BEST FRIEND

Please Subscribe to read further chapters

Description

 

 

Se-klise tajuknya, cerita ini adalah mengenai persahabatan diatara 3 orang sahabat baik iaitu Han Yoora, Kim Jiwon dan Kim Hanbin. Mereka bertiga telah berkawan baik sejak berumur 8 tahun dan seperti yang semua ketahui mereka bertiga tidak dapat dipisahkan hinggalah pada umur mereka 15 tahun iaitu ketika mereka telah memasuki YG Middle High School. Kim Hanbin terpaksa berpisah dengan Han Yoora dan Kim Jiwon kerana dia memilih untuk mengambil jurusan penulisan muzik, manakala pula Kim Jiwon dan Han Yoora telah memilih jurusan seni lukisan. Mereka terpisah kerana berbeza kelas, tetapi ketika waktu rehat dan pertukaran kelas, mereka akan sentiasa bersama. Begitulah akrabnya mereka bertiga sehinggakan sanggup pindah ke sekolah yang sama biarpun berlainan jurusan. Tetapi dalam grup kecil ini salah seornag daripada dua jejaka tersebut ada menyimpan rasa yang lebih dari seorang kawan. Ikuti kisah mereka bertiga mengharungi liku hidup, sedih dan gembira bersama. Dan siapakah yang menyimpan perasaan terhadap Yoora secara senyap?

_______________________________________________________________________________________________

Dan ada rahsia yang disimpan oleh tiga sahabat yang membuatkan mereka sentiasa bersama dalam apa pun keadaan. Ingin mengetahui rahsia apa ka itu? Sila subscribe dan ikuti cerita ini, ia akan membawa pembaca ke kisah-kisah mereka yang terjadi 10 tahun lepas. Bagi yang tertanya-tanya mengapa mereka boleh terpisah kelas ketika mereka berusia 15 tahun, terdapat cerita disebaliknya. Terdapat banyak rahsia yang bakal terungkai disebalik bahagia dan cerianya mereka bersama. Kadang langit biru yang kelihatan mendamaikan itu menyimpan sedihnya awan kelabu yang tersembunyi dalam kepulan awan yang putih. Begitulah kisah tiga sahabat ini.

_______________________________________________________________________________________________

I'm searching for people who can make a poster for my story, contact me if you are willing to help. Thank you. :)

Foreword

Han Yoora

18 tahun.

Seorang yang ceria, agak ganas tapi mempunyai hati yang lembut.

Mengimpikan untuk menjadi pelukis yang terkenal di dunia.

Baginya Jiwon dan Hanbin merupakan hadiah yang paling indah yang Tuhan pernah kurniakan untuknya.

 

 

Kim Jiwon

18 tahun.

Seorang yang overprotective jika berada dengan Yoora kerana baginya Yoora merupakan sesorang yang perlu dia lindungi sepanjang hidupnya.

Free spirit kerana dia suka melakukan perkara yang dia minati sehingga mendatangkan hasil yang baik.

Baginya Yoora dan Hanbin merupakan orang yang perlu dia lindungi dari bahaya.

 

Kim Hanbin

18 tahun.

Seorang yang suka memendam perasaan walaupun kadang-kadang menyakitkan dirinya.

Muzik merupakan hidupnya, sesuatu yang bleh membuatkannya tenang.

Baginya Jiwon dan Yoora merupakan orang yang boleh membuatkannya tenang dan bahagia selain daripada muzik.

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet