Chapter Sixteen

Feeling To You
Please Subscribe to read the full chapter

Bosan.Itu saja ungkapan yang boleh dikata oleh Hana.Dia mengeluh lemah sambil duduk di sofa di ruang tamu itu.

'nak buat apa ni?takkan nak duduk termenung je satu hari dalam rumah ni?'

Itulah yang terjadi apabila dia baru saja melihat berita di tv yang mengatakan beberapa tempat di Seoul sedang dilanda ribut salji.Mana mungkin dia akan keluar?Tak pasal-pasal nanti dia tertanam sekali dengan salji tebal.Sekali lagi dia mengeluh lemah.Hana bangun dan menuju ke dapur.Dia membuka setiap kabinet untuk mencari sesuatu yang dia boleh masak hari itu.Saat itu,kotak yang mempunyai tepung untuk membuat kek dilihatnya lalu Hana terus mengeluarkan.Dia membelek-belek kotak itu sambil membaca kandungan pada kotak itu.Lantas bibirnya tersenyum.Terus dia mencapai apron dan menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek.

Dalam bilik,Sehun yang sedang khusyuk membaca buku cerita terganggu dengan deringan telefonnya.Dia mencapai telefonnya dan melihat nombor si pemanggil.

Yuju.

Sehun hanya memandang telefonnya yang masih berdering lalu dia terus meletakkan telefonnya semula.Malas mahu menjawab panggilan itu.Sungguh dia tidak mahu ada apa-apa urusan lagi dengan perempuan itu.Cukuplah dia sudah penat untuk bermain tarik tali dengan permainan cinta Yuju itu.Panggilan itu terus dimatikan apabila Sehun tidak menjawabnya.Tidak lama itu,telefonnya berdering lagi.Masih lagi orang yang sama dan Sehun terus membiarkan lalu dia membawa buku ceritanya untuk dibaca di atas katil.

-----------------------------------------------

Hana sedang duduk bersantai di atas kerusi tinggi di meja bar itu sambil bermain telefonnya sementara menunggu adunan kek nya dibakar di dalam ketuhar.Dia membuka gallery dan membelek-belek gambarnya.Saat itu,lama dia merenung skrin telefonnya itu apabila dia terbelek gambarnya bersama Jaehyun.Dia nampak keseronokkannya ketika itu yang sedang bermain ais luncur bersama Jaehyun.Lelaki itu juga sedang mengucup pipinya.Hana diam sambil matanya tak lepas memandang gambar itu.Tiba-tiba fikirannya mula teringat setiap detik kemesraannya dengan Jaehyun sebelum ini.

Sehun melangkah keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah.Matanya melilau mencari kelibat Hana sambil langkahnya diatur ke dapur.Saat itu dia melihat Hana yang sedang duduk di atas kerusi tinggi sambil melihat telefonnya.Dia juga melihat bahan-bahan yang sedikit berselerak di atas meja bar itu.Sehun melangkah perlahan menuju ke peti sejuk lalu mengeluarkan jus anggur.Dia mencapai gelas dan menuangkan air anggur itu.Sehun menoleh ke belakang dan melihat Hana yang masih memandang telefonnya.Berkerut sedikit dahinya.Perempuan tu tak perasan dia ke?Selepas memasukkan jus anggur itu ke dalam peti ais semula,Sehun membawa gelas itu dan perlahan-lahan duduk di kerusi tinggi itu berhadapan dengan Hana di atas meja bar itu.Sehun berdehem kecil.Masih tiada respon daripada Hana.Sehun semakin pelik lalu dia mencuit hidung Hana dan seketika itu Hana yang bagaikan baru tersedar memandang Sehun dengan pandangan yang kosong dan pelik.

''awak okey cik Hana?'',tanya Sehun lembut

''nae?err...saya...saya okey.Waeyo?'',balas Hana sambil dahinya sedikit berkerut

Sehun hanya memerhati sambil minum jus anggurnya dengan perlahan.Saat itu,matanya tajam ternampak gambar Hana dengan Jaehyun yang jelas terpapar di skrin telefon Hana apabila perempuan itu meletakkan telefonnya di atas meja bar.Dia memandang Hana semula dengan lirikan matanya.

''awak masih suka dekat Jaehyun lagi ke?'',tanya Sehun

''nae?aniyo!Buat apa saya nak suka dia lagi'',jawab Hana

''hmm tapi awak still simpan lagi gambar awak dengan Jaehyun'',balas Sehun bersahaja

Hana terjongket kening.Dia melihat telefonnya yang masih terpapar gambarnya dengan Jaehyun itu.Membulat matanya lalu Hana terus mengambil telefonnya itu dengan cepat dan memasukkan ke dalam poket apronnya.Dia berdehem kecil.

''saya cuma ternampak gambar tu.Ingatkan dah buang rupanya ada lagi.Kejap lagi saya buanglah gambar tu'',

Sehun masih tak lepas memandang Hana.Entah kenapa timbul perasaan cemburu dalam hatinya sebaik melihat gambar Hana dengan Jaehyun itu.Apatah lagi melihat Jaehyun mengucup pipi Hana.Dia mula rasa lain.

Kejap.....kenapa dia nak rasa cemburu?

Sehun mengetap rahangnya kuat-kuat sambil menggosok-gosok tengkuknya.Takkan sebab bekas teman lelaki Hana itu mengucup pipi menaikkan emosinya?Sehun tidak boleh bayangkan.Bukan setakat kucupan di pipi,mungkin banyak lagi kucupan yang Hana terima oleh Jaehyun semasa mereka berhubungan dulu.Perasaan cemburunya mula datang semula tetapi cepat-cepat Sehun membuangnya jauh-jauh.Dia tidak mahu disebabkan perasaan itu saja akan menyesakkan lagi jiwanya bila berhadapan dengan Hana.

''hmm awak tahu ke dengan perempuan mana yang bersama dengan Jaehyun sekarang?'',

''nae...tapi saya tak kenal sangat perempuan tu siapa'',

Sehun termenung sejenak.Kalau dia kata dekat Hana yang bekas teman wanitanya yang menjadi teman kekasih baru Jaehyun,apa agaknya reaksi Hana?Kalau difikirkan balik,dunia ini memang kecil.Takdir benar-benar menemukan mereka apabila hubungan antara Jaehyun dan Hana sebenarnya sudah mempunyai kaitan dengan hubungan dia dan Yuju.Seperti keadaan sekarang.Dia sudah putus dengan Yuju apabila Yuju sudah mempunyai hubungan dengan Jaehyun dan ketika itu juga Jaehyun masih berhubungan dengan Hana.Apabila rahsia sudah terbongkar,dia dan Hana sama-sama menjadi seorang yang kecewa dalam kisah cinta masing-masing.

''mungkin ada sebab kenapa awak p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
nana_kwon
Hai guys! I'm back hehe almost one year kan?so fanfic ni yang latest harap you guys suka.Kalau ade scene yg tak berapa nak ber 'idea' sorry ye sebab dah lama tak upload so memang idea kurang sikitT__T

Comments

You must be logged in to comment
nisyasooo
#1
Chapter 23: <span class='smalltext text--lighter'>Comment on <a href='/story/view/1379927/23'>Chapter Twenty Three</a></span>
Damn.... So sweeettt!
nisyasooo
#2
Chapter 22: What the hell man!!! I hate jaehyun so much thooo!!!!!!
nisyasooo
#3
Chapter 21: What what whattt. Dah hugging2 niiiii. Errmmmmmm cannot la camni
nisyasooo
#4
Chapter 20: Aigoo aigoooo tayah nak coupl coupl sangatt cakap jela lepas...opsss
nisyasooo
#5
Chapter 17: Awwhh so cute???
nisyasooo
#6
Chapter 12: Aigoo bapak dia tuuuu. Makin complicated la jadinya???
nisyasooo
#7
Chapter 11: Never mind. Its okay hana. Move on tu senang je. Lagi2 bila ada lelaki hensem selalu ada dengan kau???