She Is The One

My Guardians Is A Vampire!

"Kau ni memang tak sedar diuntung kan!? Sudah cukup baik aku kutip kau masa mak bapak kau mati sekarang kau nak susahkan aku pulak?! Dasar tak kenang budi punya budak! Aku bela kau dari kecik ini yang kau balas dekat aku??! Anak aku lapar nak makan kau pergi je lah belikan! Nak melawan pulak kau! ". 

Bingit telinga Layra mendengar cacian mak ciknya itu. Dia hanya mampu menundukkan kepalanya ke lantai dan tidak berkata-apa. Kalau dia buka mulut nanti sampai pula penampar pada pipinya. Malang sungguh Layra hari itu. Petang tadi sudah habis rumput satu taman belakang rumah dipotong menggunakan gunting yang sudah berkarat kerana makciknya itu tidak membenarkan Layra menggunakan pemotong rumput. Habis melecet tangan gadis itu. Sekarang, Anak mak cik Hyo nak makan tteobeoki yang dijual di pinggir bandar pula. Apa yang harus dia lakukan?? Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam! Macamana dia nak pergi ke sana?? Mak cik Hyo tak pernah bagi dia menaiki apa-apa pengangkutan awam kerana akan menelan perbelanjaan. Dia sudah biasa berjalan jauh sejak dari kecil. Tapi jika dia keluar rumah dan berjalan kaki sekarang, Paling tak pun dia akan sampai di kedai itu jam 1.30 pagi! Kalau dia berjalan kaki pulang dari sana sudah pukul berapa pula?? Hampir 3 pagi!!

       Tanpa sebarang bantahan Layra hanya menurut kata-kata makciknya. Sementara sepupunya, Minji hanya tersenyum sinis. Bukannya Layra tak tahu yang sepupunya itu sengaja hendak melihat dia susah! Pasti apabila Layra balik dari beli tteobeoki dari pinggir bandar dia akan tidur dan tak akan makan tteobeoki itu pada keesokan pagi dengan alasan tak sukakan makanan sejuk. Padahal tteobeoki itu boleh sahaja dipanaskan!

        Layra mencapai baju sejuk lalu pergi semula kepada makciknya. "Makcik, Lay nak duit.."

        Makcik Hyo menjeling Layra tajam " Kau pakai jelah duit kau! Setakat tteobeoki pun kau nak berkira dengan aku! Aku tahu kau banyak duit!".

        Layra terus sahaja merenung makciknya "Tapi.. Semalam makcik dah guna duit Lay sebab makcik kata nak pergi beli ubat.. Lay dah tak ada duit..".

        Makcik Hyo mendengus kasar "Eh aku tak nak tahu pasal semua tu! Yang aku tahu! Kau akan balik ke sini dengan tteobeoki yang anak aku nak! Kau pandai-pandailah carik duit! Dah! Pergi cepat! ".

Layra yang gerun mendengar suara lantang makciknya itu terus keluar daripada rumah. Cuaca sangat sejuk malam tu. Layra menggosok-gosok tapak tangganya sambil berjalan menuju ke jalan pintas. Terukir juga senyumannya pada malam itu kerana perjalanannya dipermudahkan. Jalan pintas yang dilalui Layra agak gelap malam tu. Mungkin kerana lampu jalan yang sudah rosak. Sebaik sahaja Layra berjaya melepasi laluan itu, Dia terus sampai di sebuah taman yang berdekatan dengan kedai yang menjual tteobeoki itu. Sedang Layra berjalan, Dia ternampak sekumpulan budak-budak nakal sedang melepak. Layra mengeluh. Kenapalah dalam banyak-banyak malam, Malam tu juga budak-budak nakal nak lepak di situ?! Layra mengambil nafas panjang dalam-dalam kemudian mengikat rambut hitam panjang paras punggungnya lalu perlahan-lahan menyelinap masuk ke dalam salah sebuah semak yang berada berdekatan. Layra merangkak perlahan-lahan agar tidak diketahui mereka.

       Selepas beberapa minit merangkak, Layra sampai ke penghujung taman! Dan dia boleh nampak gerai kecil yang menjual tteobeoki itu! Mujurlah kedai itu tutup lewat! Layra bangun dengan segera kemudian menepuk-nepuk bajunya. Manalah tahu kalau kotor~

        Dengan segera dia lari ke arah gerai itu lalu menyapa mesra penjual yang sudah lama dia kenal. "Selamat malam mak cik Kim~!".

        Mak cik Kim yang kenal betul dengan suara itu terus memandang Layra! "Layra! Aigoo! aigoo! aigoo kamu ni! Ini kan dah lewat malam! Kenapa kamu datang ke sini! Bahaya! Kamu datang seorang kan??".

