.

            Layra tidak berkata apa-apa kerana dia sungguh terkejut waktu itu. Dia tidak kisah jika dirinya dipukul ataupun barang-barangnya dirosakan. Tetapi, jangan sesekali sentuh gambar keluarganya. Itulah satu-satunya memori yang tinggal.

            Minji merengek seperti bayi merangkul tangan ibunya sambil memerli Layra “Omma~ Tengoklah muka Minji ni~! Dah habis sebam~ Ni semua sebab tunggu Layra semalam~ Minji dah tak cantik~”.

            Makcik Hyo membelai pipi anak kesayangannya lalu dicubit manja pipi anak gadisnya yang seusia Layra itu “Jangan risau~ Nanti kita pergi spa ya~? Anak Ommalah yang paling cantik sekali dalam dunia ni~ Lagipun Layra kan banyak duit? Kita ambik je dari dia~ Sebab dialah muka anak Omma sebam macam ni~”.

            Minji mengangguk bersunggih-sungguh mengiakan kata-kata ibunya "Erm! Betul cakap Omma! Omma Jjang~! Jom kita pergi shopping~!".

            Seperti tiada apa yang berlaku, Mereka berdua terus sahaja pergi meninggalkan Layra yang masih lagi tergamam dalam keadaan melutut di situ. Malah sempat lagi dia menolak Layra jatuh. Layra bangun perlahan apabila 2 beranak itu keluar daripada biliknya. Dia hanya boleh mememandang gambar keluarganya yang telah menjadi abu. Semakin deras airmatanya keluar. Hatinya bagai disiat-siat. Mengapa semua ini terjadi kepadanya..??

            Setelah beberapa minit, Dua beranak itu telah pun siap berdandan untuk ke tempat yang sesuai menghabiskan duit Layra. Sewaktu mereka berdua lalu di hadapan bilik Layra, Mereka masih boleh nampak Layra melutut ditempat yang sama tidak berganjak. Sempat mereka ketawakan Layra kemudian Minji menutup pintu bilik Layra kemudian mengunci gadis itu daripada luar. 

            Minji ketawa kuat kemudian mengejek Layra "Weih~ Kalau kau nak buat drama~ Buat lah sensorang dalam tu~ Nak mintak simpati lah tu~ Setakat gambar kena bakar pun nak nangis~!".

            Layra mengambil nafasnya dalam-dalam agar diri sebenarnya tidak muncul. Selama 17 tahun dia menyembunyikan dirinya yang sebenar tetapi Layra tak rasa dia dapat menahan dirinya yang sebenar pada hari itu! Layra masih lagi mengawal pernafasannya sambil memejam erat matanya. Dia mengumam sendirian ' Kau boleh Layra...Kau boleh..Jangan tunjukkan..Kau bukannya raksaksa.. '.

            Sebaik sahaja Layra dapat rasakan yang Minji dan ibunya sudah keluar daripada rumah itu, Dia terus membuka matanya perlahan-lahan. Anak matanya yang berwarna hitam telah bertukar biru jernih sementara airmatanya masih lagi mengalir. Cuaca di luar yang tadinya cerah terus dituruni hujan secara tiba-tiba. Pokok-pokok bunga yang layu terus berkembang semula daun-daun pohon menjadi semakin lebat. Di saat Layra mula hendak menenangkan diri, Secara tidak sengaja dia ternampak cebisan gambar keluarganya! Tiba-tiba dia menjadi marah semula kemudian mengangkat mukanya lalu memandang dinding yang berada di hadapannya. Dinding yang tersergam kukuh itu hancur dalam sekelip mata tanpa disentuh Layra!

Ahli-ahli vamps yang mendapat visi secara tiba-tiba dapat melihat Layra yang telah pun separuh berubah terus meninggalkan apa yang mereka lakukan dan bergegas mendapatkan Layra! Apa yang telah terjadi dengan tuan puteri mereka sehinggakan kemarahan Layra membuak-buak! Kewujudan makhluk seperti mereka tidak boleh diketahui atau mereka akan jadi buruan! Mereka menuju ke rumah Layra secepat yang mungkin kerana risau jika ada sesiapa yang nampak Layra dalam keadaan begitu! Makcik Hyo jin dan juga Minji yang sudah agak jauh berjalan sedikit pun tidak sedar apa yang jadi! Mereka mengigatkan bunyi yang mereka dengarkan itu bunyi guruh! Sementara di rumah pula, Layra masih lagi dalam keadaan sedih dan marah. Matanya masih lagi berwarna biru cair. Dengan perlahan gadis itu merangkak menghampiri abu gambar keluarganya. Airmatanya matanya masih lagi menitis. 

