I Love You

Description

Snippet:


“Hey, I wanna tell you something..” Mir bersuara, menarik perhatian Noah di tepinya.

“What?” soal Noah.

 “I love you...” ucap Mir, jelas. Tapi Noah hanya diam membisu. “W-why?” tanya Mir lagi.

“Mianhae, but there’s someone that I like,” ujar Noah, selamba.

“W-who is he?” tanya Mir dengan suara yang putus-putus. 

Tidak menyangka gadis yang menjadi pujaan hatinya itu sudah mempunyai kekasih hati. Noah tidak langsung menjawab, dia mula menyanyikan lagu yang didengarnya di tempat yang sama mereka berada sekarang, lagu yang didengarkan di tempat itu, 3 bulan yang lepas.

“He’s the one that I like. Saya suka dengan ‘dia’ yang nyanyi lagu ni.” Noah bersuara, senyum.

“W-what?”

Foreword

Pandora Academy


Suasana di Pandora Academy riuh dengan suara para pelajar apabila tiba waktu rehat. Ada sahaja gelagat pelajarnya. Ada yang menyumbangkan suara emas mereka hingga kedengaran satu akademi, ada study group di taman untuk tidak membuang masa. Ada juga yang menjadikan kawasan akademi sebagai taman permainan, berlarian berkejaran turun naik dari tingkat atas ke tapak perhimpunan, tidak padan dengan umur mereka sebagai pelajar sekolah menengah. Dan... aktiviti yang memang menjadi kegemaran para pelajar, adalah tidur. (Kan? Hahaha.. sorry, menyibuk sekejap..)

Seorang gadis dengan ditemani tiga orang sahabatnya melangkah menuju ke kantin untuk membeli makanan sebelum berkumpul di tempat biasa mereka. Bumbung bangunan akademi menjadi lokasi mereka menghabiskan masa rehat .Disitulah juga tempat mereka mengulangkaji jika ada masa yang terluang. Bagi mereka, disitu lebih selesa dan tenang kerana tempat itu jarang di kunjungi pelajar.

I don’t care who you are...
Where your from..What you did...
As long as you love me...
Baby...

   Lagu hit dari Backstreet Boys, As long as you love me kedengaran saat 4 sekawan itu melangkah naik ke bumbung bangunan. Suara yang menyanyikan lagu itu cukup perlahan, tetapi entah kenapa salah seorang dari mereka dapat mendengarnya. Gadis itu berhenti dari meneruskan langkahnya, cuba mendengar dari mana asalnya suara merdu itu.

   “Hey.. Korang dengar tak suara tu? Dia nyanyi lagu dari kumpulan BSB lahhh....” si gadis tinggi lampai bersuara, bertanya.

   “Ha? Suara apa pula ni? Tak dengar pun...” balas temannya di belakang.

   “Dia nyanyi lagu feveret korang tiga lahh... Alah~ tajuknya yang ada love me kat hujung tu...”

   “Ah~ As long as you love me?” tanya temannya yang berjalan seiringan dengannya pula.

   “Haah..”

   “Eyy.. Kitorang tak dengar apa-apa pun. Dahlah Noah, jom naik..” 

   “Hmm... Yalah....” gadis bernama Noah itu akur, mengekori mereka bertiga.

   Sampai sahaja di bumbung, mereka mengambil tempat di tepi pagar, bersandar. Mereka bertukar cerita sambil menjamah makanan untuk mengalas perut yang kosong. Asyik berbual, mereka langsung tidak sedar perbualan mereka di dengar seseorang yang lebih dahulu sampai disitu. 

   Pelajar itu tidak sempat beredar kerana empat orang gadis itu sudah pun sampai disitu. Dia sebenarnya hendak angkat kaki dari tempat itu tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu kehadirannya disedari pelajar berempat itu. Dia langsung tiada niat untuk mencuri dengar perbulan mereka tetapi satu suara merdu menarik perhatiannya. Dia tidak pasti siapa yang menyanyi kerana dia duduk di tempat yang agak tersembunyi dari pandangan, jadi dia tidak dapat mengenal pasti mana satu. Tetapi dia sungguh terpikat dengan suara merdu gadis itu, menyanyikan lagu kegemarannya, The One.

   Loceng berbunyi menandakan waktu rehat selama 30 minit itu telah tamat. Empat sekawan itu mula meninggalkan tempat itu untuk masuk ke kelas sebelum mereka didenda berdiri di tengah padang dibawah terik matahari oleh cikgu Prinsip Perakaunan mereka yang garang, Miss Leza. Mereka melangkah perlahan-lahan menuruni tangga, sambil bercerita. Tiba-tiba...

TUBB!!

  Seorang pelajar lelaki tergesa-gesa menaiki tangga, terlanggar Ryssa yang berjalan lebih lambat dari mereka bertiga terjatuh, membuatkan dia terduduk di tangga.

   “Maaf.. Saya tak nampak awak tadi.. Awak okay?” pelajar itu meminta maaf, menghulurkan tangannya, membantu Ryssa berdiri.

   “Thanks Noah...” ucap Ryssa pada Noah yang membantunya, “ Nahh~ It’s okay...”

   “Saya minta maaf..” ucap pelajar lelaki itu, hanya dibalas senyuman oleh Ryssa.

   “Aku okay, kotor sikit je ni Fiffy. Dah, jom gerak..” tingkah Ryssa sebelum Fiffy sempat bersuara. Jika dia tidak berbuat begitu, dia pasti pelajar lelaki itu terpaksa menadahkan telinganya, mendengar Fiffy membebel non-stop. Ryssa menghadiahkan senyuman buat pelajar tersebut sebelum meneruskan niat mereka.

*****

Sedang Ryssa dan 3 temannya rancak berbual di salah sebuah meja kantin, mereka di datangi dua orang pelajar yang memakai baju seragam berwarna biru lembut, iaitu baju wajib bagi pelajar yang memegang jawatan pengawas sekolah. Mereka berdiri di hujung meja, lalu mengetuk meja itu menarik perhatian 4 orang pelajar yang duduk disitu.

“Hai girls~ Can we join you? Aku malas nak cari tempat, meja ni je yang dekat dengan pintu kantin ni.” tanya si pelajar berbaju biru, yang berdiri di tepi pelajar yang memakai glasses.

Mendengar pertanyaan si pengawas sekolah, automatik mereka berempat menoleh ke arah pengawas yang mengetuk meja makan tempat mereka berehat. Pelajar yang memakai glasses tadi hanya merenung wajah dua pengawas itu dengan ekspressi wajah blur nya, manakala sahabatnya disebelah tersenyum sambil menyedut baki jus epal di gelasnya yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi. 

“Aww, please lah kunci~” jawab si pelajar tinggi lampai yang duduk dihujung sekali, “Mir, mari duduk kat sebelah aku. Fiffy! Honey! Korang tepi sikit..” sambung Noah, nama yang tertera di tag nama di bajunya, menolak dua sahabatnya ke tepi untuk memberi ruang kosong bag pengawas yang bernama Mir itu.
 
“Hai, Ryssa.. “ sapa Key, “Wei, you shouldn’t do that. They are you friend lah, what happen if diorang ambil hati? Tak ke kau kesian kena tinggal sensorang?” tegur Key, pelajar yang sama mengetuk meja tadi. Dia mengambil tempat duduk kosong di sebelah Ryssa.

“Hey...” balas Ryssa sepatah, membiarkan Key dan Noah dengan rutin harian mereka.

“Dude, diorang takkan ambil hati punya.. Believe me Key, I knew them..” balas Adrianna Noah atau lebih senang dengan panggilan Noah.

“Duhh~ Whatever you say, Noah.. Whatever..” Key hanya menggelengkan kepalanya, pening. Bila Noah sudah mula buka mulut, memang takkan berhenti dengan kelentongnya. Ada-ada sahaja yang dibalasnya, ntahkan logik, ntahkan tidak. 

Noah pula hanya tersengih, dia tahu apabila Key sudah menjawab pendek begitu, itu tandanya dia sudah mengibarkan bendera putih, tanda tidak mahu melayan kelentong Noah. Noah juga tahu, dua orang sahabatnya itu tidak akan ambil hati kerana mereka sudah masak benar dengar perangainya yang ‘mulut tiada break’ itu. (This kind of chingu, really pissed me off oh.. langsung tak care pasal perasaan org lain.. maafkan sya menyampuk sebentar.. hehe..) Mereka menyambung perbualan rancak mereka yang terhenti tadi sebelum Key dan Mir datang. Topik perbualan mereka kali ini lebih kepada topik mengenai ujian bulanan yang akan diadakan dalam masa 2 minggu sahaja lagi.

Tiba-tiba, pelajar memakai glasses tadi berdiri dari duduknya, menghadiahkan senyuman manisnya buat teman-temannya itu sebelum berdiri meninggalkan mereka tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya. 

“Honey? Nak pergi mana? Masih ada masa lagi ni..” tanya pelajar yang duduk disebelahnya tadi.

Pelajar bernama Honey itu berhenti dari langkahannya. Dia menoleh ke kanan, memandang wajah temannya itu. “Fiffy, mian.. It’s my turn jaga kaunter library.. Nanti aku join korang dalam kelas. Gotta go..” balas Honey, sebelum menyambung langkah kakinya, berlari menuju ke perpustakaan sekolah yang terletak di tingkat dua bangunan A.

 Pelajar bernama Fiffy itu mengangguk faham. Memang benar hari itu giliran Honey bertugas, kerana awal pagi tadi, dia yang bertugas. Tetapi dia juga tahu, sebenarnya Honey Natasya terasa hati dengan layanan Noah tadi. Bukan dia tidak terasa tetapi, Honey memang suka memendam rasa tidak puas hatinya dan satu-satunya yang boleh nampak semua itu hanyalah Fiffy. Jadi tidak hairanlah kalau Honey mngambil keputusan seperti itu untuk mengelakkannya dari terlepas kata. Lagi pula, Honey merupakan ahli termuda di dalam group mereka itu.

Perlahan-perlahan bayang diri Honey hilang di terowong utama menuju ke kawasan bangunan kelas. Key dan Fiffy hanya berpandangan. Key menyoal Fiffy dengan menaikkan keningnya, tetapi Fiffy hanya tersenyum, menggeleng. Key tahu, Honey memang terasa tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Mereka lalu menghabiskan masa 10 minit sebelum waktu rehat habis itu dengan berbual mengenai pelbagai topik. Ujian, sukan tahunan, perjumpaan ko-kurikulum, homework, and even topik anime.

“Hai, mianhae.. Boleh saya duduk kat sini?” tanya seorang pelajar perempuan, dan dua pelajar dibelakangnya hanya tersenyum.

“Oh? Ah, duduklah..” jawab Noah, senyum.

 Pelajar itu tanpa malu mengambil tempat duduk disebelah Key. Dia lalu memeluk lengan Key dan bersandar. Noah dan Fiffy terbeliak mata memandang aksi pelajar itu dengan wajah tidak malunya, walaupun Key disebelah berkali-kali menolak pelajar itu dari terus memeluknya. Pelajar yang baru menyertai mereka itu tidak menghiraukan pandangan mereka padanya, malah dia berlagak seperti tiada apa-apa. Fiffy cuba bersuara untuk menegur, tetapi pelajar itu terlebih dahulu membuka mulut.

 “Ah~ So it’s you lah yang diorang maksudkan? Well, not bad..” pelajar itu menghadap Ran, berkata dengan wajah yang sombong tetapi Ryssa masih kekal dengan poker face nya, tidak ambil kisah akan kehadiran pelajar itu.

“Meaning?” tanya Ryssa sepatah, tidak berminat ingin tahu.

“Keep your distance from him,” jawabnya, menguatkan lagi pelukan tangannya, “He’s mine...” sambungnya, tersengih.

“Eyy... Do whatever you want Hyuna, I don’t care..” balas Ryssa, menghadiahkan senyuman buat pelajar itu sebelum berdiri dari duduknya. “Btw, mian.. Aku nak lalu jadi, could you please let me pass through? Lara. Noah. Jom, tak lama lagi Miss Leza nak masuk kelas..” sambungnya, mengajak Fiffy dan Noah masuk ke kelas kerana waktu rehat akan tamat sebentar lagi.

Pelajar yang bernama Hyuna itu terdiam, memandang tajam Ryssa yang hanya tersenyum, membalas sindirannya tadi. Hyuna memberi ruang buat Ryssa dan dua sahabatnya itu untuk keluar dari ruang duduk itu. Key di sebelahnya hanya tersengih, puas. Walaupun baru 6 bulan Key dan Ryssa berkawan, tapi dia sudah dapat membaca perangai sebenar Ryssa. Dan sarcasm merupakan salah satu sikap yang memang sinonim dengan gadis bernama Ran Evaryssa itu.

Siapa tidak kenal Ran Evaryssa? Fiffy Aika? Adrianna Noah? Honey Natasya? Sebut sahaja Dynamic B, satu sekolah kenal siapa mereka. Mereka sebenarnya pengharum nama Pandora Academy . Sentiasa menjuarai setiap pertandingan yang disertai mereka. Tetapi walaupun begitu, mereka berempat juga sama seperti pelajar lain, suka ponteng kelas, selalu didenda apabila tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi Miss Monaliza. Honey Natasya, walaupun pendiam, dialah yang mengajak tiga orang temannya itu ponteng kelas, tetapi jangan salah faham, dia tidak ponteng melencong ke tempat lain, tidak. Dia ponteng kelas dan terus pulang ke rumah. (Sya selalu buat camtu time sekolah dulu, ponteng pulang ke rumah.. hahaha...)

“Yah! Why did you do that?” Key mengetuk kepala Hyuna di sebelahnya.

Hyuna hanya tersengih. “Heol~ You really love her, didn’t you?” soal Hyuna, memandang wajah Key yang sudah merah akibat menahan malu.

