Chapter Eighteen

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

Hana meneliti wajahnya di depan cermin.Luka di tepi bibir dan pipinya sudah semakin hilang.Dia mengeluh dan membuka laci meja solek itu lalu mengeluarkan getah rambut untuk diikat rambutnya yang panjang.Tiba-tiba dia teringatkan cik Junmi.

'rindunya dekat cik Junmi...bilalah agaknya dia nak balik?'

Hana menoleh dan memerhati sekeliling biliknya.Dia mengerling jam.Sudah menginjak pukul 7 malam.Perutnya sudah berbunyi menandakan yang dia perlu makan.Hana bangun dan ingin keluar dari bilik.Langkahnya laju diatur ke dapur untuk memasak.Hampir sejam berada di dapur,makan malam sudah siap dimasaknya lalu Hana menanggalkan apronnya.Dia terus menuju ke bilik Sehun untuk mengajak lelaki itu untuk makan.Hana mengetuk pintu bilik lelaki itu dan memanggilnya.

Tiada respon.

Hana pelik.Dia keluar ke tapi tak ada pula nampak dia turun lepas dia tengok movie tadi.Hana mengetuk sekali lagi.Masih tiada respon mahupun bunyi dari bilik itu.Dia mula rasa tak sedap hati.Hana memulas tombol pintu yang tak berkunci itu lalu melangkah masuk dengan perlahan.Matanya melilau mencari kelibat Sehun.Saat itu,Hana ternampak Sehun yang sedang baring di atas katil sambil berselimut.Hana terus mendapatkan lelaki itu dan memanggilnya.

''tuan Sehun,makan malam dah siap'',kata Hana

Tiada respon dari mulut Sehun.Dia hanya baring dan matanya masih tertutup rapat.Hana semakin pelik.

''tuan Sehun?'',panggil Hana

Hana memandang Sehun yang berselimut itu.Dahi lelaki itu sedikit berpeluh.Hana memegang dahi Sehun dan terus tergamam.

''demam?'',

Hana tak puas hati lagi.Dia terus memegang tangan Sehun pula.Sejuk seperti ais.Sah!Sehun memang demam.Hana tiba-tiba terkaku di situ.

'macam mana dia boleh demam pula ni?tadi okey je?'

Hana menoleh ke kiri dan ke kanan.Dia terus berlari keluar dari bilik dan mendapatkan satu tuala kecil dan semangkuk air.Masuk semula ke bilik,Hana membasahkan kain dengan air yang diambilnya lalu diletakkan di dahi Sehun.Tangan Sehun yang terdedah itu terus dia selimutkan dengan betul.Hana memandang Sehun semula.Dia cuba untuk mengejutkan lelaki itu.

''tuan Sehun....'',

Sehun yang terasa satu badannya lemah cuba membuka matanya perlahan-lahan.Anak matanya terus memandang ke arah Hana.

''tuan Sehun okey tak?nak saya hantarkan pergi klinik?'',tanya Hana

''gwenchana.......'',jawab Sehun lemah

''hmm kalau macam tu...tuan Sehun makan sikit ya?takut perut masuk angin nanti.Tunggu kejap biar saya ambilkan makanan'',

Hana keluar dari bilik Sehun dan turun ke tingkat bawah.Dia menuju ke dapur dan menyediakan mangkuk dan pinggan untuk diisi makanan.Air dituang ke dalam gelas dan Hana letakkan makanan dan minuman yang disediakan di atas dulang.Dia membawa dulang itu dengan berhati-hati naik ke bilik Sehun semula.Hana menuju ke katil dan meletakkan dulang itu di atas meja kecil di tepi katil.Dia mencapai nasi dan digaul dengan lauk yang lain lalu menyuapkan kepada lelaki itu.Sehun yang memang lapar hanya membuka saja mulutnya untuk disuapkan makanan oleh Hana walaupun dia seperti tiada selera untuk menelan makanan dalam keadaannya yang begitu.Hanya 5 suap diberikan akhirnya Sehun menggeleng kepalanya tanda tidak mahu lagi.Hana akur dan meletakkan pinggan di tepi lalu mencapai air untuk diberi minum kepada Sehun.

''tuan Sehun nak apa-apa lagi ke?'',

''aniyo....saya cuma nak rehat je..'',

''arraso.Tuan Sehun rehatlah dulu'',

Sehun baring semula.Hana membantunya dan menyelimutkan dengan betul.Selepas lelaki itu tidur,Hana keluar dari bilik itu sambil membawa dulang makanan ke dapur.Hana mencapai mangkuk dan diisi makanan yang dimasaknya untuk mengisi perutnya pula.Selesai makan dia terus membasuh pinggan dan mengemas dapur.Sebaik sahaja mengemas,Hana masuk ke biliknya semula.

-----------------------------------------------

Dua hari sudah berlalu namun demam Sehun masih belum kebah malah bertambah teruk lagi.Hana memeriksa suhu badan dan dia terkejut apabila suhu masih lagi meningkat.Hana terus meluru ke biliknya dan bersiap-siap.Dompet dan telefonnya terus dicapai dan dimasukkan ke dalam poket lalu Hana kembali semula ke bilik Sehun.

''saya rasa kita pergi klinik juga.Demam tuan Sehun ni makin teruk'',

''nanti dah makan ubat saya okeylah.......'',

''andwae.Kita pergi sekarang juga.Biar saya yang drive'',

Hana membantu Sehun untuk bangun.Sebelum keluar dia sempat mencapai kot sejuk Sehun yang tergantung di almari dan juga dompet dan kunci kereta.Masuk sahaja di dalam kereta,Hana seperti blur sekejap.Sudah lama rasanya dia tidak memandu.Kecut perutnya terasa apatah lagi membawa kereta mahal milik Sehun itu.Hana terus menghidupkan enjin lalu dia memandu mencari klinik yang terdekat.Nampak sahaja klinik di deretan kedai lot tidak jauh dari situ,Hana memberhentikan keretanya dan parking.Dia terus keluar dan membantu Sehun masuk ke klinik.Dia menuju ke kaunter untuk mendaftar.Sehun yang duduk di situ hanya memandang Hana.Timbul perasaan serba salah apabila Hana sanggup bersusah payah membawanya ke klinik.

Hampir 20 minit menunggu giliran dan berjumpa dengan doktor,Hana mengambil ubat di kaunter dan mendapatkan Sehun.Dia memegang pinggang Sehun dan lelaki itu juga memeluk bahu Hana.Hana membuka pintu kereta dan meletakkan Sehun dengan berhati-hati.Menanggung beratnya da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???