Ramadan Tiba, Tiba-Tiba Ramadan

8 Makes 1 Kurma (ATEEZ Dibulan Romadhonnn~)

Si Penaip tidak mampu menjelaskan bagaimana riuh-rendahnya situasi di rumah sewa 'kona-lot' atau dipanggil lot rumah di persimpangan jalan. Kalau si Penaip taip panjang lebar ni, rasanya Si Penaip tak sempat nak berbuka dengan susu kurma masa buka puasa nanti. Jadi Si Penaip mulakan dengan-

"Bismillahirahmannirrahim...", ucap lelaki yang paling bongsu dalam keturunan Cucu Adam, merangkap ustaz dan imam dalam rumah sewa, Che Johan Johari Bin Che Ashari atau dikenali sebagai Jongho. Dia akan menerajui setiap doa dan tazkirah apabila diperlukan ataupun apabila abang-abangnya diminta untuk ditazkirah sebab buat hal.

Usai sudah bacaan doa selamat selepas mengangkat barang-barang daganan untuk bulan puasa nanti, Hongjoong merangkap Along dalam keturunan Cucu Adam yang sangat janggal lagikan ginjal ini mula memberikan ucapan. "Baik semua, sebagai Abang Long dalam keturunan Tok Adam, abang, Muhammad Hadi Farhan Bin Tajjudin, ingin mengucapkan-".

"SELAMAT HARI RAYAAA~!!!", Jerit Muhamad Jamali Wildan Bin Hassan Sulaiman sambil menumbuk angin di udara bagaikan Rocky ingin masuk gelanggang.

"Mat Dan. Dah dah laa tu kang Along jadi Bandi Amuk macam kena Rasukan Ablasa kang...", kata Shahrul Adhwa Bin Pilus ataupun Seonghwa yang cuba menenangkan Wooyoung yang masih lagi bermain-main dengan kata-kata Hongjoong.

"Sambung je bang. Dah nak maghrib dah ni, syaitan kan rajin masuk dalam dia. Maklum lah, ada 'aura langit ke-6', perli San atau nama sebenarnya Nizam Saniruddin Bin Sabri yang juga abang tiri kepada Jongho dalam fanfic ni. Nama pun fanfic kan?

"Jadi, abang nak ucapkan terima kasih sebab dah sepakat bersetuju nak menjalankan perniagaan kurma kita ni. Kalau takdak korang ni abang tak taaaaaau lah nak cakap apa. Harapkan si Taqim sorang ni mau bankrup bisnes Along ni...", ucap Hongjoong lagi sambil menjeling ke arah Mingi ataupun nama penuhnya Megat Mustaqim Bin Megat Muhhaimin.

"Lahhh apa ni Along? Jangan downgrade saya, kang besok saya taknak beli Super Ring favourite Along tu baru tau.", ugut Mingi dengan manjanya. Maklum lah, dia dengan Hongjoong dah lama duduk serumah semenjak mereka merantau ke Kedah.

"Nak beli apanya, besok puasa. Eiiii la aku ni kang. Tarik hidung tu kang baru tau.", rungut Hongjoong sambil teragak-agak untuk mencubit hidung Mingi disebelahnya.

"Tapi Along, lusa baru start puasa. Malam ni baru Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu nak umum anak bulan.", tegur Muhamad Junaidi Yusoff Bin Nazim ataupun dipanggil Yunho. Si tinggi yang lagi tinggi dari Mingi tu selalunya jadi assistant Hongjoong kalau si Along tu da masalah pertuturan. Maklum laa, Hongjoong asal Melaka.

"Lusa ehh? LAHHHHHHH KENAPA TAK CAKAP~!!", pekik Hongjoong dengan malunya setinggi San panjat bukit. Dia kemudian memperbetulkan suaranya yang memang dah betul itu lalu berkata. "Dah alang-alang Atok Penyimpan Mohor tu nak bagi pengumuman japgi, baik kita masuk dalam. Kalau tak, tak memasal kita tak tahu bila nak pacak khemah nanti.".

Serentak dengan itu mereka berenam mengiyakan kata-kata si Along tu. Kalau mengikut dari keturunan Adam ni, parents siapa yang beranak dulu, auto segala adik-beradik jadi 'the 1st'. Macam tak faham kan? Nanti Si Penaip sambung lagi.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta Myvi putih yang mula memasuki perkarangan rumah. Dengan high beam tak terpadam itu menyilaukan lagi mata ketujuh-tujuh jejaka yang terhangat di pasaran itu. Pintu kereta Myvi dibuka dengan gerak perlahan ibarat membuat video di Tiktoq, kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang sangat rupawan, berambut blonde dan berbaju "Saya Sayang Mak Saya". Baju yang sangat popular dizaman kegemilangan band Indie dulu.

"TENGKU DAH DATANGGGGGG~!!!". Menjerit si Wooyoung lalu berlari-lari anak menuju ke arah Yeosang A.K.A Tengku Yassin Bin Tengku Rizalman.

Dengan bergayanya Yeosang menutup pintu lalu posing seperti ending muzik video "Eternal Sunshine". Biasa lah, ada fefeeling macam filem Hindustan sikit.

Lalu kelapan-lapan cucu Adam kembali berkumpul semula setelah kali terakhir mereka berjumpa di rumah pusaka Nenek mereka ditahun-tahun yang sudah. Kali terakhir kelihatan sewaktu mereka ditahan KKM kerana melakukan rumah terbuka diwaktu PKP.

