Coincidence

My SeoulMate

 

 

~~~You’re my lady~~~

~~~You’re my lady~~~

~~~You’re my lady~~~

~~~With you~~~     *jam loceng dah bunyi*

Dah pukul 5 pagi...awal aku bangun hari ni..disebabkan mamat tu la aku terpaksa bangun awal..tak nak la aku jumpa dia. Spoil mood aku je pagi-pagi ni..tapi betul ke mamat tu wujud ye? Mana tau kowt-kowt aku mimpi ke semalam..minta-minta la aku mimpi.

Elok je buka pintu bilik..pintu depan bilik aku pown terbuka juga. Tetiba je mamat tu pown muncul terpacak kat situ (so betul la aku tak mimpi semalam..aduhai~~~) Better aku blah cepat-cepat. Senang sikit..buat sakit hati je aku tengok muka mamat ni. Bukannya dia nak minta maaf pown. Mentang-mentang la ada banyak yeoja. Ingat aku ni macam benda yang boley dibuat main ke. Tolong sikit ye! You got the wrong person, bro!

Di universiti....

Kwangmin’s PoV

Apsal aku asyik teringat minah ni je? Baru cadang nak minta maaf pagi tadi..tapi minah tu cepat je blah..siap jeling maut kat aku lagi. Memang nampak sangat la minah tu marah kat aku..aku main-main je sis! Aigoo~~ aku bukan ape..takut dia report kat polis kata aku nak cabul dia ke nanti. Tak ke haru jadinya...mati aku kalau benda ni sampai kat parents aku.. silap-silap nanti parents aku tak mengaku aku ni anak mereka pulak...oh no!! Can’t imagine that~~~~

“Eh Kwangmin, apsal macam runsing je aku tengok kau ni..ada masalah dengan girl kau yang mana pulak ni? Haha..tu la..aku dah cakap dulu..tak payah pasang banyak-banyak..1 pown dah cukup..dah jadi masalah macam ni kan kau juga yang susah.. dah la ni tahun akhir kau kat sini..sudah-sudah la tu..nanti parents kau bising lagi..tinggal la kejap segala puppy love kau tu..focus je belajar sekarang ni”

Tu kawan aku..Minwoo. Kawan aku dari kecil sampai besar. Rezeki kami dapat sambung belajar di tempat yang sama. Sampai aku pown dah jemu tengok muka dia. Tapi dialah kawan terbaik aku. Cuma bila dia bagi nasihat memang panjang berjela la..hahaha. Tapi aku tau dia ada sebab kenapa dia nasihat kat aku. Cuma aku ni je yang susah sikit nak berubah..masuk telinga kanan keluar teling kiri..biasa la..jiwa masih muda la katakan^^

“Bukan masalah pasal yeoja la..aku pown dah lama putus dengan semua yeoja aku la..” (yang tu memang betul..aku memang dah putus dengan segala yeoja aku sekarang ni..coz aku memang nak score betul-betul tahun ni..parents aku dah bagi warning..kalau tak harta parents aku 1 sen pown aku tak dapat. Tak nak dowh..aku nak makan ape nanti)

 “Cuma adalah masalah yang tak patut kau tahu..dah lewat ni.. nanti kita masuk kelas lewat pulak. Jom!” cepat-cepat aku ajak Minwoo pergi ke kelas. Nanti dia soal aku lebih-lebih pulak. Terkantoi nanti..haru aku..huuu~~~~

Sewaktu kuliah.....

“Okay class, assigment for this time you need to do it in pair which is men and women pair. So make sure all of you finish it by the timeline given and I already arranged your partner. I don’t wanna to listen to any complain from you. So listen carefully” tenang je Prof Kim cakap...

 What? Do it in pair or actually we can call it in COUPLE...aigoo~~minta-minta la aku dapat yang elok-elok sikit. Aku tengok ada muka yang happy...mungkin sebab dapat dengan orang yang mereka suka. Tapi muka yang masam mencuka pun ada gak...mungkin dapat dengan musuh kut...huuu~~~~and aku pulak dapat dengan siapa? Aduhai~~~

“Ashley and Kwangmin” erk?? Macam nama aku je...memang nama aku pun.. kejap? Siapa partner aku tadi..Kwangmin? Kwangsoo aku kenal la...tak kan aku dapat dengan zirafah kut...Tapi lawak juga kalau aku dapat dengan zirafah..HAHAHA..

Tetiba je aku dengar ada orang panggil aku dari belakang...elok je aku pusing, rahang bawah aku rasa macam nak terlucut je..memang terlucut tahap petala kelapan ni..aigoo~~~

“So you la Ashley...nice to meet you and I’m your partner, Kwangmin” cakap mamat tu sambil tersengih macam kerang busuk. Mampus la aku. Ni bukan zirafah. Ni buaya tembaga namanya...adus!! Lingkup assigment aku kali ni....hailoh...

Kwangmin agak terkejut sewaktu mengetahui bahawa partner dia adalah ‘roomate’ dia. Tapi rasa seronok la jugak sebab dah duduk serumah senang la nak bincang pasal assigment kali ni..

Betul ke kau seronok sebab ni..tetiba ada suara halus melintas masuk otaknya...hehe..sebab lain pun ada jugak.. Apasal muka minah ni macam baru lepas tengok hantu je..tu baru aku perkenalkan nama. Mesti dia terkejut giler ni. (Evil Smile)

“Hello! Kenapa awak macam baru lepas tengok hantu je. Muka saya ada nampak macam hantu ke... tak pe jangan risau...awak dapat hantu yang hensem ni. Memang betul jodoh ni. Partner assigment dah sekali. Pastu tinggal serumah pulak tu..wah! hebat betul jodoh kita...hahah”

” Awak jangan cakap kita tinggal serumah lagi boleh tak? Kalau orang dengar nanti mampus kita...and betapa malang lah nasib saya dapat partner macam awak...haila” tergeliat juga lidah aku bersaya-awak ni...heee.

Kenapa la dalam banyak-banyak orang aku dapat dengan mamat ni. Dah takde orang lain ke...aigoo~~mulut tu pown macam dah takde insurans je. Kalau 1 u tahu aku ni serumah dengan dia..memang mati la aku. Masuk dalam peti sejuk memang tak keluar-keluar dah lepas tu. Jadi hantu peti sejuk pown aku sanggup dari menahan malu tu...hwaaaaa~~~~~  

“Awak ni tak reti bersyukur la...awak tau tak ramai girls yang nak tinggal dengan saya tau. Yang nak jadi girlfriend saya lagi la ramai. Awak beruntung tau sebab dapat tinggal dengan saya”

Eeeeii mamat ni..aku belasah karang baru tau langit tu tinggi ke rendah.. “Eh! Tolong la sikit. Aku tak teringin langsung nak tinggal sebumbung dengan kau. Malas aku nak nak cakap dengan orang macam kau ni. Membazir pelincir mulut aku je” Nah!! Ambik kau... terkeluar jugak aku-kau. Geli aku nak berawak-saya dengan orang macam mamat tu. Sakit jiwa ke? Nampak macam orang KKS je (Kurang Kasih Sayang).... serious!! Punahlah assigment aku kali ni..warghhh...omma..appa..ottokhe!!!

Wah! Boleh tahan kasar juga minah ni...tak pe Ashley kau tak kenal lagi sape Kwangmin..tunggu kau..heheh..aku akan buat kau merana walau tak tengok aku selama 1 minit pown...hahahahaha~~~~* evil laugh*

Tengah malam, kat rumah....

         Ashley memandang jam di tangan..dah pukul 12..mamat tu dah tidur kut..terkedek-kedek Ashley berjalan ke dapur..nak minum susu..sebelum tidur memang kena minum susu dulu. Sejak bila menjadi rutin harian pown aku tak tahu. Yang aku tahu memang kena minum susu dulu. Kalau tak nanti tak boleh tidur...huhuhu~~~~

Tetiba je ada orang cuit bahu aku. Nasib baik tak tersedak susu yang tengah aku minum..hailoh mamat ni. Kalau aku mati kat sini macam mana? Dah la baru sebulan duduk kat Korea. Myeondong tak pergi lagi ni. Inkigayo pun aku tak pergi tengok lagi. Mau jugak aku tikam dia sampai mati kat sini jugak. Tak pasal-pasal masuk berita and tak pasal-pasal je aku famous tak bertempat..mangai betul~~

“Kau nak ape lagi ni...terkejut aku. Kalau aku tersedak susu ni... maunya aku belasah kau cukup-cukup” bengang je aku cakap dengan mamat ni.

“Mianhae..I nak minta maaf dengan you pasal hal semalam...Mianhae” Apsal mamat ni cakap lembut semacam je...ngeeeee~~~... geli telinga aku dengar  mamat ni cakap...ber I-You pulak...

“Pape lah..aku nak masuk tidur.. spoil mood aku betul” kata Ashley sambil melangkah masuk ke biliknya.

Tak menjadi la pulak taktik aku kali ni..aduhai~~...kata Kwangmin sendirian sambil melangkah masuk ke kamarnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Nichkhun_Horvejkul #1
Chapter 12: so sweet~!!