You Belong With Me

Description

Pintu bilik tidur utama itu ditolak dari luar.Bagasi merah jambu yang mengandungi pakaiannya itu ditarik ke dalam dengan perlahan.Ruang bilik tidur utama yang kelihatan luas dan dihiasi perabot-perabot serba mewah itu dilihatnya dengan rasa kagum.Dia kemudiannya menoleh ke arah lelaki yang sedang berdiri di belakangnya itu.

"Inikah bilik kita?" Soal Victoria sambil tersenyum.Lelaki itu tidak terus menjawab pertanyaannya.Bahkan wajahnya langsung tidak dipandang oleh lelaki itu.

"Jung ByungHee ssi?" Victoria memanggil nama lelaki itu dengan lembut.Lelaki itu menundukkan wajahnya sebelum dia berpaling daripada wanita itu.

"Kalau awak nak apa-apa,saya ada dekat bilik sebelah,"kata lelaki itu dengan perlahan.Victoria membeliakkan kedua-dua matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.

"Em...apa maksud awak?" Soal Victoria,tidak memahami.Kedengaran ByungHee melepaskan keluhan kecil.

"Awak mesti penat lepas kita berjalan jauh tadi.Awak berehatlah dulu,"kata ByungHee,masih tidak memandang ke arah wanita itu.Perlahan-lahan,dia melangkah meninggalkan wanita itu di situ tanpa langsung menoleh.Victoria tidak terus bersuara sebaliknya dia terus memandang ke arah ByungHee yang kemudiannya melangkah masuk ke dalam sebuah bilik tidak jauh darinya itu.Victoria mengeluh perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dengan langkah yang berat.Dia  melabuhkan punggung di atas tilam empuk sebaik sahaja dia meletakkan bagasinya berdekatan dengan almari.Dia melihat sekeliling bilik tidurnya itu sebelum dia memandang ke arah sebentuk cincin yang tersarung pada jari manisnya itu.Satu keluhan kecil dilepaskan.

 

 

Sementara itu, ByungHee pula sedang berbaring di atas tilam sambil meletakkan lengannya pada dahi.Perlahan-lahan,dia membuka matanya sebelum dia memandang ke arah sebentuk cincin yang tersarung pada jari manisnya itu.Perlahan-lahan,dia menanggalkan cincin itu dari jari manisnya sebelum diletakkannya di atas meja bersebelahan dengan katilnya itu. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum dia memejamkan matanya semula.

 

 

Keesokan harinya...

 

Victoria tersenyum manis apabila melihat ByungHee yang sedang menuruni anak tangga sambil membetulkan tali lehernya itu.ByungHee memberhentikan langkahnya apabila melihat Victoria yang sedang berdiri berdekatan dengan meja makan sambil tersenyum ke arahnya itu.

"Selamat pagi,"ucap Victoria.Senyuman manis masih tak lekang terukir pada bibirnya itu.ByungHee tidak langsung membalas senyumannya.

"Saya dah buatkan sarapan.Jom kita bersarapan sekali?" Ajak Victoria. ByungHee sekadar angguk tanpa bersuara.Victoria tersenyum lebar apabila melihat ByungHee yang mulai mengambil tempat di hadapannya itu.Dia menuangkan air untuk lelaki itu sehinggalah pandangannya teralih ke arah jari manis ByungHee itu.Senyumannya mulai mengendur namun dia terus cuba berlagak biasa.

"Saya minta maaf. Saya ni tak adalah pandai masak sangat. Saya boleh buatkan sarapan yang ringkas saja untuk awak.Harap awak tak kisah,"kata Victoria sambil mengambil tempat di hadapan ByungHee. 

"Tak apa,"balas ByungHee, tanpa memandang ke arah Victoria. Sekali lagi Victoria memandang ke arah jari manis ByungHee tanpa menyedari kelakuannya itu sedang diperhatikan oleh ByungHee.

"Saya tak biasa buat kerja kalau ada cincin pada jari saya,"kata ByungHee sambil mengalihkan pandangannya daripada Victoria.

"Huh?" Victoria sedikit terkejut . ByungHee kemudiannya memandang ke arahnya.

"Kalau cincin tu buat awak tak selesa untuk rawat pesakit awak nanti, awak boleh tanggalkannya. Saya tak kisah," kata ByungHee sebelum dia bangun dari tempat duduknya. Victoria turut bangun dari tempat duduknya.

"Awak nak saya hantarkan awak ke hospitalkah?" Soal ByungHee sambil mengambil begnya di atas sofa itu.

"Em...bolehkah?" Soal Victoria. ByungHee menyembunyikan senyuman nipisnya daripada pandangan Victoria.

"Saya tunggu awak dalam kereta. Jangan lambat," kata ByungHee sambil melangkah keluar menuju ke arah keretanya. Victoria memandang ke arah lelaki itu sambil tersenyum. Ternyata ByungHee tidaklah sedingin yang disangkakannya.

 
 
 

Foreword

Comments

You must be logged in to comment
MiLLaJungK00kie #1
Chapter 50: Ahh~~ i nangis kat part vic tgh nazak tuh. I thought she really gonna die! Lucky she still alive. Fuhh~~ Really nice story. Jinjja,daebak
MonokuroBoo
#2
Chapter 48: really great!
JessIcePrincess
#3
Chapter 35: loving.....
jongqian #4
Chapter 50: thumbs up, ahh gonna miss this fic~ ahhh tomato couple kkk~ thanks !
jongqian #5
Chapter 49: oh okay . . . . 1 am and I'm reading this like what no why :(
jongqian #6
Chapter 48: speechless
jongqian #7
Chapter 47: ahhhh himnae byunghee himnae ! :'))))
jongqian #8
Chapter 46: terime seyeon? oh c'mon victoria huhuhu that girl didn't deserve byunghee's love ! :'((((((( kesian giler byunghee !
jongqian #9
Chapter 44: hiks ! sedihnye :'(((((((((((((( tolong lah jangan sad ending
jongqian #10
Chapter 43: :'((((((((((((((