Ke-Luar Utopia

Al-Kisah Si 'Sado' Duyung
Please Subscribe to read the full chapter

Sehari Sebelumnya. Jeng Jeng Jeng~

Di dasar lautan terdapatnya berbillion-billion jenis hidupan laut yang umum diketahui dan juga yang tidak pasti kesahihannya. Pakar marin pun tak tahu apa lagi yang ada dalam laut. Yang pasti, spesis marin lebih banyak berbanding manusia dan tak ramai yang tahu. Namun disebalik air laut yang bergelora terdapat dasar laut yang sangat indah dengan terumbu karang asli, ikan-ikan yang berwarna-warni dan duyung. Duyung? Masih wujudkah duyung ini?

 

Di sebuah tanah laut yang luas terlihat tiang masuk ke perkampungan yang tersergam indah berhiaskan mutiara dan kepah yang cantik berkilauan. Tak sama seperti di pesisir pantai yang ada terumbu karang hasil air tangan manusia. Di dalam perkampungan tersebut, bermacam-macam jenis duyung yang manusia tak dapat lihat dengan tanpa oksigen. Kalau dilihat kedalaman dasar laut itu menyamai tinggi KOMTAR di Pulau Pinang! Memang idok ler manusia nak lepas masuk ke dalam perkampungan duyung. Dan di tengah-tengah perkampungan tersebut wujudnya sebuah rumah banglo 6tingkat yang paling vassssssss gitew, kalah Istana Takeshi. Dengan keluasan dua padang bola sekolah dan ketinggian yang Si Penaip sendiri tak pasti. Pasti membuatkan Eric Leong tergamam dengan kecantikkan reka bentuk luaran dan dalaman rumah.

Dan di dalamnya ada sebuah bilik yang berada di tingkat bawah tanah yang sangat terperosok dan tiada sesiapa boleh masuk kecuali JR, 'mad scientist' dan Baekho, pemilik banglo bertingkat ini merangkap putera tunggal di Utopia.

"Jae Ar Rie, kau sudah siapkan ubatnya belum?", soal Baekho yang tertunggu-tunggu dengan hasil kajian yang dibuat oleh JR. Perasaan teruja mengerumuni Baekho yang memberi idea yang tidak masuk akal bagi seekor duyung.

JR hanya tenang dan membuat kerjanya yang berkurun jugak lah nak siap. Dalam 3hari? Uish kalah produk sampah tu. Untuk kali yang terakhir, dia mencampurkan ramuan yang ditumbuk halus ke dalam kapsul yang kecil untuk ditelan. Hairan bukan? Tapi segalanya tidak mustahil di Utopia. Ianya umpama Bikini Bottom versi Melayu. Akhirnya. Sebiji kapsul berwarna biru terhasil dengan jayanya oleh Kim JR. JR cuba untuk menerangkan kegunaan kapsul yang dipegangnya. "Okay~ Kapsul ni aku buat dengan abstrak rumpai laut liar dengan pati mutiara dari lautan Hindi. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang paling penting, ada DNA manusia yang aku temukan semasa bot manusia karam di pulau, 79 batu nautika dari sini.".

Tanpa berlengah, Baekho terus mengambil kapsul itu. Dia terpana dengan kapsul yang berkilau macam baju M Daud Kilau. Sebenarnya dia memang dah lama teringin nak jadi manusia. Itupun bersebab. Tapi panjangggggg lagi ceritanya. Bagi Si Penaip flashback dulu.

JR berjaya menahan tangan Baekho swaktu Baekho cuba memasukkan kapsul ke dalam mulutnya. Dia menyambung penjelasannya, "Kalau kau mahu menelannya, bukan sekarang. Kerana ubat ini mempunyai kesan sampingan yang sangat ketara. Sebab itu jikalau boleh, makanlah semasa kau ingin ke darat nanti.".

"Kesan sampingan? Kesan sampingan yang bagaimana?", soal Baekho sambil berpeluk tubuh macam ahli bina badan menunggu saringan dekat luar gym.

JR mengambil kembali kapsul yang dipegang Baekho sambil menjelaskan tentang kesan sampingan, "Mula-mula, kau akan merasa pening. Kemudian kau susah nak bernafas dan selepas itu mula tidak sedarkan diri. Kalau kau terbangun dekat darat nanti, kau tidak boleh bercakap selama 3 jam. Pendek kata, kau akan bisu tapi hanyalah sementara."

Baekho hanya melopong sambil mengangguk faham.

Sambung JR, "Dalam masa 3jam kau tidak boleh berkata-kata, kau tidak boleh paksa diri kau untuk bercakap. Kalau kau memaksa diri, selamanya kau tidak boleh bercakap di dalam dunia manusia nanti.".

"Ehh? Kenapa kau kata sebegitu rupa?", rungut Baekho yang memang suka bercakap dan mudah terhibur.

"Kau mahu berjumpa dengan ibunda kau atau tidak?", soal JR sambil membelek-belek kapsul yang dibuatnnya.

"Semestinya aku mahu berjumpa dengannya!", jawab Baekho lalu merampas kapsul dari JR dan segera keluar dari bilik tersebut sambil ketawa kecil.

"Hoi! Kau tidak mahu kotaknya (kapsul) kah?!", jerit JR yang jarang sekali keluar dari markasnnya, kecuali waktu makan.

"Alah, nanti sewaktu makan petang kau bawalah kotak tu. Malam ni ada duyung istana masakkan ikan dori goreng tepung.", jawab Baekho lalu berenang naik ke atas dan meninggalkan JR yang masih melihatnya sambil mencebik bagaikan budak kecil. Ala bucu bucu~

 

Di malam yang tenang ditemani cahaya dari luar banglo yang lebih cantik dari banglo Dato' Alif Syukri menyelubungi bilik Baekho yang luas dan tersusun. Kelihatan Baekho merenung ke luar jendela tak berkaca sambil menongkat dagu dengan tangan kirinya. Dalam banyak banyak pemandangan di dasar laut, dia hanya melihat pantulan cahaya dari bulan dilangit. Dia pernah melihat bulan tetapi tidak lama. Dia mahu melihat bulan lagi dan hanya satu sahaja jalan keluar: menjadi manusia. Dengan hati yang berdebar-debar menantikan hari esok untuk menjadi seorang manusia, Baekho bermonolog bagaikan bercakap dengan bulan, "Ibunda, tunggu Bekko datang ya? Bekko rindu ibunda.".

 

Pada keesokkan harinya, Baekho bersiap sedia berangkat keluar dari Utopia sambil ditemani pengawal-pengawal dan JR sendiri selaku sahabat baiknya dari kecil. Baekho hanya tersenyum riang tatkala rakyatnya tidak tahu dia ke darat sementara JR melihat Baekho sebagai seekor duyung yang berani. Begitu banyak duyung yang keluar menjadi manusia tetapi hidup mereka tidak lama. Mungkin ini kali terakhir dia melihat sahabatnya pergi dengan hati yang terbuka.

Sampainya mereka di sebuah lautan yang sunyi yang tak berpenghuni, mereka berhenti lalu Baekho memeluk JR secara tibe. "Terima kasih, kau sudah banyak membantu aku.".

"Takde hal bro. Memang takde hal...", jawab JR dengan gaya Sonaone sambil membalas kembali pelukan dengan senyuman.

"Apakah yang dimaksudkan oleh kau...“ soal Baekho yang tidak faham bahasa melayu moden.

"Lagu baru.", jawab JR dengan bangganya. Tatkala melihat senyuman di raut wajah Baekho, dia menepuk bahu kanan sahabatnya sambil berkata, "Kau jangan lupakan aku di sini.".

"Semestinya. Aku takkan melupakan kau dan Utopia~", jawab Baekho dengan yakin. Yakinnya kamu... Genggaman tangan dibuka dan segera menelan kapsul yang dibawa oleh Baekho. Pahitnya jelas terasa di tekak namun dia masih tersenyum. Dia mengucapkan selamat tinggal pada JR dengan gayanya sambil berkata, " Goodbye, au revoir adios~".

Pada kedalaman 17 kaki dalam sebelum sampai ke p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
Hahahahha kretif la awak ni