Melancholia

Oh! Mawar Khayalan

2009.

"Awak still ingat tak masa saya protect awak dari budak-budak nakal kat sini?". Soal Yunho ketika dia dan Miya berjalan betul-betul di tempat dimana Miya dikacau oleh pelajar lelaki yang menyakat si gadis itu.

Miya memandang Yunho tanpa rasa takut dengan pandangan orang disekeliling tentang dirinya, "Tipulah kalau tak ingat. Dah lah dorang usha aku semacam je.".

"HAHAHAHAH!!", Yunho tiba-tiba ketawa selepas meendengar rungutan Miya.

"Ehhhhh~  Gelak pulak mamat eiiiiii aku cubit kau kang...", tegur Miya lalu mencubit lengan kanan Yunho. Si Yunho pun apa lagi, menjerit dan terus menyapu lengan yang kelihatan merah merona. 

Ketika Miya dan Yunho berjalan seiringan untuk sampai ke perhentian bas, Miya terpandang Yunho sedang memegang sesuatu di tangannya. Jadi Miya mula bertanya pada Yunho. "Yunho. Dekat tangan kau tu ada apa?".

"Oh! Yang ni?", kelihatan seperti sehelai kertas nota kecil berwarna merah yang ditulis dengan bahasa yang Miya tidak tahu sama sekali. Yunho menjawab, "Yang ni nota saya. Kalau saya ingat something pasal kita, saya akan tulis dalam nota ni. Dannnn saya akan simpan nota ni sebagai peringatan yang awak ada kenangan dengan saya.".

"Eh? Macam tu pun boleh ke?", soal Miya sambil memeluk tubuh seperti sesi fotografi untuk para usahawan.

"Betul lah. Kalau boleh saya nak ingat semua benda pasal kita. Dah setahun kita kenal takkan takde satu pun yang awak ingat pasal saya?", soal Yunho ketika mereka berdua sudah sampai hadapan perhentian bas.

Miya mula acah-acah berfikir tentang Yunho lalu berkata."Ummmm~ Tak.".

"Takkan kot?", soal Yunho sambil mencebik kehairanan.

"Betul lah.", jawab Miya sambil tersenyum. Nampaknya Miya semakin akrab dengan Yunho setelah setahun bersama. Walaupun dia terpaksa berhadapan dengan tohmahan dan ejekkan bersendirian, namun Yunho sentiasa ada untuk menenangkan dan memberikan kata-kata semangat untuknya.

Kedengaran bunyi enjin bas dibuka setelah sekian lama ditutup sebab pemandu bas pergi makan di kedai kopi seberang jalan sana tadi. Jadi Miya dan Yunho bangun dari tempat duduk yang diperbuat dari besi dan dicat hitam lalu berjalan menuju ke bas.

"Princess first~", kata Yunho sambil mengalu-alukan Miya untuk naik ke dalam bas dahulu. Miya tersenyum kecil lalu menabur wang syiling 50sen ke dalam peti wang bas. Sewaktu Yunho sedang berjalan masuk ke dalam bas, Miya sudahpun mengambil tempat di kerusi kedua belakang yang menghadap kiri jalan. Semestinya itu adalah tempat duduk yang paling dia sukai kerana dapat melihat lautan nan luas di jalan yang berliku nanti. Tanpa berlengah Yunho terus menuju ke tangga dan duduk disebelah Miya.

Kalau diikutkan ada lagi 3 ke 4 orang di dalam bas dan kebanyakan dari mereka ingin menuju ke tempat kerja jadi mereka memilih untuk duduk di hadapan. Ini bermakna hanya Miya dan Yunho berada di aras 2 iaitu di tempat duduk belakang.

6 minit kemudian, bas mula bergerak perlahan keluar dari persimpangan lalu menyelusuri jalan yang lurus sehingga di satu selekoh itu terlihat keindahan air laut nan biru yang membadai tebing jalan. Bersama perpohonan yang berada di atas bukit dan juga di lereng bukit mengindahkan lagi panorama. Sepanjang laluan yang berliku itu, Miya tidak terlepas pandang pun walaupun sesaat.

Dan ketika Miya leka melihat view laut di sebelah kirinya, Yunho merenung Miya dengan mata yang bercahaya. Seolah-olah terpana dengan keayuan Miya dari sisi kanannya. Dia tersenyum manis lalu merebahkan kepalanya di atas bahu kanan Miya sambil pura-pura tidur. Miya terkejut apabila merasai rambut Yunho yang lembut menyentuh lehernya. Senyuman terukir di wajah Miya sambil menoleh sedikit untuk melihat Yunho yang kelihatan comel apabila tidur. Mereka berdua bagaikan pasangan kekasih yang sangat secocok walaupun tiada siapa yang dapat melihat Yunho disebelah Miya...

 

Pada keesokan harinya ketika Miya bersama pelajar sekolah yang lain dari perkampungan yang sama sedang menunggu bas untuk ke sekolah. Jauh dari perkampungan Miya dengan sekolah kira kira dalam 5km hingga ke 7km jadi kebanyakkan daripada mereka terpaksa menaiki bas pengangkutan awam ke sekolah. Kadang-kadang Bas hanya berhenti di persimpangan jalan bulatan di perpustakaan awam jadi mereka terpaksa berjalan kaki pula sehingga 2km untuk sampai ke sekolah. Sebab tu kena tanya dulu dekat pemandu bas kalau-kalau masuk lorong ke sekolah ke tidak.

Sesampainya bas bernombor 101 dari pusat bandar, para pelajar berebut untuk menaiki bas. Macam tidak biasa pula mereka menaiki bas ini. Dan ketika itu Miya berada di belakang sekali kerana dia malas mahu berebut tempat. Setelah diaemasukkan duit syiling, dia terus berdiri di hadapan pintu keluar sambil melihat ke arah luar pintu yang berkaca itu. Selesai menunggu pelajar yang lain menaiki bas, pemandu bas tersebut mula membawa bas dengan perlahan menukar lorong untuk meneruskan perjalanannya.

"MIYA! FILE AWAK TERTINGGAL!!".

Kedengaran suara Yunho yang menjerit di dalam telinganya membuat Miya tersedar. Dia tertinggal fail berisi kertas soalan dan buku latihan di atas bata sebuah kedai kecil yang menjadi port Miya duduk ketika menunggu bas. Dengan kuatnya Miya menjerit, "PAKCIK! STOP JAP PAKCIK! SAYA TERTINGGAL FILE KAT BUS STOP!".

Dengan cemasnya pemandu bas tersebut berhenti di lorong jalan kecil tidak jauh dari perhentian bas tersebut lalu membuka pintu belakang.

Miya tahu tindakkannya itu menyebabkan jadual perjalanan bas terganggu jadi Miya berkata, "PAKCIK KALAU NAK JALAN DULU. PAKCIK JALAN LAH. SAYA BOLEH TUNGGU BAS LAIN.".

Usai sudah dia berkata begitu, Miya terus turun dari bas dan berlari menuju ke arah perhentian bas tersebut. Kelihatan Yunho sedang menunggu bersama fail yang berada di sebelahnya. Miya terus menyapa Yunho dengan nafas yang tercungap-cungap, "Macam kau boleh ada kat sini? Ahhh.... Penat betul berlari ni...".

"Bas tu still ada kat sana. Cepat ambik file ni.", tegur Yunho sambil memegang kedua-dua bahu Miya.

Miya terus mencapai fail yang berada di sebelah Yunho lalu mereka berdua segera berlari kembali ke bas yang berada 90meter dari perhentian bas tersebut. Sesampainya mereka berdua ke pintu keluar bas, Yunho menolak Miya untuk ke atas platform dan cepat-cepat menaiki bas. Kedengaran nafas mereka bagaikan tersekat. Seperti berlari 1km walhal hanyalah 90meter dari situ.

"Gila lah kau sanggup lari ambik fail kau.", tegur salah sorang dari rakan sekelas Miya sambil menunjukkan ibu jarinya.

Miya tersenyum dalam kepenatan. Walaupun ianya hanya sebuah fail tapi di dalamnya diisi dengan kerja sekolah yang diberikan oleh guru Matematik. Tahu saja lah kan guru Matematik di Malaysia ni macam mana kan?

"Miya. It's okay. Jangan rasa bersalah sebab ni. At least awak dah cuba yang terbaik untuk dapatkan fail awak tu balik.", ucap Yunho yang cuba menenangkan Miya yang ada bertentangan dengannya.

Miya tersenyum sambil cuba untuk berkata dengan nafas yang masih tersekat, "Thank you. Ahhhh..... Penat betul lah...".

"Penat kan?", soal Yunho membuatkan mereka berdua tertawa dalam kepenatan yang masih berterusan. Ini baru pagi pukul 7.20pagi. Belum lagi pukul 2.00petang. Pasti mereka berdua tidak mampu berkata-kata.

Tapi, akan ada mata-mata yang memerhati di setiap kelakuan Miya bersama Yunho. Tipulah kalau tak sebab sudah tentu aneh melihat Miya ketawa bersendirian.

 

Tiba waktu rehat yang dinanti-nantikan oleh para pelajar tahap 1 sekolah rendah. Waktu rehat yang digunakan sebaik-baiknya oleh semua pelajar. Ada yang makan di kantin, ada yang lepak di tandas dan ada yang menyelinap tidur di dalam kelas. Tapi bagi Miya. Ini adalah peluang untuk dia bersama Yunho. Jadi mereka berdua berada di lorong yang berdekatan dengan balkoni dan juga tangga di tingkat dua bangunan blok A.

"Awak. Awak taknak makan ke?", soal Yunho sambil memerhati Miya yang merenung ke arah bangunan asrama perempuan yang bertentangan dengan blok A.

"Tak pun. Saya nak simpan duit ni. Nanti nak beli Ice Blended dekat depan sekolah japgi.", jawab Miya lalu menoleh ke arah Yunho yang bersandar pada dinding bangunan.

Yunho yang masih berpeluk tubuh mula ke hadapan sedikit sambil berkata dengan renungan matanya yang tajam, "Ohhh~ Tapi awak jangan lupa makan tau. Kang kalau awak sakit nanti kang-".

"Miya!".

Belum sempat Yunho menghabiskan kata-katanya, kelihatan seorang lelaki yang hampir tinggi dengan Yunho menuju ke arah Miya dan Yunho. Dia yang hanya membawa bekas pensil itu cuba mendekati mereka berdua sambil bertanya, "Asal kau ada kat sini? Tak pegi makan ke?".

​​​​"Tak. Malas turun. Asal ni bang? Nak belanja eh?", soal Miya pulak sambil cuba untuk mengampu Mingi, sepupunya yang juga anak kepada kakak dari ibu Miya.

"Takde, takde. Aku takde duit ni. Ni ha. Aku cuma nak bagitau. Miya janganlah cakap sorang-sorang dengan dinding, dengan pokok semua. Tak takut ke dengan tanggapan orang?". Tegur Mingi sambil menghayunkan bekas pensil ke atas dan ke bawah.

 Miya mencebik sambil berkata. "Tau lah. Tapi mana ada Miya cakap dengan dinding...".

"Habis tu, kenapa ada kat sini?", soal Mingi lagi.

"Saja tengok bangunan asrama tu haaa. Mana tau kot kot boleh nampak hantu tengah melompat atas bumbung ke. Apa ke...", perli Miya sambil menunjukkan jarinya ke arah bangunan aspuri tersebut.

"Ye lah tu.. Ingat ye. Jangan buat hal.", kata Mingi lalu berjalan pergi melalui balkoni di sebelah bilik mesyuarat guru.

Miya menghela nafas dengan kuat. Fikirannya mula terganggu dengan kata-kata sepupunya yang lebih tua darinya. Tetapi Yunho sempai menggapai tangan Miya lalu berkata, "Awak jangan risau. Lepas ni kalau ada orang cakap bukan-bukan pasal awak, saya terus datang dan protect awak tau.".

Mendengar sahaja pujuk rayu Yunho membuatkan Miya lebih tenang dari sebelumnya.

"Dah. Masa rehat dah nak habis ni. Kita masuk kelas dulu k?", pujuk Yunho lagi sambil mengusap kedua-dua bahu Miya yang berada di hadapannya.

"Ummm...", Miya hanya mampu mangangguk faham lalu mengikuti Yunho menuju ke kelas di sebelah bilik kaunseling di blok yang sama. Memang benar selama ini orang hanya nampak Miya bercakap bersendirian walaupun sebenarnya dia sedang bersembang dengan Yunho. Tapi lama-lama dia sudah terbiasa dengan rungutan manusia. Tiada siapa yang mahu mendengar masalahnya selain Yunho.

 

*Ehem Ehem~ Maaf lah kalau sejak dua menjak tiga menjak ni Si Penaip selow menaip. Sebab membusykan diri main Superstar ATEEZ and and and edit video untuk "ATEEZ Demam Berrrrr- Jalan" (ATEEZ Fever Road Dub-Sub) jadi Si Penaip nak teruskan lagi menaip. Korang kalau nakkan hiburan berteruSAN boleh laa pergi ke pencicit Si Penaip @/Byeolbit_Sai dan jugak tiktoq Si Penaip @/minkisnow okay Si Penaip nak menaip...*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiaFox_117
#1
Chapter 2: Is this story only available in this language?