Pagi Yang Gelap

Oh! Mawar Khayalan

*TW //  Adegan kekerasan, buli dll*

2008.

Keadaan di sekolah bertukar menjadi riuh selepas meendengar perkhabaran bahawa ada seorang pelajar yang juga pengawas pelatih dipukul di dalam tandas perempuan selepas waktu rehat. Ramai pelajar yang bergegas ke tapak sepak takraw yanng berada di antara blok B dan blok A dimana tandas perempuan itu berada. Tapi mereka hanya duduk di luar tanpa mengetahui apa yang terjadi di dalam tandas tersebut.

"Kau buat apa tadi? Kau sembur air paip kat kain aku?! KAU PEHAL HAH?!", jerit seorang pelajar yang juga senior di sekolah. Dia terus meraih batang mop dari belakangnya lalu mengacukan kain mop ke muka pelajar yang tidak sengaja menyembur air kerana disangka yang berada di hadapan pintu bilik air itu ialah kawannya.

Keadaan benar-benar menjadi tegang. Ada 5 lagi pelaajar di belakang pelajar senior tersebut manakala pelajar tersebut cuma ada kawannya seorang.

"Kau ni kan. BAPAK KAU TAK AJAR ADAB KE HAH?! YANG KAU SURUH KITEORANG NI DIAM KENAPA?!", tengking pelajar senior itu lagi.

"Ma.. Mana ada. Saya ingat kawan saya kat depa-"

Mulutnya ditutup rapat dengan mop yang digasak oleh pelajar senior itu lagi.

Dia sudah tidak tahan dengan apa yang dilaluinya sekarang ini. Dia terus menepis mop yang berada di mulutnya lalu cuba berlari keluar dari tandas perempuann tersebut. Semakin dia mencuba untuk lari, semakin dapat dikejar oleh sekumpulan pelajar senior tersebut. Namun setibanya di hadapan kotak yang diisi hos air kecemasan bersebelahan dengan bilik seni, pengawas pelatih tersebut jatuh kerana tidak mampu melihat dengan jelas. Dan ketika itu, pelajar senior itu tiba lalu memukul serta menendang pelajar tersebut. Pelajar itu bingkas bangun dan lari dari tempat tersebut setelah dia berjaya meloloskan diri. Dia terdiam tak terkata sambil menahan kesakitan yang tak dapat dia ungkapkan. Dengan perlahan dia berjalan sambil memegang lengan kanannya yang disepak bertubi-tubi oleh pelajar senior. Menangis teresak-esak. Dia luahkan semua perasaannya sehingga ada yang memerhati dari jauh...

 

Miya mengeluh si suatu sudut di dalam bilik kesihatan yang terletak di Blok C. Sambil mengurut lengan kirinya, dia juga berhati-hati melihat pintu hadapan jika pelajar senior yang memukulnya tadi masuk untuk mencarinya. Dia mula merasakan dirinya sudah tidak selamat berada disini. Air matanya mula jatuh bercucuran ke atas kain birunya. Dia sudah tidak mampu bertahan lagi. Kawannya pun sekalipun sekalipun tidak menjenguknya disini. Miya betul-betul bersendirian...

​​​"Awak... Kenapa awak menangis?", kedengaran suara lelaki yang bergema di dalam bilik kesihatan itu. Miya cuba untuk melihat keadaan disekeliling ruang menunnggu jika ada pelajar lelaki yang nakal memasuki bilik itu.

Tiada.

Miya kehairanan dari mana datangnya suara tersebut. Jadi Miya masuk kembali ke dalam bilik tapi tak disangka ada kelibat seorang lelaki tinggi lampai sedang duduk di atas katil yang diduduki Miya sebentar tadi. Tipulah kalau Miya tak terkejut melihat lelaki yang tidak dikenali berada di dalam bilik. Berduaan pulak tu? Jadi Miya pun mula bertanya, "Siapa kau? Asal kau boleh ada kat sini?".

Si jejaka itu tersenyum sambil menampakkan giginya yang teratur dan berseri itu. Tanpa berlengah, lelaki itu berkata, "Awak duduk dulu. Baru saya bagitu siapa saya.".

Miya mula berasa curiga dengan tindak tanduk jejaka tersebut tersebut namun dia akur dan duduk bertentangan dengan si jejaka tersebut.

"Nama saya Jeong. Yun. Ho! Saya ada kawan nama Choi. Mi. Ya. Dia selalu sedih jadi saya, Jeong. Yun. Ho, akan lindungi dia selagi dia masih hidup dan saya tak akan biarkan dia mati sebelum sampai waktunya. Itu janji saya, Jeong. Yun. Ho!". Jawabnya lagi dengan penuh bersemangat sambil mengangkat tangan ala-ala mengangkat sumpah.

"Macam mana kau tahu nama aku?", soal Miya yang terkejut dengan kata-kata Yunho seperti sudah lama si jejaka ini mengenalinya.

"Sebab saya kawan awak. Mulai saat ini saya akan sentiasa ada dengan awak. Dalam waktu senang atau susah. Sebab saya nak kawan saya terus hidup.", ujar Yunho lalu menongkat dagunya sambil merenung Miya yang masih bingung.

"Aku tak faham. Siyes. Macam- Kau ni sapa then... Macam mana kau tahu pasal aku? Kau stalker eh?!", soal Miya lagi dan kali ini dia seperti hilang sabar.

Yunho mula memperjelaskan tentang dirinya, "Saya kawan awak, sebab tu saya tahu semua pasal awak. Suatu hari nanti awak hilang kawan baik awak, ramai yang akan gunakan awak sebagai sandaran, keluarga awak akan sisihkan awak dan awak takkan bahagia dengan hidup awak yang akan datang. Sebab tu saya datang untuk jaga awak dan halang awak dari awak buat perkara yang boleh mencederakan diri awak.".

Miya masih tidak faham. Fikirannya juga makin bercelaru. Apa maksud disebalik kata-kata si jejaka ini? "Jap. Mana kau tau future aku. Kau ni manusia ke apa eh-".

"WOI! KAU CAKAP DENGAN SAPER?!", soal kawan baik Miya yang terkial-kial di hadapan pintu masuk bilik kesihatan.

"Tah lah weh. Aku pun tak tau mamat mana mengaku kawan ni-", sahut Miya yang berlari-lari anak menuju ke arah pintu keluar.

"Dia nak kawan dengan kau tu. Jom lah! Dah waktu balik dah ni. Japgi bas dari belah atas nak sampai takut tak sempat kang kita kena balik jalan kaki pulak.", bebel kawan baik Miya sambil mencekak pinggang ala-ala makcik Kiah menunggu duit BPR masuk dalam bank.

"Hah jom lah. Kata nak cepat?", sindir Miya lalu mengambil beg yang dipegang oleh kawan baiknya. Miya hanya berada di dalam bilik kesihatan sehelai sepinggang selepas dia mengadu tentang dia dipukul lalu cikgunya menyarankan untuk duduk di dalam bilik kesihatan sehingga habis sesi persekolahan. Sewaktu Miya menutup bilik kesihatan, dia tidak melihat sosok tubuh si jejaka tadi. Seperti hantu pulak mamat tu menghilang. Jadi Miya cuba memberanikan diri lalu beredar dari tempat tersebut bersama kawan baiknya.

 

Setelah Miya selesai mandi dan memakai baju di dalam biliknya, Miya terus baring di atas katil single yang dibeli dari lelongan barang terpakai tempoh hari. Walaupun tidak ditongkat dengan besi ataupun kayu supaya lebih tinggi dan selesa, tapi Miya bersyukur kerana masih dapat tidur di atas katil yang berspring. Dia melabuhkan kepalanya diatas bantal lama yang keras seperti diisi kacang hijau. Masih tidak apa-apa buatnya. Tapi apa yang berada difikirannya ialah lelaki tadi.

"Siapa dia? Macam mana dia tahu pasal aku?", bebel Miya dengan bibirnya terkumit-kumit. Mengingati si jejaka tersebut seperti suatu penyiksaan baginya.

"Awak fikir pasal saya ke tuh?". Kedengaran suara Yunho seperti dia berada dekat dengan Miya.

"Bukan kau lah! Ish! Takde masa nak ingat pasal kau...". Miya tersedar suara itu datang dari dalam biliknya lantas dia bangun dan mendapati Yunho duduk di sebelah kanan katil, betul-betul di bahagian badannya. Miya terjerit kecil lalu mengundur ke hujung penjuru kiri katil sambil duduk seperti bayi di dalam kandungan. Miya menuding jari ke arah Yunho lalu berkata, "Macam mana kau boleh masuk kat sini?!".

"Jangan takut, awak. Saya...".

Tiba-tiba pintu terbuka, Miya cuba melihat siapa yang membuka pintu, rupa-rupanya San, adik Miya yang menjenguk kakaknya dari luar pintu. Adiknya mulai bertnaya, "Kenapa kak menjerit macam monyet tadi?".

Sepertinya San tidak dapat melihat Yunho yang berada di sebelahnya jadi Miya memperbetulkan suaranya lalu berkata, "Tak. Ni haa ada lipas lalu tadi. Itu yang terjerit tu...".

"Ohhhhh~", jawab San yang juga anak kedua daripada tiga adik beradik itu lalu menutup pintu dengan cepat.

Miya menarik nafas lega setelah adiknya beredar dari biliknya. Tapi dia masih tidak berpuas hati dengan Yunho yang masih tersenyum melihatnya. Dia terus duduk di sebelah Yunho lalu bertanya, "Kau ni sebenarnya apa? Hantu?".

"Tak.", jawab Yunho sambil menggelengkan kepalanya.

"Halimunan?", soal Miya lagi.

"Tak.", jawab Yunho dengan jawapan yang sama lalu tersenyum sambil menutup mata, comel seperti njirrr~

Tapi kelakuan Yunho membuatkan Miya makin tidak dapat menahan sabar lalu Menampar lengan si jejaka itu. Aik? Alangkah terkezutnya Miya bila dia dapat merasa ketulan lengan si jejaka itu. Seperti menampar manusia. Miya terus mengundur ke belakang sambil memegang tangan kiri yang menampar lengan kanan Yunho.

Yunho tidak berdiam diri disitu. Dia terus memanjat katil seperti cuba untuk menerkam Miya di satu sudut. Kini Miya terbaring di bawahnya dan Yunho cuba untuk merapatkan dirinya ke bawah sambil berkata dengan senyuman, "Saya kawan awak. Sebut nama saya bila awak sedih atau putus harapan dan saya akan datang. Cuma sebut nama saya.".

Miya tergamam. Anak matanya tidak henti memandang anak mata Yunho yang pekat dan gelap. Dia bagaikan terpesona dengan ketampanan dan kesempurnaan si jejaka itu. Senyuman manisnya membuat hati Miya tidak keruan.

Akhirnya Yunho merangkak sedikit kebelakang untuk memberikan laluan kepada Miya. Dengan segeranya Miya bangun dan duduk bersila di hadapan Yunho seperti tiada apa-apa yang berlaku. Egonya sangat tinggi untuk meluahkan atau engekspresikan perasaannnya.

"Kenapa kena sebut nama kau? Kau ni Genie ke?", soal Miya lagi sebab masih tidak berpuas hati.

"Sebut je. Nanti awak akan tahu.", jawab Yunho sambil tersenyum lebar.

Miya mula menunjukkan rasa bosan melayan si jejaka itu lalu membaringkan dirinya ke kiri supaya tidak bertentang dengan Yunho. Yunho pula hanya mampu tersenyum melihat gelagat Miya yang masih tidak mengerti dengan apa yanng berlaku. Mungkin suatu hari Miya akan faham kenapa Yunho sentiasa ada disisinya.

 

**Makkkkkk ai menagis Si Penaip bila taip pasal ni tapi yup ni memang kisah benar Si Penaip. Pernah kena pukul sebab misunderstanding. And yup. Masa tu lah Si Penaip kenal dengan imaginary friend Si Penaip. Kalau nak ceritaa panjang lebar ni kang tak syok pulak sebab bagi spoiler. Hah tunggu laa nanti Si Penaip sambung. Hhueheehhheehhee~**

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MiaFox_117
#1
Chapter 2: Is this story only available in this language?