“D-d-don’t be ridiculous lah.. Sudahlah, aku nak masuk kelas.. Jom Mir, biarkan je budak ni kat sini..” Key mengajak Mir masuk ke kelas, membiarkan Hyuna dan dua sahabatnya ketawa di situ. Mir hanya menggeleng ketawa, berbalas high-5 dengan Hyuna sebelum dia mengekori Key yang sudah mula meninggalkan kantin.

“Aigoo~ You are cute when you shy like that!” Hyuna sempat mengusik Key, sebelum dia bingkas bangun dari duduknya untuk mula menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas sekolah.

******
“MERDEKA!! WOHOO~~”

Adrianna Noah melompat gembira di luar koridor serentak mulutnya menjerit kuat sebaik sahaja kaki Miss Irene menyentuh anak tangga terakhir di tingkat bawah, gembira kerana hari itu merupakan hari terakhir mereka menduduki peperiksaan. Semua mata terpaku memandang Noah yang berkelakuan seperti budak kecil yang baru mendapat patung teddy bear kegemarannya. Kening bersambung, dahi berkerut melihat Noah yang excited itu tetapi dia tidak mengendahkan mereka. Apa yang dia tahu, dia cuma ingin menikmati kegembiraan yang hanya sekejap itu sebelum mereka menduduki exam akhir pada hujung tahun nanti. Dan mereka bertiga yang lain, hanya mampu ketawa. Sudah masak benar dengan perangai Noah yang happy-go-lucky itu. Rakan sekelas mereka yang berbual di dalam kelas, hanya mampu menggeleng dengan senyum dibibir. No one can stop her when she happy like that.

“Oi monyet! Apa yang kau terjerit-jerit kat situ? Bingit telinga aku ni dengar suara kau tu.. perghhh...” tegur Alexon, rakan sekelas mereka yang sememangnya rakan merangkap nemesis Noah semenjak mereka menjadi rakan sekelas tiga tahun lepas.

Noah menoleh laju ke arah Alexon di kirinya, “Kau apehal? Cemburu ke? Nak join aku memekak kat koridor ni?” balas Noah, tersengih.

“Eii.. Buat malu je kitorang join kau memekak kat sini.. Baik aku pergi library daripada kena tangkap guru disiplin, ada juga faedahnya.. Dapat juga aku sakat Honey.. Kan Alex?” jawab Mc Aron, berbalas hi-5 dengan Alexon sebelum ketawa kerana berjaya mengenakan Noah.

“Rileks lah bro.. Hari ni last day kita ada kelas lah, minggu depan kita cuti.. Buat apa nak takut dengan cikgu bangau tu? Penakut.. Hahaha..” Noah pula membalas, kali ini di sambut tawa Honey dan yang lain.

Memang tidak kering gusi para penghuni kelas 5C apabila Noah, Mc Aron dan Alexon bersua muka. Pantang bertemu, gelak tawa akan kedengaran. Bukan bergaduh, tidak. Mereka suka bergurau senda sesama mereka, dan kadang mereka menjadi rakan subahat pada masa-masa yang tertentu. Seperti apa? Pernah membuat cikgu menangis dan tidak masuk mengajar selama seminggu gara-gara tidak suka akan subjek pilihan, pernah mengajak satu kelas ponteng kelas kerana cikgu lambat masuk (Honey yang sering buat begitu apabila dia bosan menunggu cikgu masuk pada masa akhir kelas), pernah ponteng di dalam library sampai masa rehat dan banyak lagi lah.. (Apa yang budak-budak nakal sekolah korang buat, budak bertiga ni suka buat.. tapi tak termasuk merokok, minum arak dsb.)

“No thanks lah Noah, aku nak pergi library...” ujar Mc Aron, meninggalkan Noah di situ bersama tiga orang sahabat baiknya.

“Kesian kau, ajakan kau kena tolak mentah-mentah oleh ketua kelas.. Hahaha..” Alexon ketawa, “Btw, aku pun nak pergi library juga.. Nak pinjam buku..” sambung Alexon, hanya di balas anggukan kecil dari Noah.

Alexon lalu masuk ke dalam kelas untuk mengambil kad pelajarnya yang diletaknya di atas meja sebelum keluar, menuruni tangga menuju ke library yang hanya terletak di bawah tingkat kelas mereka. Honey juga meminta kebenaran untuk masuk bertugas di library. Tinggallah Noah, Fiffy dan Ryssa di koridor depan kelas setelah Honey masuk bertugas. Mereka berdiri menyandar, tunduk memerhati gelagat pelajar-pelajar yang lain, berasak-asak masuk membeli di koperasi yang agak sempit itu. Mereka hanya tersenyum.

