Chapter Twenty One

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

Yuju membaling semua bantal di atas katilnya.Air matanya mengalir deras sambil ditemani dengan perasaan kecewa.Yuju menangis teresak-esak dan terus terduduk di bucu katil.Dia menekup mukanya dan cuba mengawal tangisannya agar tidak didengari oleh ibu bapanya.Tangannya lantas mencapai telefon di meja lampu lalu mendail nombor telefon Jaehyun.

''nombor yang anda dail tidak dapat........'',

Yuju mendengus kasar.Dia menggigit jari sambil cuba mendail nombor itu lagi.

''nombor yang anda dail......'',

''!Tolonglah jawab Jaehyun!'',marah Yuju dan cuba lagi mendail nombor teman lelakinya itu.

''nombor yang anda dail tidak dapat......'',

Yuju terus campak telefonnya di atas katil.Dia menangis lagi Fikirannya bercelaru.Sungguh dia buntu.Perlahan-lahan matanya melirik ke arah tong sampah kecil di tepi bilik airnya.Dia terus bangun dan mengambil semula barang yang dicampaknya ke situ sebentar tadi.Yuju menarik nafas dalam-dalam dan masuk ke bilik air semula.Dia cuba berfikir yang baik-baik sahaja dan memandang pregnancy test yang dibelinya di farmasi.

'mungkin yang tadi tu tak betul',

Yuju mencubanya lagi.

Ternyata sangkaannya meleset.Yuju hampir mahu pengsan apabila dia melihatnya.Ujian yang dibuatnya itu positif.Mahu memuaskan hatinya lagi,pregnancy test itu jelas menunjukkan ada double line.Yuju terpejam mata.

apa aku nak buat ni?takkan nak gugurkan?tapi ni anak Jaehyun.....

----------------------------------------------

Lewat petang itu,bunyi loceng rumah berbunyi.Sehun dan Hana yang sedang berada di dapur menoleh sesama sendiri.Hana terus berlalu meninggalkan dapur dan melihat tetamu yang datang.Dia membuka pintu rumah dan terbuntang matanya.

''cik Junmi!'',

Hana terus memeluk cik Junmi dengan erat.Cik Junmi hanya tersenyum dan membalas pelukan Hana.Hana melepaskan pelukan dan tersenyum lebar memandang cik Junmi.

''rindu kat cik Junmi ke?'',usik cik Junmi

''rindulah.Dah lama tak tengok muka cik Junmi kat sini'',balas Hana

Sehun datang ke arah mereka.Bibirnya terus menyimpulkan senyum ke arah cik Junmi.

''cik Junmi sihat?'',tanya Sehun 

''sihat je.Mianhae tuan Sehun sebab ambil cuti lama sikit'',jawab cik Junmi

''gwenchana.Eloklah cik Junmi dah balik daripada tak balik sebab ada orang tu rindu sangat dekat cik Junmi'',balas Sehun senyum sambil memandang Hana

Hana tersenyum malu.Mereka bertiga terus masuk ke dalam dan duduk di ruang tamu.

''Hana,kamu okey kerja seorang?mianhae kalau ada susahkan kamu ke'',kata cik Junmi

''aniyo.....saya okey je.Lagipun tuan Sehun pun baik tolong jaga saya juga hehe'',balas Hana

''hmm baguslah kalau macam tu.Eh Hana,dah nak malam ni.Kamu tak nak balik dulu?'',

Hana terpaku.Dia terus memandang Sehun.Sehun hanya membalas pandangan itu dengan senyuman manis.

''cik Junmi....mianhae sebab tak bagitahu pasal ni.Sebenarnya Hana dah tinggal dekat sini'',

''jinjjayo?Hana tinggal dekat sini?waeyo?ada apa-apa yang berlaku dekat Hana ke?'',

''Hana kena halau dengan tuan rumah sewa dia sebab ada orang nak duduk dekat situ.Orang tu bayar lagi mahal daripada Hana dan sebab tu Hana terpaksa keluar'',

''oh tuhan kesiannya dekat kamu Hana'',

Hana hanya tersenyum.Matanya sempat melirik ke arah Sehun.Nasib lelaki itu tidak menceritakan dengan lebih lanjut tentang dia diganggu oleh seseorang sehingga dia masuk hospital itu.Dia tidak mahu cik Junmi risau.

