Hari Pertama Sebagai Manusia

Al-Kisah Si 'Sado' Duyung
Please Subscribe to read the full chapter

Untuk turun bukit bukanlah senang, apalagi kalau nak naik bukit. Lagi-Lagi kalau naik motor Vespa. Dah lah 'sparepart' motor Vespa harga kaleng kaleng. Nasib baiklah ada si jejaka sado yang bernama Bakar A.K.A Baekho. Dapat jugak dia menolak Vespa yang ditunggang oleh Maya.

"TOLAK LAGI!! TOLAK LAGI!!! SIKIT LAGI JE NAK SAMPAI~", pekik si Maya sambil menunggang dengan cermat dam statik. Takut takut ter'gostan' kebelakang.

Akhirnya sampai ke pintu gerbang yaqni di puncak bukit yaqni jalan besar yang menghubungkan pusat bandar dan pusat peranginan. Maya turun dari motor Vespa berwarna putih lalu menutup pagar di pintu gerbang tersebut. Sewaktu dia melihat kuncinya dia terdengar suara lelaki merayu, "Kamu mahu kemana? Jangan tinggalkan beta".

Maya tersedar yang Baekho berada didalam padahal dia nak bawak Baekho pergi beli barang keperluan si jejaka tu. Dia membuka semula kunci pagar dan membuka sedikit pagar. Setelah Baekho keluar dengan berjalan itik, tapi tak lah sampai bercangkung, Maya terus memberikan kunci Vespa pada Baekho sementara dia mengunci pagar semula. Baekho hanya memandang kosong pada kunci yang dipegangnya. Si Penaip pun tak tau la apa yang dia tenung tu.

"Lahhhhh~ Ingatkan dia dah bukak kunci moto.", geram Maya melihat Baekho duduk sambil menyilangkan kakinya. "WOI BAKAR! KAU DENGAR TAK!".

Baekho tersentap dari renungan yang lama lalu melihat Maya yang sedang marah. Mana tak marah uii. Orang cakap taknak dengar.

"Kau pandai bawak motor?", soal Maya yang memeluk tubuh sambil memandang sinis pada Baekho.

"T.. Tidak.".

"Kereta?".

"Tidak.".

"Memang betul lah dia ni orang asli.". Bisik Maya.

"Umm?", soal Baekho dengan nada yang kebingungan sebab dia tak dengar.

"Takpelah. Biar aku bawak kau hari ni.", jawab Maya dengan nada yang seakan-akan robot. Macam suara Optimus Prime pun ada. Dia menghalau Baekho dari Vespa kesayangannya lalu duduk di atas seat yang selesa yang penuh vintaj. Dia memandang Baekho yang terpinga-pinga lalu menepuk seat dibelakangnya.

Ketika Baekho cuba untuk duduk di seat belakang, dia mahu memperbetulkan postur badannya tapi tak boleh. Ketika itulah Maya berkata, "moto ni takde pemijak kaki. Kau gunalah bahu aku kalau nak duduk leklok.".

Baekho mendengar kata-kata Maya lalu memegang kedua-dua bahu si gadis itu sebab nak betulkan apa yang salah.

"Sebab takde pemijak kaki, kau peluklah aku kuat-kuat.", ujar Maya lagi.

Baekho agak sedikit janggal dengan apa yang diperkatakan oleh Maya. Peluk? Boleh kah daku memeluk seorang gadis? Soal Baekho di dalam hati kecilnya. Baekho hanya tersedar apabila Maya memegang kedua-dua tangannya lalu menyilangkan tangannya pada pinggang si gadis itu. Mau tak blushing mamat tu?

"Pegang kuat-kuat.", Tegur Maya lagi tatkala dia menghidupkan enjin motornya lalu menunggang motor Vespa yang antik lagikan cantik menarik tertarik- Ehem.

 

Sepanjang perjalanan menuju ke pasaraya yang lebih kurang 20km dari rumah Maya, Baekho terpana melihat bangunan pencakar langit yang berpusu-pusu memenuhi setiap tanah. Terlihat juga pemandangan kesesakkan disebabkan kereta dan bas yang banyak lagikan gedebak. Tidak kurang hebat dengan bau asap yang keluar dari setiap tempat, tidak kira dari enjin kereta ataupun dari pembakaran terbuka. Baekho bagaikan menerima kejutan budaya tahap kiamat nak dekat. Mana tak terkejut mamat tu, kiri kanan sampah merata-rata macam sebulan tak dikutip oleh Majlis Perbandaran.

Sampainya mereka berdua ke pasaraya Sam's Grocery yang serba mewah dan serba 'flex'. Maya melatakkan motor mahalannya di tempat letak motor, betul-betul di dalam bangunan yang berkonsepkan British vibes gittew. Maya bangun dari motornya lalu membuka helmet yang dia pinjam tak bagi balik pada tuan asalnya. Baekho masih bingung, dia berada di suatu kawasan dimana hanya ada kereta dan motor. Rasa macam kena culik ke kawasan bengkel kenderaan pun ada.

"Kau taknak turun ke?", soal Maya. Mencekak pinggang sudah semestinya gaya Maya apabila dia tegur seseorang. Dah macam makcik makcik masa kenduri pulak.

Baekho mengangguk tanpa bersuara. Dia menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Maya kerana dia tak terbiasa dengan dunia manusia. Dengan terburu-buru dia mengekori Maya yang sudahpun berjalan dihadapan.

Maya ni kalau boleh dia taknak ambik port pasal 'manusia jadian' tu. Tapi disebabkan Baekho tiada saaudara-mara, nak taknak dia kena jugak bantu mamat tu. Sampainya dia di hadapan pintu masuk separuh kompleks membeli-belah separuh hotel 5 bintang itu, dia terdetik hatinya untuk menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya Maya apabila terlihat Baekho berada betul-betul di hadapannya. Dia menatap mata Baekho, dark brown anak matanya tampak jelas dengan pencahayaan dari lampu di pintu masuk tersebut. Namun pandangannya terg

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
Hahahahha kretif la awak ni