Drama Running Man

Drama Running Man

Pada suatu hari di Running School terdapat seorang pelajar baru yang bernama Kim Jong Kook.Dia seorang yang sangat pemalu dengan wanita.Dia dimasukkan ke kelas yang mempunyai 8 orang pelajar sahaja iaitu Song Ji Hyo,Kang Gary,Lee Kwang Soo,Yoo Jae Suk,Ji Suk Jin,Yoon Eun Hye dan Bae Suzy.
Pada jam 8.30 pagi,Cikgu Go Dong Wan masuk ke kelas bersama Kim Jong Kook.Suzy dan Eun Hye yang duduk bersebelahan berbisik “Hensemnya dia ni,”kata Yoon Eun Hye.Suzy mengangguk setuju.Cikgu Go Dong Wan menperkenal Kim Jong Kook kepada semua pelajar,”Kelas,hari ni kita ada seorang pelajar baru iaitu Kim Jong Kook,”.Kim Jong Kook senyum kepada semua pelajar kelasnya sambil berkata,”Hai,Saya Kim Jong Kook,”.Mereka juga membalas senyumannya.Namun begitu,Song Ji Hyo yang duduk bersendirian tidak membalas sapaan Kim Jong Kook tetapi hanya memandang tingkap yang kotor itu.Lalu Cikgu Go Dong Wan menyuruh Kim Jong Kook duduk di sebelah Song Ji Hyo yang termenung itu.Selepas Kim Jong Kook melabuhkan punggung,dia menyapa Song Ji Hyo dengan suara yang comel,”Hai saya Kim Jong Kook,Gembira bertemu awak.Nama awak siapa??,”kata Kim Jong Kook.Namun,sapaannya dicelah oleh Kang Gary yang cemburu melihat dia duduk di sebelah Song Ji Hyo kerana Kang Gary menaruh perasaan pada Song Ji Hyo.”Nama saya Kang Gary dan nama dia Song Ji Hyo,”kata Kang Gary dengan suara yang agak marah.Jong Kook hanya membalas dengan senyuman.Lalu Cikgu Go Dong Wan menyuruh mereka membuka buku untuk memulakan pelajaran.

Song Ji Hyo kelihatan muram sekali sehingga Lee Kwang Soo yang duduk di hadapannya menegur,”Hei,Song Ji Hyo.Awak kenapa??,”kata Lee Kwang Soo dengan suara yang perlahan.Song Ji Hyo membalas,”Senyaplah..Awak tak tahu apa masalah saya,”kata Song Ji Hyo dengan marah.Kim Jong Kook yang duduk di sebelahnya hanya memandang dengan perasaan ingin tahu.Lima minit kemudian,loceng berbunyi menunjukkan waktu rehat.Pelajar kelas RM keluar kelas untuk makan di kantin.Lee Kwang Soo ,Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin mengajak Kim Jong Kook rehat bersama kerana Kang Gary dan Ha Dong Hoon selalu rehat bersama.Kim Jong Kook bersetuju untuk rehat bersama mereka.Sebelum Kim Jong Kook keluar kelas,dia bertanya kepada Song Ji Hyo,”Awak tak rehat ke??Tak lapar,”kata Kim Jong Kook dengan suara risau akan keadaan Ji Hyo.Ji Hyo membalas,”Tak naklah.Saya malas nak keluar kelas.Awak pergi jelah,”kata Song Ji Hyo.Yoo Jae Suk yang berada di luar kelas memanggil Kim Jong Kook,”Hei,Jong Kook.Cepatlah keluar.Kami dah lapar ni,”kata Yoo Jae Suk menjerit.Akhirya Kim Jong Kook berjalan keluar dari kelas sambil memandang Song Ji Hyo.Sewaktu rehat,Yoon Eun Hye dan Bae Suzy pergi ke meja tempat Kim Jong Kook bersama kawan-kawannya makan.Yoon Eun Hye duduk di sebelah tempat Kim Jong Kook yang kosong sambil berkata,”Hai,nama saya Yoon Eun Hye.Yang berambut perang ni nama dia Suzy,”kata Yoon Eun Hye dengan suara yang lembut.Suzy senyum ke arah Kim Jong Kook.Namu begitu,Kim Jong Kook tidak menghiraukan mereka kerana Lee Kwang Soo telah mengingatkannya terlebih dahulu tentang mereka yang suka menggoda lelaki yang kacak semasa di dalam kelas.

