Chapter Seven

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

Hana khusyuk memandang telefonnya.Dia sibuk mencari pekerjaan baru untuknya.Dia perlu bekerja untuk keperluan hariannya dan juga untuk membayar duit rumah sewanya itu.

''hmm...daripada aku cari macam ni,baik aku keluar pergi tengok sendiri.Sambil tu boleh jalan-jalan sekali'',

Hana yang sudah mandi terus menyalin pakaiannya.Dia mencapai kot sejuk paras pinggang berwarna pink lembut itu dan dipakainya.Beg tangan terus dimasukkan dompet dan telefonnya serta sedikit barang mekapnya.Lantas kakinya diatur keluar dari rumah dan mengunci pintu.Cuaca hari itu tidaklah terlalu panas tetapi angin sejuk masih menghembus dingin.Hana berjalan menuju ke kawasan kedai yang terletak tidak jauh daripada kawasan rumahnya.Setahunya banyak kafe di situ.Kalau dapat kerja kat situ pun dah cukup bagus untuknya.

Satu persatu kedai yang dia masuk dan bertanyakan kerja yang masih kosong.Hana mampu mengeluh selepas mengetahui tiada tempat kosong untuk dia bekerja.Dia masih tidak putus asa lagi.Sebaik sahaja kawasan kedai di situ dijelajahnya,Hana menuju ke tempat lain pula.Masih lagi tiada jawapan yang dia ingin dengar dari pihak setiap kedai.Semuanya penuh!Hana sudah menggaru-garu kepalanya.Mana lagi dia nak cari ni?Takkan nak cari kerja dekat bahagian pejabat lagi?Hana menggeleng kepalanya laju-laju.Dia tidak akan lagi mengambil kerja dia bahagian pejabat.Dia lagi sanggup cari kerja lain meskipun banyak kerja yang ditawarkan di bahagian pejabat.

---------------------------------------------------

Hampir 3 jam sudah berlalu,Hana sudah penat berjalan.Dia terus membeli air mineral dan diteguknya rakus.Hana duduk di atas bangku dan memandang sekeliling.

''mana lagi aku nak cari ni?takkan tak ada langsung?mustahil!'',

Hana mengelap peluh di dahinya.Dia menarik nafas panjang dan bangun lalu berjalan perlahan.Dia pasti masih ada sebarang pekerjaan untuknya.Hana mengatur langkah ke kawasan perumahan.Hana melopong melihat kawasan perumahan yang dia laluinya itu.Besarnya rumah kat kawasan ni!Setiap rumah bertingkat dan ada juga rumah yang melebihi dari 3 tingkat.Hana terasa macam orang kerdil kat situ.Orang yang duduk kat kawasan ni memang kaya takkan habis ke apa?Hana melajukan langkahnya.Saat dia melintas di sebuah rumah,Hana menghentikan langkahnya.Dia mendekatkan diri ke arah pagar rumah itu yang diletakkan satu papan notis.Membulat matanya seketika.

''kerja!ada kerja!'',

Hana tersenyum riang dan membaca lagi.Saat itu dia termenung sekejap.

''jadi pembantu rumah...?'',

Hana mengetap bibirnya sambil berfikir.Dia memerhati papan notis itu sambil fikirannya bergerak laju.Jadi pembantu rumah?Hana berdecit.Nak ke tak nak?Tapi kalau aku lepaskan kerja ni belum tentu lagi ada kerja lain kat luar sana nanti.Dia perlu buat keputusan.Kerja dah ada depan mata,takkan dia nak lepaskan?

''pembantu rumah pun jadilah.Asalkan aku dapat gaji.Apa salahnya kan kalau aku nak tukar citarasa bekerja aku?'',kata Hana tersenyum

Hana membetulkan pakaiannya dengan kemas.Rambutnya diselak ke tepi.Terus jarinya menekan butang loceng rumah itu.

''nae siapa di sana?'',

''err saya Hana.Saya nak tanya,rumah ni perlukan pembantu rumah ke?'',

''nae.Kami perlukannya.Cik berminat ke?'',

''nae saya berminat kalau masih ada kosong lagi'',

''arraso.Cik masuk dulu ya'',

Pintu pagar dibuka.Hana menarik nafas panjang dan kakinya melangkah masuk ke dalam rumah besar itu.Matanya sempat memadang ke arah laman rumah itu yang luas,siap dengan kolam renang dan juga ada taman kecil di sudut.Sampai di depan pintu rumah,seorang wanita yang agak berusia membuka pintu sambil tersenyum kepada Hana.

''silalah masuk'',jemput wanita berusia itu

Hana menunduk hormat lalu dia melangkah masuk dengan berhati-hati.Dia dibawa ke ruang tamu dan membuatkan Hana terlopong sebaik melihat ruang tamu yang agak besar itu yang berkonsep inggeris.Chandelier yang besar yang tergantung di tengah-tengah siling ruang tamu yang berukir indah membuatkan Hana semakin terpukau.Dia tertelan liur dan memandang semula wanita yang berusia itu sambil tersenyum nipis.

''terpukau ke tengok ruang tamu ni?'',tanya wanita berusia itu dengan mesra

''nae..cantik sangat.Mesti tuan rumah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???