Chapter Five

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

 Hana tidak keluar dari bilik kerjanya.Dia masih setia di atas kerusi dan menghadap komputer.Sudah banyak kali kawan sekerjanya mengajaknya untuk makan tengahari bersama-sama tetapi ditolaknya dengan cara yang baik.Dia tiada selera untuk makan.Apatah lagi mengingatkan apa yang terjadi pagi tadi.Makin sakit hati dirinya tetapi dia masih tidak puas hati untuk mengetahui apakah hubungan Jaehyun dengan perempuan itu.Dia perlu tahu!

Telefonnya  berdering.Hana memandangnya dengan ekoran matanya.Nama Jaehyun tertera di skrin telefon.Hana menjadi gelisah.Nak angkat ke tak?Tapi dia takut kalau dia terlepas cakap.Dia tidak mahu Jaehyun tahu apa yang dia nampak pagi tadi.Dia tidak mahu merosakkan hubungannya dengan Jaehyun tanpa ada sebarang bukti yang kukuh.Perlahan-lahan tangannya mencapai telefonnya lalu dijawabnya dan membiarkan Jaehyun memulakan perbualan dahulu.

''Yobseyo?'',

''nae...ada apa Jaehyun?'', 

''nothing...saja je call.But before that...happy birthday to you.I love you so much Hana..'',

''gomawo...hmm so hari ni jadi ke keluar?awak kata nak ambil separuh hari je?'',

''ohh..err..Hana..mianhae saya tak dapat nak ambil kerja separuh hari sebab saya ada hal kat luar ni'',

Kecewa.Hana mengetap bibirnya dan mengeluh lemah.Dia cuma tersenyum nipis.

''gwenchana...'',

''Hana...i am truly sorry.Memang urgent sangat so saya serba salah nak cakap dekat awak yang kita cancel nak keluar hari ni.Sebab saya tak nak awak sedih.Yelah hari ni hari jadi awak kan?'',

''tak apa Jaehyun...hari yang lain ada je.Nanti kita sambut sama-sama bila awak dah free'',

''erm ...sebelum tu...apa kata awak tunggu saya dekat depan pokok krismas yang selalu kita pegi tu malam ni?boleh saya jumpa awak so senang sikit nak bagi hadiah ke suprise ke kat awak'',

''pokok krismas?tak apa ke sebab takut menganggu awak je'',

''aniyo..saya rasa saya free malam ni so kita bolehlah jumpa kejap'',

''arraso....kita jumpa malam ni'',

Klik!

Hana melepasakan keluhan yang panjang.Dia terus bersandar pada kerusi dan membuang pandangannya ke luar tingkap.Sabar Hana....malam ni kau boleh jumpa dia ataupun kau terus jujur untuk tanya dia siapa perempuan bersama dia tadi.Itulah yang dikirkan Hana dan mungkin dia akan buat kerja gila dia itu.

--------------------------------------------------

''aku benci kau Oh Sehun!Sampai hati awak buat saya macam ni....awak dah tak sayang saya lagi ke?saya tahu.....saya tahu silap saya ada hubungan dengan lelaki lain....tapi...takkan awak nak putuskan macam tu je?...jagiya...saya sayangkan awak...saya cintakan awak...aku sayang kau Sehun dan aku tak boleh.....aku tak boleh lepaskan kau Sehun....tolonglah...'',

Klik!

Sehun meletakkan telefonnya di atas meja kerjanya itu.Dia meraup-raup mukanya beberapa kali.Serabut fikirannya mendengar voice call dari Yuju itu.Dia tahu perempuan itu sedang mabuk ketika itu.Sehun terus bangun dan mencapai kot sejuknya dan kunci kereta.Dia keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah.Tanpa mempedulikan cik Junmi yang sedang mengemas di ruang tamu dia terus menuju ke pintu keluar lalu dihempasnya dengan agak kuat pintu rumah itu.Cik Junmi faham.Mesti majikan mudanya itu sedang kusut dengan masalahnya.

Sehun memecut keretanya dengan laju.Dia mengenggam streng keretanya denga kuat.Pelbagai perasaan yang sedang menyerang hatinya ketika itu.Sungguh dia serabut untuk menghadapinya.Dia membelokkan keretanya terus menuju ke Sungai Han.Sampai sahaja,Sehun keluar dari kereta dan bersandar di depan keretanya.Dia memandang pemandangan di depannya sejauh-jauhnya untuk mengosongkan fikirannya.Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Matanya memerhati orang yang lalu lalang di kawasan Sungai Han itu.Langit yang agak mendung seperti hendak hujan tidak dipedulikan olehnya.

Keputusan.

Sehun menarik nafas panjang.Dia perlu membuat keputusan.Keputusan sama ada mahu meneruskan hubungannya dengan Yuju ataupun memutuskan hubungan itu.Dia juga perlu fikir perasaanya.Sampai bila dia mahu membutakan hatinya dengan Yuju yang sudah menduakan hubungan mereka itu.Dia perlu tegas dengan dirinya.Dia tidak mahu menyesal pada masa akan datang sekiranya dia membina rumah tangga bersama Yuju.Dia tak mahu hatinya sakit untuk selamanya.

--------------------------------------------------------------

Hana melangkah pulang ke rumah.Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Jaehyun.Dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi tentang apa yang dilihatnya pagi tadi.Dia perlu ceriakan hatinya untuk berjumpa dengan teman lelakinya.Hana cuba tidak berkecil hati apabila Jaehyun membatalkan cuti separuh pada hari ini untuk berjumpa dengannya.Jaehyun yang menelefonnya tadi untuk berjumpa malam ni sudah memadai baginya.Hana cuma berharap lelaki itu tidak lagi memungkiri janjinya itu.

Sampai di rumah,Hana masuk ke biliknya untuk mencari baju yang sesuai untuk berjumpa dengan Jaehyun.Lama dia termenung di depan almarinya itu.Tidak lama itu,dia mencapai satu blous paras lutut berwarna peach yang mempunyai lace dia bahagian bawah.Hana tersenyum.Dia terus menggantungkan di pintu biliknya.Jam sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam.Hana terus ke dapur untuk membuat sedikit kopi.Dia terus meminumnya dengan tujuan dia berasa segar pada malam itu.Dia tidak mahu terasa letih sewaktu berjumpa dengan Jaehyun nanti.Selesai membasuh cawannya,dia masuk ke biliknya semula dan mencap

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???