Setelah mereka makan,Kim Jong Kook menyuruh Lee Kwang Soo,Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin masuk ke kelas dahulu..Dia pergi ke kantin semula untuk membeli sebuku roti.Selepas itu,Kim Jong Kook masuk ke kelas semula lalu memberi Song Ji Hyo roti yang dia beli sambil berkata,”Nah.Makanlah,saya belikan untuk awak,”kata Kim Jong Kook.Song Ji Hyo membalas,”Buat susah je.Takpelah.Awak makan jelah,”kata Song Ji Hyo dengan suara yang lemah lembut.Kim Jong Kook membalas,”Tapi saya dah kenyang.Awak ambil jelah.Nanti awak pengsan pulak sebab lapar,”kata Kim Jong Kook dengan senyuman.Akhirnya Song Ji Hyo terima dengan senyuman.Yoon Eun Hye dan Suzy memandang dengan perasaan yang cemburu.Kang Gary juga marah melihat Song Ji Hyo menerima roti daripada Kim Jong Kook.Selepas itu,Cikgu Hyung Taek Lim pun masuk ke kelas dengan menyuruh pelajar menukar baju untuk sukan.Setelah sukan,Yoon Eun Hye dan Suzy mengepung Song Ji Hyo lalu berkata,”Hei,berani awak dekat dengan Kim Jong Kook ya??Dia tu kekasih saya,”kata Yoon Eun Hye dengan berani.Song Ji Hyo membalas,”Bila masa awak dan Kim Jong Kook jadi pasangan??Dia pun pelajar baru kan??,”kata Song Ji Hyo dengan perasaan yang membuak-buak.Suzy mencelah di antara perbualan mereka,”Dia kenal dengan Kim Jong Kook di twitter,”kata Suzy.”Twitter??Bukan awak tak tahu menggunakan computer ke??Bagaimana awak nak buka twitter??hahahahahaha.Kesiannya,”kata Song Ji Hyo sambil ketawa.Yoon Eun Hye mengetuk kepala Suzy lalu menyerang Song Ji Hyo dengan menarik rambutnya.Song Ji Hyo juga membalas pekara yang sama.Kesemua pelajar sekolah yang lalu di situ melihat sambil ketawa dengan kelakuan mereka.Tiba-tiba Kim Jong Kook yang lalu di kawasan itu berlari meleraikan pergaduhan mereka.”Apa yang kamu berdua buat ni??Tak malu ke semua pelajar lihat,”kata Kim Jong Kook.Song Ji Hyo membalas dengan berkata,”Eun Hye yang menarik rambut saya dahulu,”.”Baik kamu pergi sebelum pengetua datang ,”kata Kim Jong Kook kepada Yoon Eun Hye.Yoon Eun Hye pergi dengan muka yang sombong.Lalu Kim Jong Kook berkata kepada Song Ji Hyo,”Awak ok ke??Tak tercedera??,”kata Kim Jong Kook dengan perasaan khuatir.Song Ji Hyo membalas,”Saya ok.Dahlah saya nak pergi ke tandas,”kata Song Ji Hyo.Lalu dia pun pergi.

