Janji, Capati dan Siren

Al-Kisah Si 'Sado' Duyung
Please Subscribe to read the full chapter

Pukul 5 petang yang sangat indah, terlihat matahari merah di ufuk timur. Diliputi pulak dengan awan yang cerah dek dipantul matahari. Mantol betul. Bunyi cengkerik sudahpun kedengaran di lokasi-lokasi yang terpilih. Lagi lagi dekat deretan villa kat atas bukit tu. Padan muka sapa yang duduk kat situ. Tapi yang lagi bising tu bunyi kenderaan yang lalu dekat jalan berliku. Padahal hari ni baru hari Khamis. Mungkin sebab ada ceramah perdana dekat Masjid Terapung kot sebab tu banyak bas berpusu-pusu kesana. Lagi lagi bas rombongan UMNO Dun.

Dan di rumah agam Maya pulak. Tiada apa melainkan bunyi ombak yang menderu hingga menghakis pasir di pantai. Tapi takde la sampai ke rumah. Dan dengan bunyi deruan ombak itulah yang membuat Maya tersedar dari tidur yang panjang. Sejak dari peristiwa yang maha dasyat itu lah tu. Dia bangun dan duduk di atas katil sambil melunjurkan kakinya. Dia menoleh dan melihat ke kanannya, lautan yang terbentang luas sedang menantinya di luar.

"Kamu sudah bangun rupanya.", sapa Baekho yang datang membawa segelas air bersamanya.

Maya bingung buat seketika.Terakhir kali dia melihat 'Bakar' sewaktu dia bertukar menjadi duyung. Bagaimana kaki lelaki tu boleh tumbuh balik? Dan mana perginya ekor ikan yang lawa macam tudung DUcK tu?

Dengan perlahan Baekho duduk di katil si gadis itu. Dekat dengan kaki Maya yang panjang itu lah. Kalau duduk dekat bucu katil, macam mana nak bagi air tu kan? Jadi dia memberikan segelas air masak yang diambil dari penapis air Coway kepada Maya.

Maya cuba meneguk air itu dengan perlahan. Tapi bayangan Baekho sebagai duyung itu sukar dilupakan. Dia meletakkan gelas tersebut di meja bersebelahan dengan katil lalu menongkat badannya. Dia cuba merenung wajah si jejaka yang halus mulus bagaikan bidadara sambil berkata, "Kau rasa apa yang aku nampak masa kejadian semalam tu betul ke tak?".

"Kejadian? Kejadian apakah?", soal Baekho yang sebenarnya cuba mengelak daripada soalan yang boleh menimbulkan syak wasangka.

Maya cuba mendekatkan dirinya pada Baekho. Dengan penuh yakin dia berkata, "Kalau betul apa yang aku nampak semalam, aku takkan bagitau dekat sesapa. Aku jenis yang berpegang pada janji. Kalau aku mungkir janji, kau boleh makan aku on the spot.".

Pada mulanya Baekho teragak-agak sebab ini melibatkan nyawa dan ekosistem hidupan marin di Utopia. Tapi disebabkan Maya banyak membantu dia mencari ibu kandungnya dan dah tahu siapa dia yang sebenar, Baekho bakal dedahkan rahsianya. Macam drama Penthouse gittew.

Dari mata Baekho, Maya sudah tahu si jejaka itu mahu menyembunyikan cerita yang sebenar. Sambungnya sambil mencebik, "Kalau kau taknak bagitau takpe lah. Aku-".

Belum sempat Maya habiskan kata-katanya, Baekho bangun dan terus menarik tangan Maya. Maya terkejut dengan tindakkan Baekho yang macam kena rasuk dengan hantu drama melayu. Sehinggalah Baekho membawanya ke kolam dimana kejadian semalam itu berlaku.

Baekho berada di hadapan Maya sekarang. Betul-betul dibelakang kolam. Senyuman yang terukir tidak lekang dari bibir Baekho. Dia mulai yakin yang Maya ini berpegang pada janji sejak dari hari pertama dan dia berharap dengan pendedahan ini dapat membuka mata manusia bahawa duyung itu wujud. Jadi dengan itu, Baekho mendepa tangannya dan merebahkan badannya ke dalam kolam dengan sekelip mata.

Maya terkejut sambil cuba mencapai Baekho yang sudahpun jatuh ke dalam kolam. Percikkan air jelas kelihatan. Peristiwa yang sama berulang kembali. Dan ketika itu kolam mula bertukar menjadi warna kehijauan. Aneh. Sebab semalam kolam itu berbuih tetapi ini tidak. Maya duduk bercangkung di hadapan kolam, menantikan Baekho yang masih tidak kelihatan, macam bantuan i-Sinar.

Tetapi, kelihatan seperti buih yang terhasil dari oksigen yang seperti orang yang lemas. Macam tu pun boleh eh? Semakin lama semakin besar buih yang terhasil. Maya cuba merenung kedalam kolam. Kemudian sesuatu yang mengerikan sedang melompat keluar dan cuba menerkam Maya dengan giginya yang tajam macam ikan Piranha. Matany

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
Hahahahha kretif la awak ni