        Layra mengangguk dan hanya mampu mempamerkan senyuman " Ya, saya datang seorang. Tak ada apalah mak cik saya datang nak beli tteobeoki sikit".

        Tanpa banyak soal, makcik Kim terus sahaja membungkuskan tteobeoki untuk Layra sambil berkata "Mak cik Hyo jin dan minji yang suruh kamu datang sinikan..?".

        Layra yang memang tahu mak cik Kim tak berapa sukakan Makcik Hyo dan minji. Tetapi Layra hanya mendiamkan diri kerana tak berani ingin bertanya mengapa. Yang dia tahu sebaik sahaja tteobeoki yang makcik Kim bungkus sampai di tangannya, Dia ingin balik secepatnya kerana dia dah penat dan mengantuk! Layra hanya mampu berdoa agar budak-budak nakal yang berada di taman tadi telah balik! Dia tak mahu apa-apa masalah!

        Sedang Layra mengelamun, Tiba-tiba makcik Kim bersuara "Makcik tak suka betul dengan Makcik Hyo kamu tu. Sejak dari dulu dia tak pernah berubah. Suka ambil kesempatan dan aniya orang. Sebab tu suami dia tinggalkan dia sebab dah tak tahan dengan perangai boros si Hyo Jin tu".

        Mak Cik Kim yang dari tadi bercakap akhirnya menyerahkan beg plastik hitam yang mengandungi tteobeoki yang Minji nak. Baru sahaja Layra ingin mengeluarkan duit tabungnya daripada poket seluar tiba-tiba makcik Kim mengelengkan kepalanya. " Tak apalah Layra, Anggap saja makcik belanja kamu. Makcik kesian dekat kamu ni. Kamu budak baik. Tapi dianiaya makcik sendiri..".

         Layra ketawa kecil sambil tersenyum " Tapi makcik! Ini dah nak masuk 10 kali Makcik belanja Lay! Lay rasa seganlah pulak.. Makcik kan berniaga? Ambillah duit ni.. Lay tahu makcik pun susah.. Mana ada mak cik Hyo aniaya sayalah~ Dia tu baik! Sejak kecil lagi dia jaga Lay. Mungkin sebab Makcik Hyo tegas sikit tu je..".

         Kali ni apa yang dikatakan Layra pula yang membuatkan Makcik Kim ketawa "Kamu tak payah lah nak menipu makcik Layra, Makcik ni hidup dah lama, Lebih makan garam dari kamu, Lagipun Makcik kenal betul dengan si Hyo Jin tu.. Dah! dah! Kamu pergi balik cepat! Ni dah lewat malam! Kalaulah makcik tak ada pelanggan sekarang, Makcik dah hantar kamu balik tau! Makcik betul-betul risaukan kau ni.. Hati-hati bila balik ya? Jangan lalu tempat-tempat gelap. Ambil lah duit kamu ni, tak apa, makcik tak kisah ".

        Layra hanya tersenyum tawar lalu secara diam-diam meninggalkan duit itu di atas meja dan berlari pergi sambil melambaikan tangannya "Yalah Makcik~ Saya pergi dulu lah ya? Jual banyak-banyak tau makcik! Annyeong~! Sayang makcik!".

       Makcik Kim yang tak menyedari apa-apa terus membalas lambaian Layra "Hati-hati Layra! Makcik pun sayangkan kamu!".

        Sebaik sahaja Layra hilang dari pandangan, Makcik Kim terus mengalihkan pandanganya pada meja. Alangkah terkejutnya makcik Kim melihat ada duit di penjuru meja! Makcik Kim cepat-cepat mengambil duit itu lalu mencari kelibat Layra sambil menjerit "Im Layra!! Duit kamu!".

       Tetapi Layra dah pun hilang dari pandangan. Makcik Kim hanya boleh mengeluh lalu menyimpan duit itu "Aigoo budak bertuah tu.. Tolonglah jangan ada apa-apa yang buruk terjadi pada dia.. ".

Di saat makcik Kim berdoa, Layra telah pun sampai di taman di mana tempat budak-budak nakal tadi melepak. Layra berjingkit-jingkit berselindung di sebalik pokok lalu meninjau kawasan mereka melepak tadi. Tiada sesiapa di situ. ' Diaorang dah balik kot..' gumam Layra di dalam hati. ' Elok sangat lah kalau diaorang dah balik! Senang aku nak lalu tak payah nak sorok-sorok! Lebih baik aku cepat sebelum Makcik Hyo ngan Minji marah! '. Layra memegang erat beg plastik hitam yang mengandungi tteobeoki itu sambil berlari memandang ke belakang kerana takut jika budak-budak itu sebenarnya bersembunyi di belakangnya!

       " Haha! Diaorang dah balik rupanya! ". Kata Layra sambil berlari.

       Sedang dia berlari, Tiba-tiba dia terlanggar seseorang di depannya! ' Buk!! ' Layra terjatuh kemudian mengusap kepalanya " Aduhh sakitnyaaa...! ".

       " Cik adik ni lari laju-laju nak pergi mana~ ".

Hampir gugur jantung Layra apabila mendengar suara lelaki! Beg plastik berisi Tteobeoki yang dipegangnya telah pun terjatuh! Dia betul-betul dalam kesusahan sekarang ni! Apa yang perlu dia buat!? Layra cepat-cepat bangun kemudian mencapai beg plastik tteobeokinya! Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa takutnya Layra pada masa itu! Sekumpulan lelaki sedang mengelilingnya! Dia pasti tadi tiada sesiapa pun di taman itu! Adakah kerana dia tidak tengok dengan baik?? 

        Layra mengelak daripada bertentangan mata dengan lelaki yang dilanggarnya tadi kemudian cuba untuk keluar daripada mereka yang mengepung dirinya " Maafkan saya sebab langgar awak, Jadi kalau awak tak kisah, Saya..nak balik-! ".

        Di saat Layra cuba keluar dari kepungan lelaki itu, lengannya dipegang oleh lelaki itu " Eh~ Mana boleh macam tu~ Cik dah langgar saya jadi saya kenalah minta sesuatu kan~? Cik ni boleh tahan cantik lah~ ".

        Badan Layra mula membunyikan penggera agar mempertahankan dirinya. Layra menepis tangan lelaki itu lalu sekali lagi cuba untuk pergi dari situ. " Maafkan saya tapi tolong jangan sentuh saya! ".

 Lelaki tadi serta rakan-rakannya mula bertindak ganas apabila melihat Layra menepis tangan ketua mereka! Salah seorang daripada mereka menarik getah ikat rambut yang dipakai Layra membuatkan rambutnya yang panjang terurai semula! Layra mula menjadi panik dan tidak keruan! Kini ada kedua-dua lengannya telah dipegang! 

       Air mata Layra mula bergenang sambil meronta-ronta untuk dilepaskan " Apa kata cik adik teman kami minum~? Janganlah takut~ Lepas kita minum saya dan kawan-kawan saya akan hantar cik adik balik~ Ke rumah kami~! ".

Baru sahaja tangan lelaki itu ingin menyentuh pipi Layra, Lelaki itu terus terpelanting ke belakang! Layra yang tadinya menutup mata kerana takut kini membuka matanya apabila mendengar orang mengerang kesakitan! Apa yang terjadi??! Apabila Layra mengalihkan pandangannya, Di hadapannya berdiri 6 orang jejaka yang berpakaian sut berwarna hitam dan sedikit warna merah pada tali leher mereka. ' Siapa pulak diaorang nih?! ' Jerit Layra dalam hatinya!

       Lalu salah seorang daripada mereka berkata " Tiada siapa boleh sentuh puteri kami! ".

Jejaka yang berambut agak keperangan dengan hidung mancung yang hanya merenung Layra dari tadi terus bergerak lalu menolak kuat lelaki-lelaki yang mengelilingi Layra! Hanya seorang yang ditolaknya tapi habis semua yang lain terpelanting sekali! Bagaikan ada satu hembusan angin yang kuat yang menolak mereka dan dalam sekelip mata jejaka itu kembali ke tempatnya! Kini yang ada hanya 6 orang jejaka yang bersut dan Layra yang masih berdiri sementara lelaki-lelaki tadi telah pun terbaring dan mengerang kesakitan! Layra pula masih tak percaya dengan apa yang terjadi! Kini 6 pasang mata sedang merenungnya tajam bagaikan hendak tembus badan Layra! Layra tak pasti sama ada dia patut berasa gembira kerana telah diselamatkan atau berasa takut kerana ada ancaman baru yang lebih kuat!

       Keadaan menjadi sunyi beberapa saat sambil mereka melawan renungan. Kemudian Lelaki yang agak tegap terus mengarahkan seorang ahlinya yang berambut merah untuk menghampiri Layra " N, cepat periksa ada tak tanda tu dekat dia, Betul ke dia orangnya..".

       Lelaki yang dipanggil N itu terus menghampiri Layra lalu tanpa sebarang amaran dia menyelak sedikit baju Layra menampakan bahagian kanan dada berdekatan bahunya membuatkan Layra terkejut! " Hey apa yang awak buat nih!! ".

       Di situ jelas kelihatan tanda lahir Layra yang berbentuk seperti bunga mawar berwarna sedikit coklat mengikut ton warna badan Layra yang cerah. Sekali imbas pandang orang akan ingat itu tatu. Lelaki yang bernama N itu terus terperanjat apabila nampak tanda lahir Layra lalu dengan segera melepaskan baju Layra lalu melutut sambil memandang ke tanah hormat pada gadis itu sementara Layra terpinga-pinga! Apa yang jadi sebenarnya ni??!

       " Maafkan saya kerana biadap tuan puteri ". Sebaik sahaja melihat N melutut, Ahli-ahli lain turut melutut tunduk hormat kepada Layra! 

       " Apa yang awak semua buat ni! Siapa pulak tuan puteri?? Nama saya Im Layra bukannya tuan puteri! Saya berterima kasih sebab awak semua dah selamatkan saya tapi saya yang sepatutnya melutut terima kasih bukannya awak semua! Dan awak! ". Layra mengalihkan pandanganya pada N.

       " Biadap betul awak main selak-selak baju saya! Saya boleh lapor pada polis dan buat awak masuk penjara tau! ". Marah Layra sambil mengemas bajunya semula.

       N pula hanya akur dengan apa yang dikata Layra " Maafkan saya tuan puteri, Saya patut dihukum! ".

       Tiba-tiba lelaki yang berbadan tegap tadi bersuara, " Maafkan kami tuan puteri kerana lambat menemui tuan puteri, Sekarang marilah ikut kami pulang ke rumah agam, Kami akan jalani hukuman di rumah agam nanti ".

       Layra pelik dengan apa yang dikatakan mereka kemudian terus ingin melarikan diri! " Kamu semua ni pelik! Saya nak pergi dari sini! ".

       Baru sahaja Layra hendak melangkah pergi secara tiba-tiba lehernya dirangkul dari belakang kini mata pisau berada dilehernya. Sekali kelar pasti memancut keluar darah merah pekat! Suara ketua lelaki yang mengepungnya tadi didengari Layra " Jangan dekat! Perempuan ni kami punya! Aku tak tahu siapa korang tapi kalau nak perempuan cari yang lain! Jangan sibuk hal kami! ".

        Kini Layra kaku! Adakah nyawanya akan berakhir di sini?? Rasa seperti nak alirkan semua air mata yang dia tahan selama ni kerana ketakutan! Layra mengalihkan pandangannya ke arah 6 lelaki yang bersut tadi. Mereka telah pun berdiri. Tetapi mereka masih lagi menundukan kepala memandang tanah! Tiba-tiba salah seorang jejaka bersutberambut hitam yang hanya mendiamkan diri dari tadi bersuara! " Lepaskan puteri kami kalau kau sayangkan nyawa! ".

       Lelaki yang menundingkan mata pisau tajam di leher Layra ketawa kecil " Kau fikir aku takut dengan kau! Jangan fikir bila kau dah cakap macam tu aku akan lepas kan perempuan ni! ".

       Layra dapat rasakan mata pisau yang tajam itu semakin kuat menyucuk lehernya yang jenjang! Sebaik sahaja 6 lelaki yang bersut itu nampak air mata Layra yang mengalir, Terus sahaja anak mata mereka bertukar menjadi kekuningan serta menampakan gigi taring mereka! Bukan sahaja lelaki yang mengacu pisau pada Layra terkejut, Malah Layra sendiri terkejut dengan apa yang dilihatnya!

       Dengan sekelip mata mereka berenam memisahkan Layra dengan lelaki itu kemudian Layra terdengar salah seorang lelaki bersut itu berbisik kerana jarak mereka yang tak jauh. " Kau yang mintak.. ". Dengan tiba-tiba Layra mendengar lelaki itu menjerit kemudian segala-galanya menjadi hitam kerana Layra pengsan. Apa yang berlaku sebenarnya??

 

 

 

 

        

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kaira97
Done with chapter 7~ Chapter 8 will coming right up ^^ thanks to my readers and keep on reading jusaeyeoo~ *throw love*

Comments

You must be logged in to comment
scyaheeda
#1
Chapter 7: misterinya~~ Andwae!!!! seram sejuk sye bce part yg last tu.. Siapakah??? adakah ni bermakna Werewolf ada sekali dlm rmh tu?
arizlufias
#2
Chapter 7: I willl waiting u update..
arizlufias
#3
Chapter 6: I love it...
arizlufias
#4
Chapter 5: Update lagy...
Nurul_dayat #5
Chapter 5: best :D nnti update lgi tau :)
Kaira97
#6
Still in process with chapter one.. my line is and i feel sleepy., will update more tomorrow.. night everyone..!