❛chaos&crazy❜ malay writing contest; WINNER ANNOUNCED!

Description

tumblr_ojciouZSpn1w2zshvo1_540.png
welcome to SparkleRose's
chaos&crazy malay writing contest
 
# C O N T E S T A M A T !
tumblr_ojcoju3og41w2zshvo1_540.png
TENTANG CHAOS&CRAZY
Hai semua! chaos&crazy contest diadakan adalah bersempena anniversary keempat saya di site aff ini. saya juga berniat nak gunakan karma yang saya ada untuk diberikan kepada anda. tak banyak mana pun tapi adalah juga. beberapa bulan lepas, saya ada open satu poll mengenai contest yang anda inginkan Dan majoriti yang vote di poll yang saya buat hari tu ingin kan writing contest (oneshot/twoshot). Jadi... tada! Contest ini di host oleh saya dan Block B (pftt!) Jom ramai-ramai join contest ini sebab ada hadiah yang best dari saya!
UNDANG-UNDANG CHAOS&CRAZY

satu. semestinya subscribe.
upvote tidak digalakkan tetapi dialukan. selepas tamat contest ini anda dibenarkan untuk unsubscribe semula.

dua. hanya oneshot/twoshot sahaja.
minimum hanya satu ribu patah perkataan per shot. Dalam satu shot anda bedal lah tulis panjang-panjang, takpe. jika lebih dari dua chapter, reject!

tiga. original, tiada plagiat!
cerita anda mestilah baru, asli dan tidak plagiat dari mana-mana cerita. kalau terdapat inspirasi,remake,parodi boleh nyatakan sumber (tak wajib nyatakan haha)

empat. sila pilih dan gunakan salah satu prompt yang disediakan.
pilih lah mana-mana prompt yang anda berminat dan terdapat berbagai jenis genre yang menarik! code adalah nama negeri anda tinggal sekarang.

lima. Tiada couple songsang.
Seperti , Yuri, lesbian atau gay. BIG NO! NO! NO! Hanya 'straight couple' dibenarkan. Platonic juga dibenarkan :)

enam. rated m dan triggered warning tidak digalakkan.
Sekadar tidak digalakkan. Jika ada kata-kata kasar digunakan, sila nyatakan.

tujuh. Satu peserta, maximum dua entry.
Meskipun begitu, kedua-kedua entry mestilah berlainan prompt. lebih daripada itu, tidak diterima. Sila beri peluang kepada peserta lain.

lapan. Isi kandungan mestilah major Bahasa Melayu.
bahasa yang dibenarkan hanyalah bahasa melayu.Namun, frasa-frasa english dibenarkan tapi jangan terlalu rojak! bagi tajuk, anda bebas untuk meletak tajuk melayu atau english.

sembilan. Manners Make Us Human!
Hormat! Jangan bash peserta lain dan saya. anda akan di blacklist dari hidup saya selamanya.

sepuluh. beta-readers dan co-authors dibenarkan.
apalah salahnya buat dengan partner :) jika menang nanti, pandai-pandai bahagi hadiah.

BONUS! Story anda yang dipublish pada atau selepas tarikh 2/1/18 dibenarkan untuk menyertai!

CARA MENYERTAI!
satu. pilih salah satu prompt yang anda berminat.
dua. buat story baru berdasarkan prompt.
tiga. masukkan detail : tajuk, prompt #, Jenis : oneshot/twoshot, tarikh mula menulis, tarikh last menulis , ayat 'cerita ini adalah untuk chaos&crazy writing contest' dan banner contest (berserta link page) di bahagian foreword.
empat. buat satu blog mengenai chaos&crazy contest dan banner serta directable link ke page ini.
lima. copy, paste borang penyertaan pada kotak komen dibawah. dan isi.
enam. Nantikan 'reply' dari saya dan siap!
BORANG PENYERTAAN!
Username :
Prompt : #
Tajuk:
Link cerita :
Link Blog :
Watak:
Genre :
Jalan Cerita Ringkas :
Jenis : Oneshot / Twoshot
Gunakan Bonus? : Ya / Tidak
Code:
TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
1 JUN  2018

TARIKH PEMARKAHAN:
1  SEPT 2018
009
PESERTA RASMI
CHAOS&CRAZY CONTEST!
UPDATE TERKINI!
26 MAR 2018 - PENGUMUMAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 1 JUN 2018!

15 JAN 2018 - STORY YANG DIPUBLISH SELEPAS TARIKH 2 JANUARI JUGA DITERIMA!

02 JAN 2018 - PERTANDINGAN BERMULA!
HALL OF FAME!
tumblr_ofwykzcj5S1tapwfpo6_250.pngBIGBANTANBOYS
Terima kasih kerana sudi menjadi sponsor untuk contest ini ! Click gambar untuk ke page beliau :)



tumblr_ofwykzcj5S1tapwfpo6_250.pngPARKYURA98
Terima kasih kerana sudi menjadi sponsor untuk contest ini ! Click gambar untuk ke page beliau :)



tumblr_ofwykzcj5S1tapwfpo6_250.pngCALLMESABBY
Terima kasih kerana sudi menjadi sponsor untuk contest ini ! Click gambar untuk ke page beliau :)
BANNER

tumblr_oftuupWGBF1tapwfpo4_250.png

KLIK UNTUK TUMBESARAN

HADIAH GEMPAK!

TEMPAT PERTAMA
700 kps + upvote semua story + 3 poster cover
TEMPAT KEDUA
550 kps + upvote semua story + 2 poster cover
TEMPAT KETIGA
530 kps + upvote semua story + 1 poster cover

SAGUHATI (2 TEMPAT)
150 kps + upvote semua story

**Hadiah akan bertambah sekiranya ada sponsor yang menyumbang!

Seasony
Pemenang sudah diumumkan, c&c writing contest menutup tirai! Bye!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 22: wow... saya tak letak harapan tinggi pun untuk karya ni, so saya agak terkejut hehe

terima kasih untuk akak sparklerose kerana menganjurkan pertandingan ini xD btw tahniah pemenang yang lain, dan cerita tempat pertama memang saya expect dia akan menang sebab cerita tu memang kelakar xD
k-hope
#2
Chapter 21: Good luck to all the finalis! Sori kak. Saya tak dapat siapkan cerita tu. TuT
haseungwon
#3
Chapter 21: Saya keliru sedikit. Maksudnya start 1/9 hingga 3 bulan seterusnya saya diberi masa untuk menyiapkan story saya ke?
Eli_Shane
#4
Hai. Dukacita saya maklumkan bahawa saya tidak dapat menyertai pertandingan kerana tidak sempat menyiapkan karya saya bertajuk 'Madam Minister'. Jadi saya berhasrat untuk mengundurkan diri. Terima kasih!
haseungwon
#5
Perubahan prompt. Perlu ke saya buat satu blog baru kak?
Username : haseungwon
Prompt : #AU4
Tajuk: Black and Red
Link cerita : https://www.asianfanfics.com/story/view/1326996
Link Blog : tunggu akak jawab
Watak: Park Woojin (wanna one), Kim Jiwon (oc)
Genre : fantasy, magis, romance
Jalan Cerita Ringkas :
"Kau takkan jumpa jalan keluar kalau kau masuk hutan tu. Aku beri amaran. Jangan. Masuk."

Disebabkan kedegilan Jiwon, dia akhirnya terperangkap di dalam hutan kerana tidak menjumpai jalan keluar. Keadaan menjadi lebih teruk kerana tanpa sengaja dia memasuki dunia vampire. Dapatkah dia menyelamatkan dirinya? 

"Kau siapa?! Manusia tak patut berada di sini!"

"Macam mana kau boleh tahu?'

"Heh! Aku vampire macam mereka semua. Bau darah manusia dan vampire berbeza. Tapi...kenapa aku bau sesuatu yang lain pada diri kau. Bau witch!"

"Tangkap dia!"

Kedatangan Woojin sedikit sebanyak membantu Jiwon tapi siapakah Woojin sebenarnya?

"Kaulah the Red. Mengikut apa yang tertulis pada kitab tu, hanya kau yang boleh selamatkan puak kami daripada the Black."