"Assalamualaikum brotherhood semua! Your Doberman is back~!!", tegur Yeosang sambil melambai-lambai pada mereka di bangsar sewaktu dipeluk Wooyoung yang dah 9 tahun masuk air sama-sama.

"Wallaikumsalam Yeop~!! Datang jugak deme ni.", jawab Yunho yang bertutur dalam lograt Perak. Bileh dikatakan kesemua mereka berasal dari negeri yang berbeza, kecuali San dan Jongho yang masing-masing lahir di Pantai Merdeka dan Yan.

"Nama pung brotherhood, keno la datang sini nak kijo sini dengan mung, dengan semua...", jawab Yeosang dengan lograt Terengganu yang sangat pekat likat macam Pok Ya Segerghat.

"Aok kitak balah apa tok? Nda faham kamek.", soal pulak si Wooyoung yang berasal dari Sarawak. Dia lah yang paling jauh datang selain Mingi yang bermastautin di Sabah.

Yeosang hanya memandang Wooyoung dengan matanya yang penuh dengan kilauan cahaya. Pastinya boleh membuat makcik makcik dikawasan kejiranan jatuh cinta dan ingin mengambil Yeosang sebagai calon suami ehem-

"Dah dah laa tu buak drama melayu pukul 9 tu. Yang mung ni kei Yeosang. Mung ni asa Kelantan tau, bukan Ganu macam Aba Ngah ni janga buak sepupu mung kompius.", tegur Seonghwa yang betul-betul berasal dari Terengganu. Kalau diikutkan Yeosang ni asal Kelantan tapi mak dia rajin hantar dia dekat rumah Seonghwa masa kecil dulu jadi pepaham lah ye.

"Dah abang-abang semua marilah kita masuk dulu. Maghrib pun dah nak dekat dah ni. Tak pasal pasal kang ada jin yang memerhati dari pokok mempelam tu.", kata Jongho yang juga merupakan bekas pelajar sekolah agama yang paling berprestij dan mempunyai tok guru yang berpengalaman di Yan.

Tergamam mereka bertujuh selepas mendengar mini-tazkirah dari Jongho. Umpama malaikat lalu di kawasan rumah. Dan dengan itu, mereka segerakan diri untuk masuk ke dalam rumah yang bersih dan cantik, semuanya berkat Seonghwa yang rajin jaga rumah. Itu laa tu. Rajin betul Adhwa jaga rumah ni padahal rumah sewa je tu...

 

Jam sudah melepasi pukul 8 malam dan selalunya Atok Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu tersebut bakal mengumumkan tarikh bermulanya puasa di seluruh negeri di Malaysia. Dan ketika itu penuh hidangan KFC di atas meja dengan 20 ketul ayam, 4 set coeslaw dan kentang putar, 2 botol besar air minuman Pepsi dan juga cheezy wedges sorang satu. Semua ini dibeli oleh Yunho untuk meraikan ketibaan ramadan dan juga untuk bisnes pertama mereka berlapan.

"Weh Usop. Thank you so muchie sebab belanja ayam kepci. Dah lama aku mengidam nak makan ayam ni.", ucap San yang masih mengunyah ayam di dalam mulutnya.

Mendengar sahaja kata-kata San itu membuatkan Yunho mengambil kad kredit dari poketnya sambil berkata ala-ala iklan MasterCard, "Jangan risau, dengan Black Card ini, anda boleh makan apa sahaja, dimana jua anda berada.".

"Dia dah buat dah iklan berbayar dia tu.", rungut Hongjoong sambil menghirup air Pepsi di dalam gelasnya seperti mak-mak T40.

Dan ketika itu telah bersiaran langsung tak langsung, record tak record, pengumuman tarikh puasa di Astro Awani. Yang si Jongho sudah berhenti makan, si Yeosang masih mengunyah ketulan ayam yang ke-3, si Seonghwa memandang terus ke kaca tv sambil menghirup air coeslaw. Kasemua mereka berlapan benar-benar tekun melihat pengumuman tersebut.

"Dengan ini, saya, Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu, ingin mengishytiharkan, bahawa tarikh hari pertama puasa jatuh pada hari Rabu-".

"YEAHHHHHHHH~!!!!", jerit Mingi dengan nada yang dia sendiri tak pernah capai sebelum ini.

San dan Seonghwa pulak mula bangun dari kerusi sambil menari macam yang mereka selalu buat, dance step "Wonderland" itu lah tu.

"Haa~! Aku dah cakap dah jatuh hari Rabu!!", pekik Wooyoung yang memang suka sangat menjerit macam Amy Search ni.

"Ehhhhhhhh~ Sejak bila pulak kau yang cakap. Eiiii sedap betul mulut engkau ni aihh jangan sampai aku Spider-web mulut tu kanggg.", tegur Yunho yang menggigit sudu coeslaw sambil merenung tajam pada sepupunya.

"Alhamdulillah, Ya Allah. Syukran Ya Allah kerana menemukan ana dengan Ramadan semula. Jangan jadikan Ramadan ini Ramadan yang terakhir buat ana...", tutur Jongho sambil menadah doa untuk dimakbulkan oleh Yang Esa.

Dan Hongjoong? Jangan tanya, dia mula merancanakan pelan tindakkan untuk mempromosikan barangan dengangannya nanti. Yang pasti tahun ini dia bakal menjadi kaya dan berjaya seperti DDNK, bahkan lebih kaya dari DSV, mungkin selevel dengan bapa Dafi. Kita nantikan je lah...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet