Mirage

Oh! Mawar Khayalan

Kedengaran riuh-rendah di dalam kedamaian suasana kampung yang dihuni oleh Miya sekeluarga. Manakan tidaknya, ibu Miya tertidak membawanya ke rumah salah seorang pelajar yang memukul Miya disekolah, yang juga rakan sekelasnya semasa di sekolah rendah. Dan disitu berlakunya pertengkaran diantar ibu Miya dan ibu si pelajar tersebut.

"ANAK AKU BAGITAU YANG ANAK KAU ADA KACAU ANAK AKU. APA LAGI YANG ANAK KAU TAK PUAS HATI DENGAN ANAK AKU?". Tengking ibu Miya dihadapan ibu dan nenek si pelajar tersebut.

"ANAK KAU TU HAA TUDUH ANAK AKU YANG BUKAN BUKAN. PADAHAL DIA TAK PUKUL ANAK KAU PUN." , jerit pula ibu si pelajar tersebut. Tipu lah kalau tak backup anak sendiri kan?

Di dalam hati Miya memang sudah tidak tahan dengan situasi sekarang ini. Ingin sahaja dia menjerit tetapi tak berdaya. Dia hanya mampu memendam rasa yang sakit dan pedih selepas melalui episod hitam dalam hidupnya.

 

Kedengaran bunyi jam berdetak disamping lagu yang diputarkan di corong radio. Lagu pertama yang didengari ialah lagu "Bila Aku Sudah Tiada", nyanyian kumpulan Hujan. Agak sinonim dengan situasi yang ditempuhi oleh Miya sekarang. Rasa putus harapan, rasa kelam, rasa tidak mahu menjalani hidup seperti biasa. Dia bersila di atas katilnya yang semakin nipis walaupun ada spring. Memandang tiap-tiap gambar idola pujaannya. Dia sangat-sangat menggemari muzik indie dan lagu-lagu dari seberang jadi siapapun idolanya pasti akan ditampal di dinding yang dilitupi dengan kertas putih yang sangat besar sehingga mampu menutupi poster-poster kecil mahupun sebesar majalah Media Hiburan.

Miya merebahkan badannya sambil kedua-dua tangannya bagaikan menampung kepalanya. Matanya meliar melihat putaran kipas angin yang laju. Fikirannya kosong. Tidak mampu berfikir apa-apa tentang hidupnya. Setiap tindak-tanduknya selalu disalah erti oleh orang. Walaupun dia mempunyai keluarga, tetapi mereka tidak tertumpu kepada Miya. Mungkin kerana dia anak yang sulung jadi dia faham posisinya sebagai kakak yang paling tua. Tapi dia merasa kosong tanpa kasih sayang yang sama rata seperti adik-adiknya. Maka, air matanya secara tidak langsung mengalir tanpa disedari Miya yang masih mengelamun dalam kenyataan yang kelam.

Terasa bagaikan pipinya disentuh, Miya tersedar dari lamunannya dan terlihat Yunho sedang menyapu air matanya yang mengalir. Kelihatan dia seperti tenang dan tersenyum melihat Miya yang terbaring di atas katil.

"Kenapa awak tak panggil nama saya? Setiap hari saya tunggu awak tau...", ujar Yunho lalu tangan kanan yang mengusap air mata Miya tadi diturunkan dengan perlahan.

"Kau tunggu aku? Asal pulak nak tunggu aku? Kenal pun tak. Tiba-tiba datang jadi hero pulak...", getus Miya sambil mengerut dahinya.

"Eh~ Itu harus. Kena kena tunggu awak panggil baru saya datang.", jawab Yunho sambil berpeluk tubuh seperti boss boss yang sedang menunggu kopi Starbucks siap dihidang.

"Habis tu, kenapa awak kat sini?", soal Miya lagi lalu kembali bersila di atas katil.

"Sebab saya nampak awak menangis...".

Jawapan Yunho membuat kan Miya terdiam. Dia juga tidak tahu bagaimana air matanya boleh mengalir sedangkan dia tak terfikir apa-apa langsung.

Yunho menyambung sambil menongkat badannya untuk berada dekat dengan Miya, "Tiap kali kalau awak menangis, saya akan datang temani awak. Saya mahu menjadi pendengar setia awak. Awak boleh je luahkan apa-apa dekat saya. Asalkan awak tenang. Awak- Awak boleh percayakan saya. Saya takkan bagitau sesapa sebab saya cuma ada awak sorang je.".

"Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi kau ni baik sangat dengan aku...", ujar Miya yang menelengkan sedikit kepalanya ke kanan.

"Sebab saya kawan awak.", Yunho mengulangi jawapan yang sama seperti sebelum ini.

"Aku teringin sangat nak tahu tahu pasal kau ni.", kata Miya dengan jujur kerana dia sangat hairan dengan sikap Yunho yang sangat prihatin dengannya.

"Tanyalah~", kata Yunho dengan nada yang comel sambil tersemyum comel. Kenapa lah banyak sangat comel dia ni?

"Kau ni sebenarnya wujud dekat depan mata aku sorang je ker?", soal Miya walaupun dia tahu jawapan yang bakal didengarinya pasti 'Sebab saya kawan awak'.

"Kalau yang itu kan... Saya boleh cakap satu je.", jawab Yunho yang sepertinya tengah berfikir cara yang tepat untuk menjawab soalan cepumas Miya. Dia mendekatkan lagi dirinya dengan Miya lalu berkata, "Ya. Awak sorang je boleh nampak saya. Sebab saya kawan awak.".

Memang benar apa yang diteka oleh Miya. Jawapan yang sama diulang oleh Yunho membuatkan dia tersenyum pahit. Dan ketika itu kelihatan Yunho tersengih membuatkan Miya mahu menamparnya lagi seperti sebelum ini.

"Awak... Saya tahu awak tak suka dengan jawapan saya tapi nanti awak akan faham kenapa saya jadi kawan awak. Saya taknak laa tengok kawan saya ni muka monyok macam ni...", pujuk Yunho lalu memegang kedua-dua belah pipi Miya lalu menggomol pipi yang gebu itu.

Disebabkan pipinya digomol berulang kali, Miya terasa pening sambil bersuara seberapa harakat yang dia mampu. "Aaaaaaaaaaa~~".

Dan dari saat itu. Mereka berdua mula mengenali antara satu sama lain. Walaupun mengambil masa yang singkat, tetapi perhubungan mereka terasa seperti sudah lama kenal. Tterfikir juga bagaimana Miya boleh mulai rapat dengan Yunho...

 

Bunyi loceng berdering menandakan bahawa sudah selesai sesi persekolahan. Rata-rata para pelajar sudahpun bersiap sedia dengan beg di bahu untuk keluar dari kelas walaupun cikgu tengah mengajar lagi dihadapan. Biasalah. Orang muda, tak ada yang dapat diduga. Dari tingkat 1 hingga tingkat 3 di setiap blok dipenuhi dengan para pelajar yang berpusu-pusu menuruni tangga. Tidak terkecuali Miya bersama 3 lagi kawan sekelasnya yang berjalan lenggang sambil menunggu pelajar yang lain turun dahulu.

Kalau diikutkan kawan-kawan yang satu kampung dengan Miya tidak dapat ke sekolah sebab hujan di waktu pagi tapi dia menaiki kereta bapanya kerana ketika itu ayahnya sebagai pemandu kawan sekelasnya jadi dia tumpang sekaki untuk ke sekolah. Tapi dia terpaksa menaiki bas untuk pulang kerana bapanya hanya mengambil kawan sekelasnya sahaja. Rumah Miya dan rakan sekelasnya itu sangat jauh jadi Miya terpaksa berjalan kaki untuk ke stesen bas.

"Weh. Aku balik dulu tau. Ada apa-apa SMS aku.", ucap rakan Miya sambil mengalihkan basikal yang dihimpit oleh basikal yang lain.

"Ye lah. Korang pun kalau ada apa-apa call terus. Aku takde kredit ni", kata Miya sambil menunggu kawan-kawannya menaiki basikal.

"Alright. Kami balik dulu. Adios~", jawab kawan Miya yang seorang lagi sambil melambai ala ala superhero dalam komik Ujang.

Miya melihat sahaja kawan-kawannya menunggang basikal keluar dari pintu pagar sekolah sambil tersenyum. Dengan seketika wajahnya bertukar menjadi muram. Dia seperti tidak gembira hari ini. Mana tidaknya, setiap kali dia disekolah dia bakal diejek dengan macam-macam nama. Jangan ditanya lah budak kelas nyanyi lagu yang ada namanya lalu diubah dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati. Dia memang tidak tahan dengan ejekkan dari budak-budak kelasnya sehingga melekat nama panggilan 'P.A' ataupun dipanggil Personal Assistant disebabkan sifatnya yang suka menolong cikgu.

Dengan berat langkahnya Miya keluar dari pagar sekolah dan berjalan merentasi bangunan sekolah rendah. Sekolah rendah dan sekolah menengah hanya bersebelahan sahaja jadi memang tidak jauh lah perjalanannya. Tapi masih jauh untuk sampai ke perhentian bas yang bersebelahan dengan stesen minyak. 1 km. Masih jauh.

"Balik sorang sorang lagi... Agaknya sampai ke tua kot aku hidup sorang.", keluh Miya sambil melihat jalan yang berbatu jubin merah. Tiba-tiba, dia terlihat ada sepasang kaki yang berjalan beriringan dengannya. Miya cuba untuk menoleh ke kiri dan terlihat Yunho yang sedang berjalan bersamanya. Kelihatan si jejaka itu tersenyum sambil menampung kepalanya dari belakang. Jadi Miya cuba menegur Yunho, "Macam mana kau boleh ada kat sini?".

"Sebab saya nampak awak macam sedih je. Sebab tu saya datang temankan awak.", jawab Yunho sambil menoleh ke arah Miya.

"Eh? Mana ada. Aku okay je-".

Belum sempat Miya menghabiskan kata-katanya, kelihatan dua pelajar lelaki yang berbasikal sedang mendekati Miya dari belakang. Mereka adalah orang yang selalu mengejek Miya tanpa ada rasa bersalah. Kata mereka 'hanya bergurau' tetapi bagi Miya, ianya seperti suatu penganiayaan kerana merendahkan maruahnya.

"EH! P.A JALAN SORANG", kata salah seorang dari pelajar lelaki tersebut.

Seorang lagi pelajar lelaki menyambung, "P.A BODOOH!!".

Tetapi Miya tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh pelaja-pelajar tersebut. Terasa kedua-dua telinganya ditutup rapat dengan sepasang tangan yang hangat. Perjalanannya terhenti sebentar lalu dia memandang Yunho yang sedang menutup telinganya sambil menatap mata Miya sedalam-dalamnya. Terasa seperti waktu terhenti buat mereka. Dengan gugurnya dedaun dari perpohonan yang berada di sepanjang lorong pejalan kaki. Dengan suasanya yang sangat sunyi tanpa kedengaran bunyi kenderaan. Betul-betul seperti di dalam filem. Miya dan Yunho tidak bergerak walaupun seinci. Mereka bagaikan tersekat disitu. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiaFox_117
#1
Chapter 2: Is this story only available in this language?