Apakah yang sebenarnya berlaku? Siapakah the Black dan dapatkah Jiwon membantu puak vampire daripada serangan the Black? Apakah kesudahannya?

"Kau takkan berjaya hapuskan aku!"

Jenis : Twoshot
Gunakan Bonus? : Ya
Code: Melaka
aquariusxpisces
#6
Chapter 20: TuT *speechless*
haseungwon
#7
Kak~~...boleh tak kalau saya nak tukar prompt? *senyum nampak gigi* hanbeonman juseyo~~~(-3-)
Love2Love
#8
sername : Love2Love
Prompt : #AU3
Tajuk : The Unnoticed Mate
Link cerita : https://www.asianfanfics.com/story/view/1345067/
Link Blog : https://www.asianfanfics.com/blog/view/1253727
Watak : hyunwoo (MONSTA X) , IU, Lucas (NCT), BI (iKON)
Genre : dark, light angst, werewolf, fantasy
Jalan Cerita Ringkas :
Dunia ini adakala ia menyenangkan dan ia juga menyakitkan bagi segelintir manusia. Tersenyum ? Dia lupa bagaimana ingin melakukannya. Ketawa ? Dia lupa bagaimana rasanya. Baginya, dunia ini sangat kejam dan tiada kebahagian yang akan dia rasa dalam kehidupannya. Tiada seorang pun yang mengetahui kehadiran dirinya di sekolah itu. Dia bagaikan angin yang tidak dapat dilihat namun kehadirannya tetap dirasai oleh sesetengah orang sahaja.
Dunianya penuh dengan darah dan sajungan. Hanya sahaja dia ialah bakal alpha yang akan menerajui sebuah pack bernama The Dark Blood. The Dark Blood antara pack yang paling digeruni kerana kekejaman mereka terhadap lawan mereka dan rogue. Bunuh ? Bagaikan permainannya yang dimainkan hampir tiap-tiap hari. Hormat ? Dia sangat menghormati ahli-ahli packnya tidak kira pangkat mereka.
Jenis : Twoshot
Gunakan Bonus? : Ya
Code : Johor
k-hope
#9
Username :k-hope
Prompt : #P04
Tajuk: Just One More
Link cerita :https://www.asianfanfics.com/story/view/1338495/
Link Blog : https://www.asianfanfics.com/blog/view/1252616
Watak: Jeon Jungkook , Na Yowon (IU), Ong Seongwoo
Genre : Tragedy, Friendship, Slight Angst, Romance, Fantasy
Jalan Cerita Ringkas :
“God…please give me just one more chance to meet her again. Just one more...”

Jeon Jungkook menyedari sesuatu yang ajaib dan mistik berlaku kepada dirinya. Sepatutnya dia sudah mati akibat kemalangan kereta tersebut tapi apa yang sedang berlaku ialah masa kembali ke 40 hari yang lepas.

“I miss you so much.”

Na Yowon pelik akan perubahan yang sedang berlaku ke atas suaminya, Jeon Jungkook. Dirinya yang dulu sering dingin terhadap Yowon berubah mendadak kepada lemah-lembut dan penyayang. Hati Yowon semakin ditebuk serba salah kerana dia sedang mencurangi suaminya dalam diam. Lebih teruk lagi kekasih gelapnya ialah kawan baik suaminya.

“I know about it…but I don’t care. I just wanna love you more and more.”

Ong Seongwoo telah menjadi kawan Jungkook sejak di bangku tadika lagi. Susah dan senang mereka bersama. Namun, umur kian menginjak. Hatinya mulai mengukir nama si bintang hati. Jiwanya terseksa kerana telah mencintai wanita kepada kawan baiknya itu.

“I’m sorry. It is my fault, not yours.”

Dapatkah Jungkook memulihkan semula keadaan rumah tangganya dalam masa 40 hari? Apakah yang akan terjadi selepas 40 hari itu? Adakah penamat yang gembira ataupun sedih serta tragik?

Jenis : Twoshot
Gunakan Bonus? : Ya
Code: Melaka
haseungwon
#10
kak TuT tarikh tutup semakin dekat tapi saya tak sempat update story saya...kenapalah form 4 sangat sibuk TuT