Episode 01

Disqualified Heroin by Choice
Please Subscribe to read the full chapter

 

 " So Ra tak akan dapat bertahan lama "

 

Teh yang masih berwap itu direnung So Ra dengan lama. Dia memandang wanita 30-an bertopi ahli sihir yang berdiri di hadapannya itu dengan pandangan serius. Dia menarik nafas panjang . 

 

 " Jadi , kalau saya minum ni ..saya akan sembuh sepenuhnya ?" Soal So Ra yang terdesak untuk terus berada di dunia. 

 

Terlalu awal untuk dia tamatkan perjalanan hidupnya yang penuh kejutan ini. Lagipun , dia tak mahu tinggalkan ayahnya keseorangan. 

 

Wanita yang mendakwa diri sendiri ahli sihir itu tersenyum . 

 

 " .. Bergantung kepada usaha kamu sendiri " tutur Sol tak menjanjikan apa -apa. 

 

 " Macam yang saya cakap tadi , penyakit kamu boleh sembuh dengan syarat , kamu tak boleh jatuh cinta malah membiarkan lelaki jatuh cinta pada kamu sekalipun " 

 

So Ra diam . Dia membisu lagi. Berfikir panjang sebelum mengepal penumbuknya dengan erat. Mendongak memandang kembali ke wanita sihir itu. 

 

 " Baiklah.. Siapa yang perlukan laki ,kan " dengan berlagak , So Ra mengambil secawan teh panas itu dan mula meminumnya dengan laju. 

 

Sekali teguk , teh itu selamat mendarat kedalam perutnya . Dia memandang Sol yang tersenyum lebar. 

 

 " .. Lepas ni apa--"

 

 

 

 

Sekelip mata , So ra yang baru je nak berbincang lanjut sudah berada di trak larian padang di sekolahnya. Matanya membulat besar , memandang ke kiri dan kanannya yang macam biasa dihadiri dengan pelajar -pelajar lainnya yang turut menghabiskan masa rehat mereka di padang. 

 

So Ra kemudian merasakan sesuatu yang lain dan dia terus memandang ke bawah sebelum baru sedar yang dia sedang berjogging dari tadi. Matanya makin terbeliak . Dia memandang lagi kearah pelajar lain. 

 

Apa yang berlaku ?. Kenapa aku berlari pulak ni ?. Hey ! Aku berlari di sini .. Dan tiada yang hentikan aku ..

 

So Ra diserang pelbagai pertanyaan sambil dia terus berjogging macam orang yang normal. Yang dia pelik adalah kenapa tiada seorang pun yang menghalangnya dari buat aktiviti yang boleh meragut nyawanya ini sedangkan satu sekolah sedia maklum tentang penyakitnya . 

 

Berhenti So Ra !. Berhenti lah gila !.

 

Namun kakinya macam pekak bila ia terus berlari dengan aktifnya. Akhirnya dia dah berjaya pun buat satu pusingan besar padang tanpa sebarang masalah. Langsung tak tersemput macam selalu. Dia pantas memegang dadanya yang stabil dari tadi. 

 

 " Aku tak rasa pena--" " Kang So Ra ! " 

 

So Ra menoleh dan dia serta merta berhenti bila melihat bola sedang terbang kearahnya. 

 

! Dah kenapa kau berhenti pulak ,So ra !. 

 

Mata So Ra terbeliak besar melihat bola yang semakin menghampirinya . Dia nak lari tapi kakinya macam merajuk besar dengannya dan tak mahu dengan isyarat dari otak. Dia membeku macam orang bodoh yang menunggu panggilan maut tiba. 

 

 Yah ! Larilah bodoh.  So Ra!!!

 

Pejaman mata So Ra tak lama bila dia langsung tak merasakan sesuatu telah mencium kepalanya. Dia membuka matanya dengan perlahan sebelum melihat semua pemain bola sepak yang tadinya tengah ligat berlatih memandangnya. 

 

 " Nice Catch -lah So Ra !" Jerit satu suara menarik perhatian Sora . 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet