Chapter Four

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

Yuju menunggu Sehun di luar kereta sambil memandang pemandangan Sungai Han pada malam itu.Angin malam yang sejuk itu menampar-nampar pipinya.Timbul sedikit rasa takut untuk berhadapan dengan teman lelakinya itu tapi dikuatkan semangatnya juga.Dia tidak mahu Sehun akan berasa susah hati untuk meneruskan hubungan mereka walaupun mereka berdua tahu bahawa dia masih mempunyai hubungan dengan lelaki lain juga selain Sehun.Yuju juga berasa pelik apabila Sehun masih mahu setiakan hubungannya ini walaupun lelaki itu sudah tahu apa yang dia buat di belakang lelaki itu dan itu yang membuatkan dia sukar untuk melepaskan lelaki itu juga kerana dia berpendapat Sehun masih mahu mengambil berat terhadapnya lagi.

Tidak lama itu,sebuah kereta Mercedes Benz Class C diparking di sebelah keretanya.Yuju menarik nafas panjang dan memberikan senyuman yang manis.Sehun keluar dari kereta sambil memasukkan terus kedua tangannya ke dalam poket sweater kerana angin sejuk pada malam itu.Dia berdiri di hadapan Yuju yang sedang menunggunya di tepi kereta.

''hmm kenapa awak nak jumpa saya?'',tanya Yuju

''tak ada apa-apa pun...cuma dah lama tak jumpa'',balas Sehun bersahaja

''oohhh...ermm......jagiya....kita masih teruskan hubungan kita lagi kan?awak pun tahu saya still lagi sayangkan awak'',kata Yuju 

Sehun terdiam.Sungguh dia tiada idea untuk membalas kata-kata Yuju itu.Dia masih lagi dalam dilema.Mahu teruskan hubungan ini,dia risau dia yang akan sakit hati pada pengakhirannya.Tetapi di lubuk hatinya masih lagi sayangkan perempuan itu.Sehun mengeluh lemah.Salah dia ke sebab layanannya kurang sedikit terhadap teman wanitanya itu?Sebab itukah perempuan itu bertindak untuk menduakan hubungannya itu dengan lelaki yang lain?Sehun menggaru-garu dahinya dan memandang Yuju.

''hubungan kita akan terus baik kalau awak berhenti adakan hubungan dengan lelaki lain selain saya je'',jawab Sehun

Yuju tertelan liur.Seakan ada tangan yang besar menampar kuat pipinya ketika itu.Yuju memandang Sehun sambil tersenyum tipis.Dia sudah berasa serba salah dengan lelaki itu.Takkan nak jujur terus yang dia sebenarnya memang sudah ada hubungan dengan seorang lelaki pada masa ini?Yuju tidak mampu untuk meluahkan disebabkan dia rasa kasihan terhadap teman lelakinya itu.Tapi itulah kenyataannya sekarang ini.Cuma dia tidak sanggup untuk biarkan Sehun kecewa dengan cintanya.

''mungkin juga silap saya sebab tak layan awak sangat tapi boleh je kan kalau awak setiakan je hubungan kita'',

''saya tahu tapi....'',

''awak kesiankan saya?awak tak nak tengok saya kecewa dengan hubungan kita ni lepas saya tahu yang awak adakan hubungan dengan lelaki lain?'',

Yuju tertunduk.Sungguh lelaki itu sedang cuba mempersoalkan hatinya.Dia kelu untuk berkata-kata.

''Yuju...tolong jangan sia-siakan hubungan kita ni kalau awak rasa awak still sayangkan saya lagi'',

 Yuju memandang Sehun.Sehun memandangnya dengan wajah yang serius.Perempuan itu terus memegang tangan Sehun.

''jagiya..janganlah macam ni...'',

''terpulanglah pada awak sama ada nak teruskan atau tidak'',

Sehun melepaskan pegangan tangan Yuju itu dan kembali masuk ke dalam keretanya semula.Dia menghidupkan enjin lalu bergerak meninggalkan Yuju keseorangan di situ.Yuju hanya mampu memandang dan melepaskan keluhan berat yang panjang.

----------------------------------------------------

Esok pagi,Hana bangun awal daripada biasa.Dia teruja disebabkan hari jadinya pada hari itu.Dan semestinya juga sebab Jaehyun mengajaknya keluar pada hari ini.Hana bersiap-siap untuk pergi ke kerja.

''macam nak minum kopi karamel pula.Hmm....beli kat cafe lah'',

Hana sempat mengerling jam.Masih ada masa lagi kalau hendak pergi ke kafe dulu sebelum masuk ke office.Dia terus menyarungkan kasut tingginya dan keluar dari rumah lalu dikuncinya.Langkah diatur ke perhentian bas dan cepat-cepat dia berjalan apabila ternampak bas sudah sampai.Dia terus naik dan duduk di kerusi.Nasib tak ramai orang sangat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???