''nasib tuan Sehun ada.Terima kasih daripada cik Junmi bagi pihak Hana sebab tuan Sehun bagi Hana tinggal dekat sini'',

''nae....lagipun Hana kan pekerja saya.So dia memang tanggungjawab untuk saya jaga dia.Sama juga dengan cik Junmi'',

Hana dan cik Junmi hanya tersenyum.

''hmm esok saya nak pergi satu tempat tapi saya nak bawa cik Junmi dengan Hana sekali.Boleh tak?'',kata Sehun

''nak pergi mana,tuan Sehun?'',tanya cik Junmi

''rumah tuan Jeong-gu.Pukul 12 esok.Saja je saya ajak sebab katanya ada hal nak dibincang'',jawab Sehun

''oh kalau macam tu tak perlulah nak ajak cik Junmi dengan Hana.Mesti tuan Jeong-gu tak nak ada orang lain ganggu masa nak bincang hal tu dengan tuan Sehun'',

''gwenchana.Ikut je esok.Tuan Jeong-gu pun ada cakap dekat saya suruh saya bawa cik Junmi sekali.Tak tahulah sebab apa.Mungkin sebab cik Junmi je yang dah lama dengan saya so dia nak bincang sekali lah tu'',

''tapi Hana?'',

''ikut je.Takkan dia nak tinggal seorang kat rumah?nanti elektrik tak ada tak pasal-pasal pengsan seminggu nanti.Takkan cik Junmi lupa kot?'',

Cik Junmi terus ketawa.Hana merenung tajam ke arah Sehun.Sempat lagi nak kacau dia.Sajalah tu nak takut-takutkan aku!Mesti cik Junmi dan Sehun pernah mengumpatnya sebelum ini.Kurang ajar betul.

''arraso.Esok pukul 12.Jangan lupa'',

Hana dan cik Junmi terus mengangguk.

-----------------------------------------

Hana mengenakan blaus bunga-bunga kecil berwarna velvet dan seluar jeans hitamnya.Dia melepaskan rambut panjangnya dan dicalit sedikit bibirnya dengan lipstick merah jambu.Hana mencapai beg tangan dan masukkan telefon dan dompetnya.Dia terus keluar dari bilik dan mendapatkan cik Junmi yang sudah tercegat di ruang tamu.Seketika itu,Sehun turun ke tingkat bawah.Hana sedikit terpukau melihat penampilan Sehun pada hari itu.Rambutnya sudah diwarnakan dengan warna hitam pekat dan gaya rambut yang sedikit messy.Dikenakan dengan seluar jeans hitam dan baju kemeja lengan pendek berwarna velvet.Sekejap Hana memandang pakaian Sehun dan juga pakaiannya.Kenapa mesti sama?

''amboi.Sama je kamu berdua hari ni'',usik cik Junmi sambil tersenyum

Sehun dan Hana saling berpandangan.Sempat Sehun tersenyum ke arah Hana sebelum dia melangkah keluar.Hana cuba menahan senyumnya dari ternampak oleh cik Junmi.Mereka terus masuk ke dalam kereta dan menuju ke rumah tuan Jeong-gu.20 minit perjalanan akhirnya mereka tiba di rumah tuan Jeong-gu.Tiba-tiba Hana terasa takut untuk melangkah masuk.Hatinya terasa seperti ada sesuatu yang akan berlaku tetapi dia cuba bersangka baik.Mereka terus masuk ke dalam rumah dan disambut oleh tuan Jeong-gu dan isterinya.Mereka bertiga dibawa ke ruang tamu dan tidak lama itu pembantu rumah menghidangkan air.

''kamu sihat Sehun?mianhae sebab susahkan kamu datang ke sini'',kata tuan Jeong-gu

''gwenchana.Tak susah mana pun'',balas Sehun

''cik Junmi,apa khabar?dah lama tak jumpa'',tanya tuan Jeong-gu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???