       Secara tiba-tiba angin bertiup lalu Hongbin dan ahli-ahlinya yang lain muncul dari hadapan Layra. Mereka terperanjat dengan keadaan sekeliling! Mereka boleh nampak sebahagian bilik itu sudahpun hancur. Dinding-dinding yang lain pula sudah dibasahi dengan cat merah. Layra sedikit pun tidak mempedulikan mereka. Tangan gadis itu menggeletar mengaut abu-abu gambar keluarganya. Melihat keadaan Layra yang sebegitu membuatkan mereka sedih. Tahu lah apa yang akan terjadi pada Makcik Hyo jin dan Minji apabila mereka balik nanti!

       Dengan perlahan Ahra mula berbicara "Gambar keluarga saya.. gambar keluarga saya.. satu-satunya gambar keluara saya.. sekarang dah tak ada.. Satu-satunya harta.. satu-satunya kenangan.. sekarang sudah tak ada.. Saya..sudah tak ada apa-apa..Apa salah saya pada mereka..".

       Hongbin dengan perlahan mendekati Layra. Tuan puteri mereka itu sangat merbahaya untuk didekati sekarang, Sekali Layra mendedahkan kuasanya, Dengan senang mereka berenam boleh dibunuh. Dengan penuh perasaan ragu-ragu, Hongbin melutut bersama Layra kemudian mengesat airmata gadis itu walaupun dia tahu yang seorang penjaga tidak sepatutnya menyentuh tuan puteri mereka. "Tuan puteri.. Berhenti lah menangis.. Kalaulah saya halang tuan puteri tadi.. Janganlah menangis lagi.. Saya boleh betulkannya dengan mudah.. Tuan puteri perlukan rehat..".

       Dengan perlahan Hongbin mengusap kepala Layra kemudian terus gadis itu tertidur dengan kesan airmata yang masih ada di pipi. Sebelum Layra rebah ke lantai, Hongbin menyambut tuan puterinya itu kemudian menggendongnya. Hongbin bangun kemudian menyerahkan Layra kepada Leo untuk digendong. Dengan perlahan Leo menyambut tuan puterinya itu tanpa memberi sebarang reaksi. " Bawa tuan puteri balik.. Dia akan berpindah masuk hari ni jugak. Aku nak pergi 'bercakap' dengan makcik ngan sepupu dia.. Mari kita pergi N.. Ravi, Betulkan semula rumah ni. Kita tak boleh bagi sesiapa tahu.".

N dan Ravi mengangguk laju mendengar kata-kata ketua mereka. kemudianHongbin dan N hilang dalam sekelip mata pergi menguruskan apa yang terjadi. Ken, Hyuk dan juga Leo pulang ke rumah agam menghantar tuan puteri mereka. Tak lama kemudian Ravi selesaikan kerjanya kemudian dia mengejar Mereka semua dari belakang. Di shopping mall pula Makcik Hyo Jin dan Minji sedang membeli belah dengan banyak. Mereka gembira tak terkata. Tetapi mereka tak tahu yang perbuatan mereka terhadap Layra pada hari itu akan menggubah segalanya. Kerana itu akan jad hari terakhir mereka berdua membeli belah dan juga hidup senang dengan bantuan Layra.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Done with chapter 7~ Chapter 8 will coming right up ^^ thanks to my readers and keep on reading jusaeyeoo~ *throw love*

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 7: misterinya~~ Andwae!!!! seram sejuk sye bce part yg last tu.. Siapakah??? adakah ni bermakna Werewolf ada sekali dlm rmh tu?
arizlufias
#2
Chapter 7: I willl waiting u update..
arizlufias
#3
Chapter 6: I love it...
arizlufias
#4
Chapter 5: Update lagy...
Nurul_dayat #5
Chapter 5: best :D nnti update lgi tau :)
Kaira97
#6
Still in process with chapter one.. my line is and i feel sleepy., will update more tomorrow.. night everyone..!