Chapter Nineteen

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

Jaehyun yang sedang duduk bersantai di atas kerusi di depan balkoni bilik hotelnya itu melayan perasaan sambil melihat pemandangan pantai pada tengah malam.Dia mendengus berat dan meneguk air bir perlahan-lahan.Dia menoleh melihat Yuju yang masih lena di atas katil yang hanya berbaluti dengan comforter.Jaehyun kembali mendengus.Jam sudah menginjak pukul 3 pagi namun matanya masih segar.Penat pada badannya tidak dihiraukan walaupun melihat Yuju begitu penat sehingga dengkurannya agak didengari olehnya.

Dia termenung sambil memikirkan apa yang akan terjadi lepas ini.Dia tahu banyak kesilapan yang datang daripadanya dan dia masih tidak bersedia untuk mengharunginya.Dia mula teringatkan Hana,bekas teman wanitanya.Kadangkala Jaehyun terasa dia seolah-olah merugikan dirinya disebabkan dia terpaksa putus dengan Hana kerana dia mempunyai Yuju sewaktu bersama dengan Hana.Hana masih melekat di ruang hatinya walaupun dia sudah cuba untuk melupakan perempuan itu.Jaehyun terasa dia tidak sanggup untuk mengingatkan Hana kerana dia sudah membuatkan hati wanita itu hancur dan kecewa.Dan sekarang ini dia berada di dalam persimpangan.Serba salah terhadap perasaannya kepada Yuju dan Hana.

Jaehyun menghela nafas panjang dan membuang pandangannya semula melihat pemandangan luar sambil ditemani dengan salji-salji putih yang menurun dengan perlahan.

--------------------------------------------

Satu malam Hana tidak dapat tidur dan kini dia bangkit dari pembaringannya untuk bersiap-siap sebelum bekerja.Matanya yang agak sembap dan berair dibasuhnya berkali-kali agar tidak terlalu ketara yang dia memang tak tidur malam tadi.Hana duduk di depan meja solek dan memakai sedkit bedak.Puas dengan wajahnya yang agak penat itu dia berlalu keluar untuk menyiapkan sarapan.

Dalam menyediakan sarapan itu,Hana seakan termenung.Ruang fikirannya melayang jauh mengingatkan peristiwa malam tadi.Terasa seperti rohnya sudah hilang entah ke mana dan hanya jasadnya berada di situ.Dia masih dalam keadaan terkejut.Sungguh Hana masih sesat dalam dunianya memikirkan hal itu.

Sehun mencium bibirnya lagi.Tetapi bukan dia yang menarik tangan lelaki itu tetapi Sehun sendiri yang mencium bibirnya.

Hana tertelan liur.Sekali.Dua kali.Dan tiga kali.

betulkah?betul ke Sehun cium aku semalam?ke aku yang bermimpi?

Hana cuba mengingatkan semula memorinya.

''cik Hana....'',

''err......erm...nae...?'',

''kalau saya cakap.......ada orang suka dekat awak....awak boleh terima dia.....?'',

''si....siapa?'',

Dan masa itulah bibirnya terus dikucup oleh Sehun.

Hana mahu saja menjerit sekuat hatinya.Dia malu.Pipinya terasa panas lalu dia meraup.

Tuan majikannya menciumnya.Ya itu yang membuatkan Hana terasa jantungnya berdegup dengan kadar yang sangat laju.Bukan ciuman yang dikatakan tidak sengaja tetapi ciuman yang disedari oleh diri sendiri yang ianya datang dari kehendak hati.

Bunyi jam menujukkan sudah pukul 7.Hana terkejut dan memandang sarapan yang masih belum siap.Dia kelam kabut menyiapkannya sebelum Sehun turun untuk bersarapan.Harapannya tidak tepat apabila Sehun sudah turun menuju ke dapur.Sehun pelik apabila meja makan masih lagi tidak terhidang dengan sarapan untuknya yang selalu disediakan tepat pukul 7.Dia masuk ke dapur dan melihat Hana yang kelam kabut memasak tanpa dia sedar dengan kehadiran lelaki itu di situ.

''mana sarapan saya?'',tanya Sehun sambil bersandar di tepi peti ais

Hana terkejut dan terus menoleh.Melihat Sehun sudah bersandar di tepi peti ais membuatkan seluruh pergerakannya kaku.Dari tadi lagi ke dia ada kat situ sampai aku tak perasan?Malu mula menyerang dirinya.

''ermm belum lagi...mianhae.Tuan Sehun tunggu kejap ya'',jawab Hana 

Sehun memandang Hana.Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa semalam.Dia juga agak malu terhadap Hana ketika itu.Awal sangatkah dia bertindak melakukan sebegitu?Rasanya tidak.Hana pun tidak membalas apa-apa pun selepas dia mencium perempuan itu sewaktu mereka pulang malam tadi.Mungkin Hana masih terkejut dengan tindakannya itu.Siapa je yang tidak terkejut apabila pekerja dicium oleh tuan majikannya sendiri lagi-lagi ia bukan sebab hal yang tidak sengaja.Sehun tidak mahu pergaulannya dengan Hana menjadi kekok lalu dia membantu Hana menyediakan sarapan.Hana sempat menjeling sekilas ke arah Sehun yang membantunya.Hanya tuhan saja yang tahu betapa malunya dia ketika itu sehingga dia mahu saja melarikan diri daripada lelaki itu.Setelah selesai menyediakan sarapan,Sehun terus mengajak Hana bersarapan namun ditolaknya dengan cara yang baik.

''gwenchana....tuan Sehun sarapanlah.Saya ada kerja sikit nak buat'',

Sehun tidak menghalang dan hanya mengangguk.Hana berlalu ke biliknya dan terus ditutup pintu.Dia bersandar di pintu itu sambil termenung sejenak.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???