*****
“Betul kau tak nak jumpa dia?” tanya Fiffy lembut,tetapi tiada jawapan dari Ryssa. “Ulang-alik dia datang sini nak jumpa kau.. Keluarlah jumpa dia sekejap..” pujuk Fiffy lagi tetapi masih tiada jawapan.

“Dia sanggup datang jumpa kau walaupun dia tengah demam tu... Kesianlah dengan dia, dah lah badan dia lemah sebab paksa badan dia bergerak. Sekejap pun boleh lah, ok?” pujuk Noah pula, menggunakan alasan Key sakit supaya Ryssa keluar bertemu Key, tapi Ryssa tidak menjawab.

Mereka bertiga berpandangan, mengeluh kecil apabila Ryssa masih dengan keras kepalanya, tidak ingin bertemu dengan Key yang datang dari jauh semata-mata ingin bertemu dengan Ryssa. Walau apapun cara mereka memujuknya, dia tetap tidak ingin keluar bertemu Key. Dan apa yang mereka katakan itu benar, Key waktu itu sedang demam tetapi dia tetap ingin keluar memandu untuk bertemu Ryssa di hostel mereka.

“Jomlah gerak, kita dah lambat ni..” ajak Honey tiba-tiba, keluar dari bilik Ryssa sambil melihat jam di tangan kirinya. 

Honey yang sedari tadi tidak bersuara, hanya diam mendengar Noah dan Fiffy memujuk Ryssa. Noah dan Fiffy hanya mampu mengangguk, tidak berani melawan kata Honey. Walau pun Honey ahli yang termuda antara mereka berempat, tetapi dia jugalah yang paling berbahaya. Kenapa? Walaupun Honey tersenyum saat menuturkan sesuatu itu, di setiap ayatnya itu terselit sarcasm yang orang susah untuk membalasnya, apatah lagi jika Honey terus meninggalkan orang itu, seperti yang dilakukannya sekarang. Sebaik mendengar ayat pendek yang dituturkan Honey itu, Ryssa kaku di tempat duduknya. Fahamlah dia bahawa Honey sudah rimas dan marah. Dia hanya membiarkan mereka keluar dari biliknya sebelum bangkit dari duduknya, menghenyakkan badannya di atas tilam empuk miliknya.

‘I’m dead...’ bisik hati Ryssa, mengeluh.

Di luar hostel....

Kelihatan Key dan Mir duduk di hood kereta milik Key, menunggu tiga orang gadis itu keluar dari sebalik pintu hostel yang berpagar itu. Tujuan mereka berdua datang ke situ hanyalah untuk menjemput empat bersahabat itu berjalan-jalan di bandar untuk keluar bersama pada hari terakhir cuti mereka itu sebelum kelas bermula keesokan harinya. Dan Key juga memang ingin bertemu Ryssa kerana ada urusan yang perlu diselesaikannya hari itu juga.

“Dude, kau ok ke keluar time demam camni? Nanti demam kau teruk pula, dahlah angin ni sejuk je..” soal Mir di tepinya, risau dengan keadaan Key yang saat itu sedang demam.

“Hahaha.. Janganlah buat muka camtu, aku ok lah.. Lagi pun demam aku dah beransur pulih ni.. Kalau minggu lepas, tu memang aku lemah sangat..” balas Key, ketawa kecil melihat wajah risau Mir.

“Hmm.. Yalah, kalau kau dah cakap camtu..” jawab Mir pendek, akur. “Aik, tiga je? Yang sorang mana?” ujar Mir pula.

Menyedari kehadiran tiga orang gadis yang dinanti-nanti mereka berdua, mereka berkerut dahi melihat Honey, Noah dan Fiffy. Selalunya mereka berempat, tetapi hari itu hanya mereka bertiga sahaja yang keluar bandar, jadi mereka agak pelik.

“Ryssa kat mana? Kenapa dia tak join?” tanya Key.

“Jom gerak, kita dah lambat ni... Nanti tak sempat nak pergi kedai buku..” Honey bersuara, mengabaikan pertanyaan Key tadi.

Key cuba bertanya lagi tetapi pandangan mata Fiffy berkata you better listen to her, I’ll tell you later membuatkan Key membatalkan niatnya. Satu persatu mereka memasuki perut kereta milik Key sebelum memandu keluar meninggalkan kawasan hostel yang didiami Dynamic B serta pelajar-pelajar lain.

*****
‘Where did she go?’ bisik Honey, matanya melilau mencari kelibat Ryssa di setiap penjuru bilik perkongsian mereka berempat. “Hmm.. Korang cari kat tingkat ni, aku cari kat tingkat bawah..” arah Honey, meninggalkan Noah dan Fiffy di tingkat itu. Sementara dia turun ke tingkat bawah, iaitu ke ruang dapur yang dikhaskan untuk kegunaan para penghuni hostel. Dapur sahaja lah ruang yang menjadi ruang kegemaran Ryssa sekiranya dia bosan.

Mereka baru sahaja pulang setelah selesai urusan mereka di bandar dan mereka ingin mengajak Ryssa keluar ke taman pula untuk berjalan-jalan mengambil angin, daripada terkurung 24 jam di dalam bilik. Tapi sebaik tiba di bilik, bayang diri Ryssa langsung tidak kelihatan. Mereka sudah mencarinya di bilik mandi, tapi tiada. Di dapur juga, tiada. Hanya ada pelajar junior sahaja yang sedang memasak untuk minum petang mereka. Honey menghadiahkan senyuman buat mereka sebelum dia naik semula ke bilik mereka.

“Honey, aku rasa aku tahu dia pergi kat mana..” ujar Fiffy sebaik sahaja Honey masuk ke bilik.

“Kat mana?” tanya Honey, tetapi tidak dijawab Fiffy. Hanya bekas biola sahaja yang disuakan di depan Honey, dan fahamlah dia bahawa dia pergi ke taman itu. “Hmm.. Jom jalan..” ajak Honey, berlari menuruni tangga dengan Fiffy dan Noah di belakang, mengejar.

Setibanya di taman...

Bergema lembut alunan melodi lembut yang terhasil dari gesekan biola si gadis berbaju hijau. Dia mengambil tempat di tepi air terjun buatan, membelakangi jalan utama kerana dia ingin bernain dengan tenangnya. Matanya tertutup tetapi tangan kanannya mengesek tali biola dengan perlahan mengikut kod, sementara jari tangan kirinya laju menukar kod dari kod tinggi ke kod rendah.

Dari jauh kelihatan para pengunjung datang menghabiskan waktu lapang di taman itu. Mereka sudah biasa mendengar melodi yang dipersembahkan gadis itu, dan mereka juga sudah menghafal hari dan waktu bila gadis itu datang bermain biola di situ, tetapi hari itu si gadis pemain biola datang lebih awal dari biasa. Saat itu juga lah Honey tiba pada masa yang tepat, dengan Fiffy dan Noah tertunduk meletakkan tapak tangan di lutut, kepenatan mengejar Honey yang ternyata boleh berlari laju daripada mereka berdua.

“Wei, jom stay kat situ sementara tunggu dia habis..” ajak Fiffy, hanya di balas anggukan laju dari Noah yang masih kepenatan.

Mereka mengambil tempat di salah satu bangku panjang yang dikhaskan untuk para pengunjung berehat, terletak di tepi sepohon pokok Sakura yang belum berbunga lagi. Honey duduk menyandar bersilang tangan sementara Fiffy dan Noah awal lagi sudah menyandar, cuba menghilangkan rasa penat mereka itu.

RYSSA!

Tiba-tiba satu suara kedengaran memanggil nama Ryssa yang masih bermain biola. Dia seperti tidak terdengar suara itu memanggil namanya, mungkin disebabkan oleh bunyi tali biola digesek yang menghasil nada melodi merdu dan lembut. Mereka kenal benar akan suara yang memanggil nama Ryssa itu. Mereka bertukar pandang sesama mereka sebelum bangkit berlari bersembunyi di balik pohon Sakura tadi. Mereka sempat berlari bersembunyi kerana kedudukan bangku panjang yang diduduki mereka tadi terletak jauh sedikit dari pandangan sesiapa sahaja yang datang berkunjung. Mereka bertiga diam memerhati apa yang akan terjadi. (Cctv lah, apa lagi.. haha...)

“Ryssa?” panggil suara itu lagi. Kali ini dia berjaya menarik perhatian Ryssa yang sudah pun berhenti dari bermain biola dan sedang mengemas  biolanya.

“Key?” Ryssa menoleh, mengerutkan dahinya. Dia menguatkan genggamannya di telinga spare beg biolanya, angkat kaki meninggalkan taman. Key cuba menghalangnya dari pergi dengan menggenggam tangannya, tetapi tangannya di tepis laju oleh Ryssa.

Ryssa berlari menuruni anak tangga yang berdekatan dengan air terjun buatan tempatnya bermain tadi. Belum pun sampai enam anak tangga, Ryssa berhenti melangkah tiba-tiba. Dia berdiri selama beberapa saat sebelum berlari naik semula kerana dia terdengar percikan air seperti ada sesuatu terjatuh ke dalam air. Mata Ryssa terpaku pada tangan yang terkapai-kapai dari dalam air terjun tadi. Ryssa lalu berlari mendekati air terjun itu lalu menarik keluar tangan Key. Apabila dia sudah ‘menyelamatkan’  Key dari air terjun buatan (yang tidak berapa dalam bagi remaja seperti mereka), Ryssa segera angkat kaki cuba beredar dari situ tetapi kali ini Key bergerak lebih pantas berbanding awal tadi. Dia menggenggam tangan kiri Ryssa.

