Chapter Six

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

Esok pagi,Hana bangun lewat daripada biasa.Celik sahaja matanya,dia terus melepaskan keluhan yang panjang.Tisu-tisu yang digunanya yang berselerak di atas katil langsung tidak dipedulikan Hana.Dia terus bangun dari pembaringannya dan termenung.Kotak fikirannya terus melayang jauh mengingatkan peristiwa malam tadi.

''so inilah kerja luar awak yang selalu kata urgent tu?'',

''Hana...dengar dulu...biar saya explain'',

''tak perlulah Jaehyun...dah tak ada makna lagi.Apa yang awak rahsiakan selama ni dah terbongkar'',

''lama saya tunggu awak tadi rupanya awak memang mungkir janji awak!Saya macam orang bodoh kat situ tunggu awak tapi awak pergi keluar dengan perempuan lain!'',

''Hana...bukan macam tu...saya..'',

''cukuplah!Lepas ni kita tak perlu jumpa lagi.Kita putus!'',

Hana memejamkan matanya.Sakit masih terasa di dalam hatinya.Dia seperti kena tipu hidup-hidup.Hana meraup mukanya dan terus bangun menuju ke bilik air.Dia terus memandang ke cermin dan melihat matanya yang sembap kerana menangis malam tadi sehingga dia penat lalu tertidur.Sekali lagi Hana mengeluh.Dia membasuh mukanya berkali-kali dan memandang semula ke cermin.

''itulah hadiah hari jadi aku yang paling bodoh sekali aku dapat'',bisik Hana kesal

-----------------------------------------------------

Sehun yang baru melangkah keluar dari lif di pejabat itu terhenti langkah apabila matanya nampak kelibat tuan pengarah syarikat itu sedang menuju ke arahnya.Dia hanya melangkah dan buat wajah yang bersahaja walaupun hatinya ketika itu sedang dilanda perasaan yang mungkin orang lain takkan dapat merasainya.

''tuan besar?kenapa datang tak bagitahu?ada apa-apa yang diperlukan ke?'',tanya Jaehyun

Sehun memandang Jaehyun dengan lirikan matanya.Ikutkan hatinya,mahu sahaja dia menumbuk wajah lelaki itu juga tetapi disabarkan hatinya.Mungkin elok juga dia dapat tahu bahawa lelaki itulah yang menjalinkan hubungan dengan Yuju.Sekurang-kurangnya dia ada bukti dan memudahkan dia guna bukti itu untuk memutuskan hubungannnya dengan Yuju.Itulah yang dia perlu lakukan.Dia tidak mahu lagi Yuju berada dalam hidupnya lagi.

''saya cuma ambil fail yang ada dokumen pasal syarikat dari Australia yang berhubung dengan syarikat ni'',

''ohh...arraso'',

Sehun terus berlalu dan Jaehyun tunduk hormat ke arah Sehun.Dia memandang saja kelibat Sehun sehingga lelaki itu hilang dari pandangannya.

-----------------------------------------------

Hana membuka televisyen dan terus melabuhkan punggungnya.Dia mengambil remote control lalu dilihatnya setiap cerita yang disiarkan.Bosan.Hana tutup semula dan baring di atas sofa itu sambil memandang siling.Dia tidak tahu untuk buat apa.Kosong seperti kosongnya hatinya ketika itu.Tiba-tiba Hana teringat sesuatu.

''aku tak ambil lagi barang aku kat pejabat.Hmm...tapi nanti mesti terserempak dengan Jaehyun'',

Hana berkira-kira.Tidak lama itu,dia terus bangun untuk bersiap-siap ke pejabat untuk mengemas barang-barangnya.Dia sudah buat keputusan untuk berhenti kerja di situ.Dia malas untuk berjumpa dengan Jaehyun lagi.Surat berhenti kerja yang sudah ditaip olehnya dicapai lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya.Dia terus mencapai kunci rumah dan menyarungkan kasutnya.Sebaik membuka pintu rumah,dia terkejut melihat Xiumin sudah berdiri di depan pintu rumahnya.

''annyeong!Awak nak keluar ke?'',tanya Xiumin tersenyum

''nae...nak pergi pejabat ambil barang-barang saya'',jawab Hana sambil mengunci pintu rumahnya.

''ambil barang?awak berhenti kerja ke?'',

''nae'',

Xiumin termangu.Dipandangnya saja Hana tidak berkelip.Hana memandangnya dan tersenyum.

''waeyo?ada masalah ke kat pejabat sampai awak nak berhenti kerja?'',

''saya penat.Biarlah saya cari kerja lain pula'',

''ermm kalau macam tu biar saya hantarkan.Boleh saya tolong awak angkat barang sekali'',

''takpe ke?tak susahkan awak?'',

''gwenchana...nanti awak susahkan diri awak pula nak angkat barang awak berat-berat tu nanti'',

''gomawo Xiumin'',

Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan terus menuju ke pejabat.

---

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???