AFTER DIVORCE 💔

Please Subscribe to read further chapters

Description

Seperti biasa setiap tahun, mereka atau lebih tepat lagi bekas para junior dan senior University Seoul akan buat reunion tapi hanya untuk pelajar jurusan perniagaan je la. Untuk pelajar jurusan lain tu tak tahu la kan..🤭🤭

 

Setiap tahun juga la Daehyun dan kawan-kawan yang mengambil jurusan yang sama akan hadir dan tak pernah sekali pun tak datang.

 

Daehyun duduk di sebelah Youngbin yang merupakan kawan baiknya.

 

" Lama tak jumpa? Kau apa khabar? " soal Daehyun.

 

" Aku macam nie je,la. Takda apa-apa yang baik ataupun buruk. Dan yang paling penting sekali.. Aku masih single.." jawab Youngbin lalu pura-pura menangis.

 

" A'la,kau nie. Relaks ah..Aku pun single juga.." kata Daehyun cuba memujuk kawannya itu.

 

Seorang demi seorang sampai di kedai makan BBQ Sour Sweet dan kedai itu mulai bising dengan suara gelak ketawa mereka.

 

" Hei,semua..Sorry kitorang terlambat. " ujar Hyunseong sambil memegang tangan Jeongmin.

 

" Oh, pengantin baru dah datang. Ingatkan tak jadi datang.. Tak apa-apa..mai duduk mai.." ujar Jaeyoon lalu memperlawa pasangan itu duduk di sebelahnya.

 

" Tak sangka korang akhirnya kahwin juga,kan. Kiranya korang pasangan pertama senior dan junior kahwin la,kan.." ujar Jaeyoon dan pasangan JeongSeong hanya mampu ketawa..

 

" Hei,bukan diorang pasangan pertama yang kahwin la..Nie,lagi soang...Dah lupa ke? " soal Jaebum sambil menunjuk ke arah Daehyun membuatkan yang lain terdiam seketika.

 

Daehyun mulai ketawa membuatkan yang lain pun turut ketawa secara perlahan.

 

" Ya,betul tu.. Aku orang pertama yang kahwin dengan junior tapi itu dulu,la. Apa-apa pun tahniah untuk korang berdua. Semoga kekal sampai jannah,ye. " ucap Daehyun sambil menuang air soju ke dalam gelas mereka berdua lalu mereka bertiga mulai minum.

 

" Kau rasa dia akan datang tak? " bisik Youngbin ke Jaeyoon.

 

" Entahla,tapi aku adalah invite dia untuk datang. " balas Jaeyoon sambil melihat Daehyun yang masih tak berhenti minum soju. 

 

" Maaf saya terlambat. Banyak customer pula tadi kat kedai." ujar seseorang yang baru sahaja sampai.

 

Suara itu jugalah membuatkan si Daehyun berhenti dari meminum soju dan matanya hanya tertumpu pada orang itu. Siapa lagi kalau bukan Youngjae bekas isterinya.

 

" Youngjae ah.. Sampai juga kau akhirnya..Aku ingat kau takkan datang..i miss you so much.." kata Jaebum lalu memeluk kawan baiknya itu. Youngjae membalas pelukan Jaebum itu.

 

" Dah,dah.. Mai duduk makan.." pelawa Youngbin dan Youngjae pun duduk bersebelahan Jaebum.

 

Mereka semua pun menikmati makan malam bersama..Berbual kosong..Bercerita tentang kehidupan masing-masing dan macam-macamlah sambil bakar-bakar daging dan minum soju.

 

Tanpa mereka sedari, Daehyun mencuri-curi memandang Youngjae yang sedang gelak ketawa sambil pukul tampar si Jaebum dan hal itu membuatkan hatinya terasa sakit. Senang cerita cemburulah..

 

Walaupun mereka sudah lama bercerai tapi entah kenapa perasaan cemburu itu masih  tetap menghantui si Daehyun.

 

Adakah Daehyun masih mencintai Youngjae? Bolehkah mereka bersama semula? 🤔

 

 

 

maaflah kalau-kalau tersalah bahasa atau penulisan tak betul tu harap abaikan la yer.😆😆😆

 

 

 

 

 

 

 

Foreword

tetiba rindukan daejae..😭

Comments

You must be logged in to comment
stardust90 #1
Chapter 1: jahatnya daehyun.. kejam awak daehyun.😭😭
sampai hati awak buat youngjae macam tu. patutla mereka bercerai😢😢
sedihnya!!😭
stardust90 #2
omo omo...daejae dh bercerai? ohh my!! harap depa get back balik..pleasee!!!😭😭