Chapter Twenty

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

Hana duduk bersantai di ruang tamu kecil di tingkat atas sambil bermain dengan telefonnya.Sekali-sekala matanya melirik ke arah bilik Sehun yang berhadapan di ruang tamu kecil itu.Sudah pukul 9 dan juga sudah hampir masuk pukul 10 malam.Namun Sehun masih belum pulang dan membuatkan dia risau jika berlaku apa-apa terhadap lelaki itu.

''mana dia ni?tak pernah rasanya dia balik lambat macam ni'',gumam Hana sambil memerhati sekeliling

Dia mula berasa takut dan seram sejuk duduk di rumah besar itu sendirian.Kalau ada cik Junmi,adalah kawan juga.Hana hanya membuat biasa.Hana bermain dengan telefonnya semula dan tiba-tiba matanya melihat bateri telefonnya sudah tinggal sikit dan hampir saja mahu habis.Hana mengeluh dan terus bangun ingin menuju ke biliknya untuk cas telefon dan saat itu semua lampu di dalam rumah itu terpadam dengan sendiri.Hana yang baru mengangkat punggungnya terus terduduk semula di sofa dan terkaku memerhati sekeliling.Terus berubah pucat wajah Hana dalam keadaan yang gelap itu.

'dah kenapa pula lampu ni?kenapa tiba-tiba terpadam ni?'

Badan Hana mula menggigil.Silap masa betullah lampu semua terpadam ketika keadaannya yang sedang bersendirian itu.Hana masih terkaku di sofa.Cepat-cepat dia membuka telefonnya dan membuka flashlight.Hana menarik nafas lega dan menyuluh sekeliling.Dan akhirnya dia bersendirian semula dengan keadaan gelap apabila telefonnya terus mati disebabkan bateri telefonnya sudah habis.Hana hanya mampu menjerit di dalam hatinya dan takut mula bersarang dalam dirinya.Dia sudah panik lalu Hana bangun dan cuba membuka semula suis lampu tidak jauh dari situ.Banyak kali dia membuka dan menutup suis itu tetapi lampu di dalam rumah itu masih tidak menyala.

'elektrik terputus ke?oh tuhan.....mana Sehun ni?'

Bunyi burung hantu di luar rumah membuatkan bulu roma Hana terus ternaik.Dia terus berlari ke belakang sofa dan menyorok di situ.Hana betul-betul takut ketika itu dan seluruh badannya sudah menggigil.Tambahan pula,cuaca yang masih sejuk dan bersalji mula membuatkan suhu di dalam rumah itu berasa dingin.Hana ingin mengambil selimut tetapi dia takut untuk turun ke tingkat bawah.Badannya seakan-akan kaku dan tidak boleh untuk bergerak.Hana duduk sambil memeluk lutut di belakang sofa sambil matanya meliar memandang segenap rumah yang gelap.

------------------------------------------

Sehun memecut keretanya dan memotong kereta-kereta di depannya.Fikirannya mula bercelaru mengingatkan Hana yang keseorangan di rumah.Sehun mula rasa serba salah dan memarahi dirinya kerana pulang lewat dan tidak memikirkan keselamatan Hana di rumah seorang diri.Masuk di kawasan yang sudah hampir dengan kawasan rumahnya,Sehun terus menghentak tangan di streng kereta apabila jalan tiba-tiba jammed di situ.Beberapa tempat di situ yang dilihatnya semuanya sudah terpadam lampu dan membuatkan kawasan itu menjadi gelap termasuk lampu di jalan raya itu.Kereta-kereta di situ juga tersangkut dengan kesesakan dan hanya bersuluhkan dengan lampu kereta.Sehun meraup mukanya dan terus meramas rambutnya ke belakang.Dia mengeluh panjang.

''aduh tolonglah gerak cepat kereta-kereta ni'',marah Sehun

Kawasan di sekitar itu yang gelap menjadikan pemanduan agak terganggu.Kereta mula bergerak perlahan dan berhati-hati kerana pandangan yang tidak berapa jelas dengan salji yang setia menurun.Sehun mengintai di cermin tingkap sekiranya ada jalan susur keluar namun jalan di situ juga sesak dengan kereta.Sehun tidak mampu berbuat apa-apa selain mengharungi kesesakan di situ.

'Hana.....tolonglah bertahan sekejap..'

-----------------------------------------

Sudah hampir dua jam Hana menyorok di belakang sofa itu menunggu kepulangan Sehun namun orang yang dinantikan masih belum munculkan diri.Hana sudah kesejukan dan dia terbaring di situ.Air matanya sudah kering kerana menangis ketakutan.Badan Hana terasa lemah dan ingin minum air panas.Namun ketakutan yang begitu kuat dalam dirinya menjadikan niat itu terbatal begitu sahaja kerana Hana terlalu takut untuk pergi mana-mana selain menyorok di situ saja.Kerana malam sudah begitu lewat akhirnya Hana terpejam mata dan tertidur di situ walaupun sejuk di badannya kian terasa.

Sehun membelok keretanya masuk ke dalam perkarangan rumah.Dia lekas keluar dari kereta dan terus mengunci keretanya.Matanya sempat memerhati kawasan di situ yang gelap gelita.Sehun terus mengeluarkan telefonnya dan membuka flashlight.Dia melangkah menuju ke pintu rumah dan dibukanya dengan kunci.Sehun menyuluh segenap ruang di dalam rumah itu dan mencari kelibat Hana.Bekalan elektrik yang terputus menjadikan suasana di dalam rumahnya menjadi dingin.Sehun menyuluh lagi dan menuju ke bilik Hana.Dia membuka pintu bilik itu dan melihat sekeliling.Pelik apabila Hana tiada di situ.Sehun menuju ke bilik cik Junmi pula sekiranya Hana berada di situ namun Hana tiada juga di situ.Sehun memandang ke tingkat atas.

'mana Hana ni?takkan dia menyorok dalam bilik aku pula?'

Sehun naik ke tingkat atas.Langkahnya dibawa dengan berhati-hati dan Sehun masuk ke dalam biliknya.Dia mencari Hana di segenap ruang dalam biliknya dan dia semakin pelik apabila kelibat Hana tiada di depan matanya.Sehun keluar semula dan dia memandang ruang tamu kecil di depan biliknya dan Sehun melangkah ke situ dan menyuluh sekeliling.Ketika itu matanya menangkap sekujur tubuh sedang terbaring di belakang sofa.Sehun terus mendekati dan terkejut dirinya melihat Hana yang sudah tertidur di situ.Sehun semakin serba salah terhadap perempuan itu.Mesti Hana terlalu takut sehingga sanggup menyorok di belakang sofa itu.Sehun terus memegang bahu Hana dan menggoncang perlahan.

''cik Hana....cik Hana.....'',panggil Sehun lembut

Hana terasa ada orang menganggu tidurnya lalu dia membuka matanya perlahan-lahan.Meremang bulu romanya melihat satu kelibat yang sedang duduk mencangkung di depannya lantas Hana menjerit dan kelam kabut dia bangun.Sehun turut terkejut lantas dia terus terbangun dan menenangkan Hana.

''pergi!!'',jerit Hana sambil menutup matanya.Air matanya terus mengalir semula kerana takut.

''cik Hana...ni sayalah!'',kata Sehun sambil menyuluh wajahnya dengan torchlight di telefonnya.

Hana mencelik matanya dan memandang Sehun.Nafasnya turun naik.

''ni saya...Oh Sehun.Tuan majikan awak'',kata Sehun lagi untuk dipercayai Hana

Hana tersedu-sedu menangis lalu dia mengesat air matanya.Dia hanya menunduk memandan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???