Kang Gary melihat kejadian tersebut dengan perasaan marah.Dia tidak puas hati dengan Kim Jong Kook.Sewaktu pulang sekolah,Kang Gary dan Ha Dong Hoon berjumpa dengan Kim Jong Kook.”Hei Kim Jong Kook,kenape awak selalu jadi penyelamat Ji Hyo??Awak suka pada dia ke??,”kata Kang Gary dengan sombong.”Tak delah.Mane ade.Saya Cuma tolong kawan je.Salah ke??,”kata Kim Jong Kook.Kang Gary membalas,”Saya suka pada dia,jadi saya tak nak awak rapat pada dia lagi,faham??,”.Kim Jong Kook tidak membalas tapi hanya memandang dengan muka yang hairan.Kang Gary terus menyerang Kim Jong Kook dengan menumbuknya.Kim Jong Kook membalas tetapi Lee Kwang Soo,Yoo Jae Suk dan Ji Suk Jin menghalang dia daripada menumbuk Kang Gary.”Sabarlah,korang ni jangan bergaduh boleh tak??Sabar Jong Kook,”kata Ji Suk Jin kepada Jong Kook dan Gary.Akhirnya Kang Gary dan Haha pergi dengan perasaan marah.Sepuluh minit kemudian Yoo Jae Suk,Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin sudah pulang ke rumah tetapi Kim Jong Kook belum pulang.Tiba.tiba,hujan turun dengan lebat.Dia segera membuka payung yang dibawanya.Tetapi dia ternampak Song Ji Hyo duduk bersendirian dalam hujan.Lalu dia pun berlari ke arah Song Ji Hyo.”Ji Hyo,hujanlah.Awak tak balik lagi??,”kata Kim Jong Kook sambil berkongsi payung dengan Song Ji Hyo.Song Ji Hyo membalas,”Saya balik jalan kaki.Dahlah saya balik dulu,”kata Song Ji Hyo lalu berjalan dalam hujan.Namun Kim Jong Kook memegang lengan Song Ji Hyo sambil berkata,”biar saya yang hantar awak.Jom pergi ke kereta saya,”kata Kim Jong Kook sambil memimpin tangan Song Ji Hyo ke keretanya.Selepas itu,Kim Jong Kook membuka pintu kereta untuk Song Ji Hyo.

Setelah masuk dalam kereta,Song Ji Hyo berkata kepada Kim Jong Kook,”Jong Kook,terima kasih sebab hantar saya balik,”kata Song Ji Hyo dengan perlahan.Kim Jong Kook,”Kenapa awak balik jalan kaki??Kenapa tak suruh ayah atau ibu awak ambil atau naik motor??,”kata Kim Jong Kook.Song Ji Hyo mendiam.Kim Jong Kook melihat tangan Song Ji Hyo menggigil.Lalu dia mengambil baju sejuk yang selalu ditinggalkan di keretanya lalu menyelimutkan Song ji Hyo.”Terima kasih sekali lagi sebab awak banyak membantu saya hari ini,”kata Song Ji Hyo dengan jujur.Dia menyambung,”Sebenarnya saya ada masalah keluarga.Ibu saya sakit dan keluarga kami ada hutang yang banyak.Jadi saya terpaksa bekerja part-time petang dan malam,”kata Song Ji Hyo.”Oh yeke??kesiannya keluarga awak.Dan ayah saya pula seorang pemabuk,”kata Song Ji Hyo sambil menangis.Kim Jong Kook terkejut melihat dia menangis lalu memberhentikan kereta di tepi jalan.”Ji Hyo,awak ok??,”kata Kim Jong Kook.Song Ji Hyo membalas,”Tak.Saya tak ok.Ayah selalu ambil duit saya bekerja untuk membeli arak.Disebabkan itu saya terpaksa bekerja part-time dua kali,”kata Song Ji Hyo sambil menangis teresak-esak.Kim Jong Kook memeluk Song Ji Hyo untuk menenangkan dia lalu berkata,”Menangislah sepuas hati awak,marahlah sepuas hati awak.Saya akan dengar semuanya.Kalau awak nak pukul,pukul je saya.Saya akan selalu di sisi awak,”kata Kim Jong Kook.Tiab-tiba dalam jantung Song Ji Hyo berdegup kencang.Tetapi dia tidak sampai hati untuk menolak pelukan Kim Jong Kook kerana dia terlalu baik.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet