Penemuan si Jejaka 'Sado'?!

Al-Kisah Si 'Sado' Duyung
Please Subscribe to read the full chapter

"Ibu! Ibunda! Tolong jangan tinggalkan Bekko! Bekko takut.".

Kedengaran suara si anak kecil memanggil-manggil ibunya yang berenang pergi meninggalkan si kecil bersama bapanya yang langsung tidak mengendahkan isterinya pergi. Si kecil itu menangis dengan sekuat hati, tidak mahu berpisah dengan ibu yang membesarkannya dari zaman telur, menetas, menjadi berudu buat sementara sebelum terbentuknya sebuah lagenda laut yang sukar ditemui. Barang rare lah katakan. Dia yang ketika itu berusia 5 tahun tidak tahu apa-apa tentang dunia laut. Dia hanya tahu ibunya yang sering memberi makan minumnya ketika lapar, yang sering memujuknya ketika menangis, dan yang sering memeluknya ketika dia tidur di dalam pangkuannya.

Si ayahnya pula? Dia tidak tahu. Tidak tahu apa-apa tentang ayahnya yang siang malam keluar tanpa khabar mahupun telegram. Surat berantai pun dia tak pernah bagi. Entah datang dari mana, si ayah itu datang mengambil semula 'harta' miliknya.

Si kecil tidak mahu semua itu. Dia hanya mahukan seorang ibu.

 

20 Tahun Kemudian. Jeng Jeng Jeng~

Desiran ombak menghempas ke sisiran pasir yang halus bersama angin yang menyejukkan setiap manusia yang berada di persisiran pantai. Ada yang berkelah bersama keluarga, ada yang berkhemah bersama Si Nopal anaknya Bahenol, ada yang bermain jek ski, banana boat dan segala jenis sukan air yang dibenarkan. Ada juga yang datang untuk menghirup udara segar sambil ditemani lagu "ON" nyanyian BTS. dan ada yang bercengkerama di bawah pohon kelapa yang rendang. Woi haram!

Ketika si gadis sedang menjamah kuih karipap sardin yang dibeli di kedai mamak berdekatan dengan susur masuk ke jalan menuju ke pantai, dia terlihat sekumpulan gadis yang menghabiskan secawan jagung manis lalu buang cawan plastik tersebut di tepi tangga. Dia tersentap dan berhenti mengunyah makanan yang berada di dalam mulutnya. Dengan segera dia berlari menuju ke tangga dan ambil cawan tersebut. Tenungan yang tajam tepat ke arah gadis-gadis yang bertudung tapi menampakkan payudara yang mantol itu membuatkan si gadis ini hilang sabar. Dia bangun semula dan turun ke persisiran pantai untuk bertemu dengan gadis-gadis tersebut.

"Dik. Adik ada tercicir barang tak?", soal si gadis tinggi lampai berbaju T biru gelap.

Para gadis mulanya terkejut mendengar sapaan dari si gadis tersebut tetapi mula berubah wajah apabila melihat si gadis tersebut menghulurkan cawan plastik yang dibuang oleh salah seorang dari mereka.

"Akak nak kami ambik sampah ni ke?", soal salah seorang dari mereka sambil berpeluk tubuh.

"Ye. Ambiklah.", jawab si gadis itu sambil mara ke hadapan. Melihat mereka mula menjauhkan diri darinya, dia terus menegur, "Ni memang sampah, sebelum ni korang guna sampah ni untuk makan jagung. Tapi kenapa sekarang korang rasa jijik?“.

Mereka buat-buat tak tahu sambil membelek telefon pintar iPhone 'Made In China' mereka.

Sambung si gadis itu lagi. "Apa gunanya tong sampah kalau tak guna? Hah? Korang buang benda ni merata-rata and korang still demand nak hidup without pencemaran? In your dreams lah dik. Kalau tak pupuk sifat sayangkan alam sekitar, sampai bila bila pun korang takkan dapat merasa bebas pencemaran. Sekarang ni pulak musim corona (COVID-19) and korang still nak sakitkan bumi lagi?!".

"Ish... Lantak kat kiteorang lah! Yang makcik ni sebok apehal?".

" Tah. Lantak lah kat kami. Duit kami.".

"Tak payah lah nak layan makcik ni...".

Semakin banyak rungutan yang didengar oleh si gadis yang masih memegang cawan plastik itu, semakin dia hilang sabar bagaikan gunung berapi yang mahu meletup.

"Makcik kalau dah nampak sampah tu, buang lah sendiri. Tak payah nak bagitau orang-".

Dengan sekali lemparan yang tepat pada muka salah seorang dari kumpulan gadis tersebut, si gadis yang disangka 'makcik' itu menggenggam erat tangannya dengan penuh amarah sambil melihat para gadis yang lainnya cuba untuk menenangkan gadis yang terkena cawan jagung.

Apa yang mereka tak tahu, gerak geri mereka sekarang telah dirakam oleh rakyat marhaen yang pantang tengok benda 'panas'. Mereka rakam dari si gadis itu membaling cawan sehingga ke pertelingkahan yang cukup dasyat. Cukup dasyat sehingga selendang gadis yang dibaling cawan itu jatuh ke tanah. Tengok sahaja lah si gadis yang baling cawan tu. Bukan calang-calang orang. Dia sebelum ni berlajar silat dari Mahaguru Spontan yang spontan datang ke pantai. Aik? Macam ini pun boleh?

 

"Kamu ni, Maya. Dah 7 kali kamu ada kat sini. Tak serik- serik lagi ke hah?!", soal seorang pegawai polis yang bertugas menyiasat kes gaduh di persisiran pantai. Dan suspeknya ialah Maya, si pembaling cawan.

Maya sekarang duduk di sebuah kerusi bertentangan dengan inspektor Aron. Sudah berkali-kali jugak lah si Maya kena soal siasat sebab benda yang sama: 'menyebabkan pergaduhan di tempat awam'.

Bagi Inspektor Aron pulak, dia sudah penat nak melayan karenah si Maya ni. Asyik dengan jawapan yang sama: 'dorang tak jaga alam sekitar'. Jadi, buat kali ke-7 nya dia bertanyakan soalan, "Masuk sebab apa?".

"Dorang tu haa~ Tak jaga alam sekitar.", lagi sekali jawapan yang sama dikeluarkan oleh Maya. Macam dah takde jawapan lain dah minah ni eyyyyyy~

"Dah agak dah...", keluh inspektor Aron sambil menggelengkan kepala. Dia yang dari tadi mundar-mandir bergerak kesana kesini, terus duduk di kerusi lalu menggenggam tangannya di atas meja. Dia merenung Maya dengan penuh kasihan sambil berkata, "Kamu nak jadi apa sebenarnya?".

Maya teragak-agak untuk menjawab soalan itu. Dia juga tidak tahu kemana hala-tujunya.

Inspektor Aron mengeluh lagi. Dia penat sebenarnya nak melayan karenah budak yang 2tahun lebih muda darinya. Dia kembali mendongak ke arah Maya lalu bertegas, "Macam ni lah. Jap lagi Makcik Maria datang ikat jamin kamu. Tapi ingat. Lepas ni saya taknak tengok kamu dalam ni lagi, faham?".

Maya hanya mampu mengangguk faham. Dia hanya menjalankan tugas sebagai pecinta alam yang sayangkan bumi dan tidak bersedia dengan kemarahan bumi tetapi manusia sekarang tidak peka dengan alam sekitar. Yang mereka tahu hanya berpakaian glamour macam Sajat dan menjemur di tepi pantai.

 

"Kan makcik dah cakap, biarkan je orang datang. Kamu ni selalu sangat buat kacau...", rungut Makcik Maria yang sedang menyusun baju di ampaian sambil memberi nasihat pada Maya.

"Ala makcik. Saya bukan buat apa pun. Saya cuma tegur je.", jawab Maya lalu menghirup air Soya tin menggunakan straw besi yang dia selalu bawa.

Kalau diikutkan melalui situasi sekrarang ini. Maya sedang berada di kedai Makcik Maria yang diusahakan oleh suami Makcik Maria sejak berpuluh tahun yang lalu. Kini Makcik Maria mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya dengan Maya. Maaaariiiia Maria neol wihae Maria~

Makcik Maria mula memalingkan muka ke arah Maya di belakangnya sambil berkata, "Kamu tegur pun tak kena dengan cara. Kamu sampai tumbuk muka budak tu. Selamat makcik ada tau kalau tidak-".

"Ye, ye. Saya tahu makcik.", ja

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
Hahahahha kretif la awak ni