“Why did you ran away everytime you saw me? What did I do?” tanya Key, memakukan pandangannya ke arah Ryssa yang tunduk. Dia tidak kisah yang dia sedang basah kuyup tika itu.

“S-sakit..” tutur Ryssa, membuatkan Key bingung.

“Sakit? Meaning?” 

“T-tangan saya sakitlah..” 

Sehabis ayat Ryssa, barulah Key faham apa yang dimaksudkan oleh Ryssa sebentar tadi. Key tidak perasaan bahawa dia menguatkan genggaman tangannya sehingga membuatkan Ryssa kesakitan. Dia fikirkan tadi, Ryssa maksudkan jawapannya untuk pertanyaan Key sebentar tadi tetapi ternyata dia salah. Key menarik laju tangannya, mengangkat kedua belah tangannya tanda surrender. Tangan kiri di bawa ke belakang lalu memegang tengkuknya. Hanya mampu tunduk tersipu malu.

“Sorry ‘bout that, but you haven’t answer my question. Why?” tanya Key lagi. 

Ryssa mengeluh kecil. “I’ll answer that but let’s sit here before we talk..” ucap Ryssa, mengajak Key duduk di salah sebuah bangku yang terletak tidak berapa jauh dari tempat mereka berdiri. Key mengangguk, mengambil tempat di sebelah Ryssa. Ryssa menarik nafas dalam-dalam, sebelum dia bersuara.

“Can w-“ 

“Yes..” Ryssa memotong ayat Key. “So, apa yang awak nak tanya?” sambung Ryssa.

“Kenapa awak lari bila nampak saya? Saya ada buat salah? Kalau ada, bagitahu saya supaya saya boleh perbaiki. Saya perasan benda ni seminggu lepas. Why?” soal Key non-stop sebaik sahaja Ryssa memberikannya green-light untuk bertanya.

“Nothing happen, that’s all..” jawab Ryssa pendek, melihat di mana-mana arah tapi tidak di wajah Key.

“What? Hey, look at me properly when you talking.. “ arah Key tapi di endahkan Ryssa.

Key mengeluh kecil, menjatuhkan bahunya sedikit tanda dia kecewa tapi itu tidak bermakna dia berputus asa. No. Key mengangkat tangannya, meletakkan jari telunjuknya di dagu Ryssa lalu menarik perlahan kepala Ryssa agar mata mereka bertemu. Key senyum, suka apabila Ryssa tertunduk malu seperti itu. Kenapa? Rasanya Key sudah pun menunjukkan jawapan ‘kenapa’ dia dengan begitu jelas sekali. Yes, Key jatuh cinta pada Ryssa! Salah satu sebabnya mengapa Key datang ke hostel awal pagi itu dan mengapa dia sanggup datang mencari Ryssa di situ, mempunyai jawapan yang sama. Dia ingin meluahkan perasaannya pada Ryssa. 

“Aww, you’re cute when you shy like this.. But why are you shy?” tanya Key perlahan, membuatkan Ryssa menepis tangannya untuk kedua kalinya.

Ryssa mengangkat kepalanya agar mereka bertentang mata, membuatkan Key berubah ekspresi nya dari suka menjadi pelik. Pelik kerana Ryssa tiba-tiba menatap wajahnya setelah lama berdiam diri dan satu pergerakan kecil dari Ryssa mampu membuat Key terdiam kaku, tidak mampu menuturkan satu perkataan pun dari mulutnya. Dia lupa bagaimana hendak menggerakkan anggota badannya. Dia terkejut. Terkejut kerana dia langsung tidak menyangka bahawa Ryssa akan memeluknya.

“Don’t move..” tegah Ryssa setelah menyedari Key cuba menolaknya. Key cuba menolak, tetapi Ryssa mengeratkan lagi pelukannya. “ Please, just stay for a while like this..” sambung Ryssa, di balas anggukan kecil dari Key. Key hanya membiarkan Ryssa memeluknya, walaupun dia sebenarnya tidak ingin baju Ryssa basah akibat memeluknya terlalu lama.

“Because, I wanna lie to myself but I guess I can’t. Nahh, let me talk first.” Ryssa bersuara, memotong ayat Key apabila dia hendak menjawab. “I heard you and Mir talked two weeks ago in library. Saya rasa korang tak perasan saya yang bertugas kat kaunter sebab time tu saya duduk belakang kaunter buat carta. Awak masih ingatkan apa yang awak cakap kat Mir? Awak cakap yang awak sukakan saya but maybe saya salah dengar time tu, so saya just abaikan. Minggu lepas pula, saya dengar Hyuna cerita kat Mir benda yang sama juga. And that moment, saya ambil keputusan nak menjauhkan diri dari awak, sampailah saya rasa saya kena jujur kat awak and kat diri saya sendiri.” tutur Ryssa panjang lebar, meleraikan pelukan.

“W-what?”

“I love you too, Key..” ucap Ryssa dalam nada berbisik.

Pada awalnya Key terkejut mendengar ayat terakhir yang di tuturkan oleh Ryssa itu, hanya terkebil2 memandang wajah Ryssa yang merah menahan malu. Key lalu menarik Ryssa kembali ke dalam pelukannya, senyuman lebar hingga ke telinga. Gembira kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini. Pelukan dileraikan. Mereka mengambil keputusan untuk berangkat meninggalkan taman itu apabila Key bersin kerana kesejukan, dan demamnya menyerang kembali.

Noah, Fiffy dan Honey berpandangan sesama sendiri, dengan sengih penuh makna di bibir. Setelah yakin pasangan yang menjadi ‘mangsa’ rakaman cctv mereka tadi hilang dari pandangan, mereka keluar dari persembunyian mereka. Satu demi satu mereka mengambil tempat duduk di bangku yang sama, menyandar seraya mendongak ke langit, memerhatikan warnanya yang berubah setiap saat. Dari terang beransur gelap, yang bermaksud hari sudah lewat. 20 minit santai di situ, mereka pun mula mengikut langkah pasangan baru itu, berangkat pulang kerana hari sudah lewat.

-Extra Scene-

“Hey, I wanna tell you something..” Mir bersuara, menarik perhatian Noah di tepinya.

“What?” soal Noah.

“Would you be my girlfriend?” ucap Mir, jelas. Tapi Noah hanya diam membisu. “

“Mianhae, but there’s someone that I like,” ujar Noah, selamba. Dia sebenarnya menyembunyikan senyuman nakalnya.

“W-what? W-who is he?” tanya Mir dengan suara yang putus-putus. Nada suara Mir kedengaran agak kecewa.

Jika diikut kata hatinya, mahu saja Noah melompat di situ kerana dia berjaya membuatkan Mir buka mulut terlebih dahulu mengenai perkara itu, tetapi tidak. 

Tidak menyangka gadis yang menjadi pujaan hatinya itu sudah mempunyai kekasih hati. Noah tidak langsung menjawab, dia mula menyanyikan lagu yang didengarnya di tempat yang sama mereka berada sekarang, lagu yang didengarkan di tempat itu, 7 bulan yang lepas sebelum mereka mula berkenalan. Dia sebenarnya tidak suka sangat akan lagu kegemaran tiga orang sahabatnya itu tetapi entah mengapa, terdetik di hatinya untuk menyanyikan lagu itu. 

“He’s the one that I like. Saya suka dengan ‘dia’ yang nyanyi lagu ni.” Noah bersuara, senyum.

“W-what?”

“Enam bulan lepas, saya dengar sorang pelajar nyanyi lagu ni kat rooftop yang sama kita berdiri sekarang ni. Bila saya tanya diorang bertiga sama ada diorang dengar tak suara merdu tu nyanyi lagu favorite diorang, they don’t believe me. I tried to ignore it but I just can’t because saya percaya memang ada pelajar yang nyanyi lagu tu kat sini. Dan sebulan dari hari tu, saya dengar sorang pelajar menyanyi kat bilik muzik sewaktu saya hendak naik bertugas. Do you know who he is?” tanya Noah.

Mir speechless setelah mendengar penjelasan dari Noah sebentar tadi. Dia merenung kosong wajah Noah, masih memproses setiap satu perkataan yang keluar dari mulut Noah. 

“H-HAAAAAAA!!” jerit Mir tiba-tiba setelah otaknya selesai memproses maksud yang disampaikan Noah. Noah ketawa kecil, serentak tangannya menekup mulut Mir dari terus menjerit.

“Yep, I love you too Mir..” ucap Noah selamba, menarik perlahan tangannya. Dia senyum apabila Mir menyandarkan kepala Noah di bahu kirinya. Mulutnya terkumat-kamit menuturkan ayat buat Noah, tetapi angin yang tiba-tiba bertiup kuat membuatkan ayat terakhir Mir tidak dapat didengar oleh Honey yang sedari tadi berdiri di sebalik pintu rooftop. Bukan niatnya untuk mencuri dengar perbualan orang tetapi suara lantang milik Noah, menariknya agar naik ke situ. Tetapi dia tidak ambil kisah mengenai hal orang lain kerana dia lebih suka begitu, buat-buat blur dan tidak tahu. 

Noah tersenyum lebar mendengar 3 perkataan pendek yang dikatakan paling bermakna buatnya.

“I love you..

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet