Chapter 01

비밀의 책 : Lost Soul
Please log in to read the full chapter

 

Chapter 01 // Jungkook's POV 

 

Nama aku Jeon Jungkook. Umur aku 18 tahun. Aku tinggal bersama datuk di tokong lama miliknya yang terletak di penghujung desa kecil sepanjang cuti musim panas ini. Ibu bapa aku pula berada di luar negara atas urusan kerja. Haih. 

" Jungkook, tolong sapu halaman. Daun dah banyak gugur "

Ya, sebab inilah aku tak berapa suka tinggal di sini. Aku cuma akan diarah membuat kerja. Walaupun ini sahaja pilihan yang aku ada kerana aku tiada kerja lain yang boleh dibuat di tempat ini. Argh, kenapa sekeliling tokong ini cuma ada hutan? kenapa tak bina taman rekreasi ke? kedai serbaneka ke? tak adalah bulu roma aku meremang waktu malam sebab bunyi haiwan liar dalam hutan.

Namun, apakan daya, aku hanya mampu merungut dalam hati.

Datuk melangkah keluar dari pintu rumah sewaktu aku mencapai penyapu dalam stor. Sambil membetulkan pakaiannya agar kelihatan kemas, datuk tersenyum puas hati. " Jungkook, datuk ada urusan. Pandai-pandai kamulah panaskan makanan untuk makan malam ni, sebab datuk pulang lewat "

Aku berdiri membatu. Apakah-

" Selamat tinggal " datuk menepuk bahu aku lalu berjalan pergi sambil tersenyum lebar, membiarkan aku yang membatu di sini.

Macam mana aku nak survive malam ni?

 

 

 

 

Langit yang biru bertukar gelap. Bunyi anjing yang menyalak mengganggu ketenteraman. Hujan yang turun lebat membasahi bumi menjadi halwa telinga. Pontianak yang bergaduh berebut pokok untuk dijadikan tempat berteduh kedengaran. Sekurang-kurangnya itulah apa yang aku fikirkan.

Membiarkan televisyen bercakap seorang diri, aku membuka pintu untuk melihat langit. Tetapi hampa, tiada bintang. Aku m

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 10: what?! abis mcm tu jer huhu T_T
hope ada sambungannya...i'll be waiting...
apa2 pun, thanks for sharing citer ni hehe
mpreggoland
#2
Chapter 9: baru nak happy sbb Kook pn suka Tae, tp betul juga apa yg dikatakan Tae tu...
roh2 yg berkeliaran selalunya ada something yg tak selesai masa diorang hidup, tp klu Tae dah mula tak rasa mcm tu, dia akn lesap la...
no sad ending, please...huhu
mpreggoland
#3
Chapter 8: Ala Kook nk blk rmh dia tinggai Tae huhu
mpreggoland
#4
Chapter 4: wow saya suka!
agaknya apa la alasan Tae masih berkeliaran di dunia manusia *berfikir*
hope Kookie dapat tolong dia hehe
mpreggoland
#5
Chapter 3: suka storylinenya! pairing yang saya suka lagi!
update lagi yer! ^^